Vous êtes sur la page 1sur 16

..ambil lah aqidahmu daripada al-Quran dan Sunnah Sahih.. (siri 1) RUKUN-RUKUN ISLAM. ...

Jibril lalu berkata,"Ya Muhammad,beri tahu padaku tentang Islam?". Lalu Rasulullah bersabda,"Islam adalah bersaksi bahawa tidak ada ilah(yang berhak diiibadahi) kecuali Allah dan bersaksi bahawa Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada(bulan) Ramadhan, dan melaksanakan ibadah Haji ke Baitullah jika mampu menyediakan perjalanan ke padanya(Baitullah)..."[HR. Muslim, Bab al-Imaan wal Islam Ihsan wa Wujuu bul Iimaan bi Ithbaati Qadarillaahi Subhaanahu wa Ta'aala,no.8(1)] 1. Islam adalah BERSAKSI BAHAWA TIDAK ADA ILAH YANG BERHAK DIIBADAHI DENGAN BENAR SELAIN ALLAH (mentauhidkan Allah sebagai Allah yang esa), DAN BAHAWA MUHAMMAD ADALAH UTUSAN ALLAH (iaitu wajib mentaatinya seiring dengan ajarannya yang datang daripada Allah). 2. Mendirikan SOLAT (iaitu melaksanakannya dengan segala rukun-rukunnya,syaratsyaratnya,kewajipan-kewajipannya,serta penuh ketenangan(tuma'ninah) diiringi dengan khusyu'insyAllah) 3. Membayar ZAKAT. (Jika seorang muslim memiliki nishab(batas minimum) 85gram emas atau wang yang nilainya setara dengan jumlah itu(85gram emas),maka ia wajib membayar zakat 2.5% dari harta tersebut,setelah harta tersebut dimiliki satu tahun(haul). Demikian juga jenis kekayaan dan harta benda yang lain,yang telah diatur nishab(jumlah minimum sesuatu jenis harta kekayaan,dimana jika telah mencapai jumlah tertentu,maka harta tersebut wajib dikeluarkan zakatnya dalam jumlah tertentu pula)nya dan waktu pembayarannya,mengikut nilai harta yang perlu dikeluarkan daripadanya). 4. BERPUASA DI BULAN RAMADHAN. iaitu tidak makan,minum, dan bersetubuh, serta menjauhi semua perkara-perkara yang membatalkan puasa daripada mula terbit fajr hingga terbenamnya matahari. 5. BERHAJI KE BAITULLAH (di Makkah), jika seorang muslim mampu melaksakannya. (Rujuk Khaza 'Aqidatika minal Kitaabi wal Sunnah, karya Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu,ms.7-8,terbitan Pustaka Ibn 'Umar)

..ambil lah 'Aqidahmu daripada Al-Quran dan Sunnah Sahih.. ( siri 2 ) RUKUN-RUKUN IMAN "...(lalu Jibril a.s bertanya lagi) khabarkan padaku tentang Iman. Baginda SAW bersabda,"beriman kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab Nya, Rasul-Rasul Nya, hari akhirat, dan taqdir yang baik dan buruk."[HR. Muslim, Bab al-Imaan wal Islam Ihsan wa Wujuu bul Iimaan bi Ithbaati Qadarillaahi Subhaanahu wa Ta'aala,no.8(1)] Iman adalah percaya kepada : 1. Allah SWT. (iaitu meyakini dengan sesungguhnya,bahawa Allah adalah Maha Pencipta, Yang Berhak diibadahi dengan benar, dan bahawa Dia memiliki Nama-nama dan Sifat-Sifat kesempurnaan yang layak bagiNya, dan tidak ada satu makhluk pun yang serupa denganNya. Allah SWT berfirman, "...tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia(Allah).."~Asy-Syuraa,11 2. Para Malaikat Nya. (iaitu bahawa mereka diciptakan dari cahaya dan mereka melaksanakan segala perintah Allah dan bahawa kita tidak dapat melihat mereka) -malakaikat tergolong dalam makhluk yang ghaib3. Kitab-kitab Nya (iaitu Taurat,Injil,Zabur dan al-Quran yang menghapuskan semua Kitab sebelumnya) 4. Rasul-Rasul Nya. (iaitu Rasul yang pertama adalah Nabi Nuh a.s dan yang terakhir iaitu Muhammad SAW). 5. Hari Akhirat (iaitu Kiamat ketika semua umat manusia akan dikumpulkan untuk dihisab). 6. Taqdir yang baik dan yang buruk. (iaitu menerima semua ketentuan Allah dan pada saat yang sama kita perlu melakukan tindakan ikhtiar(usaha) yang diperlukan untuk mencapai tujuan kita). (Rujuk Khaza 'Aqidatika minal Kitaabi wal Sunnah, karya Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu,ms.8-9,terbitan Pustaka Ibn 'Umar)

