Vous êtes sur la page 1sur 19

KONSEP 5P DALAM KBSR

PENDAHULUAN Konsep 5P merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR. Konsep ini merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam ransangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai murni, pemulihan dan juga pengayaan.

0.1

PENGGABUNGJALINAN KEMAHIRAN Apa yang disebut sebagai strategi penggabungjalinan kemahiran ialah satu

proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh. Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang berkaitan secara bersepadu serta menyeluruh dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan strategi ini dilaksanakan ialah bagi membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran dalam sesuatu masa pengajaran dan pembelajaran secara serentak serta meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu strategi ini juga penting untuk menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna murid. Proses penggabungjalinan kemahiran juga dapat memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid secara seimbang dan menyeluruh melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas yang melibatkan murid secara aktif serta seluruh kelas.

Terdapat tiga jenis bentuk penggabungjalinan kemahiran iaitu penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran, penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain dan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran ialah apabila proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan melibatkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain. Penggabungjalinan ini memerlukan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang digabungkan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahirankemahiran ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kemahiran fokus dan kemahiran sampingan. Kemahiran fokus merupakan kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagaimana yang terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran manakala kemahiran sampingan pula ialah kemahiran yang digabungkanjalinkan setelah dipilih berdasarkan kaitannya dengan kemahiran yang di fokus. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam pelaksanaan pengajaran yang melibatkan proses penggabungjalinan seperti membuat penelitian terhadap keperluan mata pelajaran untuk mengenal pasti kemahiran yang di fokus dan kemahiran sampingan yang akan terlibat ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Penilitian ini sangat penting dalam menentukan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar agar objektif pengajaran dapat dicapai. Di samping itu guru perlu memastikan keutamaan kemahiran agar kemahiran fokus dapat dikuasai oleh murid berbanding kemahiran sampingan. Selain itu guru juga perlu menetapkan susunan atau tertib kedudukan kemahiran-kemahiran tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai persediaan sebelum bermulanya proses pengajaran guru boleh menyediakan keperluan bahan-bahan yang diperlukan bagi tujuan pelaksanaan kemahirankemahiran tersebut selaras dengan objektif mata pelajaran.

Bentuk penggabungjalinan yang seterusnya ialah penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain.Proses ini memerlukan penggabungan kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam sesuatu mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang diajar. Sebagai contoh yang jelas dapat dilihat penggabungjalinan yang diaplikasikan ialah seperti penggabungan kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan mata pelajaran Kajian Tempatan iaitu melalui aktiviti seperti melukis Jalur Gemilang atau pelan kedudukan sekolah. Penggabungjalinan ini perlu diwujudkan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain bagi meningkatkan kemahiran dalam kalangan murid. Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum pula melibatkan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran belajar untuk proses pembelajaran murid, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Setiap kemahiran ini mempunyai hubungan dan berkait rapat dengan kehidupan seharian murid. Oleh itu kemahiran-kemahiran ini perlu dititikberatkan ole setiap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu guru yang juga perlu menitikberatkan soal kemahiran pelbagai kecerdasan serta kemahiran generik kerana kemahiran ini melibatkan kecerdasan murid dan penting untuk proses pertumbuhan dan perkembangan murid. Implikasi daripada proses penggabungjalinan kemahiran ini objektif bagi setiap mata pelajaran dapat dicapai disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Proses ini juga merupakan suatu pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperoleh oleh murid daripada mata pelajaran lain. Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus sebagaimana yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu murid-murid juga berpeluang untuk menyepadukan kemahirankemahiran yang perlu dalam kehidupan. Kemahiran-kemahiran yang telah mereka perolehi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dalam aktiviti kehidupan seharian seperti membaca, menulis, melukis dan mengira. Penggabungjalinan juga berkeupayaan untuk menimbulkan suasana pembelajaran 3

yang menarik dan dapat mengelakkan kebosanan murid disamping menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid-murid secara seimbang, harmonis dan bersepadu.

0.2

PENYERAPAN PENGETAHUAN Penyerapan pengetahuan melibatkan proses penyebatian dan penyepaduan

pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Hal ini adalah kerana setiap perkara yang dipelajari dalam suatu mata pelajaran adalah saling berkaitan dan amat berguna bagi mata pelajaran lain. Sebagai contohnya isi pengetahuan daripada mata pelajaran Sains dan Matematik diserapkan seiring dengan penguasaan kemahirankemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Konsep ini sedikit berbeza dengan konsep penggabungjalinan kerana proses penyerapan pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukannya kemahiran. Dalam proses ini murid akan dapat melihat perkaitan antara suatu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain. Hasil daripada penyerapan ini maka wujudlah beberapa kelebihan kepada proses pengajaran dan pembelajaran antaranya seperti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya. Oleh itu secara tidak langsung aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih produktif serta efektif. Penguasaan ilmu yang lebih luas juga turut berlaku kerana pelbagai maklumat dapat disampaikan disamping murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang telah dipelajarinya melalui penyerapan kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung isi pengajaran telah dihubungkaitkan dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain. Guru haruslah bijak 4

memilih isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain untuk meransang minat murid terhadap pengajaran dan menjadi lebih ceria, aktif serta progresif.

