Vous êtes sur la page 1sur 25

Hak Cipta Terpelihara http://www.myikhtiar.

com

Putera2008 All Right Reserved Hakcipta Terpelihara. Mana-mana bahagian di dalam buku ini BOLEH dihasilkan semula, di simpan di dalam simpanan awam atau disebarkan melalui apa-apa cara sekalipun sama ada elektronik, mekanikal atau sebaliknya tanpa kebenaran penulis. E-book cara menghasilkan blog ini adalah PERCUMA bertujuan untuk membantu rakan-rakan internet memulakan langkah pertama memiliki blog peribadi dengan cara yang mudah dan tanpa sebarang bayaran. Anda dibenarkan, malah digalakkan untuk menyebarkan e-book percuma ini kepada rakan-rakan anda asalkan anda TIDAK mengubah apa-apa kandungan di dalam e-book ini. Anda juga TIDAK dibenarkan menjual e-book percuma ini sama ada dalam bentuk digital atau olahan semula dalam bentuk fizikal. Untuk menghubungi penulis sila email ke : pencetusminda[at]gmail.com

Hakcipta adalah kepunyaan Ikhtiaruddin dari myikhtiar.com. Penulis berusaha sedaya upaya yang mungkin untuk memberikan maklumat yang tepat semasa e-book ini dihasilkan. Sebarang perubahan yang dilakukan oleh pihak blogger.com selepas e-book ini disebarkan adalah di luar kawalan penulis. Terbitan 2009 Penerbit Penulis : http://www.myikhtiar.com : Ikhtiaruddin Bin Md Yasim

Hak Cipta Terpelihara http://www.myikhtiar.com

Hak Cipta Terpelihara http://www.myikhtiar.com

ISI KANDUNGAN

1)

Pengenalan..............................................................................................4 Siapakah Blogger.com ?........................................................................4 Panduan Menghasilkan Blog.................................................................6 a. Pendaftaran ..................................................................................6 b. Kenali Dashboard anda................................................................9 c. Fungsi Dashboard.......................................................................11 d. Fungsi Settings............................................................................14 e. Fungsi Layouts.............................................................................15 Panduan Menghiasi Weblog..................................................................18 a. Laman Web Templat Blog Percuma...........................................18 b. Bagaimanakah Kaedah Untuk Memasang Templat ?...............20 c. Senarai Laman Web Perkhidmatan Widget Percuma.................21 Panduan Mempromosikan Blog............................................................22 a. Memberi Komentar Di Blog.22 b. Link Ex-Change..22 c. Menulis Artikel Karya Asli22 d. Kurangkan grafik dalam web..23 e. Keyword enjin carian24

2)

3)

4)

5)

6)

Kesimpulan....24

Hak Cipta Terpelihara http://www.myikhtiar.com

1.0

Pengenalan

Era globalisasi benar-benar merubah kehidupan kita dari segi pembangunan teknologi sistem khususnya. Perubahan ini banyak menjurus kepada pelbagai aspek antaranya menjurus dalam bidang blogger iaitu penulisan weblog. Sedar-atau tidak sedar kini istilah blogger tidak asing lagi di negara kita khususnya dunia amnya. Malah ia merupakan weblog yang tidak dikenakan sebarang bayaran kerana sistem yang disediakan oleh pihak blogger.com mudah dan ringkas. Penghasilan buku ini adalah karya asli yang ditulis oleh penulis sendiri. Pada asalnya penulis tidak mengetahui bagaimanakah weblog dihasilkan. Penulis banyak bertanyakan sahabat yang pakar dalam bidang ini bagi menambahkan sedikit ilmu pengetahuan. Justeru itu, tujuan buku ini dihasilkan bukanlah semata-mata mengaut keuntungan tetapi sebagai satu panduan secara asas bagaimana weblog dihasilkan melalui blogger.com. Buku yang dihasilkan ini TIDAK BOLEH dijual semula kepada orang lain. Tetapi anda digalakkan mengedarkan secara percuma kepada rakan-rakan anda. 2.0 Siapakah Blogger.com ? Seperti yang kita sedia maklum penulis menghasilkan buku ini hanya untuk syarikat blogger.com sahaja. Mungkin ada yang tertanya-tanya adakah blogger.com ini dimiliki oleh pihak syarikat Google.com? Ya benar, media blog pertama kali dipopularkan Blogger.com yang dimiliki oleh PyraLab pada asalnya. Kemudian pada tahun 2002 Blogger.com telah diambil alih oleh Google.com. Setelah Google.com mengambil alih, banyak pembaharuan telah dilakukan terhadap media tersebut sehingg banyak aplikasi yang bersifat sumber