..ambil lah 'Aqidahmu daripada Al-Quran dan Sunnah Sahih.. ( siri 3 ) HAK ALLAH ATAS PARA HAMBANYA. 1. Tujuan Allah SWT menciptakan manusia(kita)? - Allah menciptakan manusia(kita) untuk beribadah kepadaNya dan tidak menyukutukanNya dengan sesuatupun. Dalilnya didalam firmanNya, "Dan tidaklah Aku menciptakan Jin dan Manusia,melainkan untuk beribadah kepada Aku"~Adz-Dzaariyaat,56 Rasulullah SAW bersabda, "Hak Allah atas hamba-hambaNya hendaklah mereka(manusia) beribadah kepadaNya dan tidak menyukutukanNya(syirik kepada Allah) dengan sesuatu apa pun"(Mutafaqqun 'alaih) 2. Pengertian Ibadah. - Ibadah adalah sesuatu istilah yang mencakupi segala ucapan dan perbuatan yang dicintai oleh Allah seperti doa,solat,ibadah korban, dan lain-lain. Allah SWT berfirman, "Katakanlah:"Sesungguhnya solatku,ibadahku(ibadah selain solat),hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah Tuhan seluruh 'alam.""~al-An'am,162 Dan Rasulullah SAW bersabda,"Allah Ta'ala berfiman,"Tidaklah hambaKu bertaqarub(mendekatkan diri) kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada hal-hal yang aku wajibkan kepadanya"(Hadith Qudsi* yang diriwayatkan oleh Bukhari). *Hadith Qudsi ialah makna sahaja daripada Allah SWT yang diilhamkan kepada Rasulullah SAW tetapi perkataannya daripada Rasulullah SAW. Nota tambahan : Syarat amal/ibadah yang soleh akan dibincangkan kemudian. InsyAllah. 3. Bagaimana kita(manusia) beribadah kepada Allah? - Kita(manusia) beribadah kepadaNya dengan cara yang telah Allah dan RasulNya perintahkan. Allah Ta'ala berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman,taatilah Allah dan taatilah Rasul, dan janganlah kamu membatalkan(merosakkan pahala) amal-amalmu."~Muhammad,33 Rasulullah SAW bersabda,"Sesiapa yang melakukan amalan yang tidak termasuk dalam urusan agama kami,maka amalan tersebut tertolak"(HR Muslim) (Rujuk Khaza 'Aqidatika minal Kitaabi wal Sunnah, karya Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu,ms.10-12,terbitan Pustaka Ibn 'Umar)

..ambil lah 'Aqidahmu daripada Al-Quran dan Sunnah Sahih.. ( siri 4 ) HAK ALLAH ATAS PARA HAMBANYA. 4. Perlukah kita beribadah kepada Allah dengan rasa takut(khauf) dan harapan(rajaa')? - Ya(semestinya begitu). Demikian kita beribadah kepadaNya. Allah SWT berfirman, menggambarkan orang-orang mukmin : "..mereka selalu berdoa kepada Rabb-Nya dengan penuh rasa takut dan harap.."~as-Sajdah,16 Rasulullah SAW bersabda kepada seorang pemuda, "Apa yang kamu perbuat wahai anak saudaraku jika kamu solat?" maka pemuda itu menjawab,"aku meminta syurga kepada Allah, dan aku mohon perlindungan kepadaNya dari Neraka"(Sahih. HR Abu Daud. Disahihkan oleh Syeikh Nasir ad-Din al-Albani rahimahullah dalam Sahiih wa Dha'iif Sunan Abi Dawud II/293) Jelas disini pengakuan Nabi SAW terhadap pemuda itu bahawa takut akan siksa Allah(neraka) dan harap balasan kebaikan(syurga) diperlukan apabila beribadah. Dan manusia itu sentiasa "abdullah" hamba Allah yang perlu sentiasa takut akan siksa dan kekuasaan Allah SWT dan berharap syurga. 5. Apakah dimaksudkan ihsan didalam ibadah? -Ihsan adalah merasakan pengawasan Allah dalam ibadah. Allah SWT berfirman : "(Dzat)Yang melihat kamu ketika kamu berdiri(solat), dan (melihat pula) perubahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud"~Asy-Syuraa,218-219 Dan Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang ihsan, "Kamu beribadahlah kepada Allah seakan-akan kamu melihatNya. Maka apabila kamu tidak berupaya berbuat begitu, sesungguhnya Dia(Allah) melihatmu."(HR Muslim) (Rujuk Khaza 'Aqidatika minal Kitaabi wal Sunnah, karya Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu,ms.12-13,terbitan Pustaka Ibn 'Umar)

