Vous êtes sur la page 1sur 21

Pengurusan Penasihatan Murid

PENGURUSAN PEMBELAJARAN (KPS 3014) FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

MODUL PEMBELAJARAN

UNIT 9: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

NAMA

1. DAYANG SUFINAH BINTI DATU TENG (D20101037517) 2. NORI HAFIZA BT ZAKARIA (D20101037874) 3. SITI KHAMILAH BT KAMARUDDIN (D20101037886)

PENSYARAH TARIKH

EN ZAINI BIN ABDULLAH 07 OKTOBER 2011

Pengurusan Penasihatan Murid

UNIT 9 PENGURUSAN PENASIHATAN MURID (BIMBINGAN, PENASIHATAN DAN MENTORING)

9.0 HASIL PEMBELAJARAN


1.0 Anda dapat mengetahui maksud bimbingan, penasihatan dan mentoring. 2.0 Anda dapat mengetahui ciri-ciri bimbingan, penasihatan dan mentoring. 3.0 Anda dapat mengetahui perbezaan antara bimbingan dengan penasihatan dan kaunseling. 4.0 Anda dapat menghurai proses penasihatan, bimbingan dan mentoring. 5.0 Anda dapat mengaplikasi amalan penasihatan, bimbingan dan mentoring di kelas dan sekolah.

9.1 PENGENALAN
Mengapa kita memilih untuk menjadi cikgu? Kerana kita ambil berat. Kita ambil berat terhadap kanak-kanak, kita ambil berat tentang dunia di mana kita hidup. Kita melatih diri sendiri untuk berdepan dengan cabaran dan kadang-kadang profesyen yang tidak dihargai. Pelbagai pendekatan yang telah dilakukan untuk membantu murid-murid di sekolah bagi menangani kemelut atau permasalahan yang sedang dihadapi oleh murid-murid. Antaranya ialah melalui kaedah bimbingan, penasihatan dan mentoring. Penasihatan murid berkait rapat dengan kaunseling. Menurut Davis (1981) kaunseling merupakan perbincangan mengenai masalah, biasanya berbentuk emosional antara kaunselor dengan klien agar klien dapat menyelesaikan masalahnya dengan lebih baik. Khidmat kaunseling di sekolah-sekolah Malaysia bermula pada tahun 1968, ketika itu dikenali sebagai Khidmat Bimbingan. Bagi memulakan khidmat bimbingan, seorang pegawai yang memantau khimat bimbingan mula dilanti di peringkat Kementerian Pelajaran pada tahun 1968 di bawah Payung Bahagia Penyelidikan dan Perancangan, Kementerian Malaysia. Kaunseling sebenarnya cuba membentuk kesihatan mental supaya manusia berasa selesa dengan diri sendiri, berfikiran positif terhadap orang lain dan berkeupayaan memenuhi tuntutan hidup. Kaunseling penting untuk membantu seseorang itu dari segi motivasi dan juga strategi yang betul untuk melakukan sesuatu.

Pengurusan Penasihatan Murid

9.2 KONSEP

9.2.1 BIMBINGAN

BIMBINGAN

Crow dan Crow (1960) menyatakan bimbingan sebagai bantuan yang diberikan olah seseorang, baik lelaki dan perempuan, yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seorang individu dari setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri.

Abu ahmadi (1991) bimbingan adalah bantuan yang diberikan kepada individu (peserta dididik) agar dengan potensi yang dimiliki mampu mengembangkan diri secara optimum dengan cara memahami diri, lingkungan dan menggunakan rencana masa depan yang lebih baik.

Othman

Mohamed

(2000)

berpendapat

bahawa

bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.

Shertzer dan Stone (1971) pula mendefinisikan bimbingan sebagai satu proses menolong individu untuk memahami diri dan alam sekelilingnya. Proses ini menunjukkan satu usaha yang berterusan dan melibatkan banyak langkah dalam mencapai matlamat. Bimbingan dilihat sebagai memberi perkhidmatan kepada pelajar yang normal

Pengurusan Penasihatan Murid Bimbingan merupakan pendekatan yang menggunakan kaedah lisan atau fizikal untuk membantu seseorang menentukan matlamat, merancang tindakan dan memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam aspek-aspek tertentu. Sebagai contoh, memberi tunjuk ajar untuk bertingkah laku yang baik atau memberikan strategi belajar yang berkesan. Dalam bidang bimbingan dan kaunseling, jenis bimbingan dan nasihat yang diberikan adalah berkaitan dengan aspek psikologi individu dan hubungannya dengan orang lain. Dalam konteks Malaysia, institusi pendidikan khususnya di sekolah merupakan tapak permulaan bagi bidang ini. Secara amnya bimbingan bermaksud; 1. Bimbingan memberikan fokus kepada potensi seseorang individu 2. Bimbingan menolong individu membuat pilihan yang tepat.