Hak Cipta Terpelihara http://www.myikhtiar.com

terbuka yang telah diperuntukan. Blog merupakan satu laman yang yang boleh diketengahkan dengan pelbagai kategori antaranya catatan harian, wacana perdebatan, kempen politik, penulisan-penulisan karya sastera dan sebagainya. Weblog juga turut menyediakan ruangan komentar sebagai satu kemudahan interaksi dengan para pengunjungnya. Namun ada juga yang bersifat tidak interaktif. Penulisan blog mula pesat memperlihatkan perkembangan di Malaysia walaupun ia pertama diperkenal sekitar tahun 1997. Pengguna Internet kini saban tahun semakin meningkat sejajar era globalisasi di zaman ini. Tahun lalu menunjukkan lebih 13.5 juta orang pengguna Internet di Malaysia berbanding sekitar 11 juta orang pada tahun sebelumnya dengan peningkatan sebanyak 8.9 peratus. Jika dlihat kini peratus bahasa blog ialah negara Jepun (37 peratus), Inggeris (33 peratus), Cina (8 peratus), Itali ( 3 peratus), Parsi (1 peratus), dan bahasa melayu terlalu kecil sekali. Walaubagaimanapun, weblog merupakan banyak manfaatnya. Jika mahu melihatnya secara objektif, ia adalah dunia yang sama sekali baru, menarik dan menawarkan banyak peluang dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan kewangan. Selamat Datang Bloggers sekalian.

Hak Cipta Terpelihara http://www.myikhtiar.com

3.0

Panduan Menghasilkan Blog Buku ini akan menerangkan cara menghasilkan blog secara asas dahulu

pada peringkat pertama. Sila ikuti langkah-langkah yang akan diberikan. 3.1 Pendaftaran 3.1.1 Sila pastikan anda sudah memiliki email Gmail, Yahoo Mail dan 3.1.3 Sila sebagainya. Penulis sarankan email Gmail. buka laman web utama penaja iaitu dengan 3.1.2 Boleh mendaftar akaun Gmail di http://www.google.com.my memasukkan URL : http://www.blogger.com.

Pertukaran bahasa

Sila klik di sini untuk pendaftaran

* Muka hadapan ini di ambil pada Februari 2009

Hak Cipta Terpelihara http://www.myikhtiar.com

3.1.4 Sila isikan maklumat anda di kotak yang telah disediakan. Apabila selesai mengisi maklumat terus klik TERUSKAN.

Hak Cipta Terpelihara http://www.myikhtiar.com

3.1.5 Kemudian sila namakan blog anda mengikut kreativiti. Sebagai panduan sila namakan blog dengan mudah dan ringkas agar pengunjung mudah mengingatinya.

3.1.6 Sila pilih templat yang dirasakan sesuai untuk blog anda. Jangan risau, penulis akan terangkan nanti bagaimana untuk menghasilkan templat yang terbaik dan banyak fungsi. Ini adalah perkara asas yang perlu anda tahu sebagai seorang blogger.

