Vous êtes sur la page 1sur 1

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN INKLUSIF DI SEKOLAH.

NAFISAH BINTI BAHAROM


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Kata Kunci (variable): Inklusif, garis panduan Di Malaysia, perlaksanaan inklusif berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Bab 8 perenggan 1(c) di mana program pendidikan khas bermakna suatu program pendidikan inklusif bagi muridmurid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid biasa. Namun begitu, ketiadaan garis panduan yang standard antara sekolah telah menjejaskan perjalanan perlaksanaan inklusif di sekolah. Untuk melaksanakan satu dasar secara berkesan, adalah penting untuk mengetahui masalah yang mungkin timbul lebih awal sebelum perlaksaan dasar dilakukan. Pelaksanaan sesuatu dasar adalah saling berkait (Hill,1980). Hasil penyelidikan yang dijalankan juga menunjukkan pendekatan yang dipecahkan kepada ketidakupayaan dan pendidikan, menunjukkan bukti kejayaan, dan meningkatkan cabaran untuk melaksanakan reformasi terhadap dasar pendidikan peringkat kebangsaan. (Peters 2003). Jadi, penyelidikan ini juga sebenarnya telah menunjukkan supaya perubahan dilakukan ke atas pendidikan inklusif, supaya skala kejayaan sebenar dapat ditunjukkan. Inklusif juga bersifat multidimensi dalam erti kata bahawa dasar yang amat penting dan keperluan sistem telah berada di landasan yang betul dalam usaha untuk menyokong guru-guru secara berkesan untuk memajukan amalan inklusif. Kajian tinjauan ini dijalankan adalah untuk mendapatkan pandangan guru-guru pendidikan khas tentang ciri-ciri garis panduan perlaksanaan inklusif yang boleh dicadangkan. Seramai 30 orang guru pendidikan khas dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian ini. Kajian ini mengunakan instrumen soal selidik skala Likert 5 poin. Dapatan kajian akan dianalisis secara deskriptif mengikut peratusan. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan kekerapan, sisihan piawai dan peratus. Signifikasi statistik telah ditetapkan pada p <0.05. Hasil kajian menunjukkan ciri-ciri garis panduan yang dicadangkan adalah berkaitrapat dengan hubungan antara murid, ibubapa, guru dan pihak pentadbir sekolah. Juga dicadangkan program inklusif ini dilaksanakan tidak hanya dari sudut akademik malah harus dilaksanakan semasa proses P&P bukan akademik seperti pendidikan jasmani, pendidikan seni mahupun matapelajaran pravokasional. Perlaksanaan inklusif semasa aktiviti sekolah seperti perkhemahan juga menjadi salah satu cadangan perlaksanaan inklusif di sekolah.

Vous aimerez peut-être aussi