0.3

PENYERAPAN NILAI MURNI

Penyerapan nilai murni merupakan proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai murni ini melibatkan semangat kewarganegaraan masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran, penyerapan nilai murni ini telah dilakukan secara sedar dan terancang tetapi murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara semulajadi dan sendirinya. Walaubagaimanapun, secara terperincinya penyerapan nilai-nilai murni ini telah berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan juga pendekatan eksplisit. Pendekatan implisit digunakan apabila guru-guru secara tidak langsung telah menerapkan sesuatu nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti apabila guru bercakap benar, berpakaian kemas dan adil. Pendekatan ini boleh berlangsung secara merentas kurikulum serta oleh semua guru kerana nasihat, bimbingan, teguran, contoh dan teladan boleh berlangsung pada bila-bila masa dan di mana-mana yang difikirkan sesuai. Pendekatan eksplisit pula boleh diaplikasikan dengan mengadakan ssesuatu peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan sepert arahan untuk tidak membuang sampah di merata-rata serta menjaga kebersihan persekitaran. Terdapat juga sesetengah pihak sekolah yang mengadakan program atau aktiviti yang khusus untuk menerapkan sesuatu nilai murni dalam kalangan murid seperti program motivasi, khemah ibadat, sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Guru, kempen kebersihan dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti lain yang bersesuaian. Penyerapan nilai murni melalui pendekatan eksplisit adalah lebih terancang bersesuaian dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan serta penilaian yang jelas. 5

Terdapat 17 nilai murni yang perlu diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu: NILAI Baik hati CONTOH Belas kasihan Bertimbang rasa Murah hati Saling memahami Sedia memaafkan Bertanggungjawab Tidak berharap atau bergantung kepada bantuan orang lain Jaya diri Yakin kepada diri sendiri Kesopanan Mengaku kesalahan sendiri Ramah mesra Hormat kepada ibu bapa Hormat kepada orang yang lebih tua Taat kepada raja dan Negara Hormat kepadda hak asasi Hormat kepada undang-undang Menghargai maruah diri Sayang kepada nyawa 6

Berdikari

Berhemah tinggi

Hormat-menghormati

Kasih sayang

Sayang kepada alam sekeliling Cinta kepada Negara Cinta kepada keamanan dan Keadilan keharmonian Bertindak adil Sentiasa saksama Kebebasan di sisi undang-undang Kebebasan dalam sistem demokrasi

Kebebasan

Keberanian

Berani dengan tidak membuta tuli Berani kerana benar Berani mempertahankan kebenaran Berani bertanggungjawab Kebersihan diri Kebersihan persekitaran Pertuturan dan kelakuan yang sopan Bersifat amanah Bercakap benar Sentiasa ikhlas Cekal Daya usaha Dedikasi

Kebersihan fizikal dan mental

Kejujuran

Kerajinan

Gigih Tekun Persaudaraan Tanggungjawab bersama Gotong-royong Toleransi Kebaikan bersama Perpaduan Sederhana dalam meningkatkan kepentingan diri dan orang lain Tidak keterlaluan dalam pertuturan Kesyukuran dan tingkah laku Berterima kasih Mengenang budi Menghargai Boleh membuat pertimbangan Boleh membuat penaakulan Berfikiran logik dan terbuka Bermuafakat Kejiranan Peka kepada isu-isu sosial dan Semangat kewarganegaraan masyarakat Berbangga menjadi rakyat Malaysia

