Vous êtes sur la page 1sur 35

PERMAINAN ALAT PERKUSI

KLASIFIKASI ALAT PERKUSI

TAMADUN CHINA PURBA - alat muzik diklasifikasikan mengikut bahan utama yang digunakan dalam pembuatan alat muzik tersebut seperti logam, batu, tanah, belulang, sutera, labu, buluh dan kayu. TAMADUN INDIA PURBA - mengumpulkan alat muzik mengikut klasifikasi gong/simbal, gendang, alat bertali dan alat yang ditiup. KLASIFIKASI ORKESTRA BARAT - 4 klasifikasi iaitu percussions, strings, brass dan woodwind.

KLASIFIKASI ALAT PERKUSI

KLASIFIKASI SACHS HORNBOSTEL - klasifikasi alat muzik berdasarkan kitab catatan India purba Natyasastra iaitu Idiofon, Kordafon, Membranofon dan Erofon. Idiofon - alat muzik yang dibuat daripada bahan logam, kayu, buluh dan tempurung. - dimainkan dengan cara pukulan, hentakan, goncangan dan ketukan. - contoh : gong, saron, bonang , kenong , angklung, gambang, kertuk dan lain-lain.

KLASIFIKASI ALAT PERKUSI

Erofon - contoh : serunai dan bangsi (caklempong), sakuhachi (Jepun), nafiri (Nobat) dan lain-lain. Kordafon - klasifikasi bagi alat muzik bertali. - contoh : gambus, uds, koto, shamishen, sitar dan sharinggi. Membranofon - klasifikasi alat muzik dari kulit yang diregang. - contoh : gendang, kompang, geduk, daiko, tabla dan gedombak.

Skor muzik ialah satu catatan mengandungi not-not muzik dan arahan-arahan membunyikannya. Skor yang lengkap haruslah mempunyai maklumat lengkap mengenai lagu tersebut. Fungsi skor ialah untuk membantu pemuzik mengingati muzik yang perlu dimainkannya. Bagaimanapun, dalam ensembel, seorang kunduktor diperlukan untuk menyatu dan menyelaraskan idea muzik yang bakal dimainkan. Kandungan skor muzik judul lagu, komposer, penggubah dan penulis lirik (bagi skor yang mempunyai nyanyian vokal) Jenis skor Master score, conductor score, individual score, lead sheet dan vocal score.

Alat muzik perkusi tanpa pic menggunakan klef perkusi. Ia tidak menggunakan baluk lima garisan. Ia tidak memerlukan ruang atau garisan untuk menyatakan pic-pic muzik. Ada alat muzik perkusi yang dibina satu unit atau set berpasangan. Contoh alat muzik satu unit ialah tamborin, dram samping, dram bes, simbal dan lain-lain. Skor alat muzik seperti ini hanya menggunakan baluk satu garisan sahaja. Baluk dua garisan biasanya digunakan untuk alat muzik set berpasangan 7(d) Drumset dan aksesori (misalnya conga dan bongo).

Sesetengah alat muzik adalah jenis transpose instrument. Contohnya Trumpet in Bb, French Horn in F, Alto Saxophone in Eb, Tenor Saxophone in Bb dan lain-lain. Apabila Trumpet in Bb memainkan pic C maka bunyi yang terhasil sebenarnya adalah pic Bb. Oleh kerana itu alat ini dinamakan Trumpet in Bb. Biasanya nada transpose dinyatakan bersama alat muzik, contohnya Clarinet in Bb, Trombone in C dan lain-lain.

Dalam skor, nada ini boleh dinyatakan dalam dua keadaan. Pertama ditulis dalam nada konsert.

Contohnya jika konsert ialah C major, trumpet dan alat muzik transpose lain juga adalah C major. Dalam keadaan begini, elemen harmoni lebih mudah disemak.
Kedua, skor ditulis dalam nada transpose iaitu semua baluk alat muzik adalah mengikut nada masing-masing

ALAT PERKUSI
Alat Perkusi Tidak Berpic
Alat muzik yang tergolong dalam permainan muzik perkusi adalah: Diketuk, dipalu, digeselkan, digoncang
Setiap alat menghasilkan satu ton sahaja. Biasanya dalam keluarga membranofon dan Ideofon. Mudah dipelajari dan diiringi oleh satu alat muzik utama sahaja seperti piano, melodian atau lain-lain yang biasanya dimainkan oleh guru pengiring serta rakaman audio.

ALAT PERKUSI
Alat Perkusi Berpic
Semua jenis bunyi terhasil daripada getaran. Gelombang getaran diukur menggunakan unit ukuran Hertz, iaitu bilangan getaran lengkap setiap satu saat. Pic ialah standard getaran yang telah ditetapkan oleh ahli muzik terhadap bunyi daripada getaran yang stabil.

