Vous êtes sur la page 1sur 5

MENGHADANG

Tujuan: Menghalang serangan atau cubaan menjaringkan gol oleh pihak lawan. Melambatkan serangan supaya rakan rakan sepasukan sempat mengatur pertahanan. Menyekat pergerakan pemain pemain lawan supaya mereka tidak berpeluang meneruskan serangan. Memberi perlindungan kepada rakan yang mengawal bola supaya langkah langkah serangan boleh diteruskan. Sebagai satu usaha untuk merampas bola.

MENGHADANG DARI JARAK DEKAT I. Posisikan badan di hadapan pemain lawan membelakangi pemain lawan. II. Kedua-dua lutut dibengkokkan bersedia untuk melompat atau bergerak ke kiri atau ke kanan. III. IV. Tangan dibuka luas. Menoleh muka sedikit supaya dapat memerhati pergerakan bola serta pergerakan pemain lawan di belakang. V. Gunakan hadangan ini apabila pemain berada dalam keadaan yang baik untuk menerima hantaran.

MENGHADANG DARI JARAK JAUH I. II. III. IV. Kaki dibuka luas. Kedua-dua belah tangan juga dibuka luas. Posisikan badan di hadapan pemain. Toleh muka sedikit supaya dapat melihat pegerakan bola serta pergerakan pemain lawan di belakang. V. Gunakan hadangan seperti ini semasa pemain lawan berada agak jauh daripada pemain yang memiliki bola dan posisinya tidak begitu sempurna untuk menerima bola.

MENGHADANG BOLA HANTARAN TINGGI I. II. Tempatkan diri di hadapan atau sisi pemain lawan. Lompat seberapa tinggi yang boleh gunakan kedua-dua belah kaki serentak atau sebelah kaki untuk melakukan lompatan. III. IV. Ketepatan masa lompatan adalah penting. Luruskan sebelah atau kedua-dua belah tangan ke atas seberapa tinggi yang boleh. V. Cuba tepis atau tangkap bola hantaran lebih baik untuk menangkap bola hantaran. VI. Objektif utama memastikan pemain lawan tidak dapat menerima bola.

MENGHENTIKAN GERAKAN LAWAN I. Bergerak ke hadapan pemain lawan supaya pemain lawan tidak dapat meneruskan pergerakan ke hadapan. II. III. IV. Menghadap pemain lawan. Kaki dibuka luas kedua-dua lutut bengkok sedikit. Kedua-dua belah tangan juga dibuka luas bersedia untuk menyekat sebarang hantaran.

MENGHENTIKAN PERGERAKAN LAWAN

MELINDUNGI RAKAN I. II. Berdiri di sisi pemain. Apabila rakan menggelecek bola ke arah gol lawan, bergerak ke hadapan lawan. III. IV. Kaki dibuka luas. Objektif perlakuan memberi laluan mudah kepada rakan yang sedang mengawal bola.

MEMBUAT BENTENG PERTAHANAN a. KEDUDUKAN BADAN i. Kaki dibuka seluas bahu. ii. Badan tegak. iii. Tangan dibuka luas.

b. MEMBUAT BENTENG i. Berdiri rapat antara satu sama lain bahu hampir menyentuh bahu. ii. Membuat benteng di kawasan yang dibenarkan, iaitu di luar kawasan D. iii. Bersedia untuk beralih mengikut pergerakan bola. iv. Kedudukan badan (posisi pertahanan) dikekalkan sehingga bahaya jaringan oleh pihak lawan gagal dilakukan.