Vous êtes sur la page 1sur 5

KIPAS MEJA

PENGENALAN KIPAS MEJA Kipas meja merupakan salah satu peralatan elektrik yang beroperasi dari beban motor. Ia merupakan satu peralatan elektrik yang mudah dibawa dan digunakan oleh pengguna. 1.0 ASAS KENDALIAN KIPAS MEJA 1. Pastikan suis meja dalam keadaan OFF sebelum diletakkan di kawasan permukaan rata. 2. Donggakan kepala kipas ke bawah atau ke atas pada hala yang ingin dituju. 3. Pasangkan palam pada bekalan kuasa dan di ON kan. 4. Tekan butang pilihan kelajuan yang dikehendaki 5. Tarik atau tekan Picu Pusingan Kipas bagi mendapatkan hembusan angin setempat atau bergerak bebas. 6. Setelah selesai menggunakan tekan butang 0 pada suis pilihan dan OFF kan suis pada soket alur keluar 2.0 GAMBARAJAH TERBURAI KIPAS MEJA

3.0

BAHAGIAN & FUNGSI KIPAS MEJA FUNGSI Kipas meja menggunakan motor aruhan AU 1 fasa untuk memusingkan bilah. Motor aruhan AU satu fasa ini mempunyai dua komponen utama yang berfungsi untuk menghasilkan putaran apabila bekalan AU di sambungkan ke motor. Bahagian asas motor AU ini adalah pemegun (Stator) dan pemutar (Rotor) Berfungsi untuk membekalkan medan magnet yang berputar kepada pemutar. Medan magnet ini dihasilkan melalui dua jenis belitan pada pemegun. Belitan ini adalah belitan pemula dan belitan larian. Kedua-dua belitan ini disambung secaera selari ke punca bekalan serta bertindih pada pemegun pada susunan tertentu. Belitan pemula ia terdiri daripada dawai halus tembaga dililitkan di bahagian luar pemengun berhampiran dengan pemutar. Bilangan lilitan pemula adalah kurang daripada bilangan lilitan larian. Belitan pemula mempunyai nilai rintangan yang tinggi serta induktan yang rendah. Belitan larian pula terdiri daripada dawai dililitkan di bahagian dalam teras besi pemegun. Belitan ini mempunyai nilai rintangan yang rendah serta nilai induktan yang tinggi. Belitan pemula berfungsi untuk menentukan arah pusingan kipas dan juga berfungsi untuk memulakan putaran kipas. Belitan larian adalah untuk menentukan kelajuan pusingan motor kipas. Untuk membolehkan kipas berputar pada kelajuan berbeza, belitan tambahan atau belitan larian berbilang di tambah pada belitan larian. Pemilih penyambungan belitan larian berbilang dikawal oleh suis pemilih. Merupakan bahagian yang berpusing di dalam motor kipas meja. Pemutar bagi kipas meja adalah dari jenis sangkar tupai. Pemutar ini tidak mempunyai sebarang belitan. Pemutar ini adalah berbentuk selinder dan dibina daripada palang-palang pengalir kuprum atau aluminium yang diisi ke dalam lubang alur teras pemutar bagi membentuk sangkar tupai. Kedua-duaa bahagian hujung palang disambung bersama menggunakan pateri pada gelang hujung. Palang pengalir menjadi laluan untuk arus teraruh pada pemutar yang disebabkan oleh perubahan medan magnet di pemegun. Teras pemutar dibina daripada keluli berlamina. Pemuat biasa digunakan sebagai kapasitor pemulaan kerana fungsinya adalah untuk permulaan motor.

BAHAGIAN Motor

Pemegun (Stator)

Pemutar (Stator)

Pemuat (Kapasitor)

Kebiasannya nilai kapasitor yang sering digunakan adalah 1uF-1.5uF. Penggunaan kapasitor terdapat perubahan fasa yang lebih besar antara arus di lilitan permulaan dengan lilitan putaran. Ini akan memberi daya kilas yang lebih besar kepada motor untuk memulakan putaran kipas. Suis pilihan berfungsi untuk mengawal kelajuan kipas meja. Terdapat empat pilihan suis utama yang terdapat pada kipas meja yang bertanda 0,1,2, dan 3. Nombor-nombor ini mewakili aras kelajuan putaran kipas. Apabila suis bertanda 0 ditekan, sambungan sumber bekalan ke talian bekalan motor akan terputus. Ini akan menyebabkan motor tidak berputar. Apabila suis bertanda 1, 2 dan 3 ditekan, sumber bekalan akan disambungkan ke motor dan akan menyebabkan motor berputar. Namun begitu terdapat perbezaan sambungan antara suis pemilihan 1,2 dan 3 ke bahagian lilitan pemegun kerana untuk menghasilkan perbezaan kelajuan putaran pada motor kipas. Fius ini berfungsi untuk memutuskan litar sekiranya berlaku lebihan arus beban dan melindungi kipas sekiranya motor kipas sudah terlalu panas. Ianya berfungsi untuk memberi perlindungan kepada kipas supaya tidak mengalami kerosakan lain yang lebih serius. Kedudukan Fius biasanya diletakkan di dalam balutan bersama belitan pemegun. Nilai arus nominal bagi fius yang digunakan untuk kipas meja adalah dari 600mA ke 2A bergantung kepada sais kipas. Bentuknya membolehkan hembusan angin dapat dicipta. Penyelenggaraan yang kerap amat penting kerana sekiranya berhabuk mengurangkan hembusan udara kipas.

Suis Pilihan

Fius atau Pemutus Litar Haba (Thermal Cut Off)

Bilah Kipas

4.0

RAJAH BLOK KIPAS MEJA

Suis ON / OFF

Suis pilihan Motor

N 5.0 LITAR SKEMATIK KIPAS MEJA

Vous aimerez peut-être aussi