Vous êtes sur la page 1sur 1

ADAB MEMASAK..

Sewaktu memasak juga ada beberapa adab, jika kita ikuti akan mendatangkan keberkatan dan menjadikan waktu memasak kita sebagai satu ibadat di mana akan memperolehi ganjaran dari Allah SWT. Sebaiknya hendaklah kita dalam keadaan berwudhu dan menutup anggota aurat, termasuklah menutup kepala. Sewaktu memasuki dapur berdoalah dengan: ' Robbanaa aatinaa minladunkka rahmatau wahai'iklanaa min amrinaa rashadaa ' "Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar di sisimu dan persiapkanlah petunjuk untuk kami terhadap urusan kami." Doa sewaktu menyukat beras; Alhamdulillah hilldhii att'amanaa minnjuu'k Doa memotong sayur,ikan dan buah-buahan: Fazha bahuuhaa wamaa kaaduu yaf'aluun Zikir sewaktu memasak ialah: Laisa laha min dunillahi kasyifah, dan kacau makanan ikut lawan jam iaitu dari kanan ke kiri Apabila mencuci daging,beras atau sayuran, bacalah Bismillah dan berselawat. Untuk menyedapkan makanan, selawat 3 kali,istighfar 3 kali Untuk melembutkan hati ahli keluarga ketika menyediakan makanan dan minuman bacakan ' Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).' [ Al Imran : 200 ]

Vous aimerez peut-être aussi