Vous êtes sur la page 1sur 4

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS ? APA ITU KARAT ( K ) ?

KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas. 24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen. STANDARD KETULENAN EMAS BARU (a) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam 24K mengikut ukuran lama (b) (c) 950 916.6 Emas Kelantan atau Emas 9 Emas Singapura 22K mengikut ukuran lama

(d) (e) (f) (g) (h)

875 835 750 585 375 18K mengikut ukuran lama 14K mengikut ukuran lama SUASA 9K mengikut ukuran lama

Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

STANDARD KETULENAN PERAK (a) (b) (c) (d) 958.4 925 830 800

STANDARD KETULENAN PLATINUM (a) 950 bermakna 95.0% kandungannya.

CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN

KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN 24 CARA MENGUKUR KARAT STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT 1000 Contoh Pengiraan : Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat). 750 X 24 = 18K 1000 Nama-nama lama panggilan kepada Emas :

Emas Se Amas = 2.551 gm Emas Se Rial =2.70 gm Emas Se Kupang = 0.64 gm Emas 2 Kupang = 1.28 gm ( Kupang Terengganu )

Emas 6 Suku ( sama dengan 1 mayam ) = 5.06 gm Emas 5 Busak ( sama dengan Mayam ) = 1.69 gm Emas 1 Mayam = 3.37 gm Hina Besi kerana karat Mulia Emas kerana kilat

Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas

bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan. Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun. ::Dalil Wajib Zakat:: Firman Allah s.w.t: "Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu" (Surah At-Taubah: 34-35) Sabda Rasulullah s.a.w: "Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka". (Hadis riwayat Abu Hurairah) KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS

* Emas Yang Disimpan o Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun. Jika emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi kadar nisab (85 gram), maka wajib dikeluarkan zakat sebnyak 2.5% atas nilai emas tersebut. Nilai yang diambil kira adalah nilai emas sahaja iaitu tidak termasuk batu-batu permata. o Contoh: Emas yang disimpan atau tidak dipakai bernilai RM 4,000 (nilai emas semasa), maka zakatnya ialah sebanyak: RM 4,000 X 2.5% = RM 100. * Emas Yang Dipakai o Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau secara berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi URUF (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan). Sekiranya melebihi URUF, maka ianya wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas nilai lebihan dari URUF itu. Penggunaan URUF ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya

bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada mazhab Asy-Syafie. Sebagai panduan, buat masa ini kadar URUF yang digunakan di Selangor adalah sebanyak RM 5,000. o Contoh: Seorang wanita yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri bernilai RM 7,000, maka zakatnya ialah sebanyak: (RM 7,000 - RM 5,000) X 2.5% = RM 2,000 X 2.5% = RM 50.

Vous aimerez peut-être aussi