Contohnya pic A mempunyai ukuran sebanyak 440Hz. Ukuran ini hanya boleh didapati daripada getaran bunyi yang stabil sahaja. Getaran yang tidak stabil tidak boleh dikukur unit Hznya.

Oleh kerana ciri-ciri getaran alat perkusi yang terhasil


ada yang stabil dan ada yang tidak stabil, maka alat perkusi juga turut dibahagikan kepada alat muzik perkusi berpic dan alat muzik tidak berpic. Getaran yang stabil menghasilkan bunyi pic manakala getaran yang tidak stabil menghasilkan bunyi tanpa pic. Alat perkusi berpic boleh menghasilkan sekurangkurangnya 2 not dalam pic yang tepat dan standard. Alat-alat ini boleh memainkan melodi atau lagu. Contohnya: vibraphone, xylophone, marimba, gambang, slentem, caleste, tubular bells, glokenspiel, angklung dan timpani.

TEKNIK DAN PERMAINAN ALAT PERKUSI

Loceng Rupa bentuk Loceng merupakan segugusan loceng


kecil yang dipasang pada bingkai. Bingkai berbentuk gelung diperbuat daripada plastik dan loceng-loceng logam kecil diikatkan pada bingkai tersebut. Loceng-loceng ini akan menghasilkan bunyi yang halus dan nyaring apabila digoncang.

Cara Memegang dan Memainkan Loceng Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri atau kanan.

Kemudian ketuk pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam loceng.

TEKNIK DAN PERMAINAN ALAT PERKUSI

Kayu Tik Tok


Rupa bentuk Tik-tok lazimnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan sebatang pengetuk. Tik-tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi yang dihasilkan daripada bahagian kanan tiktok tidak sama dengan bunyi daripada bahagian kiri.

Cara Memegang dan Memainkan Kayu Tik Tok Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan

pengetuknya dengan tangan kanan.

Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.

TEKNIK DAN PERMAINAN ALAT PERKUSI

Tamborin
Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya

diperbuat daripada kayu atau plastik. Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang.

Terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tamborin tanpa kulit.

Cara Memegang dan Memainkan Tamborin

Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:


1. Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan. 2. Pegang tamborin dengan tangan kiri atau kanan. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan atau kiri.

TEKNIK DAN PERMAINAN ALAT PERKUSI

Kastenet
Rupa bentuk Kastanet diperbuat

daripada kayu atau plastik. Alat ini mempunyai dua bahagian yang diikat dengan tali atau getah.

Cara Memegang dan Memainkan Kastenet

Lazimnya gelung tali atau getah kastanet

disarungkan pada jari tengah dan biarkan kastanet terletak di atas tapak tangan kiri atau kanan. Ketuk kastanet dengan hujung jari tangan kanan atau kiri.

TEKNIK DAN PERMAINAN ALAT PERKUSI


Kerincing
Rupa bentuk Kerincing lazimnya diperbuat

daripada besi dan berbentuk segitiga.


Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya.

Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk.


Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.

Cara Memegang dan Memainkan Kerincing Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya di tangan yang sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak menyentuh kerincing. Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran segitiganya dengan pengetuk kerincing. Ketukan boleh dilakukan juga di sebelah luar kerincing atau dalam kerincing.

KEMAHIRAN MEMAINKAN ALAT PERKUSI


Dalam permainan alat perkusi, murid-murid diberikan peluang belajar membaca skor perkusi yang terancang. Mereka belajar:
Menunggu giliran mengikut skor. Menyebut menepuk dan mengetuk bersama-sama. Memainkan alat dan berhenti mengikut arahan.

Mula dan berhenti bersama-sama mengikut skor muzik.


Merasai situasi bermain seperti sebuah orkestra yang penuh dengan peraturan dan disiplin.

PENJAGAAN DAN MEMBAIK PULIH ALAT PERKUSI


Tidak terlalu kuat memukul semasa bermain. Hindarkan alat-alat tersebut jatuh ke lantai yang keras Semasa menyimpan, hendaklah disimpan di tempat yang sesuai dan tidak bertindih antara satu sama lain. Selalu membuat penalaan untuk mendapat pic yang betul. Membersihkan alat tersebut supaya tidak berhabuk dan kotor. Disimpan di tempat pengudaraan yang baik. Hindarkan disimpan di tempat yang terlalu panas atau lembab.

http://syaharimanhamid.blogspot.com/ 2009_09_01_archive.html
http://musicedumy.edublogs.org/2008/ 08/12/klasifikasi-alat-muzik/ http://tabuhemas.com/APM3Unit7.pdf

Vous aimerez peut-être aussi