Vous êtes sur la page 1sur 6

1.0Apakah kepentingan pembangunan sahsiah kepada diri anda sebagai seorang guru.?

Guru dilihat sebagai orang yang paling penting dalam memainkan peranan sebagai pendidik,pengasuh dan role model kepada murid.Guru jugalah pencetus idea dan pengukir corak murid-murid dan pelajar-pelajar masa apabila mereka dewasa kelak.Oleh itu sahsiah amat penting terhadap profesion perguruan. Ini kerana profesion perguruan dapat melahirkan guru-guru yang bersahsiah. Seorang guru yang bersahsiah akan mempamerkan kewibawaannya kepada murid-murid dan masyarakat sekeliling. Mereka akan memandang tinggi dan memartabatkan profesion perguruan ini. Mereka juga akan menjadikan guru itu sebagai idola kerana mereka menyukai sahsiah yang diamalkan oleh guru tersebut. Oleh itu, kita sewajarnya mengamalkan sahsiah yang baik agar sentiasa menjadi ikutan murid-murid dan masyarakat setempat.

2.0 Terangkan hubungan saling interaksi di

antara Id,Ego dan Superego

Hubungan saling interaksi di antara id,ego dan superego adalah merupakan struktur personaliti seseorang manusia. ianya merupakan 3 sistem utama dalam diri manusia. ianya saling berhubungan antara satu sama lain. id adalah didorong oleh tenaga untuk hidup serta berprinsipkan kenikmatan. ego pula merupakan diri yang sedar dan berprinsipkan realiti dan superego adalah komponen sosial yang berprinsipkan moral..hubungan antara id,ego dan superego saling berkait kerana apabila id yang berfungsi separuh sedar bertindak mengikut kehendak dan ianya tidak menyalahi apa-apa undang-undang,maka ego akan membenarkan id menggunakan tenaga psikik. ini menunjukkan 3 sistem ini saling memerlukan dan sangat penting.

3.0 Pada pendapat anda, apakah implikasi pelaksanaan hukuman positif di sekolah

Menurut Bandura (1961), hukuman mengurang dan mengawasi tingkah laku tetapi dengan sendirinya tidak mengajar tingkah laku yang diingini atau mengurangkan keinginan untuk bertingkah laku buruk. Oleh sebab itu hukuman perlulah dibuat setimpal dengan tingkahlaku yang bermasalah atau syarat juga boleh dikenakan supaya murid berusaha memperbaiki tingkah lakunya. Hukuman boleh diberi dalam pelbagai bentuk iaitu menyisih atau mengasingkan murid yang bermasalah dari kumpulan, menghadkan hak-haknya, dan memberikan kritikan yang tajam.Hukuman boleh dibahagikan kepada murid dalam bentuk positif dan juga negatif. Tidak semua murid boleh menerima hukuman berbentuk positif dan tidak semua murid juga boleh menerima hukuman berbentuk negatif. Jadi guru perlu memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan hukuman yang setimpal kepada murid seperti mendenda murid berdiri sepanjang waktu pengajaran supaya dia berasa malu kepada kawan-kawan dan tidak akan mengulanginya lagi. Hukuman positif ini bertujuan menghukum atau memberi rangsangan menyebabkan tingkah laku dikurangkan atau dihentikan. Pada pendapat saya, hukuman yang wajar digunakan adalah hukuman berbentuk positif kerana hukuman ini membolehkan guru memberi nasihat kepada murid. Murid dapat berfikir dengan hukuman yang diberikan oleh guru menyebabkan dia perlu memperbaiki kesalahannya. Sekiranya murid tersebut masih berdegil maka guru boleh melaksanakan hukuman negatif kepada pelajar.

4.0 berdasarkan Teori Pilihan, terdapat dua jenis perlakuan individu iaitu perlakuan yang efektif dan tidak efektif. Bincangkan

Semua individu boleh mengawal tingkah laku dan perlakuan masing-masing berdasarkan kehendak dan harapan masing-masing. Namun demikian, ianya bergantung kepada sejauhmana pengalaman yang diterima seseorang dengan keadaan luaran. Justeru itu, wujudnya perlakuan efektif dan perlakuan tidak efektif terhadap individu. Di sekolah, murid yang mempamerkan perlakuan efektif biasanya akan lebih mudah didampingi dan mudah berhubung dengan orang lain. Murid yang memiliki perlakuan efektif akan menunjukkan gaya hidup yang lebih bermutu kerana mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang. Segala keperluan psikologi dan yang dipenuhi akan memberikan satu kepuasan hidup kepada murid ini dan akhirnya terbentuklah satu perlakuan yang lebih bermakna. Dengan kata lain murid ini merupakan individu yang berjaya. Berbanding dengan murid yang memiliki perlakuan tidak efektif di sekolah akan sentiasa berhadapan dengan keadaan yang serba tidak kena. Murid ini akan sentiasa berasa tidak berpuas hati, mengkritik orang lain dan dengan kata lain murid ini memiliki hubungan yang tidak baik. Keadaan ini berlaku kerana murid ini tidak dipenuhi keperluan psikologi dan fisiologinya yang memungkinkan dirinya menjadi kecewa. Jiwa murid ini tidak tenteram dan akhirnya memilih tingkahlaku yang tidak berkesan.

5.0 Huraikan peringkat-peringkat keperluan dalam

model hierarki keperluan Maslow

1.keperluan fisiologi
Keperluan manusia yang paling asas adalah keperluan fisiologi untuk hidup. Manusia perlukan udara, air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi.

2. Keperluan Keselamatan
Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undang undang serta membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup.

3. Keperluan Kasih Sayang dan Kepunyaan


Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh wujud bersendirian.

4. Keperluan Penghargaan Kendiri


Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup.

5. Keperluan Kesempurnaan Kendiri


Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan kesempurnaan kendiri.Bagi diri saya keperluan fisiologi merupakan keperluan

yang penting disebabkan sebagai seorang guru dan pelajar upsi yang terlalu sibuk dengan assingment dan sebagai guru pemulihan saya perlukan rehat yang secukupnya bagi memastikan kesihatan saya tidak terganggu dan seterusnya menjejaskan karier saya sebagai seorang pendidik

PEMBANGUNAN SAHSIAH
DISEDIAKAN OLEH : MAGESWARIE A/P BATUMALAI PPGBT000125/2011/1/KI KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH (TUGASAN 1)

Vous aimerez peut-être aussi