Vous êtes sur la page 1sur 5

Asal Usul Kejadian Manusia

Pada suatu ketika, ALLAH menitahkan malaikat Jibrail ke bumi mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Tetapi bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana Bumi bimbang Adam akan membuat maksiat kepada ALLAH. Lalu Jibrail kembali menemui Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa,mendengar sumpah bumi. Kemudian, Allah memerintah malaikat Israfil, tetapi Bumi masih enggan dan masing-masing kembali dengan tangan hampa. Lalu yang terakhir,Allah menyuruh malaikat Izrail ke bumi. Kata Allah: Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan untuk mengambil tanah . Meskipun bumi menyumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau undur. Katakan kamu melakukan atas perintah dan atas nama-Ku. Apabila Izrail ke bumi dan menyampaikan perintah Allah, bumi akhirnya akur tanahnya di ambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, dia kembali ke hadrat Allah,lalu Allah berfirman: Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kelak Ku-tugaskan engkau untuk mencabut roh manusia. Maka Izrail bimbang dibenci manusia. Lalu Allah berfirman: Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka bersebab, terbunuh, terbakar atau sakit.

Tanah bagaimana dijadikan Adam? 1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqadis. 2. Tanah Bukit Tursina 3. Tanah Iraq

4. Tanah Aden 5. Tanah Al-Kautsar 6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah 7. Tanah Paris 8. Tanah Khurasan 9. Tanah Babylon 10. Tanah India 11. Tanah Syurga 12. Tanah Thaif

KATA IBNU ABBAS: 1. Kepala Adam dari tanah Baitul Muqadis, kerana disitulah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal. 2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat. 3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah. 4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan. 5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian. 6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat manis. 7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama sesame manusia. 8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks berahi dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa. 10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia. 11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan berjalan. 12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu dan kemahuan. 13. Lidahnya dari tanah Thaif, tempat bersyukur dan berdoa kepada Tuhan.

BAGAIMANAKAH PROSESNYA? 1. Ketika Allah menjadikan Adam, tanah bercampur air tawar, air masin, air hanyir, angin , api. Kemudian, Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan pelbagai macam sifat. 2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman Jabarut kemudian diletakkan di dalam Alam Malakut. 3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan tubuh Adam adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung , tanah itu dicampurkan dengan rempah ,wangiwangian dari nur sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan Barul Uluhiyah. 4. Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air Kudral-Izzah Nya iaitu sifat Jalan dan Jammal. Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna. 5. Demikian pula roh, ketika ia diperintah masuk ke dalam Adam, ia malas dan enggan, malah berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.

Kemudian ALLAH menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya ia menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini.

Kerana Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada kulitnya. Sebagai peringatan yang masih tinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.Hari ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, warna kukunya adalah sama iaitu putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada Sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala dan dua liang di bawah badan letaknya. Tujuh buah liang letaknya di kepala:du aliang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut. Yang dua macam di bawah: sebuah liang kemaluan dan sebuah liang dubur.

DIJADIKAN PULA LIMA PANCAINDERA 1. Mata alat penglihatan. 2. Hidung alat penciuman. 3. Telinga alat pendengaran. 4. Mulut alat perasa manis, masin dsbgnya. 5. Anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan untuk merasa halus, kasar dan sebagainya. Selepas roh masuk ke tubuh Adam perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa selama 200 tahun.

Demikianlah ALLAH memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam dan kini mencabut nyawa manusia. Selepas meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusun urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih adalah keras tanah. Dilihatnya kiri dan kanan malaikat yang sedang menyaksikan

kejadian dia. Ketika itu, Adam mendengar malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia besin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah ALLAH mengajarnya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan pertama Adam yang pertama kepada ALLAH. Lalu ALLAH berkata: Yarkhamukakallah yang bererti: Semoga engkau diberi rahmat ALLAH. Oleh kerana itu, jika ada orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap Alhamdulillah Yarkhamukakallah. Kemudian ketika roh sampai kedadanya, tiba-tiba sahaja dia mahu bangun. Padahal, bahagian badan ke bawah masih menjadi keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa. Maka, ketika roh itu sampai di perutnya, terjadilah susunan isi perut dengan sempuna. Maka seketika berasa lapar. Kemudian terus roh itu meresap keseluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah, daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, kian lama kian bagus dan halus. Apabila kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah jenis makhluk manusia pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat kagum melihat Adam yang begitu menawan. Adam diarak malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama sehinggalah ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan. dan orang yang mendengar wajib menyebut

Vous aimerez peut-être aussi