Vous êtes sur la page 1sur 17

MASHANI BINTI MUBIN 122815

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK3101

PENDAHULUAN Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada pasangan manusia yang seharusnya lahir daripada ikatan perkahwinan yang suci kerana secara fitrahnya mereka berhajat dan mengharapkan kurniaan itu. Oleh itu setiap pasangan mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjaga amanah Allah itu yang mencakupi segala keperluan fizikal, mental dan material. Allah berfirman yang bermaksud Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki atau menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiaapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa. ( Surah asy-Syura ayat 49 50 ) Sungguhpun begitu, keadaan telah berubah menjadi sebaliknya apabila anak anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai ini dipersia-siakan oleh pasangan atau ibu yang mengandungkan bayi mereka selama sembilan bulan 10 hari. Anak atau bayi yang baru dilahirkan itu menjadi seperti sampah yang boleh dibuang ke mana saja mengikut keadaan dan kehendak hati golongan yang terlibat. Lebih menyedihkan lagi apabila bayi ini turut menjadi barang dagangan oleh pihak-pihak tertentu untuk meraih keuntungan dari penjualan bayi tersebut. Ada di antara bayi yang dibuang ini telah tidak bernyawa lagi. Bayi tersebut telah dibunuh oleh pasangan atau ibu yang tidak menginginkan kehadiran mereka ke dunia ini. Firman Allah S.W.T di dalam surah annisa ayat 93 : Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar .
1

MASHANI BINTI MUBIN 122815

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK3101

Realitinya isu pembuangan dan pembunuhan bayi ini telah menyingkap kembali tirai peristiwa pada zaman jahilliah. Pada zaman jahilliah, mereka membuang bayi

perempuan yang dianggap memalukan keluarga kerana mereka khuatir anak perempuan mereka akan diperkosa atau berzina. Hakikat yang terbentang dewasa ini menyaksikan bahawa pembuangan atau pembunuhan bayi pada zaman jahilliah moden ini bukan kerana takut miskin, malu dan sebagainya tetapi adalah kerana untuk menutup perbuatan keji yang mereka lakukan hasil dari perbuatan perzinaan. Pada zaman jahilliah moden ini anak atau bayi dibunuh oleh ibunya sendiri yang diperkosa atau berzina. Akhir-akhir ini, berita berkaitan dengan kes pembuangan bayi sering menjadi tajuk hangat bagi akhbar-akhbar tempatan seluruh Malaysia dan menjadi medium santapan setiap pembaca. Apalah dosa bayi yang tidak berdosa itu sehingga dibuang tanpa perasaaan belas kasihan oleh ibu atau pasangan yang terlibat. Statistik tentang pembuangan bayi ini meningkat dari tahun demi tahun . Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ), sejumlah 50 kes buang bayi dicatatkan sepanjang Januari hingga September 2008 dengan pasangan Melayu mencatatkan jumlah

tertinggi iaitu 36 kes pembuang bayi berbanding hanya 14 kes untuk kaum lain. Isu pembuangan bayi ini menyebabkan hati saya terpanggil untuk mengupas sejauh mana meruncingnya gejala ini. Semua pihak perlu mengambil bahagian dalam menangani isu ini dan tidak boleh hanya terus menyalahkan golongan terlibat. Sebagai warganegara, kita perlu prihatin terhadap isu ini agar kesejahteraan negara tetap terbela dan kerukunan hidup tidak tercela.

MASHANI BINTI MUBIN 122815

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK3101

PEMILIHAN ISU YANG MEMBERI KESEDARAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Dalam usaha menyiapkan tugasan sivik yang diberikan, saya telah memilih isu pembuangan bayi sebagai skop yang telah memberi kesedaran sivik dan

kewarganegaraan di hati nurani saya. Ini adalah kerana permasalahan pembuangan bayi ini semakin berleluasa sehingga melangkaui daripada norma-norma kemanusiaan yang tidak dapat diterima akal dan realitinya ia terjadi di dalam masyarakat Malaysia yang terkenal dengan nilai-nilai ketimuran dan ajaran Islam yang menjadi pegangan dan suluhan hidup masyarakat Islam khususnya. Isu pembuangan dan pembunuhan bayi ini telah memperlihatkan kepada kita bahawa tercalarnya prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Setiap warganegara harus mendukung semua prinsip Rukun Negara bagi memastikan negara berada dalam kesejahteraan dan kerukunan yang boleh

