Vous êtes sur la page 1sur 1

ADAB MURID BELAJAR

1. Berada di dalam kelas/ bengkel/ makmal tepat pada waktu seperti dalam jadual. 2. Peka dengan ketenteraman dan kebersihan/ persekitaran kelas. 3. Berada di tempat duduk masing-masing dan bersedia dengan segala kelengkapan pembelajaran termasuk buku teks dan alat tulis di atas meja. 4. Berhenti bercakap sebaik guru memasuki kelas. 5. Berdiri dan mengucapkan salam/ terima kasih apabila guru masuk dan keluar kelas. 6. Berdoa sebelum memulakan pembelajaran. 7. Memberi kerjasama kepada guru dan memberi tumpuan penuh kepada aktiviti pembelajaran dan pengajaran. 8. Bersedia untuk menjawab soalan awal guru (dalam aktiviti set induksi) 9. Mengangkat tangan/ mendapatkan kebenaran terlebih dahulu jika ingin bertanyakan soalan atau berkongsi idea. 10. Duduk dengan tertib sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran dengan mata sentiasa memandang kea rah guru dan telinga sentiasa mendengar percakapan guru. 11. Meminta kebenaran guru jika terpaksa keluar kelas atau melakukan sesuatu. 12. Bersedia menjawab soalan pada akhir pembelajaran. 13. Mendapatkan maklumat segera bahan pengajaran dan soalan latihan daripada rakan sekelas jika tidak hadir dalam pengajaran guru. 14. Berusaha menyiapkan dan menghantar homework yang diberi dalam tempoh yang ditetapkan. 15. Melaksanakan muhasabah diri tentang tahap pemahaman diperoleh dalam P&P. 16. Mengulangkaji dan melaksanakan aktiviti pengukuhan secara kendiri di rumah.
17.

Bersedia untuk menghadapi pembelajaran bagi topik seterusnya.

Vous aimerez peut-être aussi