Vous êtes sur la page 1sur 2

APAKAH KEPENTINGAN KURSUS PPG RBT DALAM MENTRANFORMASIKAN PENDIDIKAN VOKASIONAL PERKATAAN TERLARIS DALAM 1 Malaysia IALAH TRANFORMASI.

Namun transformasi tanpa inovasi hanya tinggal slogan.Cabaran ini disambut oleh PPG bahagian RBT (Reka bentuk Teknologi) di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia.Dari sini kerajaan telah menginovasikan satu institusi baharu dalam sistem pendidikan kebangsaan iaitu KOLEJ VOKASIONAL. Pertama sekali kita (RBT) mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan syabas kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. BatoSeri Abd. Ghafar Mahmud, yang memimpin dan menggerakkan pasukan inovatif beliau dalam inisiatif Tranformasi Pendidikan Teknik Vokasional sehingga menjelmakan produk baharu untuk remaja Malaysia yang akan dikenali sebagai Program Kolej Vokasional. Idea Inovatif ini melonjakkan sistem pendidikan kebangsaan ke tahap yang lebih tinggi serta menepati keperluan agenda transformasi negara untuk menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi.Inovatif ini secara tidak langsung mengangkat martabat PPG dan RBT yang berada di bawah Kementerian Pendidikan Kebangsaan ke tahap yang setara dengan sisitem pendidikan di negara-negara naju seperti Perancihis( kolejnya Lycee Professionnel), Finland (Kolej Vokasional) Korea Selatan (Sekolah Tinggi Profesional. (kolej Vokasional- idea inovatif KPM) Secara ringkasnya Program Kolej Vokasional telah dipetik daripada buku Pelan Strategik Tranformasi Pendidikan Vokasional. Dalam buku ini termaktub beberapa perkara yang akan dilaksanakan seperti : i. ii. Tujuan: Menghasilkan tenaga kerja separa profesional. Orentasi pembelajaran: Pembelajaran berasaskan kerja.

iii. Tempoh Pengajian: empat tahun (diploma), tiga tahun sijil iv. Lulusan dianugerahkan Sijil kolej Vokasional dan Diploma Kolej Vokasional. v. Bidang pengajian : Kejuteraan, Teknologi, Pertanian, Perniagaan, Hospitaliti, pengangkutan, sains kesihatan, dan industri sukan.

vi.

Komponen kurikulum : jati diri,vokasional, keusahawanan dan insaniah. Pintu masuk terbuka kepada lulusan Penilaian Menengah Rendah dan Lulusan Program

Pendidikan Asas Vokasional dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap II. Majlis pelancaran Kolej Vokasional telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 6 januari 2012 bertempat di German Malaysia Institut Bangi. Dengan wujudnya Kolej Vokasional terbukti kerajaan sentiasa memandang serius bahagian RBT atau PVT untuk membawa pelajar-pelajar keperingkat tertinggi.Jika dilihat dalam tahap pengambilan dari Sijil Kemahiran Tahap II sudah melepasi peringkat pertengahan ,ini bermaksud pelajar lepasan Kolej layak menjadi tenaga Pengajar keluaran PPG. Idea kerajaan mewujudkan Kolej Vokasional merupakan salah satu cabang dalam NKRA menjadikan rakyat berpendapatan tinggi di samping menuju ke arah negara berpendapatan Tinggi dan wawasan 2020 yang memerlukan tenaga mahir untuk negara perindustrian. Kesimpulannya Tranformasi Pendidikan yang sedang rancak dari peringkat sekolah rendah hinggalah kekolej atau Universiti adalah satu tanggungjawab yang akan dipikul oleh PPG untuk melahirkan tenaga pengajar bertranformasi seperti RBT Reka bentuk dan Teknologi.

Vous aimerez peut-être aussi