..ambil lah 'Aqidah mu daripada al-Quran dan Sunnah Sahih.. ( siri 5 ) PEMBAHAGIAN BAB DIDALAM TAUHID DAN KEPENTINGANNYA. 6. Mengapa Allah mengutus para Rasul? - Dia(Allah) mengutus mereka(para Rasul) untuk mengajak orang-orang agar beribadah kepada Allah,dan menolak peribadatan kepada apa pun selain Dia(Allah). Allah Ta'ala berfirman : "Dan sesungguhnya Kami(Allah) telah megutuskan Rasul pada tiap-tiap ummat (untuk menyeru):"Beribadahlah kepada Allah, dan jauhilah toghut* itu..""~an-Nahl,36 *Toghut ialah semua(peraka/benda) yang disembah selain Allah dan senang untuk disembah,atau setiap orang yang mengajak orang lain untuk menyembah selain Allah. Dan Nabi SAW bersabda,"Para Nabi adalah bersaudara..dan agama mereka adalah satu."(Mutafaqqun 'alaih -HR Bukhari dan Muslim-) (Rujuk Khaza 'Aqidatika minal Kitaabi wal Sunnah, karya Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu,ms.14,terbitan Pustaka Ibn 'Umar) 7. Apa yang dimaksudkan dengan tauhid Rubuubiyyah? Rubuubiyyah berasal dari kata "Rabb" ertinya yang mencipta, yang memiliki, dan memelihara dan yang megurus. (Rujuk : kitab Hakikat Dua Kalimah Syahadah, Dr.Abdullah Yassin,2005 Terbitan al-Furqan Enterprise,ms 128) - Tauhid rubuubiyyah ialah mentauhidkan(meng-Esa-kan) segala perbuatan-Nya(Allah),seperti pencipta, pemeliharaan(urusan 'alam semesta), dan lain-lain. Allah SWT berfirman : "Segala puji hanya bagi Allah,RABB* semesta 'alam"~al-Faatihah,2 *RABB adalah: Dzat(Tuhan) yang ditaati,Yang Memiliki,Mendidik dan Memelihara. Lafaz RABB tidak dapat dipakai untuk selain Allah,kecuali jika ada sambungannya, seperti "rabbul bait"(tuan rumah) Dan Nabi SAW bersabda, "Engkau(ya Allah) adalah RABB langit dan bumi"(Mutafaqqun 'alaih -HR Bukhari dan Muslim-) (Rujuk Khaza 'Aqidatika minal Kitaabi wal Sunnah, karya Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu,ms.15,terbitan Pustaka Ibn 'Umar) 8. Apa yang dimaksudkan dengan tauhid Uluuhiyyah? Uluuhiyyah diambil daripada kata al-Ilaah maknanya yang disembah(al-ma'buud). Oleh sebab itu tahid uluuhiyyah ini dinamakan juga dengan "tauhid ibadah". (Rujuk : kitab Hakikat Dua Kalimah Syahadah, Dr.Abdullah Yassin,2005 Terbitan al-Furqan Enterprise,ms 132) - Tauhid Uluuhiyyah adalah mentauhidkan(meng-Esa-kan) Allah dalam beribadah kepada-Nya(Allah), seperti berdoa,menyembelih, dan lain-lain. Allah SWT berfirman : "Dan Ilaahmu adalah Ilaah Yang Maha Esa(tunggal): tidak ada ilaah yang berhak diibadahi melainkan Dia(Allah) Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."~al-Baqarah,163 Dan Nabi SAW bersabda,"Maka hendaklah hal pertama yang kamu serukan kepada mereka adalah persaksian bahawa:"Tidak ada ilaah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah."(Mutafaqqun 'alaih -HR Bukhari dan Muslim-) Didalam riwayah al-Bukhari disebutkan:"Maka hendaklah hal pertama yang kamu serukan kepada mereka adalah mentauhidkan Allah Ta'ala" (Rujuk Khaza 'Aqidatika minal Kitaabi wal Sunnah, karya Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu,ms.15-16,terbitan Pustaka Ibn 'Umar)

..ambil lah 'Aqidah mu daripada al-Quran dan Sunnah Sahih.. ( siri 6 ) 9. Apa yang dimaksudkan dengan tauhid Asmaa' wa As-Sifat? (Rujuk Khaza 'Aqidatika minal Kitaabi wal Sunnah, karya Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu,ms.16,terbitan Pustaka Ibn 'Umar) 9.1. Ahlus Sunnah wal Jama'ah menetapkan Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah Ta'ala tanpa Tahrif(takwil),Ta'til,Takyif, dan Tamthil. Mereka meimani/mempercayai/meyakini sebagaimana terdapat dalam nash al-Quran dan As-Sunnah sahih. 9.1.1. Tahrif(takwil). -secara BAHASA bererti merubah dan mengganti (replace). Menurut pengertian SYAR'I bererti merubah lafaz al-Asmaa' ul Husna dan Sifat-sifat Nya Yang Maha Tinggi atau makna-maknanya. Tahrif ini dibahagi kepada dua : 1. Tahrif dengan cara menambah, mengurangi atau merubah bentuk lafaz. Contohnya ucapa kaum Jahmiyah, dan orang-orang yang mengikuti pemahaman mereka, bahawa ISTAWA(berada di atas/bersemayam) adalah ISTAULA(menguasai). Disini ada penambahan huruf Lam. Demikian juga perkataan orang-orang Yahudi, "Hintoh"(gandum) ketika mereka diperintah untuk mengatakan "Hittoh"(bebaskan dari dosa). Contoh lain adalah perkataan Ahli Bid'ah yang meMANSHUBKAN* lafaz Allah dalam ayat 164 surah An-Nisa' "Dan Allah berbicara kepada Musa dengan langsung" *maksudnya,lafaz "Allah" dibaca dengan harakat akhir fathah, padahal semestinya harakat akhirnya dibaca dengan dhammah. dengan diMANSHUBKAN,maka kedudukan lafaz Allah dalam ayat tersebut menjadi objek, sehingga erti ayat tersebut berubah menjadi "Dan Musa berbicara kepada Allah secara langsung". 2.Tahrif dengan merubah makna. Ertinya,tetap membiarkan lafaz sebagaimana aslinya, tetapi melakukan perubahan terhadap maknanya(maksudnya). Contohnya perkataan Ahli Bid'ah yang menafsirkan Ghadhab(marah), dengan Iradatul Intiqam(keinginan untuk membalas dendam); Rahmah(kasih sayang), dengan Iradatul In'am(keinginan untuk memberi ni'mat); dan alYadu(tangan), dengan an-Ni'mah(ni'mat). 9.1.2. Ta'til. -secara BAHASA bermaksud meniadakan. Menurut SYAR'I adalah meniadakan sifat-sifat Ilaahiyah dari Allah Ta'ala, mengingkari keberadaan sifat-sifat tersebut pada Dzat-Nya, atau mengingkari sebahagian darinya. Jadi, perbezaan antara Tahrif dengan Ta'til iaitu : Ta'til adalah penafian sesuatu makna yang benar, yang ditunjukkan oleh Al-Quran dan as-Sunnah, sedangkan Tahrif adalah penafsiran nash-nash al-Quran dan As-Sunnah dengan interpretasi yang batil(salah/buruk/keji). 9.1.3. Takyif. -Takyif ertinya bertanya dengan "kaifa"(bagaimana). Adapun yang dimaksud takyif di sini adalah menentukan dan memastikan hakikat suatu sifat, dengan menetapkan bentuk/keadaan tertentu untuknya. Meniadakan bentuk/keadaan bukanlah bererti masa bodoh terhadap makna yang dikandung dalam sifat-sifat tersebut, sebab makna tersebut diketahui dari bahasa Arab. Inilah fahaman yang dianuti oleh kaum Salaf as-Soleh, sebagaimana

