Vous êtes sur la page 1sur 6

ANATOMI DAN FISIOLOGI

MOHD AMIRUL IDWAN BIN AZAMAN

SOALAN 1 Sistem badan terdiri daripada kalenjar yang merembeskan hormon.Hormon merangsang proses jangka panjang seperti pertumbuhan,metabolism,pembiakan dan pertahanan badan.Semua hormone adalah berasaskan asid amino dan steroid. Jelaskan secara ringkas fungsi semua kalenjar yang terdapat dalam sistem endokrin.Terangkan kegunaan hormon yang dirembeskan. Terdapat 9 kalenjar yang berfungsi merembeskan hormone ke dalam sistem endokrina badan kita.Kesemua kalenjar akan merembeskan hormone masing-masing dan bertindak mengikut kegunaannya.Kalenjar yang berada paling atas(superior ) di dalam badan kita ialah kalenjar pituitary.Kalenjar ini terletak di bawah hipotalamus.Ianya pula terbahagi kepada 2 bahagian iaitu interior lobe dan posterior lobe.kalenjar ini akan merembeskan pelbagai hormone mengikut bahagiannya antaranya ialah

oksitoksin,hormone

antidiuresis(ADH),growth

hormone(GH),prolactin,hormone

pernasang tiroid(FSH),hormon peransang folikel(FSH),hormone peluteinan(LH) dan hormone adrenokortikotrof(ACTH).Hormon yang dirembeskan oleh kalenjar ini

mempunyai pelbagai fungsi. Kalenjar yang kedua ialah kalejar pineal.Kalenjar ini merupakan satu struktur kecil yang terdapat di ruang tengkorak di antara permukaan bawah serebrum dan otak tengah iaitu di hadapan serbrum.Kalenjar ini akan merembeskan hormone melatonin.Hormon ini dihasilkan di dalam otak dan berupaya menentukan aturan tidur manusia.Hormon ini juga dipengaruhi oleh tahap pengcahayaan.Semakin gelap,semakin banyak hormone ini dirembeskan.Hormon ini juga dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan membantu menghilangkan ketegangan.Namun,hormone ini juga memberikan kesan jika ianya terlebih akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan berkurangan pula akan menyebabkan kita suakr untuk tidur yang dikenali sebagai insomnia,

ANATOMI DAN FISIOLOGI

MOHD AMIRUL IDWAN BIN AZAMAN

Kalenjar tiroid pula merupakan kalenjar yang terletak di bahagian leher.Ianya terdiri daripada 2 lobar di bawah peti suara.Kalenjar ini akan merembeskan hormone tiroksina yang mempunyai fungsi dalam proses pengoksidaan dan metabolisma sel badan.Ianya juga mempengaruhi rangsangan sistem saraf dan memelihara kesihatan kulit badan dan rambut.Kalenjar paratirod pula kalenjar yang terletak di sisi kalenjar tiroid.Kalenjar ini melekat pada bahagian belakang kalenjar tiroid.Ianya akan merembeskan hormone parathormon yang berfungsi mengawal metabolisma kalsium dalam darah dan memelihara konsentrasi kalsium yang tetap dalam plasma. Kalenjar seterusnya ialah kalenjar timus.Ianya terletak di ruang mediasternum di hadapan jantung dalam kaviti toreks.Kalenjar ini akan merembeskan hormone thymosin.Ianya berfungsi meransang pembangunan limposit T dan berfungsi dalam sistem pertahanan tubuh manusia. Kalenjar adrenal pula terletak di atas ginjal dan terbahagi kepada 2 iaitu adrenal korteks dan adrenal medulla.Kedua-dua bahagian ini akan merembeskan hormone yang berbeza.Bagi adrenal kortesks,ia akan merembeskan hormone

glukortikod,mineralokortikoid dan androgen dalam kuantiti kecil dan kesemua hormone ini berfungsi merangsang pertambahan glukosa dalam darah dan penyimpanan glikogen dalam hepar.Bagi bahagian adrenal medulla pula ia akan merembeskan hormone epinefrin dan norepinferin.Hormon ini berfungsi meningkatkan kandungan gkukosa dalam darah,meningkatkan aktiviti metabolic dan menjerut salur-salur darah tertentu. Rujukan :
http://www.sabahforum.com/forum/health-fitness/topic26518.html http://id.wikipedia.org/wiki/Homeostasis

