Vous êtes sur la page 1sur 1

AMALAN MENABUNG Dalam meniti kehidupan yang materialistik dan individualistik pada era globalisasi ini, sifat menabung

dapat menjamin masa depan kita.Orang yang mengabaikan amalan ini diumpamakan orang yang menagak cabaran pada hari muka. Realitinya, peribahasa Melayu ada menjelaskan bahawa sediakan payung sebelum hujan. Antara kebaikan-kebaikan menabung adalah dapat mendisiplinkan diri kita. Kesabaran dan kesanggupan berkorban demi masa depan menjadi titik tolak seseorang menabung. Wang tabungan dapat mengekang diri kita daripada lalai dalam merancang masa hadapan. Disiplin diri yang terbentuk dalam amalan menabung dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. Ringkasnya, menabung merupakan rencah untuk mengawal diri daripada memboros. Selain itu, melalui amalan menabung kita dapat memupuk pemikiran yang mengapresiasi kesusahan mencari wang. Ibu bapa yang bekerja siang dan malam bagai lebah mengumpulkan madu demi membiayai kos kehidupan yang meningkat harus kita sedari. Baki wang saku yang diberi mestilah dimasukkan ke dalam tabung. Apabila kita memerlukannya pada kala kecemasan, pertolongan orang lain tidak diperlukan. Oleh sebab itu, nilai berdikari dapat ditanam di samping mengetahui setiap sen merupakan hasil titik peluh dan keringat yang bermakna. Sebagai konklusi, kita sewajarnya menjadikan amalan menabung sebagai rutin kehidupan. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis merupakan katakata mutiara yang mesti kita hayati. Dengan menabung, kualiti kehidupan yang lebih baik dapat kita nikmati. Wang yang ditabung boleh menjadi modal melanjutkan pelajaran demi memberi pulangan kehidupan yang lebih baik kepada ayahanda dan bonda tercinta

Vous aimerez peut-être aussi