Vous êtes sur la page 1sur 14

AKTIVITI 1 Tajuk : ICE BREAKING MASA : 30 minit ALATAN : PROSEDUR : 1. Peserta berkumpul dalam kumpulan besar. 2.

Ketua fasilitator memberi arahan pergerakan fizikal (tangan dan kaki) secara lisan dan isyarat. 3. Peserta diminta melakukan pergerakan mengikut arahan fasilitator. 4. Aktiviti ini dilakukan secara berulang dan terkawal. FALSAFAH : 1. Sedar akan kewujudan diri. 2. Sedar tentang kesempurnaan fizikal dan bersyukur di atas anugerah Tuhan. 3. Badan sihat otak cergas. 4. Peka kepada arahan. This watermark does not appear in the registered version http://www.clicktoconvert.comAKTIVITI 2 Tajuk : WAJA DALAM DIRI MASA : 15 minit ALATAN : 1. Pemain kaset atau CD 2. Senikata lagu PROSEDUR : 1. Ketua fasilitator meminta peserta-peserta bersedia dengan senikata lagu yang telah dibekalkan.

2. Fasilitator membimbing peserta menyanyi bersama-sama diiringi muzik minus one. 3. Peserta diminta menghayati senikata lagu yang dinyanyikan. FALSAFAH : 1. Insaf tentang kesilapan lalu. 2. Menghargai pengorbanan ibu bapa. 3. Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang, jika dia sendiri tidak berusaha mengubahnya. Lagu : Wan Zul (Suci Dalam Debu) This watermark does not appear in the registered version http://www.clicktoconvert.comAKTIVITI 3 Tajuk : KUMPULANKU MASA : 15 minit ALATAN : Kad gambar buah-buahan (durian, rambutan, pisang, kelapa) PROSEDUR : 1. Peserta diminta berkumpul dalam kumpulan berdasarkan kad gambar buah masing-masing. 2. Peserta diminta berkumpul dalam kumpulan berdasarkan abjad pangkal nama masingmasing. 3. Sekali lagi peserta diminta berkumpul mengikut bulan kelahiran masing-masing. 4. Seterusnya peserta diminta berkumpul semula berdasarkan kod yang diberikan pada kad nama masing-masing. 5. Ketua fasilitator memperkenalkan fasilitator bagi setiap kumpulan. FALSAFAH :

1. Kerjasama dengan lebih mendalam boleh mewujudkan kemesraan dan perasaan saling hormat menghormati di antara satu sama lain. This watermark does not appear in the registered version http://www.clicktoconvert.comAKTIVITI 4 Tajuk : BOLA BALING MASA : 15 minit ALATAN : Sebiji bola plastik PROSEDUR : 1. Ahli kumpulan diminta berdiri di hadapan kerusi masing-masing dalam satu bulatan. 2. Fasilitator memulakan aktiviti dengan menyebut namanya sambil membaling bola dengan perlahan kepada peserta pertama dalam kumpulan. 3. Aktiviti tersebut diulang oleh peserta yang lain sehingga semua ambil bahagian. FALSAFAH : 1. Mengetahui nama seseorang adalah penting untuk berkomunikasi dengan berkesan. 2. Kehadiran insan lain adalah penting dalam hidup kita. This watermark does not appear in the registered version http://www.clicktoconvert.comAKTIVITI 5 Tajuk : PERATURAN KUMPULAN MASA : 20 minit ALATAN : Senarai peraturan dalam kumpulan PROSEDUR : 1. Ahli-ahli duduk dalam satu bulatan.

2. Tanya pendapat ahli-ahli mengapa mereka diminta duduk dalam bentuk bulatan. 3. Fasilitator mengedarkan senarai peraturan dalam kumpulan kepada ahli-ahli untuk dibaca, dibincangkan dan ditambah jika difikirkan perlu. FALSAFAH : 1. Manusia mempunyai kebebasan dalam hidup tetapi sebalik kebebasan itu manusia mempunyai banyak peraturan atau disiplin yang perlu dipatuhi. ARAHAN LANJUT : 1. Ahli kumpulan diminta melantik seorang ketua dan penolong. 2. Setiap ahli mestilah diberi peranan/tugas. 3. Namakan kumpulan bertemakan nilai- nilai positif (Contoh ; Arif, Bestari, Bijak, Intelek dan sebagainya) 4. Cipta cogankata kumpulan anda. PERATURAN KUMPULAN (Contoh) 1. Semua perkara yang dibincangkan di dalam kumpulan adalah menjadi rahsia kumpulan dan tidak boleh dibawa keluar. 2. Semua ahli mendapat giliran untuk mengeluarkan pendapat. 3. Semua ahli mestilah mendengar dengan teliti apabila ahli lain sedang bercakap. 4. Semua ahli mempunyai hak yang sama rata dan adil. 5. Semua ahli mestilah berusaha bekerjasama dan mengambil bahagian tanpa malu-malu. 6. Ahli tidak boleh memperkecilkan atau merendah-rendahkan pendapat yang diberikan oleh rakan. 7. Ahli tidak boleh mencelah ketika rakan bercakap kecuali dengan izin.

