Vous êtes sur la page 1sur 15

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Generasi muda negara semakin proaktif dan dinamik serta sentiasa ingin mengorak langkah lebih cepat dan maju ke hadapan. Antara perkara yang memperlihatkan sifat murni tersebut adalah dalam keterlibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti sihat yang boleh menjana pendapatan sendiri selain memperoleh pengalaman berharga dalam aspek pengurusan kendiri. Generasi yang terlibat dalam aktiviti bekerja secara sambilan ini majoritinya masih muda dan masih belum mempunyai banyak pengalaman dalam menongkah arus hidup namun sikap berani dan keinginan untuk mencuba serta meneroka dunia pekerjaan sambilan boleh dibanggakan. Meskipun mereka menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran, sikap optimis, tidak mudah putus asa selain bersemangat untuk membuktikan kepada masyarakat umum tentang kemampuan mereka walaupun secara tidak langsung ramai yang tidak bersetuju dan menentang kerana beranggapan ia boleh mengganggu rutin dan tugas hakiki pelajar dalam pembelajaran. Pembentukan masyarakat berilmu melalui pembangunan modal insan berpengetahuan tinggi dan bermaklumat telah menjadi satu perkara yang sangat dititik beratkan oleh kerajaan. Pada tahun 2005 sempena perutusan Hari Kemerdekaan ke-48,

2 Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yang sekarang adalah mantan Perdana Menteri yang ke-5 telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan di Negara ini sebagai satu landasan dan arah panduan untuk mencapai kecemerlangan kepada generasi hadapan. Generasi hadapan ini merupakan asset Negara yang paling penting dalam usaha kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah negara Bangsa yang Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjelang WAWASAN 2020. Di Malaysia, satu akta berkaitan pekerjaan telah di tubuhkan iaitu Akta Buruh Kanak-kanak dan Orang Muda 1966. Akta ini menetapkan syarat penggajian kanakkanak di bawah umur 14 tahun dan orang muda yang berumur di bawah 16 tahun hanya dalam jenis pekerjaan yang sesuai dan di dalam perusahaan tertentu: tidak membahayakan nyawa, anggota, kesihatan dan moral. Objektif utama akta ini adalah untuk mengawal dan/atau melindungi mereka daripada eksploitasi dan tidak mengganggu persekolahan mereka. Majikan yang melanggar akta ini boleh dikenakan penalti tidak melebehi 6 bulan atau denda tidak melebehi RM2,000.00 atau keduaduanya sekali (Goh, 2005). Walaupun akta ini mensyaratkan bahawa kanak-kanak atau orang muda yang ingin bekerja mestilah di bawah 16 tahun, dalam konteks pelajarpelajar di institusi pengajian tinggi ini juga sebenarnya secara tidak langsung menunjukkan bahawa, golongan muda ini ingin dipelihara dan memastikan mereka yang mahu berkerja ini tidak teraniaya dan terpesong dari tanggungjawab sebenar sebagai seorang pelajar. Menurut Shukery (2010) selaku Dekan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkata, fenomena pelajar membuat kerja sambilan ini bukan perkara baru dan tidak menjadikan pelajar berkenaan mengabaikan pengajian mereka asal saja pandai membahagikan masa. Petikan tersebut menegaskan adalah tidak menjadi suatu kesalahan kepada pelajar untuk bekerja sambilan tetapi pelajar sendiri perlu mengetahui keutamaan mereka adalah pelajaran. Ini penting bagi menggelakkan keciciran pelajaran di kalangan mereka berbanding rakan yang lain. Pelajar perlu bijak membuat penilaian dan sentiasa ingat bahawa mereka bekerja untuk menampung pengajian bukan untuk suka-suka. Jika mereka terlalu leka dan seronok

