Vous êtes sur la page 1sur 10

Soalan: Setiap individu mempunyai cita-cita. Huraikan kepentingan memiliki citacita dalam kehidupan.

Kamu ingin menjadi seorang doktor atau kamu ingin menjadi seorang juruterbang? Soalan tentang cita-cita sering ditanyakan sejak kamu kecil. Jadi, apakah kepentingan memiliki cita-cita kepada seseorang individu? Antara keistimewaan jika seseorang individu memiliki cita-cita ialah cita-cita menjadi pendorong atau pembakar semangatnya dalam mengharungi kehidupan.Misalnya, jika seseorang bercita-cita untuk menjadi doctor, sudah tentu dia akan belajar dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-citanya itu. Kepentingan kedua memiliki cita-cita ialah seseorang telah bersedia dan tahu apa yang akan dilaluinya pada masa hadapan.Sebagai contoh, bagi seseorang yang bercita-cita hendak menjadi pemain badminton professional, sudah pasti dia akan menjadikan peminat itu sebagai suatu kenyataan. Selain itu, individu yang mempunyai cita-cita adalah lebih baik daripada individu yang tidak mempunyai cita-cita atau tidak pasti akan cita-citanya.Individu yang mempunyai cita-cita memiliki keyakinan yang tinggi terhadap kejayaannya pada masa depan. Individu yang mempunyai cita-cita juga akan terhindar daripada pengaruh negative rakan-rakan.Mereka tidak berminat untuk bergaul dengan rakan sebaya yang sedemikian.Idola mereka terdiri daripada tokoh yang Berjaya. Justeru, gilaplah cita-cita, kamu pasti akan berjaya! Kejarlah cita-cita kerana cita-cita tidak dating kepada kita dengan sendirinya.

Soalan: Gejala ponteng sekolah membawa pelbagai keburukan.Huraikan keburukan perlakuan ponteng sekolah.

Sekolah ialah gedung ilmu.Setiap murid yang sayang akan sekolah dan menghargai ilmu sudah tentutidak tergamak untuk ponteng sekolah. Pelbagai kesan buruk akan terjadi apabila murid sering ponteng sekolah.Antaranya ialah mereka akan ketinggalan dalam pelajaran.Mereka sukar untuk memahami pengajaran guru kerana sering tidak datang ke sekolah.Jika murid banyak keciciran pelajaran, akibatnya keputusan peperiksaan akan merosot.Ada juga antara mereka yang gagal dalam peperiksaan. Mereka yang suka ponteng sekolah biasanya bosan berada di dalam kelas.Golongan ini akan menimbulkan pelbagai masalah disiplin di sekolah.Perkara ini akan mengecewakan ibu bapa yang menaruh harapan tinggi terhadap kecemerlangan anak-anak. Perlakuan ponteng sekolah banyak dikaitan dengan pengaruh negatif daripada rakan sebaya.Terdapat kes murid sekolah ditangkap kerana berjudi dan melepak di kompleks beli-belah gara-gara ponteng sekolah. Ponteng sekolah juga menyebabkan murid berasa lebih seronok berada di luar sekolah.Mereka langsung tidak menghargai pelajaran.Lantaran itu, mereka akan mudah terjebak dalam kes jenayah juvana. Sesungguhnya, perlakuan ponteng sekolah membawa pelbagai kerugian kepada murid.Jadilah murid yang baik dengan menuntuk ilmu setinggi mungkin kerana ilmu itu penyuluh hidup.

Soalan: Penjagaan kesihatan amat penting dalam kehidupan.Tulis sebuah karangan tentang perlunya kita menjaga kesihatan diri.

Tahukah kamu bahawa purata umur hidup masyarakat Tibet ialah 100 tahun? Mereka hidup sihat dan terhindar daripada penyakit kronik yang mampu memendekkan usia penghidapnya. Antara factor utama dikurniakan usia yang panjang ialah penjagaan kesihatan yang betul.Sekiranya, panjang umur dan hidup ceria kerana kesihatan yang baik, sudah pasti akan menggembirakan seseorang individu. Penjagaan kesihatan penting kerana jika badan sihat kita boleh belajar setinggi yang boleh atau mencari rezeki semampu yang boleh.Kedua-duanya dapat memberikan kepuasan kepada kita. Oleh itu, kita perlulah menjaga kesihatan kerana jika kita sihat sudah pasti kita dapat menghindari penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, kanser, dan sebagainya.Oleh hal yang demikian, kita tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk merawat penyakit. Selain itu, jika kita serius dalam penjagaan kesihatan sudah tentu kita tidak perlu menyusahkan ahli keluarga untuk merawat penyakit.Jika ada ahli keluarga yang tidak sihat menyebabkan seluruh keluarga berasa susah hati.Dalam sesetengah kes ada individu yang terpaksa dibuang kerja kerana tidak layak bekerja disebabkan faktor kesihatan. Kesimpulannya, kita perlu menjaga kesihatan diri demi menjamin kehidupan yang sejahtera.