9.2.2 Falsafah & Prinsip dalam Bimbingan & Kaunseling Empati Menerima tanpa syarat Ketulenan & kongruen Kemesraan Merahsiakan Teraputik

9.2.3 Objektif Kaunseling Pelajar "Untuk memastikan supaya pelajar-pelajar dapat mempertingkatkan keupayaan dan kebolehan dengan menggunakan sepenuhnya potensi diri secara positif dan proaktif melalui perkhidmatan psikologikal"

9.2.4 Objektif Umum Kaunseling Pelajar 1. Membantu pelajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan atau persekitaran 2. Membantu pelajar dalam memberikan maklumat mengenai pemilihan kerjaya yang sesuai 3. Memberi pengetahuan kepada pelajar dalam proses memahami masalah dan bagaimana menanganinya 4. Memberi khidmat kaunseling bagi membantu pelajar mengatasi masalah peribadi yang sedang dihadapi 5. Mengadakan khidmat susulan bagi membantu pelajar dalam menangani masalah atau mengelakkan diri dari masalah baru

Pengurusan Penasihatan Murid 9.2.5 Proses dalam bimbingan dan penasihatan

Pembimbing adalah orang yang membimbing, manakala bimbingan pula adalah proses menolong individu memahami diri dan dunia mereka. Sesungguhnya, guru yang baik dapat membimbing para pelajarnya. Guru yang baik memahami masalah pelajar yang pelbagai ragam dan cuba membantu mereka menyelesaikan masalah dengan bijaksana serta tidak mudah berputus asa dan pastinya para pelajar lebih optimis untuk meneruskan kehidupan yang penuh cabaran. Erikson (1968) mendapati bahawa keadaan kritikal dalam diri seseorang pelajar boleh mempengaruhi keadaan emosi pelajar tersebut. Terdapat lima fasa dalam proses bimbingan dan penasihatan : Fasa pertama : kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar Fasa pertama berkait rapat dengan kesedaran guru dan pihak yang terlibat sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Pihak pengurusan iaitu guru perlu terlebih dahulu menerima konsep ini. Namun demikian, penekanan perlulah diberikan kepada guru yang mengajar mata pelajaran program kerana mereka tentunya lebih rapat dan arif dengan pelajar mereka berbanding guru-guru yang lain. Selain itu, lazimnya, guru yang mengajar mata pelajaran program akan meluangkan lebih banyak masa bersama pelajar, hal ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan guru. Pihak pelajar juga harus disedarkan tentang kepentingan perkhidmatan bimbingan, penasihatan dan mentoring sebagai pengelola dan sumber rujukan model. Guru juga perlulah mempunyai sikap kerahsiaan bagi memastikan kepercayaan pelajar terhadap guru. Teori kung fu tze ada menyatakan bahawa sesuatu pendidikan harus berasaskan kepada prinsip kebenaran dan segala aspek kebaikan. Fasa kedua : menguasai kemahiran asas bimbingan dan penasihatan Guru sebagai penasihat dan pembimbing perlulah terlebih dahulu menguasai kemahiran bagi memudahkan untuk mereka berkomunikasi melalui kaedah yang paling baik dengan pelajar. Pada tahap ini, guru-guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan, penasihatan dan mentoring melalui kursus, seminar dan bengkel khas. Selain itu, kemahiran ini secara tidak langsung akan memudahkan guru untuk menyelami masalah pelajar dan mencari jalan bagaimana ingin menyampaikan nasihat yang terbaik mengikut tahap penerimaan dan emosi pelajar. Antara beberapa kemahiran yang dicadangkan ialah seperti kemahiran perkembangan personaliti, kemahiran melayan dan mendengar, kemahiran lisan dan bukan lisan, kemahiran mengenal pasti pelajar yang bermasalah, dan kemahiran asas teori dan teknik kaunseling dalam proses menolong. Melalui teknik ini, guru akan lebih mendalami latar belakang hidup pelajar dan akan mencuba untuk meneroka dunia pelajar. Kemahiran melayan dan mendengar akan lebih memudahkan guru untuk berkomunikasi dengan pelajar seandainya guru memberi lebih perhatian kepada pelajar. Komunikasi bukan sahaja boleh berlaku dalam bentuk lisan, malah ia juga boleh ditonjolkan melalui bahasa isyarat dan sebagainya. Penguasaan kemahiran awal dalam proses ini boleh dijalankan secara berperingkat untuk memudahkan penerapan kemahiran. Bruce dan Grimsley (1987) dan Glickman et al. (1998), dapat merumuskan bahawa terdapat dua jenis utama kemahiran yang diperlukan bagi penyeliaan pelajar, iaitu:

Pengurusan Penasihatan Murid

Kemahiran hubungan manusia (human relations skill) atau kemahiran interpersonal iaitu keupayaan berkomunikasi dan bekerjasama dengan pelajar dan memotivasi mereka agar mereka berusaha untuk memperoleh prestasi baik. Kemahiran teknikal dan pengurusan iaitu pengetahuan dan keupayaan khusus yang diperlukan untuk melaksanakan tugas-tugas utama sebagai penyelia merangkumi aktiviti merancang, mentaksir, membuat pemerhatian, dan menilai program pengajaran.

