Académique Documents
Professionnel Documents
Culture Documents
PENGENALAN POKOK
Definisi Pokok
Pokok adalah tumbuhan berkayu yang mempunyai struktur, saiz dan rupabentuk, terdiri daripada 3 komponen utama:
i.
Silara:
Terdiri daripada dahan, ranting dan daun termasuk bunga serta buah.
ii. Batang:
Terdiri daripada empulur atau teras kayu, isi kayu (heartwaood), gubal kayu (sapwood), kambium, kulit dalam (floem) dan kulit luar.
iii. Akar :
Terdiri daripada banir, akar tunjang, akar cabang dan akar rerambut.
BATANG AKAR
SILARA
MORFOLOGI POKOK
Merangkumi ciri-ciri pokok yang dapat dilihat dengan jelas bagi membezakan antara jenis pokok tersebut meliputi:
i. Bentuk am pokok seperti bentuk silara, dahan, rupa bentuk batang, kulit termasuk kulit luar, kulit ari dan kulit dalam. ii. Banir.
jenis daun, saiz, ketebalan, susunan atau aturan daun, rupa bentuk mata daun, pangkal daun, hujung daun, tepi daun, urat daun, tangkai daun, tekstur daun, tekstur permukaan daun, serta ciri-ciri istimewa lain pada daun yang boleh dijadikan panduan untuk pengecaman.
SILARA
Silara adalah bahagian berdaun terdiri daripada dahan ranting, daun bunga dan buah iaitu merupakan bahagian paling atas bagi pokok berkayu. Terdapat beberapa bentuk asas silara yang dapat membantu pengecaman pokok secara kasar di lapangan seperti berikut:-
i. Bentuk Kun
Silara yang panjang dan tirus serta tajam di bahagian atas serta kembang di bawahnya. Contoh seperti silara pokok conifer (Pine) dan pokok Penaga lilin.
v. Bentuk Menyebar
Silara yang rendang serta seragam.
DAUN
Definisi Daun
Daun didefinisikan sebagai sebarang susur batang yang keluar seperti tunas yang tidak bergantung kepada susur lain, tersusun dalam corak tertentu dan kebiasaannya mengeluarkan tunas ketiak (axillary bud)
DAUN
Daun pada kebiasaannya bersimetri dua sisi serta akan mencapai saiz maksimum yang tetap dan tidak akan mengeluarkan susur yang lain kecuali, kadang-kadang mengeluarkan kudup (bud).
Secara kasar daun dapat dibahagikan kepada 4 bahagian utama: Petiol (gagang atau tangkai daun) Helai daun/mata daun (leaf blade) Stipul pada pangkal daun Mata tunas ketiak
Ciri-ciri penting lain yang perlu diketahui dalam pengenalan pokok terutama di kawasan tropika adalah: Jenis daun. Bentuk mata daun. Aturan dan susunan daun. Urat daun. Pelekatan daun/tangkai. Permukaan daun.
JENIS DAUN
Daun secara amnya terbahagi kepada dua jenis utama: Daun ringkas Daun majmuk
Daun Ringkas
Daun ringkas adalah merujuk kepada strukturnya yang ringkas yang terdiri daripada: Tangkai daun (petiol) Mata daun (lamina) yang terdapat urat daun
Daun Majmuk
Merupakan jenis daun yang lebih kompleks strukturnya kerana ia mempunyai pelepah daun (sheath), tangkai daun (petiol), rakis, anak tangkai daun (petiole) serta anak daun (leaflet).
BENTUK DAUN
Merujuk kepada rupa bentuk mata daun itu sendiri. Ia merupakan ciri penting dalam pengecaman bagi menentukan spesies pokok. Bentuk daun juga merangkumi bentuk tepi daun serta hujung daun itu sendiri.
KRENAT
Bergigi bulat tumpul dan cetek. Contoh: Bunga raya, Setawar
CILIAT
Berbulu di tepi daun. Contoh: Hampas tebu.
KRENULAT
Bergigi halus. Contoh: Meransi.
DENTAT
Gigi tajam, lebar bersudut tepat dengantepi daun.
LASINAT
Bercuping seragam. Contoh: Sukun, Pisang kera.
LOBE
Bercuping tidak seragam. Contoh: Keledang, Terap.
BERKELIM
Bergulung di tepi daun sama ada ke atas atau ke bawah. Contoh: Meranti rambai daun.
