Vous êtes sur la page 1sur 25

AKAL DARI SUDUT BAHASA DAN ISTILAH

Mengikut kamus arab, kalimah aqala ( )beerti mengikat dan menahan. Perkataan iqal ( ) pula bermaksud tali pengikat serban yang berwarna hitam dan berwarna emas. Perkataan iqtaqala ( ) pula membawa maksud menahan orang di dalam penjara dan mutaqal ( ) tempat tahanan1 Di dalam lisan al-Arab, al-Aqal bermaksud al-Hijr ( menahan ) dan al-aqil ialah menahan diri.2 Kadang-kadang al-Aql juga diertikan sebagai an-Nuha ( ) iaitu kebijaksanaan, lawannya adalah lemah fikiran.3 Adakalanya juga al-Aql bermaksud hati ( ) dan juga memberi maksud memahami.4 Akal merupakan makhluk Tuhan yang tertinggi dan ianya berfungsi membezakan manusia dari binatang dan makhluk Tuhan yang lain. Akal membuat manusia bertanggungawab atas perbuatannya dan akal yang ada dalam diri manusia itulah yang diberi oleh Tuhan sebagai pegangan dalam menentukan pemberian pahala atau hukuman kepada seseorang. Menurut pengertian lafaznya yang umum, akal adalah satu bukti yang dengannya mendorong moral manusia atau menegah daripada melakukan perkara yang dilarang atau mungkar. Kesimpulannya, akal merupakan alat untuk berfikir dan alat untuk menimbang baik dan buruk atau merasakan segala perubahan keadaan.

PERANAN SERTA FUNGSI AKAL


1

Nimat Shidqi, Pembalasan syurga dan neraka, Singapura, Pustaka Nasional, Pte.Ltd, Cet.1, 1989, Hal. 67. 2 Muhammad Ibn Makram Ibn Manzur, Lisan al-Arab, Beirut, Dar Sadir, Jil.46, 1958, Hal. 458. 3 Ibid 4 Ibid

Akal memainkan peranan yang penting dalam merenung dan memikirkan juga untuk mengetahui dan memahami. Oleh kerana itulah Allah Taala telah mengkhususkan orang-orang yang mempunyai fikiran yang menggunakan akal fikiran mereka mengetahui dan memikirkan keterangan-keterangan Allah S.W.T. dengan cara yang teliti dan terperinci.5 Allah S.W.T telah berfirman :
6

Maksudnya : ... Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayatNya ( keterangan-keterangan hukumNya ) supaya kamu berfikir

Akal juga berperanan untuk membimbing, menunjuk dan memaksa manusia untuk mentaati Allah S.W.T. Tegasnya di sini, akal yang dilengkapkan oleh Allah Taala kepada manusia adalah untuk memahami dan melaksanakan perintah penciptanya.7 Walaubagaimanapun, akal tidak dijadikan untuk menanggung segala tindak tanduknya, tidak akan diseksa, tidak bersalah dan tidak juga betul, seolah-olah ia melakukan perkara seperti haiwan. Akal juga diumpamakan seperti sebuah negara yang menakluki negara lain, menawan rakyatnya, membunuh kanakkanaknya, menghina wanita-wanitanya dan merosakkan buminya, tetapi tiada apa-apa balasan sebagaimana yang dilakukan oleh Yahudi terhadap bumi Palestin.8 PERANAN AKAL MENURUT AL-QURAN
5 6

Nimat Shidqi, Op.cit, hal. 71. Surah Al-Baqarah 2:219 7 Nimat Shidqi, Op.cit, hal. 7 8 Jamal Abd al- Hadi Muhammad Masud wa Wafa Muhammad Rifat Jumiah, al- Islam Din Allah fi alArd wa fi al- Sama, al-Mansurah, Dar al- Wafa, 1990, Cet. 3, hal. 16.


164. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.