menyumbang ke arah kejayaan dan kemajuan Negara Malaysia yang kita cintai. Perbuatan tidak berperikemanusiaan golongan yang terlibat jelas menunjukkan tiadanya lagi kesopanan dan kesusilaan di hati mereka. Malahan mereka telah melakukan pembunuhan ke atas nyawa bayi kecil yang tiada dosanya walau secalit pun. Isu ini juga telah memperlihatkan kepada kita bahawa betapa lemahnya institusi kekeluargaan. Suami dan isteri seharusnya menjadi tonggak kepada penyumbangan modal insan yang berdaya saing dan mempunyai akhlak yang baik serta dapat mengekalkan jati diri dan membudayakan generasi dengan nilai-nilai ketimuran yang lemah-lembut, beradab dan di pandang tinggi mengikut kaca mata masyarakat luar .

MASHANI BINTI MUBIN 122815

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK3101

Tanggungjawab ini seharusnya dipikul oleh semua warganegara. Semua warganegara perlu menyokong penuh dan membantu segala cadangan serta usaha murni oleh kerajaan dan pihak berwajib ke arah membendung gejala sosial ini. Bagaimanapun, kesedaran seseorang individu itu tetaplah yang paling utama. Golongan wanita khususnya, tanpa mengira bangsa dan agama perlu sama-sama beringat dan berjaga-jaga supaya masalah ini dapat dibendung. Jangan lagi sebagai wanita, kita rela dan mudah diperlakukan sewenang-wenangnya. Bukan sedikit kes yang timbul akibat sifat mudah percaya kepada individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Biarlah tercalar kasih, namun tidak tercela maruah diri dan negara.

MAKLUMAT-MAKLUMAT BERKAITAN ISU ATAU SKOP YANG DIPILIH Kehidupan generasi pada hari ini yang terlalu bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa batasan agama. Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan hidup, ada di antara mereka di luar sana yang alpa lalu terjebak dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah. Terperangkap dengan jerat yang mereka ciptakan, pesalah-pesalah ini mengambil jalan mudah dengan membuang bayi yang baru dilahirkan atau menggugurkan kandungan mereka sendiri. Ketua Wanita Pusat Pertubuhan jamaah Islam Malaysia ( JIM ), Profesor Madya Dr. Harlina Halizah Siraj berkata, pihaknya melahirkan rasa dukacita dan kecewa terhadap peningkatan bilangan kes pembuangan bayi sejak akhir-akhir ini.

MASHANI BINTI MUBIN 122815

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK3101

Katanya beliau difahamkan, berdasarkan statistik Ibu pejabat Polis Bukit Aman mendapati jumlah kes buang bayi antara tahun 2000 hingga 2006 adalah seramai 580 bayi dengan Selangor mencatatkan kes paling tinggi. Taburan kes buang bayi yang direkodkan mengikut tahun adalah seperti jadual di bawah : TAHUN 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 BILANGAN KES BUANG BAYI 65 Kes 97 kes 98 Kes 92 Kes 78 Kes 67 Kes 83 Kes

Jadual 1 . Taburan kes buang bayi mengikut tahun ( sumber : statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman )

Dalam persidangan kependudukan Kebangsaan 2007, satu kajian mendapati seorang bayi dibuang setiap 10 hari dan yang lebih membimbangkan kejadian ini tidak hanya berlaku di bandar-bandar sebaliknya semakin menular di desa dan luar bandar. Ini jelas terbukti apabila sejak akhir-akhir ini kes-kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku di luar bandar.

MASHANI BINTI MUBIN 122815

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK3101

Menurut statistik

Ibu Pejabat Bukit Aman pula sejumlah 50 kes buang bayi

dicatat sepanjang Januari hingga September 2008 dengan pasangan Melayu mencatat jumlah tertinggi iaitu 36%. Selangor mencatat angka tertinggi iaitu 22 kes ( pada 2000 ) dan 24 kes ( 2006 ) dikuti oleh Johor (21 kes), Sabah (11), Sarawak (12 kes), Negeri Sembilan (3), Perak ( 2 kes), Pahang (3 kes) Kedah (3), Kelantan (1 kes), Terengganu (1 kes), Melaka (2 kes), dan Perlis (1 kes). Sumber Bernama. Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara sekitar tahun 2000 hingga 2008 terdapat 257,000 kanak-kanak yang didaftarkan tidak mempunyai nama bapa dan yang lebih menyedihkan lagi apabila bagi tahun 1999 hingga 2003 sahaja, 44% anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan. Cuba bayangkan dalam keadaan cadangan-cadangan penyelesaian bagi kes pembuang bayi belum dilaksanakan sepenuhnya telah wujud 257,000 kanak-kanak yang didaftarkan tanpa nama bapa apatah lagi jika dimasukkan sekali statistik bayi yang dibuang oleh golongan yang tidak bertanggungjawab di luar sana. Menurut saranan Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Datuk Mahmood Zuhdi Abdul Majid mengatakan bahawa Jika semua pihak terutamanya kerajaan serius dalam menangani isi pembuangan bayi yang saban hari dilaporkan, tumpuan perlu diberi kepada usaha membersihkan masyarakat daripada sumber-sumber yang

mendedahkan mereka kepada faktor yang merosakkan nilai murni.

