Vous êtes sur la page 1sur 9

SKP6024 Technology And Innovation In Teaching And Learning Chemistry

SKP6024 Technology And Innovation In Teaching And Learning Chemistry

Tajuk : Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kimia

Pensyarah : Cik Asmayati binti Yahaya

Nama No matrik

: Fairusiswani binti Endut : M20112001374

SKP6024 Technology And Innovation In Teaching And Learning Chemistry

1.0

Pengenalan Pengajaran merupakan penyebaran dan perkongsian ilmu pengetahuan atau

kemahiran yang tertentu. Pengajaran juga meliputi perkara-perkara seperti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian, dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar dengan cara berkesan (Andy Borne, 2003). Manakala menurut Fufrell (1995), tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Manakala pembelajaran membawa bermaksud proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pengetahuan dan kemahiran ini boleh diperolehi melalui pengalaman dan ilmu pengetahuan yang berada di persekitarannya. Kamus Dewan (2005) mentaksirkan bahawa pembelajaran sebagai satu proses belajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Dalam konteks pendidikan, guru sebagai pelaksana yang bertanggungjawab mengajar pelajar untuk

menguasai satu-satu pelajaran bagi mencapai objektif tertentu yang boleh membawa perubahan kepada diri pelajar tersebut. Perkembangan serta keperluan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini secara tidak langsung membawa kepada perubahan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran masa kini. Menurut Musa Abu Hassan (2002), intergrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, memperkukuh dan menambah kemahiran di mana teknologi ini perlulah tidak lari daripada objektif pengajaran-pembelajaran dan kaedah pengajaran.

2.0

Peranan ICT Dalam Pendidikan Bidang teknologi maklumat dan komunikasi atau lebih dikenali sebagai ICT telah

berkembang pesat dan merupakan keperluan masa kini secara tidak langsung ianya memberi kesan kepada corak kehidupan masyarakat pada hari ini. Justeru itu, perubahan daripada
2

SKP6024 Technology And Innovation In Teaching And Learning Chemistry

pendekatan pendidikan bersifat tradisional atau berasaskan kertas dan pen diperlukan segera kepada pendidikan yang berteknologi dan merupakan satu perkara besar yang perlu diberi sokongan. Atas dasar kesedaran keperluan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran hari ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan

Projek Sekolah Bestari sebagai salah satu pengisian utama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 - 2010. Sekolah Bestari menekankan pengaplikasian ICT sebagai penghubung pedadogi dan pengurusan sekolah. Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi dalam Koridor Raya Multimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. Menurut Ng Wai Kong (1999), transformasi terhadap teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah anjakan paradikma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan negara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum,

memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata Kementerian Pendidikan Malaysia merangkumi beberapa komponen utama iaitu ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah. Selain itu, fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran. Komponen lain adalah menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.
3

SKP6024 Technology And Innovation In Teaching And Learning Chemistry

Dalam bidang pendidikan, Merrill (1992) menyatakan integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak malah kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta menarik. Menurut Brown (1985) komputer adalah mesin memproses maklumat dengan tepat dan pantas serta beroperasi 24 jam tanpa berhenti apabila diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan menerusi peralatan input seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad grafik dan unit pemprosesan pusat (CPU). Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. Laudon dan Laudon (1996) menyatakan teknologi maklumat merupakan gabungan teknologi komputer dan sistem komunikasi yang membolehkan teks, bunyi, video, dan animasi disalurkan melalui talian. Zalina (2002) menyatakan bahawa komputer dengan kemudahan lebuh raya maklumat merupakan satu jaringan yang meliputi kawasan yang luas, mempunyai kepantasan yang tinggi, dan menawarkan beberapa perkhidmatan jaringan.