Dari sebutan-sebutan Al-Quran dan Hadith tentang anjuran agar manusia menggunakan akalnya, maka jelaslah kepada kita bahawa betapa pentingnya

menggunakan akal ini untuk berfikir. Istilah ini bolehlah di definisikan sebagai renungan atau pertimbangan dengan teliti.9 Dari perspektif al-Quran , istilah ini mempunyai tiga aspek utama iaitu10: 1) Fikr fi al-Khalq Iaitu merenung ciptaan Allah, mempunyai perkataan yang rapat dengan Fikr fi alAsma iaitu merenung nama-nama Allah s.w.t. ini adalah kerana setiap sesuatu daripada ciptaan Allah merupakan cerminan akan salah satu daripada namanama-Nya yang mana ia merupakan sifat-sifat Allah. 2) Fikr fi al-Ayat Iaitu merenung tanda-tanda kebesaran Allah seperti hujan, angin, struktur langit dan bumi, pergantian malam siang dan sebagainya yang mana kesemuanya ini adalah merupakan tanda-tanda kebesaran dan kebijaksanaan Allah. Dengan kata lain, semua ciptaan Allah khususnya di dunia ini seumpama sebuah buku yang sangat besar. Justeru itu, manusia perlulah berfikir dengan menggunakan akalnya untuk memperolehi ilmu daripadanya. 3) Fikr fi al-Nafs Iaitu merenung diri manusia mereka sendiri. Ia dianggap sebagai satu aspek yang paling penting kerana menusia menjadi fokus utama dalam perhubungan konsep al-fikr. Al-Quran telah berulang kali meminta manusia merenung ciptaan Allah s.w.t. di dalam dunia ini dan ciptaan yang paling penting dan paling hampir sebenar nya adalah diri mereka sendiri.
9

Syed Muhammad Dawilah al-Edrus, Epistemologi Islam, Teori Ilmu Dalam al-Quran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur , 1993 Masihi, Hal. 42 10 Ibid, Hal. 42-43

Kesimpulannnya, akal yang diperkatakan oleh Islam dengan ajaran al-Quran tersebut ialah akal yang memelihara jiwa, memahami hakikat, membezakan beberapa perkara, mengimbangi beberapa pertentangan, memerhati, berfikir dan mengelokkan ingatan dan penceritaan.11

Konsep penciptaan dan kaitannya dengan peranan akal menerusi ayat 164 surah al-Baqarah.

11

Ahmad Abdul Rahim sayeh, (1991),op.cit, hal. 33.

164. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. Daripada ayat 164 surah al-Baqarah, dapatlah difahami bahawa seseorang itu tidak akan memahami kekuasaan Allah sekiranya dia tidak mengaitkan segala ciptaan dan apa sahaja yang berlaku di dalam ini dengan penciptanya. Di dalam ayat 164 surah al-Baqarah itu juga, diceritakan mengenai kejadiankejadian alam yang lengkap bagi keselesaan hidup manusia di muka bumi ini. Selain daripada penceritaan kejadian-kejadian alam tersebut, ia disertakan pula dengan dalil-dalil aqli atau kepaduan berfikir sebagai rangkaian daripada hikmah kebesaran dari Tuhan. Jelaslah ianya menunjukkan bahawa akal fikiran adalah alat yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada hamba-hambanya untuk dimanfaatkan bagi merasa kebenaran yang tertulis didalam al-Quran.12 Dari ayat tersebut, jelaslah kepada kita bahawa al-Quran al-Karim memberikan arahan kepada akal untuk memandang alam semesta ini dengan pandangan yang sempurna dari segi ciptaan, aturan, gerakan dan susunannya. Arahan ini dibuat untuk membolehkan manusia mengungkapkan hukum masing-masing disamping membuktikan hakikat yang berada disebaliknya.13

12

Dr. H.Hamzah Yaqub, Ilmu Marifah Sumber Kekuatan dan Ketenteraman Hati, Darul Taqwa, Kuala Lumpur, 1995, Hal. 82. 13 Dr Abdul Majid al- Najjar, Kebesaran Berpendapat dan Penyatuan Pemikiran Umat, Internasional Institute of Islamic Thought & Thinkers Library Sdn., 1997, Hal. 36.