Kerjasama

Kesederhanaan

Rasional

Semangat bermasyarakat

Bersemangat patriotik Berusaha dan produktif

0.4

PEMULIHAN

Konsep seterusnya ialah konsep pemulihan. Konsep ini telah dibentuk dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi membantu murid yang mengalami masalah dalam kemahiran asas 3M. Pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid yang lambat, iaitu mereka yang lembab mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian pembelajaran murid-murid ini biasanya di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya (Koh Boh Boon, 1982). Rasionalnya pendidikan pemulihan adalah amat penting kerana melalui pendidikan pemulihan murid-murid yang lemah dapat diasuh dan diberikan tumpuan yang lebih berbanding murid lain. Hal ini berlaku kerana murid adalah berbeza dari segi pengalaman, minat dan juga kebolehan. Oleh itu murid yang lemah atau menghadapi masalah tertentu perlulah diberi perhatian dan bimbingan. Objektif pendidikan pemulihan diadakan adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan murid. Selain itu pendidikan pemulihan ini juga membolehkan murid-murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental mereka di samping membolehkan murid mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru-guru dan juga pihak lain. Murid juga turut diberikan peluang untuk mencuba mengembangkan potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat mereka untuk mencuba ke tahap yang lebih maju serta samasama melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. 9

Antara faktor yang membawa kepada masalah pembelajaran ialah apabilawujudnya perasaan tidak yakin, rendah diri dan takut dalam kalangan murid. Selain itu masalah pembelajaran juga berlaku akibat daripada sikap negatif yang ada dalam diri murid tersebut sendiri seperti tidak mahu mengikut kata, tingkah laku yang kurang baik serta disiplin diri yang rendah. Faktor kecacatan sejak lahir dan selepas lahir juga turut menyumbang kepada masalah pembelajaran. Murid yang mengalami kecacatan ini akan ditempatkan disekolah khas yang bersesuaian dengan keadaan mereka. Aktiviti pemulihan boleh dilakukan melalui lima kaedah iaitu pengajaran individu, pengajaran kumpulan kecil, pengajaran kumpulan besar, pengajran bimbingan rakan sebaya dan juga pengajaran kolaboratif. Bagi pengajaran individu guru akan membimbing murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan alat bantuan yang sesuai manakala bagi pengajaran kumpulan kecil pula guru akan membimbing murid yang berada dalam kelompok kumpulan yang sama dan mempunyai masalah yang sama tetapi mendapat perhatian secara individu dari guru. Berapa langkah khas harus diambil kira ketika menjalankan langkah-langkah pemulihan bagi memastikan objektif aktiviti pemulihan tercapai seperti membuat perancangan dan memilih teknik pengajaran yang sesuai, menentukan masalah yang sama tidak berulang, mengikuti kemajuan murid dengan menggunakan senarai semak dan juga membuat penentuan aktiviti pengukuhan yang sesuai bagi menyelesaikan masalah. Setelah selesai proses pemulihan sebagaimana yang telah dijadualkan satu penilaian harus dilakukan bagi menguji tahap penguasaan murid. Penilaian ini bertujuan bagi memastikan sama ada objektif pengajaran pemulihan terlah tercapai atau tidak dan tindakan susulan akan diambil ke atas murid.

0.5

PENGAYAAN Cabang konsep yang terakhir ialah aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan

melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana atau murid-murid pintar cerdas. Konsep ini mengambil kira bahawa murid-murid yang pintar cerdas 10

adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka. Konsep ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktivitiaktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah. Pada kebiasaannya aktiviti pengayaan dijalankan ke atas kumpulan murid yang telah mencapai tahap yang memuaskan atau telah menguasai kemahiran asas. Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh murid. Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada murid untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat. Objektif bagi aktiviti pengayaan adalah untuk membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka di samping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. Selain itu aktiviti ini juga dapat membuatkan murid berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri. Secara keseluruhannya pelaksanaan konsep 5P ini dalam KBSR adalah penting dan wajar demi meningkatkan kredibiliti anak bangsa. Konsep integrasi dalam kurikulum dan pengajaran yang diterapkan adalah ke arah pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di dalam KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni secara bersepadu dan menyeluruh.

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

11

Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Bahasa Melayu, Kemahiran Bernilai Tambah mengutamakan pengalaman bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sebenarnya, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan pelbagai kemahiran agar memenuhi keperluan semasa pengajarandanpembelajaran. Kemahiran Bernilai Tambah merupakan aspek yang sangat utama dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Kemahiran bernilai tambah merujuk dunia sebenar seseorang pelajar. Kemahiran ini yang merangkumi kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual. Sungguhpun semua kemahiran ini wajar diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran, guru masih tidak dapat menggunakan kemahiran ini sepenuhnya. Konsep dan prinsip kemahiran bernilai tambah yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejajar dengan kemahiran generik. Kemahiran bernilai tambah merupakan kemahiran umum yang diaplikasikan merentas semua domain mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah. Kemahiran bernilai tambah memerlukan masa yang lebih panjang untuk dikuasai berbanding dengan ilmu/ kemahiran dalam mata pelajaran tertentu. Kemahiran bernilai tambah merupakan kemahiran yang diperolehi melalui aplikasi kemahiran generik, serta melalui aplikasi pendekatan, kaedah dan teknik tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kemahiran bernilai tambah tersebut ialah: 1. Kemahiran berfikir 2. Kemahiran belajar cara belajar 3. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi 4. Kajian masa depan 5. Kecerdasan pelbagai 6. Pembelajaran konstruktivisme 7. Pembelajaran kontekstual 12