dituturkan oleh Imam Malik Rahimahullahu Ta'ala ketika ditanya tentang bentuk/keadaan(bagaimana) istiwa'(bersemayam), Beliau Rahimahullah menjawab : "Istiwa' itu telah diketahui(maknanya), bentuk/keadaannya tidak diketahui, mengimaninya wajib, sedangkan menanyakannya "bagaimana" (adalah) bid'ah" (Fatawa Ibn Taimiyyah V/144) Semua sifat Allah menunjukkan makna yang hakiki dan pasti. Kita mengimani dan menetapkan sifat tersebut untuk Allah, akan tetapi kita tidak mengetahui bentuk, keadaan, dan bentuk dari sifat tersebut. Yang wajib adalah meyakini(mengimani) dan menetapkan sifat-sifat tersebut mahupun maknanya, secara hakiki, dengan memasrahkan bentuk/keadaannya. Tidak sebagaimana orangorang yang tidak mahu tahu terhadap makna-maknanya. 9.1.4. Tamthil -Tamthil ertinya tasybih(menyerupakan) iaitu menjadikan sesuatu yang menyerupai Allah Ta'ala dalam sifat-sifat Dzatiyah maupun Fi'liyah-Nya. Tamthil ini dibahagi menjadi dua, iaitu : 1.Menyerupakan makhluk dengan Pencipta. Misalnya orang-orang Nasrani yang menyerupakan Al-Masih putera Maryam dengan Allah Ta'ala dan orang-orang Yahudi yang menyerupakan 'Uzair dengan Allah pula. Maha Suci Allah dari itu semua. 2.Menyerupakan Pencipta dengan makhluk. Contohnya adalah orang-orang yang mengatakan bahawa Allah mempunyai wajah seperti wajah yang dimiliki oleh makhluk, memiliki pendengaran sebagaimana pendengaran yang dimiliki oleh makhluk, dan memiliki tangan sebagaimana tangan yang dimiliki oleh makhluk, serta penyerupaan-penyerupaan lain yang batil. Maha Suci Allah dari apa yang mereka ucapkan. (Al-Kawasyif Al-jaliyah 'an Ma'ani AlWasithiyah, hal. 86. Syeikh Abdul Aziz bin Baz hafizhahullah berkata,"Ada tasybih jenis ketiga, iaitu menyerupakan Pencipta dengan ma'dumat(sesuatu yang tidak ada), yang mustahil, tidak sempurna, dan benda-benda mati. Inilah tasybih yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut paham Jahmiyah dan Mu'tazilah) (Rujuk : Syarh 'Aqidah al-Wasittiyyah Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah, karya Sa'id bin Ali bin Wahf al-Qahthaniy, m.s 27-31) Seperti bersemayam-Nya di atas 'Arsy, atau turun-Nya(ke langit dunia) atau tangan-Nya - yang layak dengan kesempurnaan-Nya, sebagai firman-Nya SWT "..Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat"~ Asy-Syuura,11 Dan Nabi SAW bersabda, "Allah turun ke langit dunia setiap malam"(HR. Muslim) (ia turun sesuai dengan keagungan-Nya yang tidak seorang pun dari makhlukNya boleh menyamai-Nya) (Rujuk Khaza 'Aqidatika minal Kitaabi wal Sunnah, karya Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu,ms.16-17,terbitan Pustaka Ibn 'Umar)