Antara peranan akal yang boleh dikenal pasti dari ayat 164 surah Al-Baqarah tersebut ialah: 1. Akal mengarah manusia untuk berfikir dan menganalisis menerusi Alam Semesta. Al-Quran juga menggunakan pendekatan alam seperti kejadian langit dan bumi, bulan bintang, bukit bukau dan sebagainya untuk menyampaikan mesej bahawa kita sewajarnya menggunakan akal untuk memikirkan siapakah penciptanya yang sebenarnya bagi semua kejadian alam itu.

Disini jelas bahawa Allah mengarah akal manusia supaya berfikir dan menganalisis melalui setiap penciptaan tersebut. Manusia yang menggunakan akal fikirannya dengan baik pasti akan menemui jawapan bahawasanya Allah s.w.t Maha Berkuasa menciptakannya lalu ia pun menyembah Nya. bersedia untuk tunduk

2. Mampu bermakrifat tentang Allah menerusi kejadian Alam. Akal yang Allah kurniakan bagi seseorang itu adalah menjadi sebaik-baik jalan untuk mereka mengenal Tuhan. Oleh kerana itulah, mengenali Tuhan dengan cara berfikir di sekitar kejadian alam itu memerlukan pemerhatian dan permandangan yang betul menurut pertimbangan hukum berfikir yang sihat, merdeka dan bebas. Didalam Al-Quran, Allah menganjurkan setiap orang itu berfikir, membahas dan mengkaji setiap sesuatu daripada kejadian alam yang penuh dengan keanehan rahsia-rahsia dan hikmah itu sama ada dari kejadian langit, bumi, manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, pertukaran malam siang dan sebagainya untuk

membuktikan wujudnya Allah sebagai pencipta alam dan sekaligus mengenali sifat-sifatNya. Oleh itu, jelaslah bahawa jika kitabullah adalah dalil yang tersirat, maka hikmah kebijaksanaan pula adalah jalan untuk mengenal hikmah yang tersirat di sebalik yang tersurat itu14. Semua kejadian yang digambarkan oleh Allah itu merupakan dalil alamiah yang konkrit bagi fikiran untuk mengenal Pencipta yang maha Bijaksana dan Maha Berkuasa. Oleh kerana itulah, anugerah Tuhan berupa akal fikiran ini hendaklah di manfaatkan sebaik-baiknya yang meningkatkan makrifat kepada Tuhan.

3. Akal yang berfikir mampu menanggapi kejadian Alam.

Ilmu pengetahuan menerusi

Berfikir dengan menggunakan akal telah dilakukan oleh para sarjana Islam sebagai satu cara untuk memperolehi ilmu15. Islam juga berpendapat bahawa dengan akal fikiran atau kebolehan berfikir

inilah yang membezakan dengan makhluk Allah s.w.t. yang lain. Selain dari al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber utama ilmu pengetahuan , Islam juga menganggap bahawa fenomena alam tabie iaitu alam yang luas ini sebagai sumber ilmu. Kejadian yang berlaku dalam alam yang luas ini seperti peredaran malam dan siang, kejadian langit dan bumi serta sebagainya adalah tanda-tanda kebesaran Allah16. Namun, ilmu pengetahuan yang dimaksudkan hanya boleh didapati hanya apabila manusia itu menggunakan akalnya untuk memikirkan apakah hikmah disebalik setiap kejadian.
14 15

Dr. H. Hamzah Yaqub (1995), op. cit., hal. 56 Mustafa Abu Sway, Al- Ghazaliy: A study In Islamic Epistemology. DBP,1996 hal. 51 16 Wan Mohd Nor Wan Daud, The Concept of Knowlegde in Islam, Mansell Publishing Limited, London & New York, 1989, hal. 37.