Tajuk : KAD PINTAR MASA : 20 minit ALATAN : Kad Pintar Waja Diri PROSEDUR : 1. Fasilitator mengedarkan Kad Pintar Waja Diri kepada semua ahli.. 2. Peserta diminta mengisi maklumat yang dikehendaki termasuk nama masing-masing. 3. Kemudian ahli dikehendaki mendekati dan berkenalan dengan rakan yang paling banyak persamaan dengan dirinya. 4. 2 - 3 orang ahli secara sukarela menceritakan tentang pasangan masing-masing tanpa merujuk kepada kad tadi. FALSAFAH : 1. Mengenali seseorang dengan lebih mendalam adalah penting untuk berkomunikasi dengan berkesan, 2. Kehadiran orang lain adalah penting dalam hidup kita. This watermark does not appear in the registered version http://www.clicktoconvert.comLDK 1

AKTIVITI 1 : SI PUTIH DAN SI HITAM MASA : 40 minit ALATAN : Alat Tulis dan Edaran (Lampiran inventori) OBJEKTIF : 1. Supaya ahli kumpulan dapat mengenalpasti sifat positif dan negatif yang terdapat dalam diri masing-masing. 2. Ahli kumpulan dapat memikirkan cara-cara memperkembangkan sifat positifnya. PROSEDUR : 1. Fasilitator mengedarkan inventori sifat positif dan negatif kepada setiap ahli. 2. Fasilitator menerangkan sifat positif dan negatif beserta contoh. 3. Ahli menerangkan sifat positif dan negatif dalam masa 8 minit. 4. Fasilitator memilih beberapa orang ahli secara rawak dan meminta ahli menerangkan 2 sifat positif serta contoh perlakuan atau perkara yang telah dilakukan. 5. Seterusnya fasilitator memilih dan meminta ahli menerangkan 2 sifat negatif serta memberikan cadangan bagaimana menghapuskan sifat-sifat tersebut. 6. Setiap ahli diberikan peluang untuk membantu dan memberikan pendapat serta cadangan kepada ahli lain. FALSAFAH : 1. Setiap individu mempunyai sifat positif dan negatif 2. Sifat positif harus dikekalkan dan diperkembangkan manakala yang negatif harus dihapuskan.

AKTIVITI 2 : TAK KENAL TAK CINTA MASA : 40 minit ALATAN : Tiada OBJEKTIF : 1. Supaya peserta dapat memberikan maklum balas terhadap diri orang lain. 2. Supaya peserta sedar tentang diri sendiri dari sudut pandangan orang lain. PROSEDUR : 1. Fasilitator mengarahkan supaya ahli kumpulan duduk dalam satu bulatan kecil. 2. Fasilitator meminta seorang ahli duduk di tengah-tengah bulatan. 3. Setiap ahli diminta memberi impresi (tanggapan) tentang individu ditengah-tengah bulatan. 4. Apabila semua ahli kelompok telah memberikan impresi mereka seorang ahli baru mengambil alih tempat di tengah-tengah dan menggantikan ahli tadi. This watermark does not appear in the registered version http://www.clicktoconvert.comLDK 1 5. Proses tadi diulang sehingga semua ahli dapat maklum balas daripada ahli-ahli lain. 6. Setelah selesai minta ahli-ahli kelompok memberi pendapat tentang aktiviti tersebut. FALSAFAH : 1. Dapat menguji ketahanan diri apabila berhadapan dengan kritikan daripada orang lain secara berdepan. 2. Dapat menilai kembali sifat-sifat yang ada dalam diri dan yang baik dikekalkan manakala