..ambil lah 'Aqidah mu daripada al-Quran dan Sunnah Sahih.. ( siri 7 ) 10. Dimana Allah? -Allah Ta'ala istiwa(bersemayam) di atas 'Arsy, di atas langit. Dia SWT berfirman, "Ar-Rahmaan(Yang Maha Pemurah). Yang bersemayam di atas 'Arsy."~Toha,5 *Bersemayam di atas 'Arsy ialah satu sifat Allah yang wajib kita imani/yakinin/percayai, sesuai dengan kebesaran Allah dan kesucian-Nya Dan Nabi SAW bersabda, "sesungguhnya Allah menulis(segala sesuatu dalam) kitab(catatan takdir)...dan ia tertulis ada di sisi-Nya di atas 'Arsy"(HR Al-Bukhari dan Muslim) (Rujuk Khaza 'Aqidatika minal Kitaabi wal Sunnah, karya Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu,ms.17-18,terbitan Pustaka Ibn 'Umar) Banyak lagi dalil yang menunjukkan Nabi SAW memberi khabar bahawa Allah SWT berada di 'Arsy di atas langit, sesuai dengan kesucian dan keagungan Nya SWT. Antaranya : 1.Rasulullah SAW bersabda: "Kenapa kamu tidak mempercayaiku, padahal aku ini dipercayai oleh Allah yang ada di langit?" (Riwayat Bukhari dan Muslim) 2.Rasulullah SAW mi'raj ke langit ketujuh dan berdialog dengan Allah serta diwajibkan untuk melakukan solat lima waktu. (Riwayat Bukhari dan Muslim). 3.Rasulullah SAW pernah bertanya kepada seorang budak perempuan : "Di mana Allah?" Jawabnya: "Di langit!" Rasulullah bertanya lagi: "Siapakah aku?" Dijawab lagi: "Kamu Rasulullah." Lalu Rasulullah bersabda: "Merdekakanlah dia kerana dia seorang Mukminah(telah beriman)!"(HR Muslim) Maka dapat disimpulkan, otak yang sihat juga mendukung kenyataan bahawa Allah berada di langit. Seandainya Allah berada di semua tempat, nescaya Rasulullah SAW pernah menerangkan dan mengajarkan kepada para sahabatnya. Kalau Allah berada di SEGALA TEMPAT bererti Allah jua berada di tempat-tempat yang najis dan kotor. Maha Suci Allah dari anggapan itu.

..ambil lah 'Aqidah mu daripada al-Quran dan Sunnah Sahih.. ( siri 8 ) 11. Apakah Allah bersama kita(makhluk)? -Allah bersama dengan pendengaran-Nya, penglihatan-Nya, dan ilmu-Nya. Allah Ta'ala berfirman, "Dia(Allah) berfirman:"Janganlah kamu berdua khawatir,kerana sesungguhnya Aku bersama kamu berdua(Musa dan Harun). Aku Maha Mendengar dan Aku Maha Melihat"~Toha,46 Dan Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya kamu menyeru kepada Dzat Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat, dan Dia(Alllah) bersama kamu(iaitu dengan ilmu-Nya)"(HR Muslim) (Rujuk Khaza 'Aqidatika minal Kitaabi wal Sunnah, karya Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu,ms.18,terbitan Pustaka Ibn 'Umar) 11.1. Sifat Al-Ma'iyah(kebersamaan) Bagi Allah SWT. "Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudia Dia bersemayam di 'Arsy. Dia mengetahui apa yang masuk dan apa yang keluar darinya, juga apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dia bersama kamu dimana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat, apa yang kamu kerjakan."~al-Hadid,4 "Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan."~an-Nahl,128 Dalam ayat-ayat ini kita dapati bahawa Allah SWT telah menetapkan bagi diri-Nya sifat alMa'iyah(kebersamaan). Maka al-Ma'iyah terbahagi kepada dua : 1. Kebersamaan Allah dengan seluruh makhluk, yang merupakan berupa sifat Al'Ilmu(pengetahuan), al-Ihatoh(meliputi), dan al-Itla'(melihat). Dalil kebersamaan ini adalah apa yang terkandung dalam surah al-Hadid di depan. 2. Kebersamaan Allah khusus dengan orang-orang yang beriman dan bertaqwa, yang merupakan berupa penjagaan, perhatian dan pertolongan. Kebersamaan yang umum termasuk salah satu sifat Dzatiyyah, sedangkan kebersamaan yang khusus, termasuk salah satu sifat Fi'liyah. Nabi SAW bersabda : "Sesungguhnya, apabila salah seorang daripada kamu berdiri dalam solatnya, maka ia sesungguhnya bermunajat kepada Rabbnya. Rabbnya berada diantara dirinya dan kiblat. Kerana itu,jangan salah seorang daripada meludah dihadapan wajahnya, tetapi hendaklah dia meludah disebelah kirinya atau dibawah kedua telapak kakinya." Didalam riwayat lain, "..atau dibawah kedua telapak kaki kirinya."(HR Bukhari, Rujuk Fath al-Baari I/84. dan HR Muslim, Rujuk IV/2303) "Yang kamu seru dalam doamu lebih dekat kepada salah seorang daripada kamu, dari leher kenderaan(unta) tunggangan salah seorang daripada kamu"(Fath al-Baari XI/500 dan Muslim IV/2077, lafazh ini milik Muslim. Lihat Fatawa Ibnu Taimiyah V/103) (Rujuk : Syarh 'Aqidah al-Wasittiyyah Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah, karya Sa'id bin Ali bin Wahf al-Qahthaniy, m.s 55-57)