3 dengan pekerjaan dikhuatiri mereka mungkin akan mengabaikan pelajaran dan tersasar kepada tujuan utama mereka. Isu ini tidak terhenti hanya pada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sahaja tetapi turut berlaku pada institusi pengajian tingg swasta (IPTS) seperti Kolej Antarabangsa IKIP. Salah satu cabang dalam pembangunan modal insan berpendidikan tinggi yang di lakukan oleh Yayasan Pahang adalah dengan penubuhan anak syarikat IKIP Education Sdn. Bhd iaitu lebih dikenali sebagai Kolej Antarabangsa IKIP. Menurut Adnan (2010) selaku Pengerusi Yayasan Pahang, Yayasan Pahang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pahang pada tahun 1982 melalui Enakmen Yayasan Pahang Bilangan 6/82 pada 18 Disember 1982 bagi melaksanakan fungsinya sebagai sebuah institusi yang mengurus serta membantu memperkembangkan bidang pendidikan, sukan, kebudayaan dan kemasyarakatan dalam usaha menyediakan modal insan yang mahir dan berketrampilan di kalangan rakyat Pahang. Di Kolej Antarabangsa IKIP, program yang ditawarkan adalah peringkat diploma dan ijazah kepada masyarakat berkelayakan terdiri daripada pelbagai program yang merangkumi aspek pengurusan, perakaunan, kejuruteraan, pengajian Islam dan sebagainya. Oleh kerana ia berstatus swasta, sudah tentu kos pengajiannya lebih tinggi daripada IPTA dan isu bekerja sambilan ini tidak boleh lari untuk dibincangkan. Pelajar-pelajar kejuruteraan Kolej Antarabangsa IKIP ini merupakan pelajar di bawah sekolah pengajian Sekolah Sains dan Teknologi (SOST). Oleh itu, pelajar bagi program kejuruteraan ini akan di jadikan sampel untuk melihat sejauh manakah penglibatan mereka dalam aktiviti bekerja sambilan serta apakah faktor-faktor yang mempengaruhi mereka untuk bekerja sambilan. Kesan penglibatan mereka yang bekerja sambilan dengan pencapaian akademik sekaligus dapat di kaji dan di lihat menerusi faktor-faktor yang di perolehi. Benarkah mereka yang ingin belajar berdikari mencari sumber kewangan sendiri tidak boleh berjaya? Niat murni mereka hanyalah kerana tidak mahu menyusahkan orang lain dan juga mencari pengalaman berharga di alam pekerjaan. Ini penting bagi memastikan tahap keseriusan penglibatan mereka dalam aktiviti bekerja sambilan ini dan sekaligus dapat mengetahui dan memberikan motivasi dan kaedah terbaik untuk dijadikan panduan kepada mereka supaya dapat memurnikan antara tugas hakiki sebagai pelajar dan bekerja secara sambilan.

4 1.2 Latar belakang masalah

Peluang pelajar-pelajar lepasan sekolah untuk melanjutkan pengajian yang lebih tinggi di IPTA agak terbatas dengan jumlah kuota kemasukkan dan juga kelayakkan pelajar itu sendiri. Peluang lain yang ada adalah pada institusi pengajian tinggi swasta seperti kolejkolej persendidrian mahupun hak milik badan-badan berkanun dan institusi lain yang berteraskan vokasional sama ada milik kerajaan ataupun swasta. Isu berkaitan dengan kemampuan pelajar untuk membayar yuran juga tidak di lupakan oleh kerajaan. Antara badan-badan kerajaan mahupun bukan kerajaan yang terlibat dalam memberi pinjaman dan biasiswa pendidikan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringat pengajian tinggi adalah seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), yayasan-yayasan negeri dan badan-badan persendirian. Bagi sesetengah pelajar, bantuan kewangan berbentuk pinjaman atau biasiswa ini cukup untuk menampung pembiayaan pembelajaran termasuk dari segi kos yuran dan kos-kos sampingan pengajian yang lain sahaja. Bagaimana pula dengan kos sara hidup mereka sepanjang pengajian? Adakah pembelanjaan dari segi keperluan hakiki seperti makanan, tempat tinggal bagi yang tidak tinggal di hostel atau asrama dan keperluan asas yang lain mencukupi? Persoalan ini sentiasa bermain di fikiran pada pelajar-pelajar yang secara asasnya mungkin mempunyai keluarga yang sederhana taraf hidupnya dan tiada cara lain melainkan melakukan kerja sambilan ketika belajar bagi menampung kos sampingan yang di perlukan. Melihat dari segi lain pula, adakah cara mereka untuk bekerja sambilan itu betul memandangkan tugas dan tanggungjawab hakiki mereka adalah untuk menumpukan sepenuh perhatian sepanjang pengajian dan mengakhirinya dengan segulung diploma atau ijazah? Tindakan mereka yang bekerja sambilan ini mungkin boleh menganggu dan merencatkan perjalanan mereka sepanjang pengajian termasuk pencapaian akademik. Faktor-faktor seperti masa, kepenatan dan kelesuan bekerja, tekanan bekerja yang dibebani proses pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak mungkin akan memberi kesan dan impak tidak langsung kepada pencapaian akademik. Pengajian pada peringkat