yang tidak baik diperbaiki. AKTIVITI 3 : FANTASI KEJAYAAN MASA : 40 minit ALATAN : Tiada OBJEKTIF : 1. Supaya peserta dapat meningkatkan konsep diri. 2. Supaya peserta dapat menikmati erti dan perasaan sesuatu kejayaan. PROSEDUR : 1. Fasilitator mengarahkan supaya semua ahli kumpulan memejamkan mata, tarik nafas dan hembuskan (beberapa kali). Cuba bertenang. 2. Cuba bayangkan satu hari anda berasa amat gembira sekali sepanjang hidup anda. Tumpukan perhatian pada satu kejayaan waktu itu. 3. Cuba ingatkan kembali kejayaan itu. Di manakah ia berlaku ? Adakah anda mencapainya secara berseorangan atau dengan bantuan orang lain ? Adakah anda merancang untuk mencapainya atau ia berlaku secara spontan. 4. Sekarang, sedarkan diri anda. 5. Minta peserta berkongsi kejayaan masing-masing. FALSAFAH : 1. Setiap manusia yang dilahirkan mahukan kejayaan di dunia dan di akhirat. 2. Setiap individu perlu yakin mereka akan berjaya jika berusaha dengan bersungguhsungguh.

AKTIVITI 1: DI MANA ANDA BERADA MASA : 45 minit ALATAN : Helaian 'Di mana anda berada' OBJEKTIF : 1. Melatih peserta membuat keputusan sendiri. 2. Peserta dapat memberi pandangan dan pendapat secara bebas. PROSEDUR : 1. Setiap murid diberi helaian 'Di mana Pendirian Anda'. 2. Fasilitator akan membuat garisan di atas lantai yang dicatat "SANGAT SETUJU" di hadapan sekali dan garisan kedua "BERKECUALI" serta garisan terakhir "TIDAK SETUJU". 3. Peserta akan diberi satu isu dan mereka dikehendaki berdiri di manamana di atas garisan tersebut bergantung kepada perasaan mereka mengenai isu tersebut. Sekiranya mereka "BERKECUALI", mereka akan berdiri di tengah-tengah garisan dan sekiranya mereka tidak bersetuju, mereka akan berdiri di kawasan "TIDAK BERSETUJU" di atas garisan tersebut. 4. Pilih peserta dari bahagian yang berbeza di atas garisan dan meminta mereka menerangkan mereka. Peserta juga boleh menukar pendirian mereka. Peserta juga boleh menukar pendirian setelah mendengar penjelasan daripada peserta yang mempunyai pandangan yang berbeza.

FALSAFAH : 1. Bijak dalam membuat keputusan. 2. Tegas dalam membuat keputusan 3. Yakin dengan pendirian sendiri. This watermark does not appear in the registered version http://www.clicktoconvert.comLDK 2 AKTIVITI 2 : KAPAL KARAM MASA : 30 minit ALATAN : Lampiran OBJEKTIF : 1. Supaya peserta dapat bertindak dengan pantas beserta dengan pemikiran yang tajam. 2. Keputusan mestilah dibuat secara tepat dan tidak terburu-buru. PROSEDUR : 1. Fasilitator mengedarkan lampiran kepada peserta. 2. Peserta dikehendaki menyenaraikan 6 orang yang perlu diselamatkan mengikut keutamaan. 3. Setelah itu fasilitator meminta ahli-ahli menyatakan pendapat mereka tentang penyusunan nama tersebut. 4. Peserta-peserta lain diminta memberi pendapat. FALSAFAH : 1. Seseorang itu perlu bijak bertindak. 2. Tenang menghadapi saat-saat genting. 3. Keputusan yang baik hasil pemikiran yang tajam.

AKTIVITI 3 : MENAIKI RAKIT MASA : 45 minit ALATAN : Kertas Suratkhabar OBJEKTIF : 1. Melahirkan semangat kekitaan dikalangan peserta. 2. Meningkatkan kesedaran bahawa perlunya semangat kerjasama. 3. Membina sikap saling perlu memerlukan bila keadaan terdesak. PROSEDUR : 1. Fasilitator membentangkan kertas surat khabar di atas lantai. 2. Semua peserta dikehendaki berdiri di atas surat khabar tersebut. 3. Fasilitator mengoyakkan keryas surat khabar tersebut sedikit demi sedikit sehingga menjadi kecil. Peserta tidak dibenar meletakkan kaki di tempat yang tiada surat khabar (lantai). 4. Peserta akan berpaut antara satu sama lain agar tidak jatuh. 5. Peserta yang terjatuh dari 'rakit' dikira batal dan terkeluar. (Asingkan peserta lelaki dan perempuan) FALSAFAH : 1. Menyedarkan peserta bahawa yang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. 2. Hidup ini banyak dugaan dan cabaran. 3. Perlunya kita berganding bahu untuk mempertahankan maruah dan akhlak kita. This watermark does not appear in the registered version http://www.clicktoconvert.comLDK 3

