Vous êtes sur la page 1sur 6

Menyingkap Sejarah Pendidikan di Malaysia. Sejarah awal pendidikan di Malaysia telah dikenal pasti kewujudannya.

Masyarakat Melayu telah mendidik anak mereka merangkumi berbagai perkara mengenai kehidupan, alam mistik, membuat senjata atau seni mempertahankan diri melalui satu sistem pendidikan tidak formal. Sesebuah keluarga mempunyai pendekatan tersendiri dalam mendidik yang berbeza. Sehinggalah kedatangan para ulamak dari Tanah Arab & India dengan tujuan menyebarkan ajaran Islam telah membuka pondok-pondok untuk belajar tentang ajaran Islam. Para ulamak ini mungkin pada dasarnya telah berjaya mendekati masyarakat Melayu yang telah diketahui umum sebagai masyarakat yang kaya dengan pegangan kuat terhadap adat dan budaya nenek moyang mereka. Kepakaran sosiologi para ulamak ini telah berjaya membuka hati masyarakat untuk memeluk Islam. Para ulamak ini mempunyai corak pendidikan yang lebih sistematik iaitu pecahan kepada ajaran Islam iaitu pelajaran Al-Quran, Tauhid, Fekah, Fardu Ain, Fardu Kifayah dan lain-lain. Penjajahan demi penjahan yang dialami sedikit sebanyak mempengaruhi kurikulum pendidikan Islam ini. Penjajah paling lama menjajah adalah British, kolonial inilah yang telah mewarnakan dunia pendidikan di Tanah Melayu dari mula mereka menjajah sehingga ke hari ini. Pada tahun 1816, berdiri megah Penang Free School diikuti tujuh tahun kemudiannya Raffles Institution, tiga tahun kemudiannya iaitu Malacca Free School dan pada tahun 1906, King Edward VII. Pada waktu itu sekolah-sekolah ini dianggap elit dan pada waktu yang sama masyarakat Melayu menganggap sekolahsekolah yang ditubuhkan oleh kolonial ini sebagai tempat penyebaran agama Kristian sebagaimana yang telah diketahui, sekolah-sekolah ini ditadbir oleh paderi-paderi. Pejabat-pejabat pentadbiran British mula berkembang dan keperluan buruh bagi mengisi jawatan-jawatan perlu diisi namun kadar buta huruf dikalangan masyarakat pada ketika itu adalah tinggi. Menyedari hakikat ini, perubahan

dalam sistem pendidikan adalah langkah wajar dan sekitar tahun 1930an British mula membenarkan orang Melayu bersekolah yang sebelum ini hanya dibuka kepada golongan elit Melayu. Akibat kemasukkan masyarakat Melayu maka penstrukturan semula perlu dilakukan maka lahirlah Laporan Cheeseman. Antara isi yang terkandung di dalam laporan ini adalah menyusun semula sistem persekolahan, menghapuskan yuran peringkat rendah, semua murid boleh mempelajari bahasa Inggeris, pendidikan vokasional dijalankan namun ia menemui jalan buntu dan kegagalan serta tidak dapat dilaksanakan atas alasan dana yang besar diperlukan. Barnes iaitu seorang Pengarah Fakulti Kemasyarakatan di Universiti Oxford telah memperbaiki Laporan Cheeseman dengan menghasilkan Laporan Barnes pada tahun 1949. Antara isi yang terkandung dalam laopran ini adalah untuk menyatukan semua sekolah venakular dan perpaduan, menjadikan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa pengantar, bahasa Cina dan Tamil masih boleh digunakan namun ia cuba dihapuskan kerana ia akan melambatkan proses asimilasi, mewujudkan sekolah vokasional moden, maktab perguran berasrama penuh ditubuhkan untuk lulusan Senior Cambridge, penubuhan jemaah nazir, mewujudkan jemaah penguasa pelajaran tempatan serta tumpuan kurikulum kepada sains dan seni perusahaan. Masyarakat Cina dan India yang telah dibawa oleh British juga telah membawa sama sistem pendidikan dari negara asal mereka telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Laporan Barnes. Kedatangan Dr. W.P.Fenn dan Dr. Wu The You pada tahun 1951 bertujuan mengkaji potensi sekolah Cina di Tanah Melayu telah menghasilkan Laporan Fenn Wu 1951. Antara cadangan yang terkandung dalam laporan ini adalah mempertahankan kewujudan sekolah Cina, mempelajari tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan bahasa ibunda mereka, matlamat pendidikan

