Vous êtes sur la page 1sur 1

Apakah kepentingan pendidikan terhadap pembangunan negara Malaysia?

Pendidikan sememangnya penting dalam pembangunan negara. Pendidikan merupakan salah satu tunjang utama dalam pembangunan sesebuah negara. Peningkatan kualiti pendidikan berkait rapat dengan pembangunan atau kemajuan sesebuah negara. Kepentingan pendidikan terhadap pembangunan negara Malaysia adalah dapat melahirkan sebuah negara yang maju. Kemajuan sesebuah negara tidak dapat dicapai tanpa adanya para cerdik pandai. Dengan pendidikan maka lahirlah para cerdik pandai. Hal ini secara langsung telah memperlihatkan perkaitan antara pendidikan dengan pembangunan sesebuah negara. Apabila lahirnya para cerdik pandai maka segala pentadbiran dan pengurusan negara dapat di uruskan dengan baik dan para cerdik pandai inilah bakal menaikkan nama negara Malaysia. Kepentingan ilmu pengetahuan yang seimbang dari sudut rohani dan kemahiran kini menjadi satu keperluan yang amat mustahak bagi sesebuah negara. Tanpa ilmu pengetahuan yang seimbang, keupayaan untuk memajukan negara adalah sukar dan akan menjejaskan juga segala rancangan dan dan kemajuan yang telah dirancang. Keadaan ini memperlihatkan kepada kita betapa pentingnya pendidikan dalam membangunkan negara Malaysia. Bangsa yang tidak berilmu akan ketinggalan Melalui pendidikan juga juga dapat melahirkan modal insan yang berkualiti. Modal insan yang berkualiti boleh menjadi tenaga kerja dalam membangunkan negara Malaysia. Tenagatenaga mereka amat diperlukan dalam proses membina dan melahirkan sebuah negara Malaysia yang maju, hebat serta berdaya saing dengan negara-negara lain. Negara yang mempunyai rakyat yang mempunyai ilmu akan maju dari segala aspek termasuk politik ekonomo dan sosial. Melalui pendidikan ilmu dapat dipelajari dan ilmu dapat digunakan untuk pembangunan negara Malaysia. Pendidikan juga merupakan satu jambatan kepada kemajuan sesebuah negara. Semakin tinggi ilmu seseorang itu maka seseorang itu lebih berpeluang untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik dan dapat mengubah nasib keluarga. Melalui pendidikan corak hidup dapat di ubah daripada miskin ke lebih senang. Orang yang berlatarkan pendidikan yang tinggi mereka mempunyai peluang untuk menjawat jawatan tinggi dan secara langsung dapat meningkatkan pendapatan mereka. Peningkatan pendapatan yang diperolehi oleh mereka secara tidak langsung memberi manfaat kepada negara Malaysia iaitu meningkatkan pendapatan negara Malaysia. Berdasarkan huraian-huraian tersebut, jelaslah bahawa pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara Malaysia. Tanpa pendidikan seseorang itu dianggap jauh ketinggalan daripada arus pemodenan.

Vous aimerez peut-être aussi