Fasa ketiga : proses mengenali pelajar Pada tahap ini, pihak guru dapat mengaplikasikan kemahiran asas kaunseling dan mampu mengenalpasti pelajar yang memerlukan bimbingan dan penasihatan. Secara amnya, pelajar yang memerlukan bimbingan ini dapat dibahagikan kepada tiga katogeri utama iaitu pelajar yang datang secara sukarela, pelajar yang di bawah pemerhatian dan pelajar yang dikenalpasti sendiri oleh guru memerlukan bimbingan melalui pemerhatian dan ujikaji. Pelajar yang datang secara sukarela untuk mendapat bimbingan daripada guru lazimnya merupakan pelajar yang tidak agresif. Manakala pelajar yang berada di bawah pemerhatian pula merupakan mereka yang memerlukan perhatian dari pihak-pihak tertentu. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang mempunyai masalah dan tidak mempunyai kesedaran untuk meluahkan kepada orang lain. Guru haruslah bijak membantu menyelesaikan masalah pelajar. Dengan berusaha membantu orang lain, sebenarnya kita sedang membantu diri kita dalam mencapai matlamat (afred adler). Fasa keempat : proses membimbing pelajar Pelajar perlulah dibimbing oleh guru dengan teknik dan kaedah yang betul dalam menentukan kehendak serta perkara yang perlu dicapai oleh pelajar. Hal ini disebabkan mengikut teori psikologi individu yang dipelopori oleh Afred Adler, kehendak seseorang itu mempengaruhi setiap tindakan yang dilakukan berlandaskan pengalaman yang dilalui masa lalu.Tanggungjawab guru sebagai pembimbing dan penasihat adalah membebaskan pelajar dari belenggu masa lalu dan memastikan mereka berada pada konsep yang betul bagi mencapai sesuatu yang ingin dicapai. Dalam proses bimbingan, secara khususnya guru akan membimbing pelajar dalam tiga keadaan iaitu bimbingan secara individu, kelompok dan juga konsultansi. Namun begitu, secara purata guru lebih dapat mendekati pelajar denagn lebih terperinci melalui bimbingan secara individu kerana dalam proses ini guru hanya perlu memberi sepenuh perhatian hanya kepada seorang pelajar. Manakala, bimbingan secara kelompok pula melibatkan ramai pelajar yang bermasalah. Teknik sebegini membolehkan pelajar saling meluahkan dan berkongsi masalah dengan rakanrakan yang lain. Hal ini secara tidak langsung mendidik pelajar untuk lebih empati dan belajar memahami akan perasaan orang lain. Di samping itu, dalam konsep penasihatan juga, hubungan penasihatan antara guru dan pelajar adalah interaksi yang berbentuk interpersonal yang memerlukan penekanan terhadap aspek kemanusiaan. Kemahiran interpersonal ialah kemampuan seseorang dalam memahami dan membezakan perasaan,keinginan hati, hasrat dan tabiat orang lain. (Suppiah Nachiappan, 2009:156). Guru perlu berkemampu an dalam mendalami emosi pelajar dan harus bijak dalam membina hubungan yang mesra dengan pelajar agar pelajar dapat membentuk rasa kepercayaan yang