beridentiti kebangsaan, membina maktab perguruan cina, menambah bantuan kewangan. Akibat daripada pertembungan dua laporan ini maka terhasil Ordinan Pelajaran 1951 bagi mengkaji semula dan membuat perubahan-perubahan kepada Laporan Barnes dan Fenn Wu. Ordinan Pelajaran ini dihasilkan oleh Ahli Jawatankuasa Pendidikan Pelajaran dan dibentangkan di Majlis Perundangan Persekutuan dan diluluskan pada tahun 1951. Antara cadangan-cadangan dalam ordinan ini adalah Tanah Melayu mempunyai dua jenis sistem sekolah iaitu sekolah Melayu dan Inggeris, bahasa Cina dan Tamil boleh diajar atas permitaan ibubapa jika memenuhi syarat 15 murid/POL, bahasa Melayu daiajar di sekolah Inggeris dan begitu juga sebaliknya, sekolah venakular Tamil dan Cina tidak diterima sebagai sebahagian daripada pendidikan kebangsaan. Ordinan Pelajaran ini juga mempunyai halangan yang besar iaitu; kurang guru terlatih, Dana yang tidak mencukupi dan mendapat tentangan yang hebat daripada kalangan etnik Cina dan India. Jawantankuasa Khas pula dicadangkan bagi memperbaiki Ordinan

Pelajaran. Antara cadangan-cadanga yang terdapat dalam Jawatankuasa Khas adalah; menghadkan kemasukkan pelajar ke sekolah Inggeris, Penggunaan bahasa Inggeris dan Melayu secara beransur-ansur, pengunaan tiga bahasa di sekolah venakular Cina dan Tamil dan menubuhkan sekolah vokasional. Zaman kolonial British ini telah memberikan imej yang tidak disenangi oleh etnik lain antara isu-isunya adalah penjajahan yang berterusan, eksploitasi ekonomi, menawarkan peluang tenaga buruh hanya pada peringkat rendah, kewujudan sekolah venakular dengan masalah kurikulum yang berbeza serta masalah bahasa pengantar serta lokasi yang terpinggir serta British juga cuba mengawal nasionalisme.

Zaman Selepas Kemerdekaan. Selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, pendidikan terus mengalami reformasi iaitu pada tahun 1960 satu laporan telah dihasilkan iaitu Laporan Rahman Talib bertujuan mengkaji semula Laporan Razak dan ia menjadi Akta Pendidikan 1961 iaitu akta pertama yang diluluskan diperundangan. Antara cadangan yang terkandung dalam Laporan Rahman Talib adalah; pelajaran sekolah rendah diberikan percuma dan hanya dua jenis sekolah sahaja iaitu, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan; memperkenalkan pendidikan aneka jurusan, sistem naik otomatik, peperiksaan am di peringkat sekolah menengah perlu menggunakan bahasa rasmi, pendidikan Islam bagi murid-murid beragama Islam lebih daripada 15 orang dan penekanan terhadap pendidikan akhlak. Pada September 1974, reformasi terhadap pendidikan terus dicadangkan iaitu Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran. Isu yang dibahas adalah: Mengkaji semula kesan sistem pelajaran dan kurikulum dalam rangka masa depan pelajaran untuk keperluan tenaga kerja supaya sistem pendidikan negara dapat memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat bersatu padu (Jawatankuasa Kabinet, Sept 1974) Antara cadangan Jawatankuasa Kabinet termaktub kepada sekolah rendah adalah; komunikasi, pendidikan alam sekitar, perkembangan diri, memperkenalkan pada tahun 1982. Bagi sekolah menengah pula Jawatankuasa Kabinet telah mengutarakan cadangan pendidikan vokasional, perdagangan, matematik, sains, bahasa, ko-kurikulum meliputi sukan, kaunseling dan memperkenalkan Kurikulum sistem 3M dan memperkenalkan sistem Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang mana kemudiannya dilaksanakan