SERRAT
Bergigi tajam, tepi lurus menghala ke puncak (hujung) daun Contoh: Gegatal.
LICIN
Tiada pecahan tepi. Contoh: Meranti melantai dll.
AURICULAT (Tetelinga)
Bentuk telinga. Contoh: Terentang.
KORDAT
Bentuk jantung. Contoh: Kembang semangkok.
KUNEAT
Bentuk baji tirus. Contoh: Keruing kipas.
SELISEH / Oblique
Pangkal senget sebelah. Contoh: Keledang babi, Meranti rambai daun.
Hujung Daun
Bentuk lazim yang biasa dijumpai pada hujung daun adalah sama seperti bentuk yang terdapat pada pangkal daun.
Hujung Daun
i.
Hujung Daun
Hujung Daun
Hujung Daun
Hujung Daun
v. Dempak seperti Jelutong.
Hujung Daun
vi. Runcing (Acuminate) seperti Kapur.
Bersilang daun terbit dalam satu barisan dikeduadua belah ranting dan selalunya teratur seakan bersudut tepat dengan ranting.
URAT DAUN
Urat daun adalah bahagian yang bersambung dengan tangkai daun pada bahagian yang membentuk tulang belakang kepada daun. Biasanya urat daun terbahagi kepada tiga: a. Urat Utama b. Urat Kedua c. Urat Ketiga
URAT DAUN
Urat Utama Urat kasar yang terdapat ditengahtengah daun bermula dari tangkai daun hingga ke hujung daun dan membentuk tulang belakang.
Urat Kedua
Urat yang terbit di kiri kanan urat utama dan merupakan cabang-cabang urat utama. Terbahagi kepada beberapa jenis seperti selari, pinat, palmat, dryobalanoid, bergeluk, dekat tepi dan bercabang tiga.
Bentuk Tangga
Urat ketiga tersusun seperti anak tangga diantara urat kedua. Contoh: Meranti.
Bentuk Jaring
Urat ketiga membentuk seperti mata jaring / pukat. Contoh: Resak.
TANGKAI DAUN
Terdapat beberapa bentuk tangkai daun yang biasa dijumpai: i. Bulat ii. Bersiku Mengkulang siku keluang iii. Panjang iv. Pendek v. Bengkak (seperti pacat)- Dipterokarpa vi. Berparit/lekuk Simpoh vii. Berbuku - (sama ada dipangkal atau hujung kedua-duanya)
RANTING
Ranting adalah bahagian di mana sebahagian besar daun terbit darinya. Pada sesetengah pokok ciri bentuk ranting yang khas dapat menbantu dalam pengecaman: i. Ranting bersegi empat ii. Ranting leper/pipeh iii. Ranting berlentisel/berbintil
DAHAN
Bagi memudahkan pengecaman pokok di lapangan, hanya dua jenis dahan sahaja perlu diberi perhatian.
DAHAN
i.
Monopodial
Merupakan pembentukan dahan yang kecil mengelilingi batang utama pokok tanpa kelihatan cabang atau dahandahan utama lain seperti Penarahan dan Kandis.
DAHAN (samb)
ii. Simpodial Dahan terbentuk sempurna dan jelas kelihatan dahan utama di mana batang pokok berpecah membentuk bebepara dahan yang besar seperti Chengal, Meranti ranbai daun dll.
BATANG POKOK
Selain daun, batang pokok merupakan bahagian penting dalam pengecaman spesies.
BATANG POKOK(samb)
Ciri-ciri penting dalam pencirian batang pokok adalah seperti berikut: i. Saiz dan bentuk batang ii. Warna batang iii. Rupa batang/kulit iv. Gubal v. Kehadiran lelehan/damar; dan vi. Pembentukan banir/jangkang/akar gantung.
BATANG POKOK(samb)
Saiz dan Bentuk Batang
Mengetahui secara kasar ciri-ciri saiz batang pokok adalah penting sama ada jenis berbatang besar, sederhana besar atau kecil, seterusnya untuk membezakan pokok pada peringkat jaras atau matang.
Warna Batang
Agak sukar untuk menerangkan warna sebenar batang pokok semasa di lapangan, oleh kerana kemungkinan batang pokok itu dipengaruhi oleh lumut atau karat, tambahan lagi kawasan berkenaan mempunyai kelembapan yang tinggi dan lantai hutan menerima cahaya matahari yang mencukupi.