MASHANI BINTI MUBIN 122815

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK3101

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA ISU PEMBUANGAN BAYI Hari ini , Negara kita telah pesat membangun dari segi ekonomi, sosial ataupun politik dalam menongkah arus modenisasi dan globalisasi. Kita berbangga dengan pencapaian dan kejayaan yang ditempa oleh rakyat Malaysia di peringkat dunia.

Namun begitu, di sebalik kegemilangan kegemilangan ini, kita dihantui pula oleh satu penyakit sosial iaitu masalah pembuangan bayi. Mengapakah hal ini boleh berlaku ? 1. Sikap dan penerimaan ibu dan bapa Hal ini merupakan faktor penyebab utama yang menyebabkan seseorang mengambil tindakan membuang bayi. Ibu dan bapa tidak menerima kehadiran bayi yang terhasil dari perbuatan perzinaan lantaran amat memalukan keluarga. Wanita mengambil jalan mudah dengan cara membuang bayi yang tidak berdosa itu. 2. Kekurangan didikan agama Kita tidak boleh menafikan kekurangan didikan agama antara sebab utama pembuangan bayi berlaku. Biasanya golongan remaja merupakan golongan yang terlibat. Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup menyebabkan mereka hilang haluan lalu terlibat dengan pergaulan bebas. Hasil daripada perhubungan terlarang ini maka lahirlah bayi yang tidak diinginkan kehadirannya lalu di buang di merata tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya.

MASHANI BINTI MUBIN 122815

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK3101

3. Pengaruh rakan sebaya Rakan sebaya turut meyumbang kepada gejala pembuangan bayi. Pada usia muda, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Rakanrakan sebaya yang negatif ini akan mengajak remaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat. Mereka biasanya mengunjungi pusat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas. Apabila terjerumus dalam seks rambang, remaja wanita hamil dan membuang bayi adalah jalan termudah yang diambil apabila terdesak. 4. Pandangan negatif masyarakat Sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut menyebabkan masalah sosial ini berlaku. Masyarakat setempat sudah pastinya akan menghina dan memandang serong kepada wanita yang hamil tanpa perkahwinan. Label anak haram, anak tak sah taraf dan anak luar nikah menyebabkan ibu yang melahirkannya tidak mampu untuk terus hidup dalam belenggu label sedemikian. Demi menjaga imej sendiri dan keluarga, wanita tersebut mengambil jalan mudah dengan cara membuangkan bayi itu bagi mengelakkan daripada dipandang jijik dan hina oleh mayarakat.

MASHANI BINTI MUBIN 122815

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK3101

5. Perasaan malu dan tekanan perasaan Perasaan malu untuk berdepan dengan masyarakat akibat perbuatan sumbang itu mengatasi rasa kasih dan sayangnya terhadap bayi yang dilahirkan. Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya lagikan haiwan yang tidak mempunyai akal fikiran pun tahu kasihkan anaknya. Ibu-ibu tersebut melahirkan anaknya secara rahsia dan kemudian membuang bayi ini adalah kerana tidak sanggup menanggung malu dan tertekan untuk berdepan dengan masyarakat yang sentiasa berpandangan negatif terhadap kehamilan di luar perkahwinan ini. 6. Kemudahan untuk mengakses dan menonton bahan terlarang Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik, penyebaran vcd dan gambar lucah di dalam internet juga menjadi punca yang mendorong

seseorang terjebak ke lembah perzinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah , di samping berleluasanya program-program hiburan yang melampaui dalam masyarakat menjadikan remaja terus alpa dan hanyut. 7. Kelemahan institusi kekeluargaan Banyak masalah jenayah yang terjadi adalah melibatkan individu yang mempunyai masalah dalam institusi kekeluargaan mereka. Kepincangan seperti tiada persefahamananta ibu dan bapa, bergaduh, bercerai dan lainlain menyebabkan pengabaian terhadap penyediaan iklim yang sesuai untuk pembentukan fizikal, mental dan rohani anak-anak. Golongan ini akan