Hak Cipta Terpelihara http://www.myikhtiar.com

3.1.7 Lihat blog anda sudah pun berjaya di daftarkan dengan 3 peringkat sahaja. Kini anda boleh meneruskan penulisan anda di blogger.com 3.2 Kenali Dashboard anda Pada kali ini penulis perlu menggunakan beberapa istilah bahasa Inggeris yang sukar diterjemahkan kepada bahasa melayu. Jadi pada kali ini rujukan screen shot adalah versi bahasa Inggeris untuk lebih mudah dihuraikan.
Klik di sini. Ikut arahan penulis 3.2.4

Sign out daripada blogger.com

Edit Profile di sini untuk memudahkan pengunjung view profil anda

Memulakan Entri Penulisan Anda

Untuk mengedit layout, elemen dan kedudukan blog anda Setting untuk sistem blog anda

Untuk mengubah/edit entri anda

Hak Cipta Terpelihara http://www.myikhtiar.com

3.2.1

Berpandukan screen shot ini, ia adalah merupakan laman utama yang perlu anda tahu bagi memudahkan segala urusan proses untuk mengemaskini data blog anda.

3.2.2 3.2.3 3.2.4

Penulis akan menerangkan satu persatu bagi setiap fungsi di dashboard ini. Sila ikuti arahan dengan betul bagi mengelakkan kesilapan teknikal. Penulis akan menunjukkan satu skil sebentar lagi. Jadi sila klik create a blog dan ikuti arahan tersebut. Jangan risau arahan tersebut sama macam penulis terangkan di atas.

3.2.5

Terpulang kepada individu yang ingin mengikuti skil penulis atau tidak.

10

Hak Cipta Terpelihara http://www.myikhtiar.com

3.2.6

Apabila anda selesai membuat create a blog, hasilnya akan menjadi seperti di atas. Terdapat dua blog iaitu dua laman yang berjaya dihasilkan.

3.3 Fungsi Dashboard : 3.3.1 Posting merupakan elemen yang paling penting dalam menghasilkan bentuk penulisan kita. Jadi kesemua elemen yang penulis tunjukkan perlu anda ketahui agar memudahkan segala bentuk proses editing. 3.3.2 Di bawah ini terdapat screen shot yang mana penulis telah memberi garis panduan bagaimana untuk menghantar bahan untuk dipaparkan.

Untuk Upload Gambar Tajuk Penulisan Anda Untuk Upload Video Edit Penulisan Anda Sebelum Ini Ruangan Menulis

Pastikan dalam keadaan Compose bagi yang tidak mengetahui coding html

Untuk membuat rangkaia n (link)

Sila rujuk 3.3.6

11

Hak Cipta Terpelihara http://www.myikhtiar.com

3.3.3 Apabila selesai menyiapkan bahan yang ingin di hantar, sila terus menekan pada butang publish post. 3.3.4 Bagi memudahkan dan menjimatkan masa, pastikan bahan anda sudah disediakan di Microsoft word ataupun Notepad untuk memudahkan anda menaip secara jelas. 3.3.5 Di ruangan ini juga, anda boleh upload gambar atau pun video dengan hanya menekan butang yang telah penulis paparkan di atas. 3.3.6 Sila masukkan label kategori penulisan anda. Hal ini berikutan untuk memudahkan pengunjung mencari bahan apakah yang diminatinya.

Untuk kembali ke Dashboard Sila klik untuk melihat hasil paparan anda

12

Hak Cipta Terpelihara http://www.myikhtiar.com

3.3.7 Inilah hasilnya setelah anda menekan butang view blog 3.3.8 Sila kuasai kemahiran pada bahagian posting sebelum penulis membawa anda kepada elemen yang kedua iaitu Settings. 3.3.9 Jika anda masih tertanya-tanya di manakah butang setting? Ini bermakna anda masih lagi belum menguasai untuk elemen yang pertama ini. Butang setting terletak di Dashboard iaitu laman utama untuk sistem editing. 3.3.10 Sekiranya anda sesat atau buntu dalam mencari fungsi-fungsi butang di Blogger.com sila kembali kepada sistem Dashboard.