Rupa Batang
Rupa batang biasanya dirujuk kepada permukaan kulit luar batang. Semasa di lapangan , rupa batang hendaklah diteliti dengan baik sama ada: i. Ianya secara amnya kasar atau licin. ii. Jika kasar, adakah merekah, berawan, berpermatang, kulit buaya, berpermatang jaring, berbalong atau bersisik ataupun gabungan beberapa rupa kulit?
Batang Licin
Merekah Sampan
Lekukan pada permukaan kulit berbentuk seakan sampan. Kadang kala di kenali sebagai `Permatang jaring Contoh: seperti Meranti tembaga, Medang kemangi
Merekah Dalam
Rekahan mungkin berbentuk merekah sampan tetapi agak sempit dan rapat dengan rekahan atau lekukkan yang dalam. Contoh: Merawan batu.
Merekah cetek
Bentuk rekahan adalah sama tetapi lekukkannya cetek. Contoh: Bintangor
Merekah lebar
Rekahan pada batang agak jauh antara satu rekahan dengan rekahan lain. Permatang lebar. Selalunya terdapat pada pokok jaras.
Bersisik
Berparut timbul
Kadang kala rupa batang atau kulit merupakan gabungan dua (2) atau lebih ciri-ciri tersebut seperti batang licin berbopeng (Kasai), dan licin bergelang (Sepetir).
KULIT POKOK
Lapisan kulit pokok dipecahkan kepada dua (2) kategori ia itu: a) Kulit luar b) Kulit dalam
Kayu gubal
Kulit luar
Kambium vaskular
KULIT POKOK
Kulit luar (Kulit ari) Merupakan lapisan kering di luar batang ia itu lapisan periderma yang telah mati. Ketebalannya berbeza dan biasanya nipis jika batang pokok licin dan tebal jika batang kasar dan bersisik.
Kulit dalam (isi kulit)-samb iii. Berpasir (sandy/gritty) Kulit dalam rasa berpasir apabila diramas. Contoh: Sesendok (Endospermun deodenum), dan Minyak berok (Xanthophyllum spp.).
TAKIKAN
Takikan pada batang dilakukan untuk melihat isi kulit dan gubal serta lelehan yang keluar. Takikan juga boleh memberi gambaran mengenai kekerasan gubal yang dapat membantu dalam pengecaman spesies pokok terutamanya dalam Kumpulan Damar.
TAKIKAN
Contoh dalam genus Shorea kumpulan Balau dapat dibezakan dengan kumpulan Meranti yang mempunyai kayu gubal yang keras. Ada setengah pokok mengeluarkan bunyi apabila batang ditakik seperti pada Simpoh (Dillenia spp.). Terdapat juga pokok mengeluarkan bau apabila batang ditakik yang boleh dijadikan panduan dalam pengecaman pokok.
TAKIKAN (samb)
BAU TAKIKAN Damar (resin) Manis berempah Kacang Berempah Bawang putih Bawang putih Wangi Pepijat FAMILI Burseraceae Lauraceae Leguminosae Magnoliaceae Meliaceae Olacaceae Meliaceae Rosaceae GENUS Semua Semua Semua Semua Toona Surian bawang JENIS Kedondong Medang
GUBAL
Gubal adalah bahagian berkayu (isi kayu) antara kambium vaskular dengan kayu teras. Terdapat beberapa ciri kayu gubal yang boleh digunakan dalam pengecaman spesies termasuk: i. tekstur ii. warna dan iii. ciri khas seperti isi tikam kulit dan kulit tikam isi.
LELEHAN/DAMAR
Cairan atau lelehan yang keluar dari tisu hidup (isi kulit atau kayu gubal) apabila takikan batang dibuat sangat berguna dalam pengecaman spesies. Ada juga pokok yang mengeluarkan cairan atau lelehan secara semulajadi dan dapat dilihat pada pokok tersebut.
LELEHAN/DAMAR(samb)
Lelehan yang keluar mempunyai ciri-ciri berikut: i. Jernih (clear) Lelehan yang keluar bersifat lutsinar dan mengalir dengan lancar. Contoh: Penarahan (Myristicaceae) dan sebahagian Bintangor (Calophyllum spp.).