3.0 3.1

Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah aplikasi teknologi maklumat Justeru itu, pengintergrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan

satu langkah bijak yang perlu dilaksanakan dengan jayanya. Pengintergrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Kimia boleh dilaksanakan dengan beberapa kaedah antaranya ialah kaedah melalui aplikasi teknologi maklumat. Aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah di mana pencarian maklumat dalam pembelajaran Kimia boleh
4

SKP6024 Technology And Innovation In Teaching And Learning Chemistry

menggunakan pelayar (Browser) yang sesuai seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan Netcape Navigator. Semua pelayar ini boleh menyimpan tapak-tapak web yang dilayari (Bookmark). Manakala pencarian di internet akan menggunakan enjin pencari seperti Yahoo, Google, Alta Vista dan lain-lain lagi. Melalui kaedah ini, guru akan manyenaraikan alamat web dan juga beberapa soalan dalam sesuatu topik Kimia untuk pelajar mencari maklumat bagi membentangkan hasil dapatan tugasan mereka melalui carian maklumat di laman web tersebut. Pelajar boleh melaksanakan pembelajaran secara berkumpulan atau individual di mana ianya mengandungi pelbagai aktiviti mengikut kepelbagaian tahap kecerdasan dan gaya pembelajaran pelajar. Kaedah pembelajaran ini berperanan dalam pendidikan yang berkonsepkan pembelajaran berdikari (Independent learning). Melalui pembelajaran berasaskan ICT yang lebih bersifat terbuka dan kolobrasi, pelajar boleh mengakses pelajaran mereka semasa di rumah dan boleh berhubung sesama pelajar dan juga guru di luar waktu sekolah. Melalui kaedah ini juga guru dan pelajar dapat menjalankan aktiviti yang dicadangkan dengan berasaskan prosedur perlaksanaan aktiviti untuk guru dan juga prosedur untuk pelajar. Penilaian pembelajaran juga boleh dilaksanakan oleh guru mahupun murid melalui akses internet.

3.2

Kaedah komunikasi Selain itu, pengintegrasian ICT dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran juga

boleh dilaksanakan melalui komunikasi. Melalui kaedah ini, guru dan pelajar dapat menerima, menghantar dan berkongsi maklumat bahan pembelajaran Kimia tanpa mengira lokasi tempat yang berbeza dan juga tiada batasan waktu di mana guru dan pelajar boleh berinteraksi secara lebih berkesan. Ini kerana, sekiranya pelajar kurang memahami konsepkosep Kimia yang diterangkan semasa pembelajaran di kelas, pelajar boleh berinteraksi terus
5

SKP6024 Technology And Innovation In Teaching And Learning Chemistry

kepada guru melalui e-mail. Berbanding dengan pembelajaran tradisional, pelajar dan guru tidak dapat membincangkan sesuatu pelajaran dalam pada masa yang diinginkan guru atau pelajar kerana kedua-duanya mungkin disebabkan oleh masalah kekangan masa. Selain daripada perbincangan dua hala antara guru dan murid, perbincangan secara koperatif dan kolobrasi juga boleh dilakukan lebih daripada dua orang pelajar pada satu masa. Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau pasukan pelajar. Ia menggunakan strategi rangkaian komputer untuk menyiapkan tugasan yang bebas daripada kekangan masa, jarak dan tempat. Manakala menurut Nor Azian Ahmad
(2008), mendapati bahawa pembelajaran koperatif telah dapat meningkatkan motivasi

pelajar semasa belajar dan berbincang dengan lebih baik dan berupaya meningkatkan prestasi mereka secara bekerjasama dalam kumpulan. Hasil dari peningkatan motivasi yang ditunjukkan ia akan menyebabkan pelajar lebih berminat kepada perisian yang sedang dipelajari. Melalui pendekatan koperatif juga pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. 3.3 Kaedah penerokaan Kaedah pembelajaran melalui penerokaan boleh berlaku melalui penyediaan CDROM atau DVDROM yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran Kimia selain daripada menggunakan internet. Contohnya, dalam modul topik ikatan kimia yang disediakan oleh pelajar melalui perbentangan tugasan dan mempersembahkan hasil dapatan mereka melalui power point dapat menarik minat dan perhatian pelajar kerana mempelajari topik tersebut secara simulasi sekaligus dapat memotivasikan pelajar untuk memiliki kemahiran menggunakan ICT terutamanya dalam pembelajaran Kimia. Kaedah ini akan memberi
6