Bagi tiga kemahiran pertama di atas, terkandung pecahan kemahiran generik yang lebih khusus seperti kemahiran menganalisis, kemahiran merujuk bahan atau menyusun data dan fail dalam komputer. Kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, pembelajaran kontekstual merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menjadi medium untuk memperkukuhkan kemahiran generik di samping mencetuskan kemahiran tambahan yang relevan dengan kehidupan harian. Sebagai contoh, pendekatan pembelajaran konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan tumpuan kepada kecerdasan interpersonal (dalam kecerdasan pelbagai) menekankan kerja dan interaksi dalam kumpulan. Oleh hal yang demikian, aplikasi pendekatan-pendekatan tersebut menyediakan wadah mencetuskan kemahiran berinteraksi, meningkatkan kemahiran interpersonal, serta kebolehan bekerja dalam pasukan. (teamwork) Kemahiran bernilai tambah ini yang diintegrasikan dalam kurikulum semakan mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang sebenar.

2.1 Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. Antara kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ialah: 1. Mencirikan 2. mengelaskan, mengumpulkan mengkategorikan 3. menghubungkaitkan 4. membandingkan dan membezakan 5. menyusun mengikut keutamaan 6. menentukan urutan 13

7. mengenalpasti kenyataan benar dan palsu 8. membezakan fakta (Menurut dalam bukunya, ) dan pendapat (I think, I believe, I feel, In my opinion) 9. menganalisis 10. mengesan kecondongan pendapat 11. mengenalpasti sebab dan akibat 12. meramalkan 13. mensintesiskan 14. mengitlak 15. menganalogikan 16. membuat inferens 17. membuat kesimpulan 18. menginterpretasikan, mentafsirkan 19. menilai 20. menjana idea 21. mereka cipta 22. merumuskan, meringkaskan 23. menyelesaikan masalah 24. membuat keputusan Untuk membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut, alat berfikir seperti penyusunan grafik, soalan (bertumpu, bercapah dan lingkaran soalan) serta peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran .

2.2 Kemahiran Belajar cara Belajar Kemahiran belajar cara belajar diajarkan supaya murid peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Kemahiran belajar yang perlu dikuasai ialah menentukan bahan yang optimum, pemerolehan maklumat dan memproses maklumat. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan

14

pengetahuan, cekap bertindak dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup. Antara aspek kemahiran belajar cara belajar ialah: 1. Kemahiran mendengar iaitu mendengar secara aktif dan intensif 2. Kemahiran merujuk termasuk kemahiran perpustakaan 3. Kemahiran membaca ( untuk pemahaman, membaca pantas) 4. Kemahiran mencatat dan menulis pantas 5. Kemahiran menghasilkan laporan 6. Kemahiran mengorganisasian termasuk membina peta konsep, struktur senarai jadual, carta alir dan hierarki 7. Pengurusan masa dan gaya pembelajaran termasuk penetapan matlamat diri, rancangan pembelajaran , pengawalan tingkah laku belajar dan senarai semak. 8. Persediaan menghadapi peperiksaan 9. Peperiksaan, teknik menjawab soalan pelbagai pilihan dan soalan esei 10.Strategi belajar termasuk kaedah mengingat jangka panjang 11.Strategi belajar dalam kumpulan

2.3 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Kemahiran Teknologi Maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan memperolehi maklumat melalui internet. Kemahiran generik ini berasaskan empat bentuk penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran ialtu: 1. TMK untuk pembelajaran tutorial. Pembelajaran secara tutorial menggunakan komputer dan perisian pendidikan sama ada dalam CDROM, cakera keras atau laman web, membolehkan kandungan pelajaran disampaikan dalam urutan yang ditetapkan dan dikawal oleh sistem. Pembangun perisian kini mereka bentuk perisian pendidikan bercirikan sistem tutorial pintar (intelligent 15

tutorial system) dan berupaya menyesuaikan maklumat mengikut tahap keupayaan murid. 2. TMK untuk tujuan penerokaan. Penggunaan TMK secara penerokaan yang berasaskan pendekatan konstruktivisme ini membolehkan murid membuat inkuiri penemuan dan mengakses maklumat daripada CDROM, internet dan portel maklumat , mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dan demonstrasi yang langkah atau prosesnya dikawal oleh murid sendiri. 3. TMK sebagai alat aplikasi. Murid berupaya menggunakan perisian untuk membuat tugasan dan menggunakan perisian aplikasi umum seperti pemproses kata, hamparan elektronik, perisian untuk mereka bentuk (CAD) serta alat aplikasi lain seperti penyemak ejaan, tesaurus dan sebagainya. 4. TMK sebagai alat pemudah komunikasi. Kaedah ini membolehkan murid menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dengan guru atau murid lain menerusi perkembangan terkini. Komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod termasuk teks, grafik, audio, video atau kombinasinya.