LELEHAN/DAMAR (samb)
ii. Keruh (opaque) Lelehan yang keluar tidak jernih atau tidak lutsinar. Contoh: Terap nasi (Artocarpus elasticus), Pelong licin (Pentaspadon officinalis), dan sebahagian pokok Rengas (Anarcadiaceae).
LELEHAN/DAMAR (samb)
iii. Cair (watery) Lelehan yang keluar tidak pekat seperti air. Contoh: Pokok Ipoh (Antiaris toxicaria) dan sebahagian dari Rengas.
LELEHAN/DAMAR (samb)
iv. Berdamar (resinous) Lelehan yang keluar melekit, jernih dan tidak berwarna atau kuning pucat hingga coklat hitam atau hitam. Terdapat pada pokok Kaum Damar (Dipterocarpaceae) dan Kedondong (Burseraceae).
LELEHAN/DAMAR (samb)
v. Getah (latex) Cairan bersusu yang biasanya tidak jernih dan berwarna keputihan. Contoh: Terap nasi (Artocarpus elasticus), dan warna kekuningan, seperti Bintangor (Calophyllum spp.).
LELEHAN/DAMAR (samb)
vi. Berkerim (creamy) Getah yang keluar pekat tetapi tidak melekat atau melekit. Contoh: Pulai (Alstonia spp.), dan sebahagian dari Nyatoh (Sapotaceae).
LELEHAN/DAMAR (samb)
vii. Melekat/melekit (sticky) Getah yang keluar seperti gam. Contoh: Pokok getah (Havea brasilliensis).
LELEHAN/DAMAR (samb)
Famili yang menghasilkan lelehan
Ciri lelehan
Getah warna putih, Cair dan cepat mengalir
Famili
Apocynaceae Euphorbiaceae Moraceae Sapotaceae Sarcospermataceae Meliaceae Anarcadiaceae Olacaceae
Genus
Semua Sebahagian Semua Semua Semua Amoora & Aglaia Parishia Ochanostachys
LELEHAN/DAMAR (samb)
Ciri lelehan
Lelehan warna keroh sedikit Lelehan warna kehitaman dan boleh menyebabkan alahan Resin, melekit, jernih atau putih
Famili
Anarcadiaceae
Genus
Bouea Pentaspadon Anarcardiaceae Gluta Melanochyla Menorrhoea Semecarpus Burseraseae Hampir semua Dipterocarpaceae Semua (gubal) Guttiferae Sbhg. genus Araucariacea Agathis (putih bersusu) Guttiferae Kebanyakan Garcinia Kebanyakan Calophyllum Thespesia populnea (buah saja)
LELEHAN/DAMAR (samb)
Ciri lelehan
Lelehan merah dan Berair
Famili
Leguminosae
Genus
Lelehan merah, melekit dan sedikit Lelehan coklat, nipis dan melekit
Dialium (Keranji) Millettia (seb.) (Tulang daing) Pterocarpus (Sena) Myristicaceae Semua genus (Penarahan) Euphorbeaceae Macaranga (sbhg.) (Mahang) Theaceae Gordonia (samak pulut) Hypericaceae Cratoxylon (Geronggang)
LELEHAN/DAMAR (samb)
Merah Putih
Kuning
Corak lelehan
AKAR/BANIR
Terbentuk di pangkal pokok dan merupakan struktur yang penting dalam pengecaman spesies pokok. Terdapat empat (4) struktur asas pada pangkal pokok iaitu:
AKAR/BANIR
A) Pangkal bulat Pokok yang tidak mempunyai banir atau akar jangkang. Contoh: Jelutong (Dyera costulata) dan Sepetir (Sindora spp.).
AKAR/BANIR (samb)
B) Banir Bahagian pangkal pokok yang mengembang seperti kepingan. Terdapat beberapa jenis banir mengikut bentuknya iaitu: i. Banir kembang (symmetrical buttress) Banir yang bersudut lebih kurang 45dari batang pokok dan paras tanah.
AKAR/BANIR (samb)
Banir kembang
AKAR/BANIR (samb)
ii. Banir bercabang (branched buttress) Banir yang bercabang atau membahagi kepada beberapa cabang banir yang kecil (banir sekunder).