MASHANI BINTI MUBIN 122815

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK3101

mencari jalan keluar mereka sendiri seperti pergaulan bebas yang akhirnya menyumbang kepada masalah sosial ini. LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN BAGI MENGATASI ISU DIPILIH Setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya, cuma sejauh mana keberkesanan dan sejauh mana penerimaannya oleh golongan masyarakat. Hal ini yang akan menentukan kejayaan bagi langkah-langkah yang dicadangkan ke arah penambahbaikan itu dan seterusnya menangani isu tersebut. 1. Mengkaji semula seksyen 317 dan 318 kanun keseksaan. Kerajaan perlu mengkaji semula Seksyen 317 dan 318 Kanun Keseksaan agar denda yang lebih berat dikenakan ke atas mereka yang bersalah. Ini perlu dilakukan agar golongan yang terlibat berasa takut dan serik untuk membuang bayi. Ekoran itu mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. Ini dapat membendung kejadian mengandung tanpa nikah dan pembuangan bayi. 2. Memberikan didikan agama yang sempurna Pendidikan agama yang sempurna perlu diberikan seawal yang mungkin demi memandu generasi kea rah kebaikan. Semua agama membimbing penganutnya melakukan kebaikan di muka bumi ini. Dengan keimanan yang kukuh, mereka tidak mudah terpengaruh dengan persekitaraan yang negatif. Ini dapat menghindarkan mereka dari melakukan segala perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas.

10

MASHANI BINTI MUBIN 122815

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK3101

3. Penubuhan pusat-pusat jagaan untuk ibu muda. Pihak berkuasa menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat misalnya perlu menubuhkan pusat-pusat jagaan untuk ibu-ibu muda yang mengandung. Pusat ini berfungsi sebagai tempat remaja berkenaan mengadu dan mendapatkan bimbingan. Dengan cara ini nyawa yang tidak berdosa dapat diselamatkan dan ibu yang mengandung ini boleh menebus dosa mereka dengan menjadi ahli masyarakat yang berguna. 4. Penubuhan bank bayi Bank ini berfungsi menjaga setiap bayi yang tidak diingini atau tidak mampu dibela oleh ibu mereka. Bayi-bayi ini dijaga oleh pihak berkenaan sehingga besar dan boleh hidup berdikari. Dalam tempoh tertentu pula, pihak bank boleh memberi peluang kepada ibu mengambil anak semula sebelum diberi kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Dengan cara ini, nasib dan masa depan mereka lebih terjamin berbanding dengan tragedi kejam yang menimpa seandainya mereka terbuang sesudah dilahirkan. 5. Pengukuhan institusi kekeluargaan. Setiap pasangan suami dan isteri harus sentiasa menjadikan Rumahku syurgaku sebagai asas yang penting untuk melahirkan modal insan yang baik dan berakhlak mulia. Rumahtangga yang sempurna dapat melahirkan

generasi yang terasuh dengan nilai-nilai murni yang baik dan dapat berdepan dengan godaan dan hasutan yang mendorong ke arah melakukan perbuatan maksiat seperti perzinaan. Ibubapa yang bertanggungjawab akan sentiasa

11

MASHANI BINTI MUBIN 122815

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK3101

memantau pergerakan anak-anak supaya mereka tidak terjerumus dengan aktiviti yang tidak bermoral ini. 6. Mengadakan kempen-kempen motivasi Langkah terakhir yang boleh diambil ialah menerusi kempen-kempen program motivasi. Tanggungjawab ini boleh dilakukan oleh pelbagai media yang ada di negara kita. Dengan kata lain, grafik dan pendedahan berbentuk Kisah Benar seseorang yang pernah membuang anak akan membangkitkan kesedaran golongan yang terlibat khususnya remaja. Manakala program motivasi kesedaran seperti Adab Bergaul dan Dosadosa Besar misalnya mampu memperkuatkan lagi rasa insaf dan takut remaja akan dosa. Justru itu, mereka akan sentiasa beringat dan berwaspada daripada melakukan noda dan dosa.