ANATOMI DAN FISIOLOGI

MOHD AMIRUL IDWAN BIN AZAMAN

Kalenjar pancreas atau islets of Langerhans juga merupakan salah satu kalenjar dalam badan kita.Ia terletak berhampiran dengan perut.Pada bahagian ini,terdapat kalenjar endokrina yang dikenali sebagai kumpulan pankreatik(pancreatic islets).kalenjar ini akan merembeskan hormone insulin yang berperanan mengawal keseimbangan tahap glukosa dalam darah dan bertindak meningkatkan pengambilan glukosa oleh sel badan. Seterusnya ialah kalenjar gonads.kalenjar ini terbahagi kepada dua iaitu ovary untuk perempuan dan testis untuk lelaki.kalenjar ovary terletak di sebelah kiri dan kanan Rahim.Ianya juga berdekatan dengan pembukaan hujung tiub fallopio yang dinamakan hujung fimbrium.kalenjar ini akan merembeskan hormone estrogen dan progesterone di mana berfungsi merangsang perkembangan oragn seks ketika baligh dan meransang perkembangan payu dara bagi perempuan.Bagi kalenjar testis pula terletak di luar tubuh yang dihubungkan dengan tubulus spermatikus dan terletak di dalam skrotum.Ia akan merembeskan hormone tetstosteron yang berfungsi merangsang perkembangan organ seks lelaki. Rujukan:
http://id.wikipedia.org/wiki/Homeostasis http://www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=191 http://www.ehow.com/facts_4814275_diagram-glands-human-body.html http://www.knowledgebase-script.com/demo/article-672.html http://health.kompas.com/read/xml/2011/06/07/06120982/Tiroid.Pengatur.Metabolisme.Tubu h

ANATOMI DAN FISIOLOGI

MOHD AMIRUL IDWAN BIN AZAMAN

SOALAN 2 Penyakit X pada gambar rajah merupakan salah satu contoh penyakit yang disebabkan oleh masalah rembesan hormon. Huraikan dan terangkan masalah yang dihadapi oleh individu tersebut. Giantism ialah satu keadaan yang sangat jarang berlaku pada kanak-kanak yang memilik pertumbuhan tulang,otot dan organ pertumbuhan yang eksrem.Giantism ini disebabkan oleh berlebihan rembesan hormone pertumbuhan(GH) yang berlaku sebelum plat pertumbuhan tulang kanak-kanak ditutup.Ini akan menyebabkan pertumbuhan yang berlebihan dan ketinggian mereka menjadi cepat dan hasilnya mereka mempunyai ketinggian yang melampau. Orang yang mempunyai symptom ini akan memiliki saiz tangan yang sangat besar serta jari dan kepala mereka.Mereka juga mempunyai perubahan yang ketara dalam ciri-ciri berkaitan seperti kulit kasar,pengeluaran peluh yang berlebihan dan suara yang sangat besar.Organ-organ seperti jantung,buah pinggang,otak dan lidah mereka juga mengalami saiz yang besar dan boleh menyebabkan komplikasi berlaku seperti tekanan darah tinggi,sakit kepala dan kegagalan jantung. Terdapat satu lagi penyakit yang merupai penyakit ini iaitu Mccune Albright sindrom.Penyaklit ini juga mempunyai ciri yang sama iaitu lebihan rembesan hormone pertumbuhan(GH) pada badan manusia tetapi ianya hanya berlaku pada tahap dewasa.SIndrom ini berlaku selepas plat pertumbuhan tulang telah

ditutup.Namun,penyakit ini tidak seteruk penyakit giantism yang berlaku dari tahap kanak-kanak lagi. Penyakit ini dapat dirawat dengan rawatan.Namun demikian,sekinya penyakit ini tidak dirawat,ianya dapat membawa pelbagai komplikasi kepada tubuh badan kita.Dapatkan rawatan di hospital dan klinik untuk mengetahui anak-anak anda bebas dari penyakit ini. .

ANATOMI DAN FISIOLOGI

MOHD AMIRUL IDWAN BIN AZAMAN

SOALAN 3 Lukis dan labelkan semua kalenajr endokrin yang terdapat pada tubuh manusia

ANATOMI DAN FISIOLOGI

MOHD AMIRUL IDWAN BIN AZAMAN

Vous aimerez peut-être aussi