Vous êtes sur la page 1sur 2

4.

4 BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat model permainan Roda Beracun adalah seperti berikut: a. Kadboard b. Kertas Warna c. Paku Tekan d. Pensil e. Pen marker f. Dawai g. Kotak h. Kertas A3

4.5 CARA-CARA MEMBUAT MODEL PERMAINAN

1. Gunting kertas warna (merah,hitam,hijau,biru dan kuning) berbentuk segitiga kepada 16 bahagian yang sama besar. 2. Lekatkan kertas warna pada cardboard sehingga terbentuk satu oktagon. 3. Potong bahagian-bahagian kadboard yang lebih supaya menjadi satu bentuk oktagon yang lebih menarik dan cantik. 4. Tuliskan jumlah mata pada setiap segitiga seperti yang ditunjukkan dalam gambar. 5. Letakkan 5 nombor yang berbeza pada setiap warna tersebut. 6. Sediakan kotak yang mempunyai 5 bahagian untuk menympan soalan. 7. Setiap warna mempunyai sistem masing-masing seperti penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. 8. Kemudian, tebuk lubang di tengah-tengah kardboard dan letakkan satu paku tekan pada lubang tersebut supaya kadboard tersebut dapat berputar dengan lancar. 9. Ketatkan mana-mana bahagian yang longgar supaya kadboard sentiasa kukuh semasa berputar. 10. Lekatkan satu batang pensel pada setiap 2 bahagian segitiga secara menegak.

4.6 SYARAT-SYARAT PERMAINAN

1. Hanya 5 orang yang diperlukan dalam setiap kumpulan. 2. Tiada penggunaan kalkulator semasa aktiviti sedang dijalankan. 3. Masa yang ditetapkan tidak akan ditambah atau dikurangkan. 4. Jika berlaku kemusykilan atau masalah, sila bertanya dengan guru. 5. Anda tidak dibenarkan untuk merujuk dari mana-mana bahan rujukan. 6. Sebarang perubahan akan ditetapkan oleh guru. 7. Sebarang bergaduhan yang berlaku akan didenda dengan pemotongan mata setiap kumpulan yang terlibat.

4.7 CARA-CARA PERMAINAN DIJALANKAN

1. Pilih seorang wakil daripada kumpulan pertama. Kemudian, arahkan wakil tersebut memutar roda beracun untuk mendapat soalan yang akan dijawab. 2. Arahkan wakil untuk memilih satu nombor yang terdapat pada roda beracun. 3. Nombor yang telah dipilih digunakan untuk mendapat nombor soalan yang sebenar. 4. Nombor yang dipilih menentukan tahap kesukaran soalan yang diberikan. Namun, semakin besar nombor yang dipilih, semakin tinggi mata yang diperoleh sekiranya soalan yang diberi dapat dijawab dengan betul. 5. Mata juga boleh ditolak sekiranya soalan yang diberi tidak dijawab dengan betul dengan hanya menolak mata yang ada pada roda beracun tersebut. 6. Setelah mendapat soalan, berikan kepada wakil tadi dan arahkan untuk menjawab soalan tersebut bersama dengan rakan kumpulannya selepas sahaja guru mengarahkan untuk mula. Arahan mula akan diberikan sejurus lagu dimainkan. 7. Soalan yang telah diterima perlu disiapkan dalam masa lagu dimainkan. Jika lagu berhenti, maka masa untuk menyiapkan tamat. 8. Jawapan soalan tersebut akan dibaca oleh wakil pertama. 9. Kumpulan seterusnya meneruskan permainan dengan mengulangi langkah 18.

Vous aimerez peut-être aussi