..ambil lah 'Aqidah mu daripada al-Quran dan Sunnah Sahih.. ( siri 9 ) 12. Mengapa tauhid penting? -Tauhid penting adalah untuk mendapatkan keselamatan dari seksaan(hukuman) di akhirat, hidayah di dunia, dan pengampunan dari dosa-dosa. Allah SWT berfirman, "Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman(syirik), mereka itulah orang-orag yang mendapat keamanan(dari seksaan) dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk(hidayah)."~al-An'am,82 Nabi SAW bersabda, "Hak para hamba atas Allah adalah bahawa Dia tidak akan mengazab mereka yang tidak berbuat syirik sedikit pun kepada-Nya."(Mutafaqqun 'alaih. -HR Bukhari dan Muslim-) (Rujuk Khaza 'Aqidatika minal Kitaabi wal Sunnah, karya Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu,ms. 18-19 ,terbitan Pustaka Ibn 'Umar) SYARAT-SYARAT DITERIMA AMAL. 13. Apakah syarat-syarat agar amal perbuatan kita diterima? -Syarat-syarat agar amal perbuatan kita diterima oleh allah ada tiga : 1. Beriman kepada Allah dan mentauhidkan-Nya. Allah berfirman, "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka adalah Syurga Firdaus menjadi tempat tinggalnya"~al-Kahfi,107 2. (beramal dengan) Ikhlas. Iaitu beramal kerana Allah (sahaja). Bukan kerana ingin dilihat orang (pamer) atau didengar oleh orang. Allah Ta'ala berfirman, "Maka beribadahlah kepada Allah dengan mengikhlaskan(mukhlisin) ketaatan kepadaNya.."~Ghaafir,14 3. Sesuai dengan dicontohkan oleh Rasulullah SAW (ittiba' Rasulullah atau sesuai dengan asSunnah). Allah berfirman, "..apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.."~al-Hasyr,7 Dan Nabi SAW bersabda, "Sesiapa melakukan amalan yang tidak termasuk dalam urusan agama kami, maka amalan tersebut tertolak(tidak diterima oleh Allah)."(HR Muslim) *jumhur 'ulama mengatakan tidak ada "amal soleh" selain daripada amalan Rasulullah SAW yang dimaksudkan didalam ayat-ayat al-Quran salah satunya al-Kahfi,107. (Rujuk Khaza 'Aqidatika minal Kitaabi wal Sunnah, karya Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu,ms. 19-21 ,terbitan Pustaka Ibn 'Umar) Kesemua syarat-syarat tersebut perlulah seiring dan tidak boleh dicemari salah satu daripadanya. Jika salah satu daripada 3 syarat tersebut rosak, maka amal tersebut bukan "amal soleh" dan tidak diterima oleh Allah SWT.

..ambil lah 'Aqidah mu daripada al-Quran dan Sunnah Sahih.. ( siri 10 ) SYIRIK BESAR. 1. Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? - Dosa yang paling besar adalah Syirik(menyekutu) kepada Allah. Dalilnya adalah friman-Nya: "..wahai anakku (kata Luqman kepada anaknya), janganlah kamu mempersekutukan(syirik) Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman(dosa) yang besar."~Luqman,13 Dan ketika Rasulullah SAW ditanya, "Dosa apakah yang paling besar? Maka Baginda menjawab : "Kamu menjadikan tandingan(sekutu) bagi Allah, padalah Dia(Allah)-lah (sahaja) yang menciptakanmu."(Mutafaqqun 'alaih -HR Bukhari dan Muslim) 2. Apakah Syirik besar itu? - Syirik besar adalah beribadah kepada selain Allah, seperti menyeru atau berdoa kepada selain Allah, mencari keberkatan dari orang yang mati, atau meminta tolong kepada orang yang hidup tapi ia tidak hadir(tidak mendengarnya). Allah berfirman : "Beribadahlah kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun.."~an-Nisaa,36 Dan Nabi SAW bersabda, "Dosa paling besar antara dosa-dosa besar adalah berbuat syirik kepada Allah."(HR Bukhari) 3. Apakah syirik itu ada dalam kalangan umat Islam saat ini? - Ya, ada. Dalilnya terdapat dalam firman Allah Ta'ala : "Dan sebahagian besar daripada mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersukutukan (Allah)"~Yusuf,106 Dan Nabi SAW bersabda, "Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga beberapa suku di antara umatku bergabung dengan orang-orang musyrik, dan sehingga mereka menyembah berhala."(HR at-Tirmidzi) (Rujuk Khaza 'Aqidatika minal Kitaabi wal Sunnah, karya Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu,ms. 21-23 ,terbitan Pustaka Ibn 'Umar)

..ambil lah 'Aqidah mu daripada al-Quran dan Sunnah Sahih.. ( siri 11 ) 4. Apa hukum berdoa(memohon) kepada orang telah mati atau orang yang tidak hadir? -Berdoa kepada orang telah mati atau mereka yang tidak hadir adalah satu bentuk syirik besar. Allah berfirman : Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak(pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; kerana jika kamu berbuat (yang demikian) itu, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang zalim(syirik)~Yunus,106 Dan Nabi SAW bersabda, Sesiapa mati, sedangkan ia berdoa kepada selain Allah sebagai sekutu bagi-Nya, maka ia akan masuk neraka.(HR al-Bukhari) 5. Apakah berdoa itu termasuk suatu bentuk ibadah? -Ya, berdoa adalah suatu bentuk ibadah. Allah berfirman : Dan Rabb-mu berfirman: berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari beribadah(memohon/berdoa) kepada-Ku akan masuk Jahannam(neraka) dalam keadaan hina dina~Ghaafir,60 Dan Nabi SAW bersabda, Doa itu adalah ibadah(HR Ahmad dan At-Tirmidzi, ia mangatakan bahawa hadith ini Hasan Sahih. Hasan Sahih bermaksud suatu kekeliruan timbul pada periwayat atas martabat/darjat hadith ini antara berdarjat Hasan atau berdajat Sahih. Walaubagaimanapun, kedua-dua darjat itu boleh dijadikan hujjah) 6. Apakah orang mati boleh mendengar doa(permohonan kepadanya)? -Tidak. Mereka tidak boleh mendengarnya(permohonan kepadanya). Allah berfirman : Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati mendengar..~An-Naml,80 Dan didalam ayat lain : ..dan kamu sekali-kali tidak mampu menjadikan orang yang didalam kubur dapat mendengar~Faatir,22 (Rujuk Khaza 'Aqidatika minal Kitaabi wal Sunnah, karya Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu,ms. 23-25 ,terbitan Pustaka Ibn 'Umar)