Pengurusan Penasihatan Murid

tinggi terhadap guru bimbingan. Selain itu, setiap individu itu pastinya mempunyai kelainan yang tersendiri dan mempunyai potensi untuk bergerak ke arah kebaikan. Rogers berpendapat semua manusia boleh berkembang dan berpotensi asalkan inidividu itu dapat menerima dirinya dan orang lain dengan cara hubungan positif tanpa syarat. Penerokaan dalam permasalahan pelajar akan dilakukan oleh guru setelah hubungan antara guru dan pelajar sudah mesra dan saling mempercayai. Seterusnya, masalah utama mula dikenal pasti dan pihak guru pembimbing juga akan mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah pelajar. Tindakan akan dilaksanakan melalui perbincangan dan perancangan yang ditetapkan. 9.2.6 Ciri-ciri guru pembimbing Guru pembimbing perlulah menjadi agen kerahsiaan bagi pelajar dan pendorong untuk pelajar. Dengan ini, pelajar akan berasa selamat untuk meluahkan sebarang masalah kepada guru untuk diselesaikan dan lebih cenderung untuk tekun dalam belajar. Pendidikan yang bermutu dan efektif menekankan kepada tiga aspek iaitu administratif atau kepimpinan, instruksional dan kaunseling. Kepentingan antara perhubungan guru dan murid ditekankan dalam salah satu daripada model Sim yang menyatakan bahawa perhubungan yang baik antara guru dan murid mampu menimbulkan interaksi yang sihat dan suasana p&p yang berkesan. 1. Kemahiran berkomunikasi 2. Kemahiran mendengar 3. Kebolehan menyimpan rahsia menyimpan 4. Empati 5. Berfikiran terbuka 6. Yakin dan bersedia 7. Ikhlas dan Jujur 8. Nonjudgemental 9. Humor 10. Bertanggungjawab

9.2.7 Enam teknik yang dianjurkan oleh syarak dalam penasihatan Antara teknik yang dianjurkan oleh agama islam dalam penasiahatn adalah nasihat, tawsiyah, tazkirah, irsyad, qiyadah, qudwah dan islah. Nasihat dikatakan sebagai teknik yang paling mudah dan merangkumi komunikasi dua hala. Orang yang dinasihati mestilah menerima dengan hati dan fikiran yang terbuka dan diikuti dengan kesungguhan untuk mula membaiki diri. Pada masa yang sama, orang yang memberikan nasihat mestilah sabar, berhati-hati dalam menggunakan perkataan yang sesuai dan memilih suasana emosi yang betul.

Pengurusan Penasihatan Murid

Teknik yang kedua adalah tawsiyah yang bermaksud pesanan. Memberi pesanan dan saling mengingatkan antara satu sama lain merupakan kewajipan bagi setiap individu muslim dan pesanan haruslah disampaikan berlandaskan prinsip kebenaran untuk kebaikan semua pihak. Tazkirah bererti peringatan. Orang Mukmin hendaklah sentiasa saling memperingati antara satu sama lain. Sesungguhnya tugas memperingati antara satu sama lain dapat menyelamatkan saudaranya daripada melakukan kemungkaran atau berada di dalam kesusahan. Tugas ini boleh dilakukan secara perseorangan atau berkelompok kerana pihak yang terlibat dengan kemungkaran tidak merasa malu sebab ucapan yang diluahkan oleh penasihat secara umum. Tetapi cara ini tidak boleh digunakan dalam masalah yang lebih rumit serta memerlukan pengamatan dan perhatian yang lebih khusus daripada penasihat. Irsyad bermaksud menunjuk ke arah kebenaran. Sesungguhnya, perasaan dan akal yang dipimpin oleh panduan syarak sahaja yang boleh menyelamatkan manusia daripada kesesatan di dunia dan akhirat. Qiyadah bermaksud pimpinan. Pimpinan juga mempunyai pertalian rapat dengan bimbingan dan teladan. Seorang penasihat mestilah boleh memimpin dirinya sendiri dan mampu memimpin orang lain. Tugasnya bukan hanya menyatakan sesuatu yang baik, tetapi hendaklah mengetahui jalan atau cara untuk melakukan kebaikan. Qudwah atau uswah bermaksud teladan. Oleh itu, penasihat mestilah menampilkan keyakinan diri sebagai teladan dan boleh memberi keyakinan kepada pelanggan. Jika penasihat sendiri tidak memenuhi syarat sedemikian, maka pelanggan akan mempunyai satu tanggapan yang meleset terhadapnya. Islah iaitu membaiki hubungan antara manusia yang meliputi hubungan seorang insan dengan kedua ibu bapa, adik-beradik, kawan-kawan, jiran, majikan dan masyarakat seluruhnya. Memulihkan hubungan antara manusia atau mendamaikan manusia termasuk dalam kebajikan dan akan dikurniakan ganjaran yang besar.

9.2.8 Peringkat-peringkat Kaunseling PERINGKAT PERMULAAN 1. Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai seorang yang boleh dipercayai. 2. Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dan dia sendiri perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian. Diperingkat ini juga, kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu

Pengurusan Penasihatan Murid PERINGKAT PERTENGAHAN

1. Peringkat penentuan masalah dan penyelesaian: o Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh klien. o Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya. PERINGKAT AKHIR 1. Peringkat apabila klien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui dengan jayanya. Di peringkat ini kaunselor berkenaan akan: o Membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan penilaian terhadap tindakan yang diambil itu. o Mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan dari pihak kaunselor. o Mengakhiri kaunseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang kejayaan proses kaunseling tersebut Kaunseling Yang Beretika 1. Kerahsiaan: o Perkhidmatan kaunseling adalah berpandukan Piawaian Amalan Kaunseling (Standards of Practice) serta memelihara Kod Etika. Setiap maklumat dalam sesi kaunseling adalah dijamin kerahsiaannya o Maklumat klien tidak akan diberitahu kepada mana-mana pihak melainkan setelah mendapat kebenaran dan persetujuan klien demi kebaikan klien sendiri. Contah ucapan seorang kaunselor sebelum memulakan sesi kaunseling kita, saya fikir eloklah sekiranya saya menerangkan bahawa apa yang awak akan katakan kepada saya adalah sulit. Walaupun saya berkerja di sekolah, saya bukan di bawah obligation untuk berkongsi dengan ibu bapa awak. Saya tidak akan berkata apa-apa kepada ibu bapa awak sehinggalah awak bersetuju sekiranya ia dapat membantu. Walaubagaimanapun jika saya mendapat maklumat yang meletakkan welfare awak dalam risiko, saya tidak akan menganggap ia sulit. Saya minta maaf kerana bermula seperti ini, tetapi saya rasa perlu jujur dan berterus terang dengan awak.

9.2.8 Ciri-ciri bimbingan 1. aktiviti yang dirancang. 2. tersusun, sengaja, berencana, 3. berterusan

Pengurusan Penasihatan Murid 4. mempunyai arah tujuan.

10

9.2.9 Situasi yang memerlukan bimbingan a) sukar memahami mata pelajaran b) sukar membuat pilihan c) organisasi, kelab persatuan, pasukan, permainan

9.3 PENASIHATAN

9.3.1 Konsep penasihatan Penasihatan merupakan salah satu daripada beberapa mekanisme untuk membantu individu yang menghadapi masalah. Konsep penasihatan dapat diterangkan dengan lebih jelas melalui penulis-penulis berikut.

Zuraidah (1994) berpendapat bahawa nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kaedah ini merupakan satu cara yang mudah untuk mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa, dan menjelajah masalah yang dihadapi .

Gibson dan Mitchell (1999) menyatakan nasihat yang digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. Nasihat yang diberikan juga berguna untuk mengajar individu tersebut untuk berfikir dan bertindak.

Individu yang sangat memerlukan kaedah penasihatan adalah golongan yang mempunyai masalah disiplin kritikal. Contohnya murid yang merokok, ponteng

Pengurusan Penasihatan Murid

11

3.1 Ciri-ciri penasihatan Antara ciri penasihatan adalah penasihatan 1. lebih memfokuskan atau menumpukan kepada permasalahan yang dihadapi berbanding mereka yang bermasalah. 2. menjurus kepada bentuk arahan atau suruhan daripada seseorang yang dianggap lebih berautoriti kepada individu lain. 3. strategi yang paling cepat untuk menyelesaikan dan mengatasi permasalahan tersebut dengan lebih efektif.

Pengurusan Penasihatan Murid 9.4.1 Proses dalam Bimbingan dan Penasihatan

12

pemerhatian

perancangan

hasil

pelaksanaan

refleksi Rajah 1. Urutan Proses dalam Bimbingan dan Penasihatan

1. Pemerhatian Langkah pertama yang perlu diambil ialah proses pemerhatian. Melalui proses ini, guru hendaklah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar terlibat. Kita hendaklah menyiasat faktor-faktor yang menyebabkan mmasalah tersebut. Selain itu kita perlulah mengetahui latar belakang mereka. 2. Prancangan Setelah mengetahui masalah dan punca utamanya berlakunya masalah tersebut, kita bolehlah merancang kaedah atau cara pendekatan yang sesuai untuk menangani masalah tersebut samada melalui kaedah bimbingan atau penasihatan. Kita hendaklah menyediakan dan menyenaraikan langkah-langkah yang perlu dilaksanaan. 3. Pelaksanaan Selepas membuat perancangan yang teliti, ia perlulah dilaksanakan dengan serta merta. 4. Hasil Selepas proses pelaksanaan, kita hendaklah melihat hasil yang berlaku.

5. Refleksi

Pengurusan Penasihatan Murid

13

Selepas melihat hasil yang kita dapati, kita perlulah menukar kaedah yang dilakukan kepada yang lebih efektif. Jangan berputus asa jika tidak mendapat hasil yang memberansangkan. Guru yang penyayang membina pelajar yang berdisiplin.

4.1 Model pendekatan dalam bimbingan dan penasihatan

Teori Psikologi Individu

Teori Psikologi Individu - oleh Alfred Adler yang dilahirkan di Vienna. Konsep-konsep utama dalam teori Adler adalah Fictional Finalism iaitu ketentuan yang diadakan, berusaha ke arah superioriti, perasaan rendah diri dan pampasan, minat untuk bermasyarakat, gaya hidup, kendiri kreatif dan susunan kelahiran. Mengikut Alfred Adler, manusia bermasalah kerana mempunyai andaian yang salah, matlamat yang silap dan rasa rendah diri. Ia berkaitan dengan zaman lampau dan kedudukan anak dalam keluarga.

