Vous êtes sur la page 1sur 4

PEMBANGKANG : SKMM baru mengumumkan 51 laman web berkaitan kerajaan digodam bermula semalam.

Mereka mensasarkan laman web yang mempunyai akhiran .gov.my . Antara laman web yang terlibat ialah Malaysia.Gov.my, Politeknik.Gov.My, Upm.edu.my dan banyak lagi. YB, di manakah pakar-pakar IT dan hacker-hacker yang beretika yang dikatakan menjadi nadi/pembantu dalam menguatkuasakan jenayah siber? Oleh itu, apakah masih relevan usul kita pada hari ini iaitu_________ sedangkan sebanyak 51 laman web berkaitan kerajaan telah digodam? Ini bukannya jumlah yang sedikit YB. KERAJAAN : YB, serangan yang dilakukan oleh kumpulan ini disebabkan mereka tidak berpuas hati apabila kerajaan menghalang akses kepada 10 lama perkongsian file (file sharing) daripada digunakan oleh kebanyakan pengunaan. Hal ini kerana pihak kerajaan ingin menghalang daripada fail berhakcipta diedarkan di internet seperti mp3,movie dan sebagainya. YB, harus sedar bahawa perkara2 ini merupakan jenayah siber oleh itu inilah gunanya penguatkuasaan undang2 jenayah siber di bawah akta ______________________________________________________________________________ dlm mengawal cetak rompak daripada berleluasa. YB, harus jelas bahawa pakar IT yang kerajaan merupakan hacker-hacker yang beretika untuk menjaga keselamatan aset negara. Pakar IT kita bukan sekadar sembang-sembang yang hanya tahu pasal teori semata mata. Mereka boleh mengesan port server yang tidak selamat samada menerusi script/kod di laman web dan juga malware, spyware yang ditanam di dalam komputer yang disasarkan. Mereka ini juga mahir mengesan kelemahan Microsoft Firewall yang dipasang di server kerajaan ini bagi mengetahui penggodam.

PAKAR FORENSIK KOMPUTER Sebentar tadi, YB menyatakan bahawa ______________________________________________________________________________ YB jangan lupa, kita mempunyai pakar-pakar komputer yang membantu dalam pelaksanaan undang-undang. Antaranya pakar forensik komputer. Forensik komputer merupakan teknologi yang digunakan dalam membantu penyiasatan, analisis dan mendapatkan bukti-bukti dalam penyiasatan jenayah komputer untuk dikemukakan kepada kekuatan undang-undang. Melalui undang-undang jenayah siber, penubuhan agensi pemantauan keselamatan seperti MyCert dan NISER adalah antara langkah-langkah yang diperkenalkan kerajaan dalam menangani isu-isu pemantauan dan pengukuhan keselamatan komputer. SDS, NISER telah memperkenalkan satu perkhidmatan berkaitan keselamatan komputer iaitu Perkhidmatan Forensik Komputer yang bertujuan untuk menjejak bukti-bukti digital penjenayah siber. Perkhidmatan yang ditawarkan meliputi pengumpulan maklumat, mengenal pasti maklumat atau bukti-bukti kritikal, memulihkan kehilangan maklumat kritikal dan melindungi data elektronik ketika proses ujian forensik sedang dijalankan.Mereka juga mampu mengeluarkan semula failfail tersembunyi dan juga memulih semula fail-fail swap. Selain daripada menawarkan perkhidmatan menjejak bukti penjenayah komputer, NISER juga menawarkan perkhidmatan memulihkan atau mengembalikan semula data-data dari komputer yang telah dipadam atau cakera keras yang telah diformat.

Oleh itu YB, tiada alasan yang menyatakan bahawa penguatkuasaan undang-undang ini tidak mampu dalam mengekang jenayah siber sedangkan kita mempunyai kepakaran yang dapat membantu dan mengukuhkan lagi penguatkuasaan undang-undang jenayah siber.

PENGUATKUASAAN YANG CEKAP Polis turut menubuhkan Unit Siasatan Jenayah Teknologi di bawah Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi menangani masalah ini. MENGUKUHKAN PERTAHANAN SIBER Penubuhan Global Cyber Security Alliance (GCSA) merupakan salah satu langkah kerajaan dalam mengukuhkan pertahan siber Malaysia yang melibatkan kerjasama antarabangsa dengan negara luar. ENAM IMPAK GCSA Pengukuhan pertahanan siber negara. Lebih banyak operasi penguatkuasaan undang-undang berkaitan jenayah siber diadakan dalam kalangan negara anggota. Impak ketiga ialah perkongsian maklumat berkaitan teknik dan metodologi baru dalam mencegah jenayah siber. Mampu meningkatkan kecekapan, kepantasan dan keberkesanan penguatkuasaan undangundang melibatkan negara luar yang memerlukan kerja forensik digital kerana dalam kes tertentu bahan bukti digital mungkin perlu diperoleh daripada negara luar maka kerjasama ini adalah penting. Peningkatan kesedaran dan pemahaman tentang kesan jenayah siber dalam kalangan semua lapisan masyarakat termasuk organisasi kerajaan dan syarikat perniagaan. Memberikan amaran atau melakukan tindakan yang bersesuaian kepada negara dikenalpasti menjadi sumber kepada jenayah siber.

PENGGUBALAN AKTA YANG MENYELURUH DAN MELIBATKAN SEMUA KES JENAYAH SIBER Saya berikan satu contoh kes iaitu, (Rabu Disember 9, 2009 Pemilik Bistro Hadapi Denda RM20 Juta di Pulau pinang selepas didapati memiliki sebuah set karaoke yang mengandungi 10,000 salinan cetak rompak lagu tempatan dan antarabangsa di Seberang Jaya. Akta yang boleh dikaitkan dengan kes ini ialah Akta Jenayah Komputer 1997 yang berkaitan dgn kesalahan berkaitan penyalahgunaan komputer untuk tujuan melakukan jenayah. Di bawah akta ini, akses secara tidak sah atau mengubah apa-apa program atau data yang terdapat di dalam sesebuah komputer adalah salah dan boleh dikenakan hukuman. Akta ini juga berkesan kepada apa-apa jenayah yang dilakukan di luar Malaysia walaupun kesalahan tersebut dilakukan oleh seseorang atau dari sesuatu tempat di luar Malaysia selagi mana komputer, program atau data tersebut adalah berada di Malaysia atau boleh dicapai, dihubungkan atau digunakan dengan komputer di Malaysia. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merupakan satu Akta berkenaan undang-undang siber dan dibentuk sebagai satu rangka kerja bagi campur tangan kerajaan Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia. Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikawal di bawah akta ini termasuk penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian. Akta lain yang terlibat dengan isu ini ialah Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Hakcipta (pindaan) 1997, Akta Teleperubatan 1997, dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Oleh itu YB, penguatkuasaan undang-undang jenayah siber di Malaysia telah menyediakan akta yang menyeluruh dalam menangani segala isu berkaitan jenayah siber. Hukuman yang dikenakanjuga adalah sangat setimpal. Oleh itu, kami di pihak kerajaan yakin bahawa undangundang jenayah siber dapat berkesan dalam mengawal jenayah siber.

Vous aimerez peut-être aussi