Vous êtes sur la page 1sur 4

Asas Lari Berpagar

Aktiviti ansurmaju untuk larian berpagar.

Lompat ketingting melepasi 8 batang rotan yang disusun pada jarak 2 meter. Lompat dengan dua belah kaki melepasi 5 pagar yang disusun pada jarak 1 meter.

Berlari dan melangkah gelong rotan yang tersusun di jarak yang tertentu Berlari dan melangkah batang rotan yang ditinggikan Berlari dan melangkah 5 pagar yang ditebalikkan.( Jarak antara pagar ialah 8.5 meter)

Aktiviti dan perkara yang perlu dibincangkan dalam kumpulan:Lari melepasi 5 pagar dan ambil masa bagi tiap ahli kumpulan. ( tinggi pagar 0.8 meter, jarak pagar 1 dari garis mula 10 meter dan jarak antara pagar 8 meter)

Bincangkan dalam kumpulan beberapa kesalahan teknik yang biasa dilakukan dalam larian berpagar.

RUJUKAN : http://zarin58.tripod.com/pilihhuddle.htm#peringkat1

Teknik untuk lari berganti-ganti

Teknik untuk Lari berganti-ganti :

RUJUKAN : http://fourprincessipti.blogspot.com/2011/03/teknik-untuk-lari-bergantiganti.html

LATIHAN ANSUR MAJU LARI BERPAGAR

Latihan 1

{ Berlari dan melangkah batang rotan yang tersusun di jarak yang tertentu. Melangkah batang rotan

Latihan 2

{ Berlari dan melangkah batang rotan yang ditinggikan. Melangkah batang rotan yang ditinggikan

1) Tujuan latihan 1 dan 2 ialah;

Untuk membantu setiap peserta membina ritma Untuk membantu setiap peserta membina bilangan langkah yang seragam ketika berlari diantara halangan. 2) Semasa latihan berlari, peserta-peserta digalakkan membilang setiap langkah yang mereka buat dengan menyebut, Lompatsatuduatigalompat

Latihan 3

{ Latihan ini merupakan latihan menggerakkan kaki belakang melepasi halangan. Peserta perlu berjalan dan melangkah dihujung batang rotan. Kaki hadapan peserta hendaklah melangkah keluar dari batang rotan itu dan ini diikuti dengan kaki belakang yang dibengkokkan sehingga paras tumitnya menjadi rapat dengan punggung peserta.

{ Mulakan latihan ini dengan mencuba cara berjalan dan kemudian tukar kepada berlari anak.

Latihan menggerakkan kaki belakang

Latihan 4

{ Berlari melepasi tengah-tengah batang rotan yang tersusun.

Susun batang rotan dan lompat melepasinya

Tujuan latihan 3 dan 4 ialah untuk mengajar teknik pergerakan kaki belakang semasa melepasi pagar.

Latihan 5

{ Lari berpagar dari peringkat mulaan gaya dekam sehingga ke garisan penamat.

{ Tujuan latihan ini ialah untuk membina keseragaman langkah-langkah pelari ketika menuju ke pagar pertama dan di antara pagar-pagar.

RUJUKAN : http://futurepjteacher.blogspot.com/2011/02/latihan-ansur-maju-lariberpagar.html

Vous aimerez peut-être aussi