13

Hak Cipta Terpelihara http://www.myikhtiar.com

3.4 Fungsi Settings 3.4.1 Dalam fungsi settings ini, penulis akan mendedahkan beberapa teknik untuk memudahkan anda mengetahui perjalanan sistem blog. 3.4.2 Seperti kebiasaan semua sistem gajet tidak kira komputer, telefon bimbit mempunyai setting yang tersendiri.

Untuk mengubah URL anda 3.4.3

Kebenaran untuk view blog anda

Untuk mengubah format waktu dan sebagainya

Sistem komentar 3.4.4

3.4.3 Sekiranya sebelum ini adalah telah menetapkan URL sebagai contoh http://www.putera-2008.blogspot.com anda boleh menukarkan kepada URL yang lain. 3.4.4 Sistem ini bertujuan untuk menapis segala komentar yang di hantar oleh pengunjung. Anda boleh mengubah sistem ini mengikut kesesuaian blog anda.

14

Hak Cipta Terpelihara http://www.myikhtiar.com

3.5 Fungsi Layouts 3.5.1 Cantiklah blog awak! Biasa ayat itu pasti akan terkeluar daripada mana-mana individu yang mengunjungi blog tidak kira sesiapa pun. 3.5.2 Salah satu sebab mengapa pengunjung suka melayari blog kita adalah disebabkan mempunyai hiasan widget yang menarik. 3.5.3 Sebentar nanti saya akan jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan widget. 3.5.4 Pastikan anda sudah pun menguasai kemahiran di bahagan fungsi settings

Mengubah struktur warna blog Menukar templat blog luar Menukar templat blogger.com

Menukar banner 3.5.5 Menambah Widget 3.5.6

Menambah Widget 3.5.6

15

Hak Cipta Terpelihara http://www.myikhtiar.com

3.5.5 Bahagian ini bertujuan untuk meletakkan banner anda yang sudah siap direka. Blogger.com tidak mempunyai perkhidmatan membuat banner bagi tujuan tersebut. Anda perlu memahirkan diri menguasai sofware adobe photoshop dan illustrator. 3.5.6 Add a Gadget merupakan satu fungsi untuk anda menambah, mengubah atau membuang widget yang telah anda letakkan sebelum ini. Bahagian ini amat terpenting sekali untuk anda menghiasi blog. 3.5.7 Widget yang popular seperti gambar format gif, jam, chatbox, kalendar, live traffic feed dan sebagainya. Perkara ini saya akan jelaskan di muka surat yang lain.

Senarai blog yang dikemaskinii Senarai pengikut blog anda Paparan gambar bergerak Melanggan blog anda Undian menarik di blog Senarai kegemaran anda Jaringan anda

Upload gambar anda di sini Pelbagai kategori disediakan di sini

16

Hak Cipta Terpelihara http://www.myikhtiar.com

Buat duit melalui AdSense Tulisan anda berbentuk teks sahaja Widget format HTML sahaja Labelkan kategori penulisan anda Dapatkan bertita percuma Kemudahan melihat klip video

3.5.8 Sila tambahkan mengikut kesesuaian dan kategori blog anda. 3.5.9 Sebagai panduan, jangan letakkan terlalu banyak widget di blog kerana kadang-kadang pengunjung amat sukar mengakses laman anda. 3.5.10 Selesai. Jika anda sudah menguasainya kita akan beralih kepada tiptip yang berkesan.