2.4 Kajian Masa Depan. (KMD) Satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau (membuat ramalan), masa kini (menjangka akibat) dan masa depan (mengendalikan perubahan). Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum.

2.5 Kecerdasan Pelbagai Setiap individu memiliki kebolehan dan kecerdasan yang berbeza merangkumi kecerdasan verbal- linguistik, logik-metamatik, muzik, kinestatik, visual ruang, 16

interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Oleh itu guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka. Kecerdasan yang dikenalpasti adalah: 1. Kecerdasan verbal-linguistik. Kebolehan menggunakan kata-kata (sebutan) dengan berkesan secara lisan dan penulisan, mengingat maklumat, meyakinkan orang lain dan menguasai sistem bahasa. 2. Kecerdasan logik-matematik. Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan, menguasai prinsip sebab akibat, kecekapan membuat jangkaan menggunakan logik. 3. Kecerdasan visual-ruang. Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan serta kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. 4. Kecerdasan kinestatik. Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea dan perasaan, menyelesaikan masalah, termasuk kemahiran fisikal seperti koordinasi, kelenturan, kepantasan dan keseimbangan. 5. Kecerdasan muzik. Kebolehan mengesan irama dan lagu termasuk membezakan dan mengubah rentak dan tempo. 6. Kecerdasan interpersonal. Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. 7. Kecerdasan intrapersonal. Kebolehan memahami diri sendiri, dari segi kekuatan dan kelemahan, hasrat dan kehendak termasuk kemahiran mengesan persamaan atau perbezaan persepsi individu. Kecerdasan ini membantu individu menangani perasaan serta mengawal kemarahan dan kesedihan. 8. Kecerdasan naturalis. Kebolehan mengenal dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian. Ia merangkumi kebolehan mengesan artifak sejarah dan budaya. Kreativiti guru menyesuaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan gaya pembelajaran dan jenis kecerdasan murid yang dididiknya akan memberikan rangsangan untuk belajar dengan penuh minat dan lebih menguasai ilmu yang 17

dipelajarinya. Proses ini juga memungkinkan murid mula menyedari potensi dan kecerdasan dalam diri mereka.

2.6 Pembelajaran Konstruktivisme Pendekatan konstruktivisme dapat melahirkan pelajar yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka sendiri. Konstruktivisme menekankan pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, serta pembinaan pengalaman melalui interaksi sosial. Pembelajaran konstruktivisme berasaskan format 5E yang berikut: 1. Engage (menghubungkait) - merangsang rasa ingin tahu murid dengan memberikan tugasan , mengemukakan soalan dan mencetuskan minat. 2. Explore (meneroka) - memenuhi rasa ingin tahu melalui penyiasatan, pertanyaan, menggalakkan kerja berkumpulan dan menjalankan eksperimen. 3. Explain (menerangkan) - menerangkan konsep, istilah, menyoal balas penerangan, meminta bukti dan alasan dan penjelasan. 4. Elaborate (menghuraikan) - mengembangkan konsep dalam konteks lain, membuat dan meneliti hubung kaitan konsep / topik dalam perkara lain serta membuat hubung kaitan konsep / topik dengan situasi sebenar. 5. Evaluate (menilai) - menguji kefahaman murid, menunjukkan kefahaman atau pengetahuan konsep, mengukur pengetahuan dan kemahiran murid dan mengemukakan soalan terbuka. Menerusi prinsip pembelajaran konstruktivisme , murid akan lebih tajam, yakin dan seronok untuk belajar serta penyediaan asas amalan pembelajaran sepanjang hayat.

2.7 Pembelajaran Kontekstual 18

Pendekatan pembelajaran ini mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat dan alam pekerjaan. Antara prinsip pembelajaran kontekstual ialah: 1. kandungan pelajaran disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai. 2. berpusatkan murid 3. menekankan pembelajaran secara konkrit 4. berasaskan kecekapan dengan melibatkan latih amal (hands-on) dan berfikir 5. menekankan interaksi 6. pembelajaran koperatif 7. akses kepada maklumat Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dengan kehidupan mereka.

19

Vous aimerez peut-être aussi