AKTIVITI 1 : BISIKAN MAKMUR MASA : 30 minit ALATAN : Wisel, skrip mesej SKRIP MESEJ: Ahmad budak petah. Ibunya bernama Bedah. Ahmad penagih dadah. Bedah selalu marah. Ahmad buat tak endah. Akhirnya terima padah. OBJEKTIF : 1. Peserta dapat mengalami pengalaman bagaimana sesuatu mesej itu berubah maksud apabila ia disampaikan oleh ramai penyampai. PROSEDUR : 1. Peserta berada dalam satu barisan. 2. Peserta di belakang sekali diberi skrip mesej. 3. Selepas 1 minit skrip mesej diambil semula. 4. Peserta tadi membisikkan mesej kepada peserta di hadapan setiap kali wisel dibunyikan. Peserta-peserta lain tidak boleh menolah ke belakang. 5. Peserta yang menerima mesej tidak boleh bertanya. 6. Setelah selesai, Fasilitator : a. Bertanya peserta di hadapan sekali apakah mesej yang diterima. b. Bertanya kepada peserta-peserta lain tentang mesej yang diterima. c. Meminta peserta pertama membaca skrip mesej yang diberikan. FALSAFAH : 1. Kejujuran dalam menyampaikan maklumat akan menentukan keberkesanan sesuatu maklumat. 2. Mesej yang tidak jelas dan tidak lengkap akan menimbulkan kekeliruan kepada penerima mesej

AKTIVITI 2 : SILANG DAN MENANG MASA : 30 minit ALATAN : Wisel, kerusi OBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama dalam kumpulan. 2. Meningkat kemesraan dalam ahli kumpulan. PROSEDUR : 1. Sembilan buah kerusi disusun seperti lampiran. 2. Murid dibahagikan kepada kepada dua kumpulan. 3. Apabila wisel ditiup, seorang ahli akan duduk di atas kerusi secara bergilir- gilir. 4. Setiap kumpulan hendaklah seboleh-bolehnya duduk pada kerusi dalam satu garisan lurus untuk mencapai kemenangan. 5. Kemudian setiap kumpulan melantik seorang ketua untuk mengarahkan ahli duduk di atas kerusi. 6. Aktiviti diulang untuk mencari pemenang. FALSAFAH : 1. Kepatuhan kepada ketua atau ibu bapa dan menghasilkan kejayaan. 2. Muafakat membawa berkat. 3. Seseorang mempunyai hak untuk membuat keputusan untuk tidak menggunakan dadah. 100 01 1 This watermark does not appear in the registered version http://www.clicktoconvert.comLDK 3

AKTIVITI 3 : PENJAGA HARTA KARUN MASA : 30 minit ALATAN : Tiada OBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan. 2. Mewujudkan keseronokan semasa aktiviti. PROSEDUR : 1. Peserta membuat satu bulatan. 2. Seorang peserta berperanan sebagai penjaga harta karun. Manakala seorang lagi berperanan sebagai pencuri. 3. Peserta yang berperanan sebagai pencuri dikeluarkan dari bulatan dan kembali semula untuk mengesan penjaga harta karun tersebut. 4. Peserta yang berperanan sebagai penjaga harta karun hendaklah membuat beberapa gerakan (tepuk tangan) dan diikuti oleh peserta-peserta yang lain. (Gerakan tersebut boleh ditukar kepada beberapa gerakan yang berbeza-beza) 5. Apabila pencuri dapat mengesan peserta yang berperanan sebagai penjaga harta karun maka permainan ini tamat. FALSAFAH : 1. Kerjasama dalam kumpulan bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. 2. Menjaga rahsia keluarga/kelompok masyarakat. 3. Berusaha menghindarkan diri dan masyarakat daripada ancaman luar yang berbahaya.