5 lebih tinggi di kolej dan universiti sangat menuntut komitmen yang tinggi para pelajar kerana ia tertakluk pada syarat tahap pencapaian akademik seseorang sebelum seseorang itu di anugerahkan sijil, diploma atau ijazah. Segala aktiviti sama ada melibatkan akademik dan bukan akademik di pusatpusat pengajian tinggi ini perlu direncana dengan baik bagi memastikan objektif sebenar mereka tercapai iaitu menamatkan pengajian dengan jayanya. Isu aktiviti bekerja sambilan ini pernah di bangkitkan oleh Saifuddin (2010) selaku Timbalan Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi. Arahan penyediaan laporan oleh semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengenai beban kewangan pelajar masing-masing itu dibuat selepas beliau menerima maklumat ada segelintir pelajar IPTA terpaksa mengikat perut' atau bekerja sambilan untuk menampung kos hidup sepanjang mengikuti pengajian di kampus malah ada juga yang terpaksa meminjam daripada pensyarah kerana ketiadaan wang. Ini sekaligus boleh menjejaskan pencapaian akademik. Kajian yang telah dijalankan oleh Steinberg & Dornbusch (1991) yang dipetik dari jurnal Lauren E Watanabe (2005) pula mendapati kerja itu sendiri bukanlah penyebab kepada masalah yang dihadapi pelajar tetapi jumlah masa berlebihan yang diperuntukkan untuk bekerja setiap minggu itu sebenarnya yang menyebabkan pelajar tidak mempunyai masa di rumah dan kurang memberi perhatian di dalam kelas mungkin akibat daripada keletihan dan tekanan kerja. Menurut George (1991) ramai daripada golongan remaja yang bekerja atas sebab desakan ekonomi, iaitu kemiskinan, dan ini telah menyebabkan penggunaan tenaga muda sebagai satu sumber menambahkan pendapatan keluarga. Ia sebenarnya boleh dilihat sebagai pemangkin kepada pelajar itu sendiri untuk berusaha dengan lebih tekun dalam pembelajaran kerana berdikari sendiri bagi menjana pendapatan keluarga serta kos pengajian. Menurut kajian kedua-dua penyelidik ini, ia menunjukkan bahawa kerja itu sendiri tidak memberi kesan kepada individu itu tetapi cara dan bagaimana ia diatur dan diuruskan dalam kehidupan seharian. Mereka juga nampak terdesak untuk meneruskan kehidupan atas peningkatan taraf sosio ekonomi. Justeru itu, bekerja ini telah menjadi satu perkara yang sangatsangat dituntut dalam meneruskan pendapat isi keluarga.

6 Sektor pekerjaan secara sambilan ini sangat luas dan ia tidak terikat seperti pekerjaan yang berprofesyen tetap. Golongan tenaga muda ini ada yang diberi gaji dan ada yang tidak diberi gaji terutama yang bekerja dengan keluarga. Kebanyakkan pelajar yang bekerja sambilan adalah terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Besar kemungkinan juga pelajar yang bekerja sambilan adalah terdiri daripada pelajar yang tidak mendapat penajaan sepanjang pengajian mereka dan keluarga tidak mampu menanggung kos-kos pengajian sepenuhnya. Ini bermakna desakan ekonomi merupakan faktor utama dalam penentuan pelajar sama ada perlu bekerja sambilan ataupun sebaliknya. Pencapaian akademik seseorang dianggap sebagai kunci atau faktor utama bagi menentukan rancangan kerjaya individu sepertimana yang dikehandaki oleh pendidikan tinggi. Walaupun demikian, keupayaan serta kemampuan asas dalam akademik individu juga merupakan penentu utama dalam menjayakan sesuatu pekerjaan. (Muhd. Mansur & Siti Nordinar, 1991). Kesimpulannya, faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar dalam bekerja sambilan ini perlu di kaji dan di ketahui dalam konteks kajian ini di Kolej Antarabangsa IKIP. Apabila faktor-faktor ini dapat dikenalpasti, pengaruh bekerja sambilan terhadap pencapaian akademik perlu diperolehi bagi melihat pola dan kesan secara langsung dan tidak langsung aktiviti bekerja sambilan ini. Pencapaian akademik pelajar sangat berkait erat dengan pemilihan kerjaya pelajar (Robert, 1982). Langkah-langkah penambahbaikan tatacara juga perlu diperolehi untuk menyumbang kearah penyelesaian terbaik dan memberi faedah dan kebaikan bersama sama ada institusi pendidikan itu sendiri mahupun sektor pekerjaan yang terlibat.