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang kemudiannya dilaksanakan pada 1988. Sistem pendidikan negara akan terus berkembang namun pelbagai isu timbul sebagai rencam reformasi pendidikan negara. Pendidikan Negara Menuju Alaf Baru. Pendidikan negara untuk satu dekat yang akan datang digerakkan dengan lebih dinamik untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja berilmu sebagai satu langkah dan strategi pembagunan sumber manusia yang penting untuk mempercepatkan proses pembangunan negara selaras dengan Wawasan 2020. Malaysia sedang menyusun dan merangka satu paradigma perubahan ekonomi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan membangun sepenuhnya dalam bidang perindustrian. Perubahan paradigma ini bagi memasuki alaf baru gelombang perubahan ekonomi dan pembangunan sumber tenaga manusia abad ke-21 amat bergantung kepada peranan serta dasar liberalisasi sistem pendidikan ke arah melahirkan lebih ramai pekerja berilmu, rajin, tekun dan produktif.(Dr. Abd.

Rahim Bin Abd. Rashid; Massa;Bil 92; 21 jun 1997)


Perubahan serta reformasi pendidkan mesti bersifat Systematic Change, ia tidak boleh satu komponen sahaja dan semua komponen itu mesti diolah sedemikian rupa supaya perubahan kita bersepadu dan holistik serta komprehensif. (Datuk Seri Najib Tun Razak; Massa;Bil 91; 14 Jun 1997) Penubuhan Universiti Perguruan Penubuhan Universiti Perguruan yang mula beroperasi pada tahun 1997 dengan sejumlah peruntukkan yang besar dalam membiayai pasarananya dan keperluan tenaga pengajar dalam pelbagai bidang ilmu. Universiti Perguruan boleh dianggap sebagai satu usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan martabat dan kelayakkan guru. Universiti Perguruan juga diharapkan dapat meningkatkan tahap pendidikan guru bagi menghadapi

cabaran pendidikan masa depan. Universiti Perguruan boleh memberikan peluang kepada para guru untuk mendapatkan tangga gaji serta skim perkhidmatan yang lebih baik disamping peningkatan dari segi profesionalisme mereka. (Wan Ab. Kadir Wan Dolllah; Mac 1996) Seorang Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan, Dr. Siti Hawa Ahmad telah memberi pendapat yang menyokong isu penubuhan UP ini. Jelas beliau; Bahagian Pendidikan Guru yang bertanggungjawab menghasilkan tenaga pengajar sudah mengorak langkah menggubal kurikulum baru bagi guru pelatih bersesuaian dengan cabaran serta tuntutan semasa. Universiti Perguruan juga menjadi medan yang dapat membantu guru ke arah menjayakan sasaran tersebut. (Berita Harian; Sabtu 16 Mei !998). Reformasi dalam pendidikan melihat beberapa komponen yang begitu signifikan misalnya, jika kita mengubah kurikulum sekolah, kita mesti mengambil kira latihan guru, soal fizikal, soal kemasukkan teknologi baru, sistem penilaian, kebajikan guru, status guru, profesionalisme dan beberapa aspek lain. Kalau orang mengikuti apa yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Najib adalah menyeluruh termasuklah Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) kepada Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang dijangka akan meningkatkan kewibawaan guru dalam melahirkan insan cemerlang. (Datuk Seri Najib Tun Razak; 14 Jun 1997). Adalah dianggap kewujudan Universiti Perguruan ini sebagai "orang mengantuk disorongkan bantal" kepada para guru yang mana kewujudan Universiti Perguruan ini sebagai satu usaha untuk meningkatkan martabat dan kelayakkan guru. Seperti yang kita semua sedia maklum, pada masa sekarang ganjaran bagi para guru mungkin tidak setimpal dengan apa yang mereka sumbangkan.

Vous aimerez peut-être aussi