Pendekatan Pemusatan Individu

Pendekatan Pemusatan Individu -Carl Ransom Rogers yang dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Chicago. Ia beranggapan bahawa setiap individu hendaklah dilihat secara keseluruhan, unik, berbeza dan penting. Andaian Rogers terhadap manusia ialah konsep kendiri adalah persepsi tentang diri individu berdasarkan interaksi kita dengan orang lain, individu bertingkah laku dalam membentuk konsep kendirinya, masalah-masalah berlaku kerana timbul pertindanan konsep kendiri dengan pengalaman-pengalamannya yang lalu. Rogers percaya manusia boleh berkembang secara positif dan membina jika wujud perasaan mempercayai, hormat-menghormati yang boleh dirasai dan dialami.

Pendekatan Gestalt

Frederick Salomon Perls merupakan tokoh utama yang memperkembangkan Terapi atau Pendekatan Gestalt. Menurut Sapora, Ahmad Jazimin & Hapsah (2002), teori Gestalt telah memberikan penekanan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan manusia secara holistik. Manusia dilihat mempunyai satu komposisi yang terdiri daripada bahagian-bahagian yang saling berhubung kait antara satu sama lain seperti perasaan, fikiran dan tingkah laku

Pengurusan Penasihatan Murid

14

yang saling berinteraksi dan bergerak balas secara aktif bukannya berasingan. Pada asasnya terapi ini telah melihat manusia itu mempunyai sifat tabii berdasarkan falsafah kewujudan (existentialism) dan fenomenologi.

Pendekatan Tingkah Laku

Pendekatan Tingkah Laku telah diketengahkan oleh Joseph Wolpe. Teori ini berpendapat bahawa neurosis itu dipelajari melalui proses pembelajaran yang normal. Tingkah laku juga mengandungi unsur kognitif, motor dan juga tindak balas emosi. Dalam teori ini matlamat perlu diperjelaskan melalui tingkah laku dan boleh diperincikan secara spesifik. Guru pembimbing dan juga pelajar akan menentukan tingkah laku yang baik dan tidak baik dan wajar menegakkan tingkah laku bersopan serta menghindarkan tingkah laku yang tidak baik dalam budaya masyarakat.

9.4 MENTORING

9.4.1 Konsep Mentor adalah untuk menyokong dan menggalakkan orang ramai untuk menguruskan pembelajaran mereka sendiri dalam perintah bahawa mereka boleh memaksimumkan potensi mereka, membangunkan kemahiran mereka, memperbaiki prestasi mereka dan menjadi orang yang mereka mahu." Eric Parsloe, Sekolah Oxford Kejurulatihan & Mentor Mentoring adalah proses yang dilaksanakan oleh mentor terhadap mantee. Dalam konsep mentoring, mentor perlu membimbing mantee untuk menjadi individu yang mampu mengembangkan potensi diri, sikap, dan memberi panduan kepada mantee dalam mencari arah panduan yang betul dan siapa yang boleh membantu mereka dalam menyelesaikan sebarang konflik yang dihadapi sama ada akedemik mahupun personal. Selain itu, pelbagai kaedah boleh dilakukan oleh mentor sebagai panduan untuk mencapai objektifnya. Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam proses mentoring adalah aktiviti yang terancang di dalam dan di luar bilik darjah, permainan serta membentuk kumpulan kecil untuk membincangkan sesuatu topik atau permasalahan. Di samping itu, motif utama dalam proses mentoring adalah memberi peluang kepada mentee untuk menimba, mencuba dan menggunakan kemahiran yang mungkin kurang didedahkan dalam bilik darjah untuk panduan kepada mereka yang menjalani kehidupan sebagai pelajar yang bertanggungjawab serta membolehkan mantee untuk meneroka idea-idea baru dengan yakin.

Pengurusan Penasihatan Murid 9.4.2 Ciri-ciri mentoring

15

Mentoring merujuk kepada proses pembelajaran yang aktif buat mantee. Proses ini mementingkan personal dan profesional yang berterusan untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Selain itu, proses ini juga memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif. Ia bertindak balas terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan mentor dan mantee. Tambahan pula, proses ini akan membentuk kesedaran kepada pelajar agar bertimbang rasa dan akur kepada kesilapan yang sukar dielakkan serta menerima kesilapan yang boleh diterima dan sebaliknya.

