Vous êtes sur la page 1sur 3

PROSA TRADISIONAL

Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat besar. Pasir di sekeliling tasik daripada emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub. Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati sedangkan tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-mayat. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksaksa di tasik itu namun Inderaputera tidak berasa gentar. Kemudian keluarlah raksaksa dari tasik. Inderaputera pura-pura tidur. Apabila raksaksa ingin menindih Inderaputera, Inderaputera bingkas bangun dan mencengkam rambut raksaksa. Raksaksa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup memenuhi permintaan Inderaputera. Raksaksa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu.Inderaputera telah melepaskan rambut raksasa. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti. Raksaksa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan dayangdayangnya datang bersiram. Raksaksa berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksaksa. Tuan puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera meminta tuan puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut. Inderaputera meminta tuan puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri. Tuan puteri berjanji akan menyerahkannya dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya. Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor geroda dan seekor raksaksa yang terlalu hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.

Menepati janji

Berani

NILAI

Ikhlas

Bijaksana

PENGAJARAN
Contoh, Inderaputera menggunakan kebijasanaan akalnya untuk menangkap raksasa dan menyembunyikan pakaian Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.

Contoh,Inderaputera tidak gentar menghadapi raksasa sehingga berjaya menawan raksasa tersebut.

Kita hendaklah berani menghadapi situasi yang mencabar

Kita hendaklah bijaksana menggunakan akal dalam mencapai sesuatu.

Kita hendaklah ikhlas dalam perhubungan.


Contoh,Indereputera tetap menganggap tuan puteri sebagai saudaranya.

Kita hendaklah wajib menunaikan janji yang telah dilafazkan.


Contoh, Indereputera bersetuju menyerahkan baju kepada empunya iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.

SOALAN 1 Arkian maka Inderaputera pun segera turun ke dalam tasik itu dan dicitanya kepada tempat mandi tuan puteri. Maka ia pun turunlah mandi. Maka dicubitnya pinggang tuan puteri itu. Maka lalu terkejutlah tuan puteri seraya ia berbangkit daripada mandi itu lalu datang ke tepi tasik itu. Maka rambutnya Tuan Puteri Seri Ratna Nehran pun terhamparlah ke tanah seperti mayang di atas talam rupanya. Berikan maksud rangkai kata terhamparlah ke tanah. (2M) __________________________________________________________________________ SOALAN 2 Setelah itu maka nikmat pun diangkat oranglah ke hadapan Inderaputra. Maka ia pun makanlah dengan tuan puteri pelbagai nikmat. rangkai kata nikmat pun diangkat oranglah. (2M) __________________________________________________________________________

SOALAN 3 Sekiranya anda Tuan Puteri Ratna Gemala, apakah reaksi anda apabil mendapati bahawa baju anakesuma telah dicuri ? (3M) ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ SOALAN 4 Pada pendapat anda wajarkah kita meminta sesuatu balasan daripada orang lain seperti yang telah dilakukan oleh Inderaputera? ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

Vous aimerez peut-être aussi