Vous êtes sur la page 1sur 6

KRT 3013 : TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH

TAJUK

Teknologi komputer dikatakan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebagai seorang guru di sekolah rendah jelaskan isu berikut : 1.Kenalpasti masalah pengajaran di bilik darjah.
2.Kaitkan dengan teknologi komputer dapat membantu anda menyelesaikan masalah dalam (1)

KUMPULAN
ELS03

DISEDIAKAN OLEH NAMA HAYATI BINTI SATIN NO. ID 20102046612 NO. TELEFON 0198075094

NAMA TUTOR E-LEARNING: PN SAIRA BANU OMAR KHAN

TARIKH SERAH: 07 NOVEMBER 2011

Dewasa ini

sistem pendidikan mengalami perubahan yang amat pesat.

Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan dan digunakan untuk menjadikan pembelajaraan murid berkesan dan bermakna. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer telah diperkenalkan dan hari ini ia semakin mendapat perhatian. Perkembangan pendidikan pendidikan. di dalam teknologi komputer telah mengubah sejarah teknologi Terutamanya mengubah cara belajar, mencari maklumat dan

sebagainya. Sumber maklumat serta rujukan juga tidak terikat dengan buku teks semata-mata tetapi lebih luas.

Sebagai seorang guru sememangnya tidak lari dari pelbagai masalah yang berlaku di sekelilingnya. Terutaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Masalah yang kadang kala berlaku sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran ialah sessi pengajaran pembelajaran tidak dapat menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran guru. Guru masih mengamalkan pengajaran secara tradisi. Walaupun pengajaran sedemikian selalunya berjaya dilaksanakan tetapi terdapat masalah dan kekangan-kekangan yang wujud. Pengajaran

pembelajaran

yang kurang menarik pelajar

ini akan menyebabkan pelajar

melakukan aktiviti-aktiviti yang lain untuk mengisi rasa bosan mereka. Antara yang sering berlaku apabila murid merasa bosan ialah menganggu rakan, membuat aktiviti sendiri, menconteng buku dan sebagainya. Apabila hal yang sedemikian berlaku maka pengajaran dan pembelajaran tidak mencapai objektif pengajaran.

Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah kelas juga ada kalanya akan menyebabkan kurangnya interaksi di antara pelajar dan guru. Situasi ini akan menyebabkan seseorang pelajar yang kurang aktif akan menjadi seorang pelajar yang pasif. Selain itu interaksi pelajar dengan matapelajaran itu turut terbatas. Ini kerana guru akan mengalami kesukaran untuk mengajar mengikut keperluan pelajarnya serta memenuhi tahap keupayaan pembelajaran setiap pelajar . di

samping itu pelajar juga tidak akan dapat menilai atau menentukan sejauh mana mereka boleh memahami pengajaran guru mereka.

Masalah juga berlaku dimana proses pengajaran dan pembelajaran yang hanya melibatkan dua entiti utama sahaja iaitu di antara guru dan murid. Di samping itu ,ia juga lebih banyak menggunakan kaedah atau teknik hafalan terhadap isi penting yang diberikan oleh guru. Cara sebegini akan menimbulkan banyak masalah untuk mengingat fakta yang terlalu banyak dan tidak banyak dokumen bertulis yang boleh dirujuk. Pelajar akan mula menjadi malas untuk mengulangkaji pelajaran mereka.

Penyediaan alat bantu mengajar juga adalah terhad kepada bahan-bahan statik sifatnya. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan minat para pelajarnya. Kekerapan penggunaan alat bantu ini akan menyebabkan kebosanan dan murid akan mula malas untuk belajar. Alat yang digunakan sudah tidak dapat memanjang minat untuk meneruskan aktiviti pembelajaran.

Dengan kehadiran teknologi komputer serta teknologi moden yang berkaitan dengannya di dalam bidang pendidikan mampu membantu meringankan beban serta kekangan yang sedia ada di dalam pembelajaran di dalam bilik darjah atau masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan komputer adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan untuk memindahkan ianya kepada ilmu pengetahuan yang bermakna serta bermanfaat. Isi pelajaran yang panjang boleh diringkaskan menjadi isi-isi penting atau dipersembahkan semula

menggunakan media-media yang lebih menarik. Penggunaan pelbagai media dalam proses penyampaian maklumat juga akan melahirkan persembahan yang lebih menarik dan mampu memberancangkan minda pelajar. Pembelajaran sedemikian juga tidak akan membosankan murid dan murid sentiasa menanti dan tidak sabar untuk meneruskan atau mengikuti aktiviti pembelajaran seterusnya.