..ambil lah 'Aqidah mu daripada al-Quran dan Sunnah Sahih.. ( siri 12 ) PELBAGAI JENIS SYIRIK BESAR. 7. Bolehkah kita meminta bantuan(mencari/meminta berkat) daripada mereka yang mati atau mereka yang tidak hadir(ghaib)? -Tidak. Kita tidak boleh melakukannya. Allah Taala berfirman : Dan berhala-berhala yang mereka seru selain Allah, tidak mampu membuat sesuatu apapun, sedang berhala-berhala itu(sendiri) dibuat (oleh) manusia. (berhala-berhala itu) benda mati, tidak hidup, dan berhala-berhala tidak mengetahui bilakah penyembah-penyembahnya akan dibangkitkan~an-Nahl,20-21 Dan Allah Taala berfirman lagi : (ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Rabb-mu, kemudia diperkenankan-Nya untukmu~Al-Anfaal,9 Dan Nabi SAW bersabda, Wahai Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri, dengan rahmat-Mu, aku memohon pertolongan(kepada-Mu)(HR at-Tirmidzi. Dihasankan oleh Syeikh Nasir ad-Diin al-Albani di dalam Sahih wa Dhaiif Sunan at-Tirmidzi no.3523) 8.Apakah diperbolehkan memohon pertolongan kepada selain Allah? -Tidak, hal itu tidak diperbolehkan (haram). Dalilnya adalah firman Allah : Hanya kepada-Mu kami beribadah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan(apapun)~alFaatihah,5 Dan Nabi SAW bersabda, apabila kamu meminta(memohon), maka mintalah kepada Allah, dan apabila kamu minta(mohon) pertolongan, maka mintalah(mohonlah) pertolongan kepada Allah(HR at-Tirmidzi. Hadith ini Hasan Sahih. Disahihkan oleh Syeikh Nasir ad-Diin al-Albani rahimahullah didalam alMisykaah no5320)

9. Bolehkah kita minta pertolongan kepada orang yang hidup? -Ya, kita dibolehkan meminta pertolongan daripada mereka(manusia) yang hidup, dalam hal-hal yang mereka mampu melakukannya. Allah Taala berfirman : ..dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa..~al-Maaidah,2 Dan Nabi SAW bersabda, Allah sentiasa menolong seorang hamba selama hamba tersebut menolong saudaranya(HR Muslim) (Rujuk Khaza 'Aqidatika minal Kitaabi wal Sunnah, karya Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu, ms. 26-28, terbitan Pustaka Ibn 'Umar)

..ambil lah 'Aqidah mu daripada al-Quran dan Sunnah Sahih.. ( siri 13 )

10. Apakah diperbolehkan bernazar kepada selain Allah? -Tidak, hal itu tidak diperbolehkan (dilarang/haram). Allah berfirman : Ya Rabb-ku, sesungguhnya aku bernazar kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis)~Ali-Imran,35 Dan Nabi SAW bersabda, Barangsiap yang bernazar untuk mentaati Allah, maka ia perlu mentaati-Nya. Dan barangsiapa yang bernazar untuk bermaksiat kepada Allah, maka janganlah ia bermaksiat kepada-Nya(HR Bukhari) 11. Apakah diperbolehkan menyembelih korban (ibadah korban pen) untuk(kerana pen) selain Allah? -Tidak, hal itu tidak diperbolehkan (haram). Dalilnya adalah firman Allah : Maka dirikanlah soleh kerana Rabb-mu, dan berkorbanlah~Al-Kauthar,2 Dan Nabi SAW bersabda, Allah melaknat orang yang menyembelih korban untuk selain Allah(HR Muslim) 12. Bolehkah kita tawaf(mengelilingi) kubur untuk mendekatkan diri (beribadat/mengharapkan pahala pen) -Tidak, kita tidak boleh tawaf(mengelilingi) kecuali tawaf(mengelilingi) Kabah. [walaupun umat Islam tawaf(mengelilingi) Kabah namun umat Islam bukan menyembah Kabah tetapi menyembah Allah azza wa jalla. Tawaf atau mengelilingi Kabah adalah salah satu daripada nusuk(ibadat selain solat) dikerjakan kerana perintah Allah serta niat hanya kerana Allah sahaja Allahu Alam pen]. Allah berfirman : ..dan hendaklah mereka melakukan tawaf di sekeliling rumah yang tua itu (Baitullah/Kabah)~Al-Hajj,29 Dan Nabi SAW bersabda, Barangsiapa yang bertawaf di Baitullah(Kabah) tujuh kali, dan solat dua rakaat maka seolah-olah dia membebaskan seorang hamba(HR Ibn Maajah. Hadith Sahih, Juga disahihkan oleh Syeikh Nasir ad-Diin al-Albani rahimahullah dalam as-sahiihah no.2725) (Rujuk Khaza 'Aqidatika minal Kitaabi wal Sunnah, karya Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu, ms. 28-30, terbitan Pustaka Ibn 'Umar)