Banir bercabang
AKAR/BANIR (samb)
iii. Banir nipis/papan (plank buttress) Banir yang runcing dan nipis, biasanya besar. Contoh: Keranji (Dialium spp.). Kadangkala dipanggil banir menjalar.
AKAR/BANIR (samb)
iv. Banir menjalar (spreading buttress) Seperti banir nipis. v. Banir tebal (rounded buttress) Banir yang tebal dan membulat di bahagian tepi seperti batang yang membengkak, biasanya tidak begitu besar.
Banir menjalar
AKAR/BANIR (samb)
vi. Banir kemudi (elbow buttress) Banir yang tinggi dan kuncup, lebih kurang selari dengan batang pokok dan berlekuk tajam serta kembang pada paras tanah.
AKAR/BANIR (samb)
vii) Banir kuncup (steep buttress) Banir yang tinggi dan kuncup serta lebih kurang selari dengan batang pokok seperti banir kemudi tetapi tidak berlekuk atau mengembang pada paras tanah.
AKAR/BANIR (samb)
C. Akar Gantung atau Jangkang Akar yang tumbuh dari atas pangkal batang pokok dan tidak melekat atau bersambung terus menerus pada batang. Akar ini sama ada sampai ke tanah atau tergantung. Terdapat beberapa jenis jangkang atau akar gantung berdasarkan kepada bentuknya:
AKAR/BANIR (samb)
i. Akar luar biasa (adventitious roots) Semua jenis akar yang terbit dari batang pokok pada paras satu kaki dari paras tanah termasuk jangkang gantung dan akar berjangkang. ii. Akar gantung (aerial roots) Akar yang terbit dari batang pokok di atas permukaan tanah tetapi tidak sampai ke tanah dan ini biasanya berkembang menjadi akar jangkang.
AKAR/BANIR (samb)
iii. Akar jangkang (stilt roots) Akar yang terbit di atas permukaan tanah hingga sampai ke tanah, kebiasaannya berbentuk bulat.
AKAR/BANIR (samb)
iv. Banir berjangkang (flying buttress) Seperti akar jangkang tetapi bentuknya tidak bulat, kebiasaannya pipih atau leper dan sebahagiannya bersambungan dengan batang pokok sama seperti banir nipis yang berlubang antara batang.
AKAR/BANIR (samb)
Banir berjangkang
AKAR/BANIR (samb)
D. Akar angin (aerating roots) Akar yang terbit atau timbul di permukaan tanah dari akar utama dan tiada kaitan dengan batang pokok. Akar jenis ini biasanya terdapat di Hutan Paya Laut yang digunakan sebagai akar pernafasan. Terdapat dua (2) jenis akar ini iaitu:
AKAR/BANIR (samb)
i. Akar tunjang lipat (knee roots) Bahagian akar yang terbit di permukaan tanah dalam bentuk melengkung atau berlipat.
AKAR/BANIR (samb)
ii. Akar pernafasan (pneumatophores) Cabang akar yang terbit lurus ke permukaan tanah dan selalu dikenali sebagai akar udara atau akar pernafasan. Terdapat bintik-bintik lentisel pada permukaan akar yang berfungsi untuk pertukaran gas. Bentuk akar ini mungkin panjang dan halus dan pendek serta gemok.
AKAR/BANIR (samb)
Jenis Daun Bentuk Batang Warna Batang Rupa Batang Takikan Bentuk Bunga & Buah Bentuk Banir
Jenis Daun
Jenis daun adalah faktor yang penting di dalam pengenalan pokok di mana daun terbahagi kepada 2 jenis iaitu:1. Daun Ringkas mempunyai satu daun tunggal. 2. Daun Majmuk mempunyai lebih anak daun atau berpelepah.