Selain itu soalan-soalan juga senang untuk disediakan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Soalan dapat disediakan dengan mengikut

kemahiran pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk menilai tahap kefahaman pelajar-pelajarnya tentang isi pelajaran yang telah di persembahkannya. Di samping dapat memperkukuhkan lagi pemahaman murid dalam pembelajaran.

Oleh kerana kepelbagaian serta keistemewaan yang ditawarkan oleh komputer, penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah berjaya menarik minat banyak pihak dan yang paling besar natijahnya ialah memberi kesan terhadap corak pendidikan pada masa ini dan pada masa-masa yang akan datang. Tidak mustahil satu hari nanti pengajaran dengan buku teks akan diambil alih oleh komputer. Guru akan berperanan sebagai fasilitator dan computer bertindak sebagai alat yang digunakan bagi membantu para guru memperluaskan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran.. Penggunaan komputer akan menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik, berkesan dan bermakna.

Berdasarkan

kepada

penggunaan

komputer

yang

membawa

kepada

perubahan-perubahan dalam mempersembahkan isi pelajaran, antara kebaikannya adalah meningkatkan minat pelajar dalam untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan mengiburkan. Ia juga dapat menjimatkan masa dengan kata lain mengurangkan masa atau tempoh penguasaan dalam pelajaran. Selai itu ia dapat meningkatkan pemahaman dan dan mengekalkan imfomasi dalam ingatan. Pelajar akan memahami isi kandungan dengan lebih

pantas dan seterusnya menyimpan imformasi yang diterima ke ingatan jangka panjang. Selain itu kekuatan yang amat ketara sekali ialah sebahagian besar guruguru kita adalah celik komputer dan ada guru-guru yang lebih mahir

menggunaknya.

Kelemahan yang mungkin didapati adalah kos pembelian komputer dan alatalat media yang lain. Peruntukan yang diberikan tidak dapat menampung untuk sebuah sekolah dengan sebuah kelas dan sebuah komputer. Selalunya makmal

komputer akan digunakan untuk tujuan pengajaran jika masa penggunaan makmal komputer kosong. Selain itu masalah ketiadaan kuasa elektrik juga sedikit sebanyak mengganggu proses pembelajara dengan menggunakan komputer. Kelemahan lain adalah perisian komputer itu sekiranya mempuanyai masalah teknikal juga mengganggu aktiviti pembelajaran. Di samping itu kelemahan yang serius ialah apabila komputer itu rosak dan tidak dapat digunakan untuk melaksanakan aktiviti. Untuk membiayai kerosakan adalah tinggi. Selain dari perkara-perkara yang di atas merancang dan memproduksi program pembelajaran merupakan perkerjaan yang tidak mudah, perlu banyak waktu dan kemahiran tinggi berkenaan dengan komputer.

Ancaman yang mungkin berlaku ialah virus yang tersebar dalam perisian komputer, penyalahgunaan komputer termasuklah cara penyelenggaraannya tidak teratur. Selain itu perisian permainan yang terdapat dalam komputer juga salah satu ancaman. Perkara sedemikian dapat diselesaikan dengan menggunakan anti-virus yang disediakan oleh pihak tertentu. Di samping itu juga kita haruslah mengikuti kursus penyenggelaraan komputer agar mengetahui selok belok berkenaan dengan computer dan menghadkan perisisan permainan dalam komputer.

Perkembangan teknologi komputer dengan multimedia merupakan satu fenomena yang tidap disangkal lagi kepentingannya. Teknologi komputer semakin popular dan digunakan dalam pendidikan maupun dalam kebanyakkan aspek kehidupan manusia sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Oleh yang demikian setiap pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan sama ada sebagai pengajar, pelajar pentadbir dan sebagainya haruslah bersedia untuk bergerak seiring dengan arus perkembangan teknologi. Ini untuk memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan tidak ketinggalan.

Vous aimerez peut-être aussi