PENUTUP Mengupas tentang isu pembuangan bayi ini maka banyak dapatan-dapatan yang telah ditemui dan dikumpul bagi memperjelaskan sejauh mana merebak dan meruncingnya gejala pembuangan bayi . Banyak faktor yang telah menyumbang ke arah masalah pembuangan bayi yang tidak berdosa ini. Setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup dan menikmati kehidupan terbentang ini. Di antara faktor yang menyumbang kepada isu ini ialah sikap ibu dan bapa, kekurangan didikan agama, pengaruh rakan sebaya, sikap negatif masyarakat, perasaan malu, kemudahan mengakses serta menonton bahan terlarang dan di muka bumi yang luas

12

MASHANI BINTI MUBIN 122815

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK3101

kelemahan institusi kekeluargaan. Sikap masyarakat yang suka mengkritik menambah burukkan lagi isu ini. Masyarakat lebih suka menjatuhkan hukuman tanpa menaruh sedikit perasaan belas kasihan menyebabkan wanita yang hamil anak luar nikah tiada tempat untuk mengadu dan meyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Cara berfikir masyarakat yang negatif juga menghalang lagkah dan usaha penambahbaikan yang dicadangkan. Contohnya usaha penubuhan bank bayi yang mendapat reaksi yang sangat negatif dan menjadi bahan ejekan kerana mereka beranggapan ini akan menggalakkan lagi perbuatan perzinaan. Seharusnya

masyarakat lebih berfikiran terbuka dalam menangani isu ini. Apa yang menghairankan ialah masyarakat dapat pula menerima hiburan yang terlampau di mana ianya jelas boleh menyumbang kepada gejala ini dengan hati yang terbuka. Semua pihak perlu melihat gejala pembuangan bayi ini secara rasional dan harus memikul tanggungjawab bersama sebagai warganegara Malaysia yang mendokong prinsip-prinsip Rukun

Negara kita. Secara peribadinya, saya berpendapat ada di antara perubahan yang di buat oleh organisasi dan jabatan tertentu yang tidak mengambil kira kebajikan anak-anak yang dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan ini sehingga ada pihak yang sanggup menyelesaikan masalah ini dengan cara membuang bayi yang baru dilahirkan. Jabatan Pendaftaran Negara contohnya tidak lagi membenarkan anak luar nikah ini dibin atau dibintikan dengan Abdullah yang membawa maksud Hamba Allah. Hal ini jelas menyumbangkan masalah kepada seramai 257,000 kanak-kanak yang telah didaftarkan tanpa maklumat bapa sekitar tahun 2000 hingga 2008. Masyarakat dengan jelas dapat mengetahui status anak ini dan mereka terpaksa menanggung malu dan

13

MASHANI BINTI MUBIN 122815

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK3101

hidup dalam kegundahan kerana status anak tidak sah taraf mereka dapat dikenal pasti dengan mudah oleh masyarakat. Mereka tidak minta dilahirkan sebegitu dan realitinya mereka terpaksa menanggung malu lantaran kesilapan yang dilakukan oleh ibu mereka. Hal ini juga mendorong kepada ibu muda yang terlibat untuk membuang bayi kerana mereka tidak sanggup untuk menahan malu yang akan ditanggung sepanjang hayat. Perasaan malu tersebut telah mengatasi segala rasa kasih dan sayang yang bersemi terhadap bayi yang baru dilahirkan. Sebagai kesimpulannya Mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati. Semua pihak perlu memikul dan menangani isu ini agar ianya dapat dibendung dari terus berleluasa dan merebak di kalangan masyarakat yang kaya dengan nilai-nilai dan adab-adab ketimuran yang tinggi. Janganlah asyik menunding jari dan menyalahkan orang lain. Tumpuan harus diberi kepada usaha membersihkan masyarakat daripada sumber-sumber yang mendedahkan mereka kepada faktor yang merosakkan nilai nilai murni. Jadikanlah agenda pembangunan ummah dan kebajikan sebagai perkara nombor satu yang harus diutamakan. Apabila hal ini diberikan penekanan yang serius maka akan terhasillah sebuah masyarakat yang sentiasa mendukung prinsip-prinsip Ruklun Negara dan rasa kecintaan terhadap negara itu sendiri akan dapat membina sebuah negara yang sejahtera seiring dengan dengan kemajuan dan pembangunan di zaman era globalisasi ini.

14

MASHANI BINTI MUBIN 122815

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK3101

ISI KANDUNGAN

TAJUK i 1. Pendahuluan

MUKA SURAT

1-2

2. Pemilihan isu yang membangkitkan kesedaran sivik

3-4

3. Maklumat berkaitan isu atau skop dipilih

46

4. Faktor yang menyumbang kepada isu pembuangan bayi

79

5. Langkah-langkah penambahbaikan isu pembuangan bayi

10 12

6. Penutup

12 14

7. Peta minda

15

15

MASHANI BINTI MUBIN 122815

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK3101

16

MASHANI BINTI MUBIN 122815

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PSK3101

17

Vous aimerez peut-être aussi