17

Hak Cipta Terpelihara http://www.myikhtiar.com

4.0 Panduan Menghiasi Weblog Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, di sini saya akan senaraikan laman web perkhidmatan percuma muat turun pelbagai jenis templat blog. Kredit kepada laman web mereka : 4.1 Laman Web Templat Blog Percuma 4.1.1 http://blogger.com Penaja Utama Blogger.com 4.1.2 http://www.ourblogtemplates.com/ Our Blogger Template 4.1.3 http://www.eblogtemplates.com/ - Eblog Templates 4.1.4 http://blogskins.com/ Blog Skins 4.1.5 http://www.pyzam.com/bloggertemplates Pyzam 4.1.6 http://the-blogger-templates.com Pack Plate 4.1.7 http://templatesparanovoblogger.blogspot.com-Novo Blogger 4.1.8 http://finalsense.com/services/blog_templates/ - Final Sense 4.1.9 http://www.themza.com/moodle/ - ThemeZa 4.1.10 http://freeblogtemplatess.blogspot.com/ - Free Blog 4.1.11 http://garcya.us/blog/free-templates/ - Free Templates 4.1.12 http://blogtemplate4u.com/ - Template 4 u 4.1.13 http://www.problogger.net/archives/2006/05/31/free-bloggertemplates/ - Pro Blogger 4.1.14 http://freetemplates.blogspot.com/ - Free Templates 4.1.15 http://www.blogcrowds.com/ - Blog Crowds 4.1.16 http://www.bloganol.com/ - Bloganol 4.1.17 http://www.flashmo.com/ - Free Flash Templates 4.1.18 http://www.webdesignmo.com/blog/ - Web Design Blog 4.1.19 http://www.blogfashions.com/ - Blog Fashion 4.1.20 http://blogger-templates.blogspot.com/ - Templates

18

Hak Cipta Terpelihara http://www.myikhtiar.com

4.1.21 http://free-blogger-template-layout.blogspot.com/ - Blogger 4.1.22 http://www.isnaini.com/blogger-templates Templates 4.1.23 http://www.idwebtemplate.com/ - Idwebtemplate

19

Hak Cipta Terpelihara http://www.myikhtiar.com

4.2

Bagaimanakah Kaedah Untuk Memasang Templat ? 4.2.1 Pastikan anda sudah memuat turun templat dari mana-mana laman untuk dijadikan layout blog anda. 4.2.2 Dashboard - Layout - Edit HTML

Ambil Fail Templat anda di sini kemudian upload

4.2.3 Apabila anda ingin menukarkan templat kepada yang baru, segala widget yang anda ada akan hilang begitu sahaja. 4.2.4 Untuk memudahkan sebelum menggantikan yang baru sila menyimpan data-data coding seperti chatbox, traffic dan sebagainya. 4.2.5 Pastikan fail templat adalah format XML. 4.2.6 Sekiranya fail tersebut dalam format Winzip atau Winrar sila extract sebelum upload fail tersebut.

20

Hak Cipta Terpelihara http://www.myikhtiar.com

4.3

Senarai Laman Web Perkhidmatan Widget Percuma Seperti yang dijanjikan, saya akan menerangkan bagaimana untuk

menghiasi blog anda dengan widget atau flash yang percuma. Tetapi sebelum itu, pastikan blog anda dalam keadaan tersusun. Sila berikan kredit kepada mereka kerana sedia membantu kita dalam mengembangkan penulisan blog. Di sini saya sertakan laman web yang menyediakan perkhidmatan widget secara percuma mengikut kategori yang sedia ada. 4.3.1 http://adiwidget.blogspot.com/ - Widget Kartun dan Logo 4.3.2 http://cbox.ws/?r=2-1808400 - Chatbox 4.3.3 http://www.widgeo.net/ - Flash, Widget And Counter 4.3.4 http://feedjit.com/join/ - Live Traffic Feed 4.3.5 http://krueng.org/Kmutiara/ - Flash Hadith Everyday 4.3.6 http://www.clocklink.com/ - Clock Link 4.3.7 http://www.waktusolat.net/?mod=script - Waktu Solat 4.3.8 http://hijriah.jentayu.com/ - Takwim Hijrah 4.3.9 http://easy-hit-counters.com/ - Counters 4.3.10 http://www.myflashfetish.com/ - Music Playlist