Soalan: Setiap anak perlu mengamalkan nilai-nilai murni terhadap keluarganya.Tulis perlakuan-perlakuan yang membuktikan kamu mengamalkannya.

Baik atau buruk perlakuan seseorang anak mencerminkan latar belakang keluarganya.Seorang anak yang baik akan menunjukkan perlakuan yang sopan agar nama dan maruah keluarganya sentiasa terpelihara. Antara perlakuan yang menggambarkan nilai murni yang murni yang baik ialah sifat bertanggungjawab.Anak yang bertanggungjawab akan menolong ibu bapa bagi meringankan tugas mereka.Saya juga akan belarja dengan bersungguhsungguh untuk mencapai kejayaan.Dengan cara itu, saya dapat membalas jasa ibu bapa. Selain itu, saya amat menghormati keluarga.Saya tidak melawan arahan ibu dan bapa apatah lagi menyakiti hati mereka.Saya sentiasa mendengar nasihat ibu bapa sebagai tanda saya menghormati mereka. Jika saya seorang abang atau kakak, saya seharusnya mengambil berat akan kebajikan adik-adik saya.Saya akan selalu mengawasi perlakuan mereka serta membantu ayah dan ibu mendidik adik-adik menjadi insane yang berbudi bahasa. Sebagai anak yang berbudi, jagalah nama baik keluarga walau di manamana sekalipun kita berada.Sesungguhnya, anak ialah cermin muka kepada ibu bapa.Jika kita berperlakuan baik sudah tentu nama ibu bapa turut disnjungi tinggi dan begitulah sebaliknya. Ingatlah pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, oleh itu amalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan agar nama kita akan sentiasa dikenang orang.

Soalan: Berikan pendapat kamu tentang punca-punca berlakunya masalah berdisiplin dalam kalangan murid.

Masalah disiplin dalam kalangan murid hari ini sudah berada pada tahap tegar.Kes buli, bakar sekolah, pukul guru dan yang paling serius ialah kes yang membawa kematian akibat perbuatan buli. Punca utama masalah disiplin ialah faktor kepincangan keluarga.Ibu bapa sememangnya bertanggungjawab mendidik akhlak anak-anak.Namun, yang menjadi masalah besar adalah apabila terdapat ibu bapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka dengan kesan. Masalah disiplin semakin serius apabila ibu bapa menyebelahi anak-anak yang menghadapi masalah disiplin dan menyalahkan guru atau pihak sekolah atas salah laku anak-anak mereka. Selain itu, sikap negatif murid menyebabkan mereka saring melanggar peraturan sekolah hinggga ada antara mereka yang terlibat dalam perlakuan gangsterrisme.Perlakuan membuli, mengugut, dan memukul rakan menimbulkan keadaan kurang selamat di sekolah. Foktor bosan belarja, benci akan sekolah dan isinya menyebabkan murid berkelakuan melanggar disiplin sekolah.Mereka datang ke sekolah bukan hendak belarja tetapi untuk melanggar peraturan sekolah. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu menangani masalah kemerosotan disiplin dalam kalangan murid dengan berkesan.

Soalan: Bincangkan kebaikan dan keburukan mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai.

Ada individu yang dilahirkan sebagai anak tunggal manakala ada pula individu yang mempunyai bilangan keluarga yang amat besar. Sebernanya, mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai ada kebaikannya terutama semasa ibu bapa sudah tua dan uzur.Adik-beradik yang ramai dapat menjaga kebajikan ibu dan bapa secara bergilir-gilir. Selain itu, suasana pada setiap kali sambutan perayaan atau perjumpaan keluarga menjadi lebih meriah.Adik-beradik yang ramai saling membantu untuk menguruskn sesuatu majlis atau meringankan beban masalh yang berlaku dalam keluarga. Dari segi keburukkannya pula, adik-beradik yang ramai memberikan tekanan kepada ibu bapa dalam menyediakan keperluan hidup terutama semasa anak-anak masih kecil.Ibu bapa terpaksa bekerja karas demi menyara kehidupan anak-anaknya dengan sempurna. Masalah dalam memberikan pendidikan sama ada secara formal atau tidak formal merupakan cabaran besar kepada ibu bapa yang mempunyai bilangan anak yang ramai kerana kosnya yang tinggi.Sebagai contoh, kos perbelanjaan pendidikan seorang anak mencecah ratusan ribu ringgit dari peringkat tadika hingga menara gading. Walau bagaimanapun, keluarga amat penting kepada setiap individu tanpa mengira jumlah ahlinya.

Soalan: Murid-murid digalakkan membawa bekalan makanan ke sekolah.

