Vous êtes sur la page 1sur 13

KISAH SANG IBU MUSANG DAN IBU AYAM

Kononnya pada suatu hari, seekor ayam sedang bertelur di rimbunan lalang.

Agak lama juga ayam bertelur, dan setelah selesai, terdapat tujuh biji telur
kesemuanya. Tidak ada yang mengganggu si ibu ayam. Maka telurnya pun mula menetas setelah beberapa hari mengeram.

Wahai anak-anak ibu semua, ibu hendak pergi mencari makanan, ibu mahu kamu semua menjaga diri kamu.

Baiklah ibu

Keesokan harinya, ibu ayam pergi mencari makanan dan membiarkan anak-anaknya sendirian di rimbunan lalang itu.

Apabila ibu ayam itu sedang mencari makan, seekor ibu musang sedang mencari makan untuk anak-anaknya.

Apabila ibu musang ternampak anak-anak ayam itu, ia dengan perlahan-lahan berjalan ke rimbunan lalang itu dan cuba menangkap anak-anak ayam itu untuk diberikan sebagai makanan kepada anak-anaknya.

Tiba-tiba, ibu ayam itu ternampak si ibu musang itu cuba mengambil anakanaknya. Ibu ayam itu dengan segera menghentikan ibu musang itu daripada mengambil anak-anaknya.

"Eh, ibu musang, mengapa engkau hendak mengambil anak-anakku? Meraka baru sahaja bangun untuk makan. Jangan kamu sentuh mereka!"

Aku hendak mengambil mereka kerana aku mahu memakan mereka. Begitu juga dengan anak-anakku."

Si ibu musang pun menyesal dengan perbuatannya. Dia meminta maaf daripada ibu ayam dan berjanji tidak akan mengambil anak-anak si ibu ayam itu lagi. Mereka berdua pun bersahabat baik.

TAMAT

Vous aimerez peut-être aussi