Rupa Batang
Rupa batang penting di dalam pengenalan pokok yang mana terdapat berbagai rupa batang mengikut jenis/ spesies antaranya:1. 2. 3. 4. Batang Dian - Jelutong Batang Serai Meranti Batang Berbelimbing Pulai Batang Meraga - Meraga
9. Berpuru timbul/lantisel kasar Melembu 10. Berparut timbul Melembu 11. Kulit buaya Kungkur, Mata ulat 12. Licin & bergelang Mempisang, Resak 13. Merekah berpematang Meranti tembaga 14. Berduri Kekabu hutan, Telusuk ayam 15. Licin & beretak halus Simpoh 16. Merekah dalam Merawan batu, Seraya, Meranti bukit 17. Berkertas Kelat paya
Bentuk Banir
1. 2. 3. 4. 5. 6. Banir Kuncup Banir Kembang serta Nipis Berjangkang Banir Bercabang Banir Menjalar Banir Kemudi
Berdamar
Burseraceae Kayu & kulit Dipterocarpaceae Meranti, Keruing
Bunyi Berdesir
1. Dilleniaceae Simpoh 2. Ochanostachys amentacea -Petaling-
Batang Bergelang
1. 2. 3. 4. Moraceae Keledang (sebahagian) Meliaceae Carapa, Bekak Hypericaceae Cratoxylum-GR Myrtaceae Tristania
Kulit Berlantisel
1. 2. 3. 4. Dipterocarpaceae Dipterocarpus Burseraceae Kedondong Rubiaceae Ardina Moraceae Terap, Keledang
Daun
Daun & ranting Bertingkat
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Annonaceae Mempisang Ebenaceae Kayu arang Myristicaceae Penarahan Leguminosae Cassia/Bebusuk Bombacaceae Durio/Durian) Moraceae Ficus/Ara Tiliaceae Muntingia Meliaceae - Sentang
Daun Ringkas & Setentang 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Myrifloraceae kebanyakan Apocyceae Pulai Celastraceae Cornaceae Gnetaceae - Belinjau Guttiferae - Bintangor Hypericaceae - Geronggang Longaniaceae Monimiaceae
10. Nyctaginaceae 11. Olacaceae 12. Rhizophoraceae Bakau 13. Rubiaceae 14. Sarcospermataceae - Legume 15. Verbenaceae - Leban (sebahagian) 16. Araucariaceae Agathis 17. Lauraceae Cinamomum (3 urat)
Daun Sepusar
1. 2. 3. 4. Casuarinaceae Ru Apocynaceae Pulai Lauraceae Actinodapne/Medang Ericaceae Rhododendron
Daun Berjari/Palmat
1. 2. 3. 4. 5. Steculiaceae Mengkulang jari Pepauh Sentul Trifoliate Bombacaceae Kekabu Leban
Buah
Berbuah Pada Batang
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Annonaceae Flacourtiaceae Leguminosae Meliaceae Moraceae Euphorbiaceae Oxalindaceae Averrhoe bilimbi
Buah Pod
1. Apocynaceae 2. Bigniniaceae 3. Leguminosae
3.
4.
5.
3.
4.
5.
Daun Tunggal
1. Durian (Durio spp.) Batang tunjang (hypocotyls) lebih besar daripada batang sangga (epicotyl). Daun berbentuk sudip, tepi selari & terdpat sisik bersinar pada batang, tangkai & permukaan daun. Dedali (Strombosia javanica) Batang tunjang lebih besar dari batang sangga, daun berbentuk bujur telur Ramin (Gonystylus spp.) Permukaan daun bertitik halus, urat daun rapat Sesendok (Endospermum) Daun berbentuk bujur & berbulu lembut dengan terdapatnya sepasang domitia di pangkal tangkai daun Melunak (Pentace spp.) Daun mempunyai 3 urat di pangkal & berkepuh di belakang daun, tepi licin atau bergerigi di bahagian pangkal dan hujung daun
2.
3. 4.
5.
6.
Kembang semangkok (Scapium spp.) Daun berbentuk bujur telur, panjang runcing ke hujung, tangkai panjang 7. Mengkulang (Heritiera spp.) Ranting, tangkai & urat utama berbulu karat, terdapat sepasang daun pengasuh 8. Simpoh (Dillenia spp.) Tepi daun bergerigi 9. Terentang (Camprosermum spp.) Daun berbentuk obovat & I bahagian pangkal terdapat anak daun berbentuk telinga 10. Jelawai (Terminalia spp.) Kotilidon lebih besar dan panjang, daun berbentuk obovat, pucuk bercabang 11. Podo (Podocarpus spp.) Daun berbentuk ovat, liat mempunyai urat selari ke tepi daun 12. Damar minyak (Agathis borneensis) Daun berbentuk ovat, urat kedua selari hingga ke tepi daun, mata tunas bulat
Keladan Urat kedua selari & rapat hingga ke tepi daun, berbentuk oblong & berbau kapur barus. Mersawa Petiol berwarna putih, urat kedua melengkung tak sampai ke tepi daun (looping), urat ketiga berjaring. Mersawa kuning (belakang daun berbulu. Mersawa durian (urat kedua tidak begitu nyata/jelas). Mersawa gajah (urat belakang jelas)
3.