1.3

Pernyataan masalah

Dewasa ini, bekerja sambilan di kalangan pelajar bukanlah suatu yang luar biasa. Sejak dahulu lagi budaya ini telah menjadi kebiasaan bukan sahaja di dalam negara malah ia

7 suatu perkara yang biasa bagi negara-negara luar terutamanya penuntut-penuntut yang datang merantau dari negara lain. Keadaan ini juga berlaku pada pelajar Malaysia yang belajar di luar negara. Di Kolej Antarabangsa IKIP misalnya, penglibatan pelajar dalam bekerja sambilan tidak boleh disangkal lagi. Dapatan ini hanya melalui tinjauan dan temuramah dengan pelajar secara tidak langsung. Ketiadaan statistik menunjukkan penglibatan pelajar Kolej Antarabangsa IKIP ini mendorong penyelidik untuk mengenalpasti sejauh manakah pengaruh bekerja sambilan ini memberi kesan pada pencapaian akademik pelajar terutama pelajar kejuruteraan. Permasalahannya bukanlah kepada pekerjaan sambilan mereka tetapi lebih kepada keutamaan tanggungjawab pelajar tersebut dalam membahagikan masa di antara pekerjaan dan pelajaran. Kemahiran pengurusan dalam diri misalnya, pelajar kebiasaannya yang melakukan pekerjaan sambilan memberi persepsi akan menghadapi masalah dalam pencapaian akademik kerana masa yang diperuntukkan untuk menjalankan aktiviti yang melibatkan akademik mempunyai waktu yang terbatas. Justeru itu, satu kajian perlu dijalankan bagi mengenalpasti kebenaran penyataan di atas sama ada bekerja sambilan lebih memberi kesan negatif berbanding kesan positif atau sebaliknya. Selain itu, faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar untuk bekerja sambilan juga perlu diketahui dan mungkin ia boleh menjelaskan lagi apakah kesan yang mungkin berlaku kepada pencapaian akademik mereka. Langkah-langkah yang sewajarnya juga boleh diambil bagi memastikan aktiviti bekerja sambilan ini tidak mengganggu tugas sebenar pelajar secara langsung dan tidak langsung sekaligus memberikan kebaikan kepada pihak yang terlibat sama ada pelajar, institusi pendidikan dan sektor pekerjaan.

1.4

Tujuan kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan faktor-faktor mendorong penglibatan dalam aktiviti bekerja sambilan serta kesannya ke atas pencapaian akademik dalam kalangan

8 pelajar program kejuruteraan, Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan, Pahang bagi semester satu sesi pengajian 2011-2012.

1.5

Objektif kajian

Berdasarkan pernyataan masalah dan juga tujuan kajian di atas, maka objektif kajian ini adalah seperti berikut:

i.

Untuk menentukan faktor yang mendorong penglibatan dalam aktiviti bekerja sambilan dalam kalangan pelajar program kejuruteraan, Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan, Pahang.

ii.

Untuk menentukan sama ada wujud perbezaan pencapaian akademik yang signifikan antara pelajar yang bekerja sambilan dan pelajar yang tidak bekerja dalam kalangan pelajar program kejuruteraan, Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan, Pahang.

iii.

Untuk menentukan pendapat responden mengenai tatacara menambah baik pencapaian akademik pelajar yang bekerja sambilan dalam kalangan pelajar program kejuruteraan, Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan, Pahang

1.6

Persoalan kajian

Berasaskan dari objektif di atas, soalan-soalan yang akan dijawab dalam operasi kajian ini adalah;

9 i. Apakah faktor yang mendorong penglibatan dalam aktiviti bekerja sambilan dalam kalangan pelajar program kejuruteraan, Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan, Pahang?

ii.