AKTIVITI 1 : CITA-CITA SAYA MASA : 60 minit ALATAN : Alat Tulis, Kertas A4 OBJEKTIF : 1. Pelajar dapat menyenaraikan kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk mencapai citacita mereka. 2. Pelajar dapat melaksanakan kaedah yang yang diberi dengan jayanya. 3. Pelajar mengetahui dan boleh mengatasi masalah serta rintangan di dalam melaksanakan kaedah-kaedah ke arah mencapai cita-cita mereka. PROSEDUR : 1. Fasilitator mengedarkan kertas A4 kepada setiap peserta. 2. Fasilitator menerangkan tugasan yang perlu dilakukan oleh peserta. 3. Pelajar menulis dan menyenaraikan kaedah-kaedah ke arah mencapai cita-cita tanpa pengetahuan rakan-rakan. 4. Setelah selesai, secara rawak pelajar membacakan kaedah-kaedah yang ditulis oleh mereka. 5. Fasilitator menyenaraikan semua kaedah-kaedah tersebut di papan tulis. FALSAFAH : 1. Untuk merealisasikan cita-cita terdapat pelbagai kaedah yang boleh diikuti. 2. Apa juga permasalahan yang timbul semasa melaksanakan kaedah tersebut, perbincangan boleh dibuat dengan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan.

3. Setiap usaha atau kerja perlu dilaksanakan secara terancang, teliti dan sistematik. 4. Kejayaan boleh dicapai melalui usaha-usaha yang betul, berterusan dan bersungguhsungguh tanpa mengenal erti putus asa. 5. Setiap perancangan mesti dilaksanakan, dinilai, dibaiki dari masa ke semasa untuk mencapai cita-cita. This watermark does not appear in the registered version http://www.clicktoconvert.comLDK 4 AKTIVITI 2 : MENARA IMPIAN MASA : 60 minit ALATAN : Kad manila 2 keping, surat khabar 1 naskhah, pita pelekat, gam, pen marker, & gunting. OBJEKTIF : 1. Peserta dapat berkongsi idea, pengalaman dan kemahiran di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan. 2. Peserta dapat memperlihatkan bakat kepimpinan di dalam merancang dan melaksanakan sesuatu tugas sehingga selesai. PROSEDUR : 1. Fasilitator memberikan penerangan kepada peserta apa yang perlu mereka hasilkan. 2. Fasilitator dan peserta-peserta berbincang tentang aspek : ~ Keselamatan ~ Pengurusan masa

~ Keunikan menara yang dibina ~ Kerjasama ahli kumpulan 3. Setiap kumpulan diminta membina menara dengan alatan/bahan yang disediakan dalam masa 45 minit. 4. Kumpulan diminta menamakan menara yang dibina dan menjelaskannya. Hasilnya akan dipertandingkan. FALSAFAH : 1. Usaha Tangga Kejayaan. 2. Berstu Teguh Bercerai Roboh. 3. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. 4. Kerja secara berkumpulan adalah lebih baik daripada secara bersendirian. 5. Jika kita dapat uruskan masa dengan baik untuk mencapai cita-cita. 6. Kita dapat elakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik. This watermark does not appear in the registered version http://www.clicktoconvert.c

MODUL AKTIVITI DALAMAN Emergency Boat Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Komunikasi Berkesan, Pengurusan Konflik, Menyelesaikan Masalah dan Kepimpinan, Kemahiran Berunding. Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : Suatu ketika berlakunya peristiwa sebuah kapal yang dilanda ombak besar yang menyebabkan ia terbalik. Semua penumpang kapal telah mati kecuali 10 orang penumpang kapal yang terselamat bersamasama kapten kapal. Hanya terdapat sebuah bot penyelamat sahaja yang boleh dinaiki oleh 2 orang. Bagaimana menyelesaikan konflik ini, kerana kapal akan karam dalama masa 30 minit sahaja. Red Blue Chip Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Pengurusan Risiko, Analisis, Kepimpinan Organisasi Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : 10 kumpulan, 10 pusingan, pasaran saham sangat aktif, ekonomi yang turun naik, namun risiko harus diambil juga. Pasaran saham biru dan merah yang berisiko tinggi, keputusan untuk membuat pelaburan dengan jumlah tertentu memberi risiko kepada pelabur jika berlaku kerugian yang mungkin boleh mengakibatkan mereka menjadi muflis.