Anis mengeluarkan bekas makanan yang berisi nasi goreng.Kemudian, dia meletakkan sebotol air sirap yang dibawanya dari rumah.Anis menikmati bekalan yang dibawanya di kantin bersama rakan-rakannya pada waktu rehat. Antara kebaikan membawa bekalan makanan dan minuman dari rumah seperti yang dilakukan oleh Anis ialah dia tidak perlu membuang masa untuk beratur di kantin untuk membeli makanan dan minuman.Dia juga dapat makan dengan selesa tanpa perlu berebut-rebut dengan rakan-rakannya yang lain. Selain itu, kita dapat menjimatkan wang saku yang diberi oleh ibu bapa.Kita dapat menabung wang saku untuk membeli buku dan peralatan sekolah tanpa menyusahkan ibubapa. Dengan membawa bekalan makanan dan minuman pada setiap hari, muridmurid dapat terhindar daripada kes keracunan makanan yang sering berlaku di sekolah.Kesihatan murid-murid juga terjamin. Di samping itu, membawa bekalan makanan ke sekolah melatih kita menyimpan wang secara rutin.Kita dapat menyemai sikap berjimat cermat dan membeli barang jika perlu sahaja. Seharusnya, ibu bapa melatih anak-anak berjimat cermat dengan membiasakan anak-anak membawa bekalan makanan ke sekolah.Hal ini bukan sahaja menjimatkan wang, bahkan menjamin kesihatan anak-anak.

Soalan: Berikan pendapat kamu tentang cara-cara membalas jasa ibu dan bapa.

Tanyalah kepada diri sendiri, sudah berapa banyak jasa yang kamu balas terhadap pengorbanan ibu dan bapa selama ini? Pelbagai cara dapat kita lakukan untuk membalas jasa ibu dan bapa. Antaranya, dengan menggembirakan hati mereka, iaitu belajar dengan bersungguh-sungguh.Kecemerlangan anak-anak dalam pelajaran merupakan hadiah yang paling istimewa untuk ibu bapa.Mereka akan berasa bangga mempunyai anak yang cemerlang dalam pelajaran. Selain itu, anak yang mempunyai sahaiah yang terpuji sebernanya telah membalas jasa ibu dan bapa secara tidak langsung.Ibu bapa berasa bangga kerana dapat melahirkan dan mendidik anak-anak yang mendengar nasihat serta baik budi bahasanya. Tahukah kamu bahawa setiap ibu dan bapa berasa amat bahagia jika anakanaknya rajin menolong mereka di rumah? Kita sepatutnya menolong ibu menjaga adik, membersihkan rumah, menyiram pokok bunga, dan sebagainya.Bagi meringankan tugas bapa pula, kita bolehlah menolong bapa mencuci kereta atau membantunya dengan ikhlas apabila diperlukan. Sebagai anak juga kita boleh membalas jasa ibu dan bapa dengan menjaga mereka semasa mereka sakit atau sudah tua.Janganlah sekali-kali kita menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua walau atas apa alasan sekalipun. Jadilah anak yang berjasa terhadap ibu dan bapa sama ada dari sekarang mahupun semasa mereka telah tua.

Soalan: Rumah rakan sekelas kamu musnah dalam suatu kejadian kebakaran. Sebagai ketua kelas, kamu berhasrat untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakan kamu itu.Tuliskan tindakan yang kamu lakukan untuk tujuan tersebut.

Anis terlalu sedih.Semalam rumahnya terlibat dalam sesuatu kejadian kebakaran semua harta bendanya tidak dapat diselamatkan.Mujurlah tiada kemalangan jiwa berlaku.Ayah Anis bekerja sebagai pengawai keselamatan.Ibunya pula mengambil upah menjahit baju. Sebagai ketua kelas Tahun 5 Cermelang, saya telah melaporkan kejadian yang menimpa Anis dan keluarganya kepada guru kelas sebaik-baik sahaja mengetahuinya daripada sepupu Anis.Cikgu Hamimah dan seisi kelas turut bersedih atas kejadian tersebut.Saya telah mencadangkan kepada cikgu Hamimah untuk memungut derma kilat dalam bentuk barangan atau wang.Cikgu Hamimah bersetuju dengan cadangan tersebut. Saya meminta jasa baik rakan-rakan mendermakan barang-barang yang dapat membantu keluarga Anis.Pertolangan tersebut mestilah ikhlas.Berkat usaha kami, pelbagai barang seperti selimut, pakaian, buku, barang makanan di dalam tin, dan pelbagai jenis keperluan dapur dapat dikumpulkan.Selepas itu, saya menghubungi Anis untuk mendapat maklumat tentang tempat penginapannya sekarang. Keesokan harinya, ayah Kabir Singh Mann dan Lee Cheng Khai menawarkan diri untuk membawa kami berserta barang-barang derma ke rumah Anis.Kami ke sana menaiki van.Cikgu Hamimah dan Guru Besar pun turut serta. Ketibaan kami disambut dengan mesra walaupun mereka sedang berduka.Anis dan kelurganya terharu atas

Vous aimerez peut-être aussi