4.
Merawan Terdapat 3 jenis urat iaitu:i. Urat Pinat urat biasa seperti bulu ayam ii. Urat Subdryobalanob urat selari hingga ke tepi daun & terdapat urat pendek di antara urat kedua iii. Urat Dyobalanob urat selari hingga ke tepi daun seperti kapur Keruing Daun besar dengan urat yang berlainan, daun pengasuh yang berbeza, tepi berawan & berbulu Keruing kipas Daun berbulu di bahagian belakang
5.
6.
7.
Keruing mempelas Daun, tangkai & ranting berbulu panjang di bahagian hadapan & belakang daun Keruing bulu Daun berbulu pendek Keruing kerut Tangkai berbulu tebal
8.
9.
10. Keruing latek Tangkai berbulu tebal, daun pengasuh mempunyai bulu berkelompok 11. Keruing gombang Tangkai berbulu pendek, daun pengasuh berbulu jarang
12. Keruing belimbing Tangkai licin, daun besar 13. Keruing gombang merah Tangkai licin atau berbulu sedikit, daun berbentuk sudu 14. Keruing merah Tangkai pendek & berbulu sedikit 15. Chengal Urat berjaring & anak daun biasanya warna ungu 16. Resak Daun pengasuh lebar, urat berjaring
17. Meranti rambai daun Urat bertangga, pangkal daun tidak sama, daun pengasuh biasanya warna hijau, terdapat domitia di sepanjang urat utama di bahagian belakang 18. Meranti tembaga Terdapat domitia di sepanjang urat utama di bahagian belakang, daun pengasuh hanya di bahagian hujung sahaja 19. Meranti sarang punai Daun pengasuh biasanya berwarna merah 20. Meranti kepong Tiada domitia, daun berbulu & daun pengasuh warna merah & kekal, berbulu atau kesat
21. Meranti jerit Daun berbulu, daun pengasuh warna hijau & lebat 22. Meranti bukit Daun licin, urat utama tajam & daun nipis 23. Meranti langgong Daun licin, daun pengasuh banyak di sepanjang ranting, warna hijau seperti sabit 24. Meranti paya Urat kedua bertangga, berbulu lembut 25. Meranti pipit Daun berbulu, daun pengasuh banyak di sepanjang ranting
26. Meranti sengkawang merah Ranting bersegi, daun oblong 27. Gerutu Belakang daun berkepuh, tangkai peltat, pucuk warna ungu 28. Damar hitam Daun hijau tua di bahagian atas & hijau muda di bahagian bawah, pucuk warna ungu 29. Damar hitam katup Daun oblong, bulat di pangkal 30. Damar hitam bulu Pangkal daun tirus, belakang daun kasar/kesat
31. Damar hitam siput jantan Daun nipis & licin, terdapat sepasang domitia di pangkal petiol 32. Damar hitam pipit Daun tebal & licin, agak senget 33. Balau merbatu jantan Urat kedua bertangga, bulat di pangkal, berbulu di belakang daun 34. Balau laut merah/Damar laut Daun licin, urat kedua bertangga, tangkai panjang & bersiku 35. Balau kumus Urat kedua tidak jelas, bulat di pangkal, tepi daun berombak
36. Balau pasir Pangkal daun asimetrik, belakang daun berkepuh 37. Balau merah Urat kedua tenggelam di hujung daun, tepi daun berombak, hujung daun akuminat 38. Balau laut Urat kedua timbul, berkepuh 39. Balau membatu Daun nipis berkilat 40. Balau kumus hitam Urat kedua tidak jelas, berkilat, warna hijau tua, sedikit berkepuh
41. Meranti paang Daun oblong, terdapat dometia di pangkal urat kedua 42. Balau bukit Tangkai berkedut, ranting berbulu, warna keemasan pada ranting & petiol 43. Meranti melantai Daun oblong, daun tebal, terdapat bintik-bintik merah di permukaan daun 44. Meranti seraya Daun nipis, pucuk warna ungu/kemerahan 45. Meranti nemesu Ranting & petiol berbulu, daun nipis & berkilat di bahagian atas