Adakah terdapat perbezaan pencapaian akademik yang signifikan antara pelajar yang bekerja sambilan dan pelajar yang tidak bekerja dalam kalangan pelajar program kejuruteraan, Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan, Pahang?

iii.

Apakah pendapat responden mengenai tatacara menambah baik pencapaian akademik pelajar yang bekerja sambilan dalam kalangan pelajar program kejuruteraan, Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan, Pahang?

1.7

Hipotesis kajian

Berdasarkan kepada soalan kajian yang kedua di atas, hipotesis yang dibina dan dinyatakan secara bertentangan, hipotesis null pada tahap signifikan = 0.05, adalah seperti berikut;:

Ho1 (null) :

Tidak terdapat perbezaan pencapaian akademik yang signifikan antara pelajar yang bekerja sambilan dan pelajar yang tidak bekerja dalam kalangan pelajar program kejuruteraan, Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan, Pahang.

1.8

Kepentingan kajian

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pengaruh bekerja sambilan terhadap pencapaian akademik pelajar-pelajar kejuruteraan maka dari dapatan kajian ini boleh membantu beberapa pihak terutamanya kepada para pelajar, ibu bapa, pihak kolej dan

10 semua pihak yang terlibat sama ada dari sektor pendidikan mahupun sektor pekerjaan. Ia penting bagi menjamin masa depan pelajar supaya tidak tercicir dalam proses pembelajaran dan tahu bagaimana untuk mengurus diri dengan baik jika terlibat dalam aktiviti bekerja sambilan ini. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi sumbangan kepada pihak pentadbir kolej untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar dan juga mencari suatu penyelesaian terbaik terhadap masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar bagi memperkembangkan personaliti pelajar secara menyeluruh. Ini sekaligus untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara yang berusaha untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara bersepadu bagi melahirkan modal insan dan para ilmuwan yang seimbang dan harmonis dari segi rohani, intelek, emosi dan jasmani. Kajian ini juga diharapkan akan menjadi blue print kepada institusi pendidikan lain yang menghadapi kemungkinan masalah yang sama.

1.9

Kerangka konsep kajian

Kerangka konsep bagi kajian ini menerangkan dengan lebih ringkas tatacara dan perkara yang akan dilakukan sepanjang kajian. Ia melibatkan faktor-faktor yang terkandung dalam soal selidik seperti faktor pembolehubah bersandar dan tidak bersandar yang akan dijelaskan lebih terperinci dalam metodologi kajian. Rajah 1.1 di bawah menunjukkan kerangka konsep yang akan diamalkan pengkaji.

11

Pelajar Program Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrik

Ciri-ciri Peribadi Pelajar Dalam Soal Selidik Jantina, Umur, Bangsa, Semester Pengajian, Tempat Kediaman, Tajaan.

Faktor Mendorong Pelajar Bekerja Sambilan Faktor Persekitaran Dan Faktor Kendiri Pelajar : Kos Sepanjang Pengajian Persekitaran Keluarga Pengaruh Rakan Sebaya Mencari Pengalaman Tuntutan Gaya Hidup

Pencapaian Akademik Pelajar Pencapaian berdasarkan PNG (mengikut semester) dan PNGK (keseluruhan semester)

Rajah 1.1

Kerangka Konsep Kajian

1.10

Skop kajian

Kajian ini dilakukan mengikut skop melibatkan kepada perkara-perkara berikut iaitu :

12

Obj 1

Pembolehubah Faktor mendorong penglibatan dalam aktiviti bekerja sambilan

Obj 2

Ob 3

perbezaan pencapaian akademik tatacara menambah baik pencapaian akademi

Responden pelajar program kejuruteraan, Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan, Pahang bagi semester satu sesi pengajian 20112012. pelajar yang bekerja sambilan pelajar yang tidak bekerja

Capaian Data Tinjauan pendapat

Analisis Kekerapan & Rank

Ujian Hipotesis

Kaedah ANOVA Kekerapan & Rank

Tinjauan pendapat

ULASKAN SKOP YANG DIKAJI

1.11

Batasan Kajian

Kajian ini dilakukan hanya terbatas kepada perkara-perkara berikut iaitu : Objektif Pembolehubah Tidak Dikaji 1 Faktor lain selain dari faktor-faktor dikaji. i. Contoh Perbezaan jantina Andaian konstan Jangkaan Pengaruh Tidak diambil kira.