Dalam menjelaskan akal sebagai sumber ilmu, akal mempunyai tiga peranan iaitu mengkaji dan menyelidiki, mengumpul dan mengingat serta menyimpan dan mengeluarkannya. Sebelum akal menerima sesuatu ilmu untuk disimpan, ia mengkaji terlebih dahulu . manakala apabila sesuatu ilmu itu telah diterima, ia akan disimpan. Akal tidak akan penuh atau congested kerana ilmu bukan madiyyah, jadi akal tidak akan merasa letih 17. Ada dua perkara pada manusia yang tidak pernah penuh iaitu akal dan nafsu. Kewujudan ilmu dalam simpanan akal tidak akan dapat dirasai kecuali ilmu yang besar. Apabila ilmu tersebut dikeluarkan, barulah manusia tahu ianya wujud18. Kesimpulannya, akal adalah sesuatu yang penting dalam hal menuntut dan menyampaikan ilmu. Ini adalah kerana, akal mengumpul maklumat ilmu yang dipelajari, menyimpan dan memproses ilmu yang akan diamal dan disampaikan. Oleh itu, kita perlu tahu peranan dan sifat akal supaya dapat menajamkan akal. Akal yang tajam dapat mengkaji, mengumpul dan mengingat dengan baik. Selain itu, akal juga mampu menyerap ilmu melalui objek luar sama ada daripada benda yang bergerak atau hati iaitu informasi yang masuk melalui pancaindera. Akal juga tidak terlepas daripada apa yang dipandang, didengar atau yang dirasakan. Dari sini, dapatlah disimpulkan bahawa akal menjalankan kerja-kerja memerhati, menganalisis, membanding dan menilai untuk menghasilkan pemahaman dan ingatan. Dengan terlaksananya aktiviti-aktiviti tersebut, akal dapat memerhati sesuatu hakikat atau menanggapi ilmu. Memahami dan menanggapi ilmu adalah merupakan matlamat berfikir. Oleh itu, benarlah bahawa akal juga dikatakan sebagai salah satu sumber ilmu pengetahuan19.

17 18

Ensiklopedia Islam, A- Aliyyah, Jil.1, 1998, Pusat Pemyelidik Ensiklopedia Malaysia, hal. 218 Ibid 19 Mustafa Kasim, Pemgislaman Ilmu, Dewan Bahasa & Pustaka, Selangor, 1991, hal.197

4. Akal yang berfikir mampu mengukuhkan pegangan akidah dan meningkatkan keimanan terhadap Allah. Sesungguhnya kejadian dan naluri ini telah memenuhi perhatian akal manusia sejak dari awal kewujudannya lagi.Oleh kerana itulah, maka memikirkan akan perkara-perkara sebegini sudah cukup untuk menjadi dalil yang nyata bagi manusia yang mempergunakan akalnya.20 Al-Quran jelas telah mempertemukan akal dengan agama pada satu titik utama dalam mencapai satu matlamat hidup di alam ini. Sebenarnya, ayat-ayat alQuran dan al-Hadith Rasulullah sendiri banyak memaparkan perkaitan antara keduanya. Kemudian, akal pula memenuhi peranannya untuk mengakui terhadap penetapan al-Quran secara jelas dan tegas bahawa akidah adalah dasar dan fungsi asasi dalam Islam secara keseluruhannya. 5. Akal mampu mengetahui kewujudan pencipta dengan memerhati dan menganalisa hubungan sebab atau akibat bagi kejadian Alam yang wujud ini. Semua yang ada ini merupakan bukti yang jelas kepada wujudnya Pencipta dan Pengaturnya di mana sesuatu kewujudan itu sudah pasti ada penciptanya. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Ankabut, ayat 61:


20

Ibid

61. Dan Sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" tentu mereka akan menjawab: "Allah", Maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar).

Ilmu tentang alam dalam surah al-Baqarah: ayat 269.


269. Allah menganugerahkan al-Hikmah (kefahaman yang dalam tentang alQuran dan As-Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar Telah dianugerahi karunia yang banyak. dan Hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).

Ulama mentaklifkan akal sebagai cahaya yang dengannya manusia dapat memahami berbagai-bagai perkara. Diantara ayat-ayat yang menyebut kalimah nur (cahaya) ada yang dirujuk kepada akal mengingatkan ia sebagai sumber kepada cahaya tersebut. Sebagaimana fiman Allah dalam surah An-Nuur: ayat 35 dan ayat 40.

35. Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus[1039], yang di dalamnya ada Pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya)[1040], yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.

[1039] yang dimaksud lubang yang tidak tembus (misykat) ialah suatu lubang di dinding rumah yang tidak tembus sampai kesebelahnya, Biasanya digunakan untuk tempat lampu, atau barang-barang lain. [1040] Maksudnya: pohon zaitun itu tumbuh di puncak bukit ia dapat sinar matahari baik di waktu matahari terbit maupun di waktu matahari akan terbenam, sehingga pohonnya subur dan buahnya menghasilkan minyak yang baik.

40. Atau seperti gelap gulita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan; gelap gulita yang tindihbertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.

Perkataan-perkataan lain yang digunakan dalam Al-Quran yang sama maksud dengan 1) - berfikir dan merenung


6. (Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit Yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) Bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiasinya (dengan bintang-bintang), dan Dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang? 7. dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan Dia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang Yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman Yang indah subur? Surah Qaaf : 6-7

5. (setelah mengetahui Yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan. 6. ia diciptakan dari air (mani) Yang memancut (ke Dalam rahim) 7. Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan. Surah At-Thariq : 5-7

2)

merenungkan


29. (Al-Quran ini) sebuah Kitab Yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab Yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami Dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orangorang Yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. Surah Shaad : 9


24. (setelah diterangkan Yang demikian) maka Adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran AlQuran)? Surah Muhammad : 24

3)

berfikir


68. dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah Engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunanbangunan Yang didirikan oleh manusia. 69. kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman bagi (madu) Yang (dari berlainan warnanya, Yang mengandungi penawar manusia berbagai-bagai penyakit).

Sesungguhnya pada Yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang Yang mahu berfikir. Surahan-Nahl : 68-69


12. Allah Yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya Dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur. 13. dan ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadanya; Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum Yang memikirkannya Dengan teliti. Surah al-Jasiyyah : 12-13

4)

- mengerti


44. langit Yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk Yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih

Dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya ia adalah Maha penyabar, lagi Maha Pengampun. Surah al-Israk : 44


97. dan Dia lah Yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya Dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang Yang mengetahui. 98. dan Dia lah Yang mencipta kamu dari diri Yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi), dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau Dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang Yang mengerti (secara mendalam). Surah al-anam : 97-98

5)

mengingat

17. kalau sudah demikian, Adakah Allah Yang menciptakan semuanya itu sama seperti makhluk-makhluk Yang tidak menciptakan sesuatu? maka Patutkah kamu lalai sehingga kamu tidak mahu beringat serta memikirkannya? Surah an-nahl : 17

6)

memahami


78. dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Daud Dengan Nabi Sulaiman, ketika mereka berdua menghukum mengenai tanaman-tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing kaumnya pada waktu malam; dan sememangnya Kamilah Yang memerhati dan mengesahkan hukuman mereka. 79. maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum Yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan

unggas memuji Kami bersama-sama Dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. Surah al-anbiyaa : 78-79

Sebutan-sebutan yang beri sifat berfikir bagi seorang muslim

- ( orang berfikiran )


111. Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran Yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang Yang mempunyai akal fikiran. (kisah Nabi-nabi Yang terkandung Dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita Yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa Yang tersebut di Dalam Kitab-kitab ugama Yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan Yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum Yang (mahu) beriman. Surah Yusuf : 111

( orang yang berilmu )

190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; Surah ali-imran : 190

( orang yang mempunyai pandangan )


18. Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya Dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) Dengan keadilan, dan malaikatmalaikat serta orang-orang Yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga Yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Surah ali-imran : 18

( orang yang bijaksana )

44. Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; Sesungguhnya Yang demikian mengandungi pelajaran Yang mendatangkan iktibar bagi orangorang Yang celik mata hatinya berfikir. Surah Annur : 44