Cast Away Bentuk Aktiviti : Individu Jangkamasa : 1 jam 30 minit Kesesuaian Untuk : Pemikiran Kreatif, Pemikirian Kritis, Komunikasi Berkesan Sinopsis : Terdampar di sebuah pulau tidak berpenghuni dengan hanya ada satu barang sahaja bersama-sama yang harus digunakan untuk menyelamatkan anda selama 30 hari terdampar dipulau tersebut. Bayangkan jika anda hanya mempunyai beberapa keeping duit siling sahaja, apa yang boleh dilakukan oleh anda daripada duit siling tersebut ? Epilog Silam Bentuk Aktiviti : Individu Jangkamasa : 1 jam 30 minit Kesesuaian Untuk : EQ, Hubungan Interpersonal dan Intrapersonal, Motivasi diri Sinopsis : Gumpalan tanah liat yang dibentuk menjadikan arca kisah silam dapat membantu menceritakan kisah silam yang tak pernah diceritakan atau dikongsi dengan orang lain. selain dapat meredakan keluh kesah yang lama terpendam ianya dapat menjadi pengajaran kepada orang lain juga.

Roller Coaster Project Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Jangkamasa : 1 jam 30 minit Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Pemikiran Kreatif, Pengurusan Strategik Sinopsis : Membina projek mega bukanlah sesuatu yang mudah tanpa perancangan yang baik, kreativiti dan kerjasama dari ahli kumpulan. Namun begitu jika dilakukan dengan berkesan ianya pasti memuaskan hati dan menyeronokan. Save our Soul ( S.O.S ) Bentuk Aktiviti : Individu Kesesuaian Untuk : Pengurusan Konflik, Menyelesaikan Masalah, EQ, Motivasi Diri, Kemahiran Berunding Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : Suatu ketika berlakunya peristiwa sebuah kapal yang terlanggar batu karang yang mengakibatkan kebocoran besar yang akan menyebabkan kapal akan karam. Malangnya hanya ada sebuah bot penyelamat sahaja yang boleh digunakan. 100 penumpang kapal, 10 penumpang bot penyelamat, bagaimana membuat keputusan. Death Trap Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Pengurusan Konflik, Menyelesaikan Masalah, Kepimpinan, Berfikiran Kritis Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : Sekumpulan peserta ekspedisi terperangkap dalam gua di dalam satu ekspedisi gua di sebuah pulau. Kesilapan dilakukan oleh pemandu ekspedisi mereka apabila menyangkakan pada hari itu air laut akan

pasang pada sebelah petang. Setelah kesemua peserta berada di dalam gua, tiba-tiba air laut mula masuk kedalam pintu keluar yang sepatutnya menjadi jalan keluar mereka pada pagi tersebut. Pulau Impian Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Pengurusan Berkesan, Keusahawanan, Kepimpinan, Pengurusan Masa. Jangkamasa : 3 hari Sinopsis : Pegawai tanah yang meminta habuan atas kelulusan, pegawai bank yang lewat memberi pinjaman, masa yang sangat singkat untuk menyiapkan projek, harga barang yang tidak menentu, keadaan ekonomi yang tidak stabil dan ahli kumpulan yang bermasalah. Inilah cabaran yang harus ditempuhi anda dalam menyiap projek pulau impian.

MODUL AKTIVITI LUARAN Reef Knot Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Komunikasi Berkesan, Kepimpinan Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : Membuat simpulan buku sila menggunakan seutas tali amat mudah dan boleh disiapkan dalam masa kurang 10 saat. Bagaimana jika simpulan tersebut harus dibuat menggunakan selembar tali jerami ( tali kapal ) sebesar lengan orang dewasa beramai-ramai, mungkin mengambil masa lebih dari 1 jam, bayangkan jika dilaksanakan dibawah terik matahari jam 2 petang !