9.4.3 Proses mentoring

Menjalin perhubungan. Perhubungan antara mentor dan mantee adalah aspek penting yang perlu dijalin semasa proses mentoring berlaku. Walaubagaimanapun, langkah ini tidak boleh dilakukan secara tergopoh-gapah dan tidak pula boleh ditinggalkan. Mentor haruslah bijak dalam usaha untuk membina hubungan dan meningkatkan komunikasi antara mentor dan mantee. Mentor dan mantee juga perlu menggunakan masa yang sesuai untuk mengenali satu sama lain supaya timbul perasaan saling mempercayai antara mereka dan jika ini berlaku, proses mentoring akan menjadi satu aktiviti yang mudah dan bermakna.

Merunding persetujuan. Mentor dan mantee perlu sama-sama menjana persetujuan ketika melaksanakan sesi mentoring dan dalam masa yang sama, mereka perlu mematuhi perjanjian yang telah ditetapkan. Perjajian meliputi penyediaan jadual untuk sesi mentoring, mengenalpasti batasan serta cara dan teknik mentoring. Kerjasama yang terbina, akan mewujudkan perhubungan yang harmoni antara mereka.

Perkembangan profesional mantee Proses ini merupakan langkah utama dalam sesi mentoring kerana ia melibatkan fungsi dan peranan mentoring itu sendiri. Pada ketika ini kedua-dua mentor dan mantee perlulah menentukan matlamat mentoring, menjana senarai latih tubi dan aktiviti mentoring supaya objektifnya tercapai. Mentor dan mantee perlu berusaha untuk mencapai objektif serta mengekalkan suasana yang harmoni.

Pengurusan Penasihatan Murid Menamatkan perhubungan

16

Proses mentoring berakhir apabila matlamatnya tercapai di mana ia dinilai oleh mereka yang berkenaan. Perhubungan mentoring hendaklah berakhir dengan tahap pencapaian yang positif iaitu satu transformasi berperingkat kepada perhubungan yang kasual. Mentoring tidak sepatutnya berakhir dengan tiba-tiba tetapi perlulah mengikut perancangan.

Pengurusan Penasihatan Murid SOALAN OBJEKTIF 1. Yang manakah bukan tujuan bimbingan yang dilakukan oleh kaunselor? A. Mempercepat klien menjadi rasional. B. Peningkatan kefahaman kendiri. C. Peningkatan kemahirann sosial. D. Menyelesaikan masalah klien. 2. Berikut adalah pembimbing yang berkesan kecuali A. Fleksibel. B. Keyakinan tinggi. C. Menyokong klien. D. Berkeinginan untuk dikasihi. 3. Pada tahun berapakah bermulanya khidmat kaunseling di Malaysia? A. 1965 B. 1968 C. 1975 D. 1978 4. Teknik yang manakah lebih berkesan untuk mendekatkan diri pelajar dan guru? A. Bimbingan B. mentoring C. Kaunseling D. Penasihatan 5. Zura telah bersetuju untuk mematuhi arahan Cikgu Nora dalam prose x setelah beberapa hari cikgu Nora berusaha untuk mendekatinya. Mereka berusaha untuk mewujudkan suasana kemesraan. Proses x berakhir apabila matlamat mereka tercapai. Proses x dikenali sebagai A. B. C. D. Bimbingan Mentoring Kaunseling Penasihatan

17

6. Yang manakah tujuan dan tumpuan pembimbing dan penasihat? I. Menolong pelajar menyedari dan mencapai dirinya yang paling baik. II. Menekankan masa kini dan masa depan dan bahan yang sedar atau nyata. III. Perancangan yang rasional, penyelesaian masalah dan untuk menghadapi tekanan semasa. IV. Perkembangan optimum keseluruhan diri pelajar serta pencapaian potensi untuk kepentingan individu dan sosial.

Pengurusan Penasihatan Murid

18

A. I dan II sahaja. B. I dan III sahaja. C. I dan IV sahaja. D. III dan IV sahaja.

SOALAN ESEI 1. Terangkan hubungan dalam perkhidmatan hubungan dan kaunseling. 2. Adakah proses bimbingandan kaunseling juga penting di sekolah rendah? Nyatakan bentuk bimbingan di sekolah rendah.