SKP6024 Technology And Innovation In Teaching And Learning Chemistry

kelebihan kepada pelajar supaya lebih aktif dan tidak berorientasikan guru. Guru boleh menerapkan teori pembelajaran konstruktif, pelbagai kecergasan dan sebagainya. Sungguhpun begitu, pemantauan daripada pihak guru juga adalah perlu bagi memastikan pelajar melaksanakan tugasan mereka dengan betul dan menepati matlamat pembelajaran dan juga menepati masa yang telah ditetapkan. Guru juga perlu menjelaskan kepada pelajar panduan penggunaan e-mail atau perisian secara efisien. Seperti mana pembelajaran dan pengajaran tradisional, penilaian hasil pembelajaran itu perlu bagi menilai tahap kemahiran dan pemahaman mereka dalam pembelajaran kimia yang telah diajar. Penilaian juga boleh dilaksanakan melalui ICT samada penilaian berbentuk penilaian formatif yang menguji tahap kemajuan pelajar atau penilaian sumatif yang menguji pencapaian pelajar. Teknologi dapat digunakan secara efektif dalam melaksanakan penilaian seperti penilaian atas talian (online), penilaian berasaskan portfolio (dalam bentuk bercetak atau elektronik), penilaian berasaskan kerja kursus dan ujian bertulis. Antara kelebihan ICT dalam penilaian ini ialah murid diberi lebih daripada satu percubaan,maklum balas penilaian secara serta-merta, membimbing dan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan untuk mengukuhkan konsep atau kemahiran dan kepelbagaian set ujianyang mudah didapati daripada bank soalan yang disediakan dalam pangkalan data.

4.0

Penutup Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang

baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal 60an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu
7

SKP6024 Technology And Innovation In Teaching And Learning Chemistry

tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran terutamanya Kimia. Konsep pembelajaran berasaskan peralatan teknologi komunikasi (ICT) khususnya internet di anggap semakin popular dan penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian seseorang pelajar di dalam pelajarannya di mana dalam kajian oleh Ting Kung Shiung dan Woo Yoke Ling (2005) menunjukkan stail pembelajaran pelajar banyak

mempengaruhi hasil pembelajaran. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aplikasi seperti internet dapat membantu pengurusan dan pembelajaran di dalam dan luar kelas yang secara langsung melibatkan pendidik, pelajar, ibu bapa dan ahli masyarakat yang prihatin. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan pelajar berinteraksi dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal, memudahkan kolaboratif dan perbandingan global dan membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan disebarkan melalui pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah aplikasi teknologi maklumat, komunikasi dan juga penerokaan.

SKP6024 Technology And Innovation In Teaching And Learning Chemistry

Rujukan Andy Borne. (2003). Computers and their future in education. Futurics, 27, 80-82. Brown, J.S. (1986). A Personal perspective on collaborative tools. Austin, Texas: Computer-supported Cooperative Work Conference. Disember 1985. Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2005). Kamus dewan (edisi keempat), Ampang, Selangor: Dawama Sdn, Bhd. Fufrell, P. G. (1995). Teachers, Computer and Curriculum-Microcomputers in the Classroom. Needhom Heghts: A Simon & Schuster Company. Laudon K.C. dan Laudon J.P. (1996). Management Information System. Edisi 4. New Jersey: Prentice Hall International. Merrill. (1992). Computer in education. Massachusettes Allyn and Bacon. Musa Abu Hassan (2002) Peranan dan Penggunaan ICT Dalam Pendidikan, Terbitan UPM Ng Wai Kong, (1999). ICT & pengajaran. http://www.ptpm.usm.my/ICT-BM(1).htm Nor Azian Ahmad (2008), Aplikasi kaedah pembelajaran dan pengajaran koperatif bagi tajuk ikatan kovalen tingkatan 4. (Disertasi Sarjana Pendidikan Kimia Universiti Pendidikan Sultan Idris Yang Tidak Diterbitkan). Ting Kung Shiung, Woo Yoke Ling (2005) Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran danPembelajaran di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional : Sikap Guru,Peranan ICT dan Kekakangan/Cabaran Penggunaan ICT, Seminar Pendidikan 2005, UTM Zalina Yahaya, (2002, 15 Julai). IT dan Komputer : Nadi Sekolah Bestari. Utusan Malaysia

Vous aimerez peut-être aussi