Town Game Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama bBerpasukan, Motivasi Diri, Kreativiti Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : Dalam usaha seseorang mencari sumber rezeki, banyak rintangan yang harus ditempuhi yang kadangkala tanpa disedari, ada yang mengadai maruah dan membahayakan diri. Walau apa jua rintangannya, pasti seseorang itu harus juga berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan mereka. War Game Bentuk Aktiviti : Berkumpulan ( Malam ) Keseuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Strategi dan Perancangan, Kepimpinan dan komunikasi. Jangkamasa : 2 jam Sinopsis : Di dalam peperangan ada pepatah menyatakan Samada anda membunuh atau anda terbunuh . Pepatah tersebut jelas menunjukkan di dalam peperangan aka nada yang menang dan yang tewas. Strategi dan perancangan rapi serta semangat kerjasama harus di digunajan diperingkat yang semaksimum mungkin bagi mengelakkan anda terbunuh atau tewas di dalam peperangan ! Benderaku Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Strategi, Kepimpinan dan Komunikasi Jangkamasa : 1 jam 30 minit

Sinopsis : Menaikkan bendera dengan menggunakan paip berdiameter 2 cm dengan ketinggian lebih dari 15 meter bukan sesuatu yang mudah jika tidak mendapat kerjasama dari semua ahli pasukan.

Kunang-kunang Bentuk Aktiviti : Berkumpulan ( Malam ) Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan,Memelihara Amanah, Kreativiti. Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : Api lilin adalah amanah yang harus dibawa dan dijaga oleh peserta, sukar apabila amanah tersebut hanya dipegang oleh 6 utas benang disamping gangguan luar seperti angin yang boleh menyebabkan api lilin terpadam. Night Port Bentuk Aktiviti : Berkumpulan ( Malam ) Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Komunikasi Berkesan Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : Alat komunikasi yang sudah jarang digunakan adalah Kod Morse. Bagaimana sebuah kapal harus sampai ke pelabuhan dalam keadaan gelap hanya dengan berpandukan arahan menggunakan kod morse ?

Multiway Tug of War Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kemahiran Perundingan, Strategi dan Perancangan Jangkamasa : 1 jam Sinopsis : Pertandingan tarik tali empat penjuru dengan hanya satu pemenang, suatu yang pelik tetapi boleh menjadi realiti bukan berlandaskan kekuatan tetapi strategi yang berkesan. Black Box Orienteering Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kepimpinan Jangkamasa : 2 jam Sinopsis : Mencari arah menggunakan kompas ( orienteering ) merupakan sesuatu yang seronok untuk dipelajari. Jika ianya dijadikan sebagai panduan untuk mencari arah tempat tersembunyinya barang yang diperlukan untuk melengkapkan puzzle dalam aktiviti ala xplorerace , pastinya lebih menyeronokkan dan mencabar. Chest Key Hunt Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kepimpinan, Komunikasi Berkesan Jangkamasa : 2 jam Sinopsis : Habuan yang akan diperolehi oleh pasukan yang menang adalah stok barang makanan dan minuman. Ianya merupakan klimaks dalam pencarian kunci peti yang mencabar ini. Strategi dan kadangkala nasib juga memainkan peranan dalam aktiviti ini. Awas, anda harus mampu

berfikir secara kreatif dan berfikir diluar kotak pemikiran anda jika tidak mahu kumpulan lain merampas kunci peti yang menjadi rebutan. Xplore Race Bentuk Aktiviti : Berkumpulan ( Berkereta ) Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan Jangkamasa : 3 jam Sinopsis : Aktiviti xplorerace diluar kawasan latihan dimana peserta bergerak dalam kumpulan ( 4 orang ) menggunkan kenderaan. Setiap hentian ( check point ) mempunyai tugasan masing-masing yang mencabar minda, fizikal dan emosi peserta. Wacky Boat Race Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kreativiti dan Pengurusan Masa Berkesan Jangkamasa : 2 jam Sinopsis : Perlumbaan bot yang diperbuat dari kotak memang sesuatu yang menyeronokkan. Kreativiti peserta untuk membina bot yang kalis air amat penting kerana kotak tidak dapat bertahan lama dalam perlumbaan di atas air sejauh 50 meter ! JBA Pak Pandir Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kreativiti Jangkamasa : 2 jam Sinopsis : Membina empangan dan sistem saliran untuk mengalirkan air sungai ke rumah. Mudah sahaja, tetapi bagaimana jika paip-paip yang disediakan tidak sama saiz dan ada pula yang bocor.

Alamak ! Paip Bocor Bentuk Aktiviti : Berkumpulan Kesesuaian Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kreativiti, Menyelesaikan Masalah Jangkamasa : 1 jam 30 minit Sinopsis : Mengeluarkan bola pingpong dari sebatang paip yang bocor dengan menggunakan air. Suatu kerja yang memenatkan jika tidak menyelesaikan terlebih dahulu permasalahan utama iaitu paip yang bocor !

Vous aimerez peut-être aussi