..ambil lah 'Aqidah mu daripada al-Quran dan Sunnah Sahih.. ( siri 14 )

13. Apa hukum mempelajari sihir? -(haram hukumnya pen) sihir adalah kekufuran(tidak memiliki iman), Allah berfirman : ..hanya syaitan-syaitanlah yang kafir(mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia..~al-Baqarah,102 Dan Nabi SAW bersabda, jauhilah tujuh hal yang membinasakan(dosa besar): Menyekutukan Allah, dan sihir(HR Muslim) 14. Bolehkah kita mempercayai penyataan(perkataan) daripada arraf* dan peramal(dukun) untuk mengetahui yang ghaib? -(Haram hukumnya pen) Tidak, kita tidak boleh mempercayai mereka. Allah berfirman : Katakanlah: Tidak ada di langit dan dibumi yang mengetahui hal(perkara) ghaib kecuali Allah..~an-Naml,65 Dan Nabi SAW bersabda, Barangsiapa mengunjungi seorang arraf* atau kaahan** dan percaya pada apa yang dikatakannya, maka ia telah kafir kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad (iaitu al-Quran dan Sunnah)(Hadith sahih. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Disahihkan oleh Syeikh Nasir ad-Diin al-Albani Rahimahullah dalam Sahiihul Jaami no.5939) *Arraf : orang yang mengaku memiliki pengetahuan tentang perkara-perkara yang ghaib. **Kaahan: orang yang mengaku memiliki pengetahuan tentang masa hadapan. -Arraf dan Kaahan dapat disimpulkan seperti bomoh,dukun, peramal atau yang seumpamanya. Tidaklah ketara perbezaan antara keduanya itu. (-pen) 15. Apakah ada (makhluk) yang mempunyai pengetahuan tentang yang ghaib? -Tidak, tidak ada seorangpun yang memiliki pengetahuan tentang yang ghaib, kecuali apa yang Allah wahyukan kepada Rasulullah SAW. Allah berfirman: Dialah(Allah lah) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia(Allah) tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu, kecuali kepada Rasul yang diredhai-Nya..~al-Jin,26-27 Dan Nabi SAW bersabda, Tidak ada yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah(Hadith Hasan. Diriwayatkan oleh At-Tabrani. HR Bukhari kitab at-Tauhiid bab Qauluhu.) (Rujuk Khaza 'Aqidatika minal Kitaabi wal Sunnah, karya Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu, ms. 30-32, terbitan Pustaka Ibn 'Umar)

..ambil lah 'Aqidah mu daripada al-Quran dan Sunnah Sahih.. ( siri 15 ) 16. Apakah diperbolehkan memakai jimat(tangkal) seperti benang, gelang, atau kalung dengan keyakinan(itiqad) bahawa benda(tangkal) tersebut memiliki khasiat untuk menolak bala (mahupun memberi manfaat pen)? -Tidak, hal itu tidak diperbolehkan (haram hukumnya pen). Allah Taala berfirman : Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia(Allah) sendiri..~ al-Anaam,17 Dan Nabi SAW bersabda, Jimat(tangkal) ini tidak akan menambahkan kepadamu kecuali kelemahan. Jauhkanlah ia darimu, kerana jika engkau mati (sedang engkau masih memakainya), maka engkau tidak akan pernah beruntung selamanya(HR Al-Hakim, dia(al-Hakim) mengakatakan bahawa hadith ini Sahih dan Al-Imam Adz-Dzahabi menyepakatinya) 17. Bolehkah kita memakai manik-manik, kerang dan sejenisnya sebagai pelindung daripada al-ain*? *al-ain : mata jahat(cemburu,hasad,dengki) -Tidak, kita tidak boleh melakukannya. Allah berfirman : Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia(Allah) sendiri..~ al-Anaam,17 Dan Nabi SAW bersabda, barangsiapa memakai jimat(tangkal), maka sungguh ia telah syirik.(Hadith Sahih, diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Disahihkan oleh Syeikh Nasir ad-Diin al-Albani dalam Sahiihul Jamii no.6394) 18. Apa hukumnya beramal dengan aturan atau undang-undang yang bertentangan dengan Islam? -Bertindak berdasarkan undang-undang yang bertentangan dengan Islam adalah kufur, jika pelakunya meyakini bahawa ia diizinkan untuk melakukannya, atau jika ia meyakini kebenarannya. Allah berfirman ..barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orangorang yang kafir**~ al-Maaidah,44 **ayat ini berlaku untuk semua muslim, tidak hanya ditujukan kepada penguasa (pemerintah pen) kaum muslimin sahaja, seperti sangkaan ahli tafsir. Kekufuran yang disebut di sini adalah tindakan, bukan kekufuran yang di hati. Dan Nabi SAW bersabda, Ketika para pemimpin mereka tidak menjalankan pemerintahan berdasarkan Kitabullah(al-Quran), dan tidak pula memilih daripada apa yang telah Allah turunkan, maka Allah akan menjadikan persengketaan di antara mereka(HR Ibn Maajah dan lain-lain. Dihasankan oleh Syeikh Nasir Ad-Diin al-Albani Rahimahullah didalam as-Sahiihah no.106)

Vous aimerez peut-être aussi