Vous êtes sur la page 1sur 2

GAYA HIDUP SIHAT

Definisi

Gaya hidup sihat ialah suatu gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Daripada aspek fizikal ia bermaksud menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan, persekitaran dan alam sekitar dengan melakukan beberapa perkara berikut : Melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Mengelakkan daripada penyalahgunaan bahan-bahan terlarang. Manakala daripada aspek mental pula bermaksud mengawal stres dan ketegangan yang melibatkan aspek ketenangan jiwa, perasaan dan fikiran. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan : Mendapatkan rehat yang cukup. Sentiasa berfikiran positif.

Daripada aspek sosial dan rohani pula bermaksud menjalinkan hubungan yang baik dengan jiran dan rakan-rakan serta patuh kepada ajaran agama. Amalan gaya hidup sihat adalah penting untuk mengelakkan sebarang ancaman penyakit dan masalah kesihatan. Seseorang yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti merokok, meminum alkohol, tidak melakukan senaman dan tidak mengamalkan pemakanan seimbang akan terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan seperti : Penyakit jantung koronari Kegemukan Malnutrisi Hipertensi Strok Kanser Diabetes

Penyakit paru-paru

Bagi individu yang gagal mengawal stres pula akan berasa cepat marah, sukar tidur (insomnia), hilang selera makan, peningkatan rasa keletihan dan akan mengalami hipertensi.

Vous aimerez peut-être aussi