Jawapan 1. Apabila kita katakan hidup manusiasaling berinteraksi antara satu sama lain,maka dengan sendirinyamembawa makna bahawa manusia saling memerlukan. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa pertolongan daripada orang lain diperelukan dalam hidup seseorang itu. Maka, mahu tidak mahu profesion bimbingan ini ini juga merupakan satu keperluan bagi individu terutama dalam menghadapi masalah. Secara tidak langsung keperluan terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling juga diperlukan. Salah satu syarat dalam proses bimbingan dan kaunseling ini hendaklah berbentuk hubungan dua hala, iaitu suatu hubungan yang akrab antara kaunselor dan kliennya dapat dijalinkan. Hal ini bertujuan kedua-dua mereka dapat mempelajari sesuatu semasa berinteraksi di samping sama-sama boleh membuatsesuatu perubahan pada dirinya sendiri. Klien misalnya boleh menukar tingkah lakunya yang kurang menyenangkan kepada yang lebih bersifat rasional sehingga boleh diterima oleh masyarakatnya. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling haruslah dapat menghasilkan perubahan tingkah laku pada kliennya. Dengan ini, sikap klien yang terbuka serta rela memberikan kerjasama pada kaunselornya akan menghasilkan perubahan pada dirinya. Selagi hubungan klien dengan kaunselornya tidak terbuka, selagi itu perubahan tingkah laku pada dirinya tidak akan berhasil. Pendeknya, hubungan antara kaunselor dengan klien mestilah bebas dan tidak terkongkong oleh apa-apa syarat.hal ini memberikan peluang yang lebih kepada kaunselor untuk membina hubungan yang akrab dan lebih mesra. Kemesraan dan keakraban sahaja dapat menimbulkan rasa yakin dan berani klien untuk meluahkan apa-apa juga perasaan hatinya. Dengan itu, seorang klien yang memerlukanperkhidmatan atau kaunseling ini dapat dan mampu untuk mengurus kecemasan dirinya di samping dia boleh berfungsi dengan lebih beerti dalam hidupnya secara keseluruhan. Maka itulah sebabnya keperluan bimbingan dan kaunseling itu dikatakan ditentukan oleh kehendak individu (klien) sekali gus kehendak masyarakat itu sendiri dalam menggunakan perkhidmatan tersebut.

Pengurusan Penasihatan Murid

19

2. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah sangat penting. Mengikut Myrick (1977), masa yang paling elok untuk menerima masalah masalah sosial dan pendidikan adalah pada ketika awal-awal persekolahannya. Bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah mestilah lebih menumpukan kepada perkembangan sahsiah. Proses perkembangan untuk murid-murid sekolah rendah dianggap sebagai membantu kanak-kanak untuk berkembang secara normal,melalui satu proses perkembangan. Kaunselor di sekolah rendah patut bertugas sepenuh masa. Prosedur yang dilaksanakan adalah dengan cara kaunselor pergi menemui kanak-kanak bermasalah itu. Dia tidak boleh mengharapkan kanak-kanak itu datang mengadu kepadanya sahaja. Kaunselor perlulah memahami keadaan murid. Kaunselor perlu mewujudkan hubungan tiga hala, iaitu antara guru dan ibu bapa. Hal ini untuk memudahkan mereka untuk memahami keadaan murid dan anak mereka. Oleh itu, wajarlah kaunselor meluangkan banyak masa untuk membantu menyelesaikan masalah pelajar itu sendiri. Pada asasnya bimbingan bercorak perkembangan ini adalah dengan cuba memberi perkhidmatan yang teratur untuk membantu kanak-kanak memenuhi keperluannya dengan lebih berkesan terutama dalam hal konsep sendiri dan penerimaan kendirinya (Dinkmeyer dan Caldwell, 1970)

Pengurusan Penasihatan Murid

20

GLOSARI
Empati : Pondasi interaksi hubungan antara manusia Etika : Maksud dan sikap yang menentukan tingkah laku. Gestalt :Bentuk atau konfigurasi. Humor : Suka bergaul. Irsyad : Petunjuk yang terpuji. Interpersonal : Komunikasi antara dua individu. Islah : Pembaikan Interaksi :Komunikasi Kamelut :Masalah, belenggu. Kaunselor : Orang yang member bimbingan. Kaunseling : Interaksi anta kaunselor dengan klien. Modenisasi : Proses permodenan Profesyen : Kerjaya Qudwah : Teladan Refleksi : Penilaian secara aktif dan teliti. Signifikan : Mempunyai maksud Tazkirah : Peringatan

Pengurusan Penasihatan Murid

21

RUJUKAN

1. S. Nasution, (1995), Berbagai pendekatan dalam proses belajar dan mengajar, Singapore : BUMI AKSARA. 2. Dennis Lines, (2007) Brief Counselling in Schools. Australia : SAGE Publication. 3. Gootman E. Marilyn, (1997), Caring Teachers Guide to Discipline, New Delhi: SAGE Publication. 4. Muhd Mansur Abdullah, S. NordinarMohd Tamim. (2003). Proses Kaunseling. Selangor : Perpustakaan Negara. 5. Zuraidah Abdul Rahman. (1995). Kaunseling dalam Pengurusan. Selangor :Times Book International.

Vous aimerez peut-être aussi