21

Hak Cipta Terpelihara http://www.myikhtiar.com

5.0

Panduan Mempromosikan Blog 5.1 Kaedah Menarik Traffik Pelawat

Kebiasaanya blogger sentiasa memastikan blog mereka mendapat trafik kunjungan yang tinggi. Sebenar banyak cara atau kaedah yang digunapakai untuk mempromosikan blog. Namun menaikkan trafik blog tidak menjurus kepada iklan berbayar sebenarnya tetapi atas usaha diri sendiri. 5.1.1 Memberi Komentar Di Blog Kaedah ini sebenarnya secara tidak langsung memberikan satu hubungan kerjasama antara kita dengan tuan punya blog tersebut. Sekiranya anda rajin memberikan komen di blog-blog lain, secara tidak langsung ia akan menaikkan trafik pelawat blog anda. 5.1.2 Link Ex-Change Anda perlu sentiasa bertukar-tukar link URL blog anda dengan blog yang lain. Dengan secara tidak langsung link URL blog anda akan tersebar luasnya. 5.1.3 Menulis Artikel Karya Asli Seperti mana yang kita tahu, perkara yang paling digemari oleh sesetengah penulis blog adalah dengan menyalin hak cipta orang lain tanpa kebenaran. Gejala tidak sihat sedemikian perlulah dielakkan agar blog anda akan sentiasa dikunjungi. Kebiasaannya pengunjung kurang gemar membaca artikel yang dirasakan plagiat.

22

Hak Cipta Terpelihara http://www.myikhtiar.com

5.1.4 Kurangkan grafik dalam web Kita sedia maklum tidak semua pelayar internet memiliki kelajuan yang sama sehingga 1 Mbps. Jadi kurangkan grafik dan jangan terlalu heavy sehingga menyukarkan pelayar menunggu loading yang begitu lama. Secara tidak langsung pelayar akan berasa bosan dengan blog anda. 5.1.5 Keyword enjin carian Letakkan keyword yang sesuai di Tag Posting untuk memudahkan pelayar membuat enjin carian di internet.

23

Hak Cipta Terpelihara http://www.myikhtiar.com

6.0

Kesimpulan Ini adalah panduan secara asas bagi membina blog menggunakan

blogger.com. Diharapkan segala panduan yang diberikan sedikit sebanyak dapat memberi tunjuk ajar kepada anda semua. Jika hari ini ramai orang berkata blog boleh membuat duit. Itu benar, penulis tidak menafikan sama sekali kerana penulis turut menerima rezeki sampingan pendapatan daripada blog ini. Walaubagaimanapun jangan jadikan medium blog ini bukanlah hanya sematamata untuk hal duniawi semata-mata. Jadikanlah ia salah satu medium dakwah agar kita sendtiasa diredhai oleh Allah SWT. Akhir kalam, salam perjuangan buat anda semua.

24

Hak Cipta Terpelihara http://www.myikhtiar.com

Nama saya Ikhtiaruddin Bin Md Yasim. Dunia internet bukanlah perkara yang pertama dalam hidup saya. Namun mula mengenali komputer seawal umur 10 tahun. Bagi saya melayari internet adalah satu kepuasan dalam diri saya. Namun cita-cita bukanlah menjadi seorang usahawan internet sepenuh masa. Sekadar mempelajari bagaimana untuk menghasilkan duit daripada internet. Masih belajar dan belajar lagi untuk menimba ilmu pasaran internet. Walaupun pada hakikatnya sedang mengikuti jurusan pengajian islam tidak mematahkan semangat. Kini sedang berjinak-jinak dengan dunia blogging dan sedang mempelajari wordpress pula. Sedang menghasilkan e-book yang lain berkonsepkan perniagaan. Itulah kepuasan. Walaubagaimanapun, keredhaan Allah SWT itu amatlah penting bagi mendapat keberkatan dalam meniti hari-hari yang mendatang. Sahabat saya pernah berkata wang bukanlah segala-galanya namun segala-galanya adalah wang. Renung-renungkanlah.
Hidup ini tidak selalunya indah, namun rasailah keindahan tersebut walau sesaat

Ikhtiaruddin Md Yasim myikhtiar.com

25

Vous aimerez peut-être aussi