IMPLIKASI TERHADAP KEROSAKAN AKAL


Manusia yang berakal tetapi tidak bijak menggunakan dan mengendalikan akal dengan sebaiknya sudah pasti akan membawa pelbagai implikasi yang buruk terhadap kehidupan manusia. Di antara implikasinya adalah : Terhijab atau tertutup dari cahaya Illahi. Mereka yang tertutup dan terhijab dari cahaya Illahi adalah mereka yang menolak kebenaran iaitu mereka yang mempunyai kepentingan kehidupan duniawi sahaja. Mereka tidak hirau langsung kepada hari akhirat sebaliknya bersedia untuk menghadapi balasan di hari akhirat semata-mata untuk kepentingan dan kesenangan dunia. Mereka juga tidak mahu menurut jalan Allah tetapi berusaha agar jalan Allah menuruti kehendak mereka. Ia harus disesuaikan dalam satu cara yang dapat memasukkan agakkan teori dan nafsu mereka dan menolak setiap tauhid yang tidak bersesuaian dengan cara hidup mereka.21 Apabila pemikiran mereka sudah diresapi dengan anggapan sedemikian, lantas ianya akan menenggelamkan mereka terus dalam kekufuran dan jauh menyeleweng dari akidah yang sebenar. Justeru itu, mereka terselubung oleh cahaya sifat keagungan Allah s.w.t. Mereka memerlukan sifat-sifat keindahan itu kepada jasad dan benda. Perasaan itulah yang menjadi penghalang bagi

21

Afifi, Al-Qahirah, al-Dar al-Qawmiyah, 1964, hal. 73

masuknya

cahaya

Illahi.

Perasaan

itu

merupakan

kegelapan

dalam

hubungannya dengan Alam Rohani.22

Merendahkan martabat insan Manusia yang rosak akal fikirannya selalunya tidak mengenal nilai-nilai kerjasama, timbang rasa, kecintaan dan keadilan. Walaupun ada ketikanya dia mengenali nilai-nilai itu, namun dia tidak dapat menerapkan dari segi amaliahnya, malah terus bergelumang di lembah jurang hawa nafsu sebagai hukum yang memerintah dirinya. Apabila nafsu sudah menguasai dan mengendalikan akal, maka kelakuan manusia menjadi lebih rendah dan lebih sesat dari kelakuan seekor haiwan. Ini diperakukan oleh al-Quran sendiri, sebagaimana firman Allah S.W.T. :
23

Maksudnya : Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendahrendahnya (neraka).

Tidak dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan Seseorang yang bertindak mengikut hawa nafsu sudah pasti tidak dapat membezakan di antara kebenaran dan kebatilan, yang mana kedua-duanya amat jauh sekali perbezaannya. Untuk mengenalpasti mengenainya, seseorang
22 23

Abn Hamid al- Ghazali, Misrikat al- Anwar, haqqaquha wa qaddama lahu, Abu al- Ala. Surah al- Tin : 5

itu mesti mempunyai ilmu dan menggunakan akal fikiran serta menghayati kebenaran itu. Di samping dapat mengenalpasti kebenaran seseorang itu hendaklah juga mengetahui ciri-ciri kesesatan supaya tidak tergelincir di dalamnya. Melalui akal, manusia akan terselamat daripada sebarang ancaman sama ada ancaman dari luar mahupun hawa nafsu yang muncul dari dalam diri. Mereka tidak akan tunduk kepada ancaman tersebut, kerana telah dibentangi oleh akal. Manusia yang melakukan sesuatu mengikut pertimbangan akalnya, tunggak keimanan dan kekuatannya akan menjadi teguh, berupaya melaksanakan titah perintah Allah, meninggalkan segala larangan dengan cekal hati, mampu menghindari belenggu kejahilan dan penyelewengan. Kemajuan umat terbantut Tanggungjawab membina kehidupan di dunia merupakan amanah yang mesti ditunaikan oleh manusia. Amanah ini tidak mamapu dilaksanakan oleh makhlukmakhluk lain kerana manusia sahaja yang memiliki persediaan lengkap lantaran akal fikiran yang dapat menerajui kehidupan di dunia dan di akhirat. Firman Allah S.W.T :


24

24

Surah Al- Ahzab 33:72

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang. Maka semuanya enggan memikul amanat (tugastugas keagamaan) itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.