Melibatkan pelajar-pelajar diploma kursus kejuruteraan yang terdiri daripada kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan awam dan kejuruteraan elektrik di Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan, Pahang.

ii.

Responden terdiri daripada 40 orang pelajar setiap program dan jumlah keseluruhan responden yang terlibat adalah 120 orang.

13

iii.

Mendapatkan tahap pembabitan pelajar dalam aktiviti bekerja sambilan, menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian akademik pelajar dan mendapatkan tatacara penambahbaikan daripada responden.

1.12

Definisi operasional

Kajian ini berjudul Pengaruh bekerja sambilan ke atas pencapaian akademik dalam kalangan pelajar program kejuruteraan Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan, Pahang. Dengan demikian, definisi operasional bagi maksud menjelaskan konsep operasi dan konteks yang digunapakai dalam kajian ini adalah seperti berikut;

1.12.1 Pengaruh bekerja sambilan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pengaruh memberi maksud kuasa yang terbit daripada orang atau benda dan lain-lain atas orang atau benda dan lain-lain, kekuatan batin (ghaib dan lain-lain) yang meninggalkan kesan pada orang atau benda lain. Bagi bekerja sambilan pula, menurut kamus dewan, bekerja itu membawa maksud membuat atau melakukan sesuatu kerja manakala sambilan pula membawa definisi pekerjaan yg dilakukan bersama dengan yang lain. Oleh itu, bagi definisi operasional pengaruh bekerja sambilan boleh di jelaskan sebagai kesan secara langsung dan tidak langsung akibat daripada sesuatu pekerjaan yang dilakukan bersama-sama pekerjaan lain atau erti kata lain ia dilakukan secara separuh masa daripada pekerjaan hakiki.

14 1.12.2 Pelajar program kejuruteraan

Pelajar adalah kata terbitan dari perkataan ajar yang membawa maksud dari Kamus Dewan Edisi Keempat iaitu petunjuk yang diberikan kepada orang supaya diketahui atau diturut. Pelajar bersinonim dengan istilah lain seperti penuntut, murid, mahasiswa, mahasiswi, siswa, siswi, pelatih, perantis dan kadet. Menurut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-peraturan Terpilih (1998), pelajar adalah seseorang yang menerima apa-apa perihal berkaitan pendidikan, pengakaran atau latihan separuh atau sepenuh masa daripada atau di sebuah institusi pendidikan (Nasir, 1997). Menurut Kamus Dewan lagi, program pula didefinisikan sebagai rancangan mengenai dasar serta cara menjalankan sesuatu manakala kejuruteraan pula adalah kepandaian atau perbuatan mereka atau membuat jentera atau hal-hal yang berkaitan dengan jentera atau mesin, awam, elektrik dan sebagainya. Bagi definasi operasional pelajar program kejuruteraan boleh diperjelaskan dalam konteks kajian ini sebagai penuntut yang belajar mengenai sesuatu hal berkaitan dengan pendidikan berasaskan teknikal dan kejuruteraan sama ada kejuruteraan mekanikal, awam dan elektrik yang mematuhi syarat-syarat yang terkandung dalam program kejuruteraan itu sendiri.

1.12.3 Pencapaian akademik

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pencapaian didefinisikan sebagai sesuatu yang dicapai atau sesuatu yang telah berjaya dilaksanakan dengan usaha dan ketekunan. Akademik pula adalah ia bersifat atau mengenai ilmu pengetahuan. Oleh itu, pencapaian akademik menurut perspektif kajian ini membawa maksud kepada sesuatu yang telah dan ingin diperolehi dengan jayanya bersama-sama usaha dan kesungguhanannya dalam bidang ilmu dan pengetahuan berteraskan teknikal dan kejuriteraan yang dipelajari oleh pelajar. Pencapaian akademik ini di ukur dengan keputusan penuh seluruh semester iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) atau lebih dikenali sebagai Cumulative Grade

15 Point Average (CGPA) dan juga Purata Nilai Gred (PNG) atau lebih dikenali sebagai Grade Point Average (GPA) semester berkenaan.

\3. Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan, Pahang

Vous aimerez peut-être aussi