Vous êtes sur la page 1sur 22

AMALAN KITAR SEMULA DALAM KALANGAN MASYARAKAT : KAJIAN KES DI TANJONG MALIM BAB 1 PENGENALAN 1.

1 Pengenalan Kitar semula merupakan salah satu langkah yang dapat diambil untuk mengurangkan jumlah sampah. Masalah sampah yang semakin bertambah menyebabkan banyak kawasan pelupusan sampah dibuka. Di Malaysia, kebanyakan sisa pepejal akan dihantar ke kawasan tapak pelupusan sampah atau ke pusat insinerator (pembakaran). Terdapat 161 buah tapak pelupusan sisa pepejal di Semenanjung Malaysia. Sehingga tahun 2003, Johor mendahului negeri lain dalam jumlah pelupusan yang tinggi iatu sebanyak 26, Perak sebanyak 18 buah tapak diikuti Pahang dan Kelantan sebanyak 14 dan 12 buah berbanding negeri lain di Semenanjung Malaysia. Daripada 161 tapak ini, sebanyak 77 daripadanya merupakan tapak pembuangan sampah terbuka, 49 tapak pelupusan terkawal, 19 tapak mempunyai bund dan sisa pepejalnya dikambus setiap hari, 10 tapak mempunyai kemudahan paip pengumpulan leachate dan paip pengudaraan. Jumlah selebihnya mempunyai sistem rawatan leachate. Teknologi ini dikatakan mampu mengatasi masalah sampah yang semakin meruncing. Hal ini demikian kerana sistem berkenaan mampu membakar sampah dengan lebih cepat iaitu boleh membakar 99 peratus sisa pepejal menggunakan suhu yang tinggi. Kaedah ini juga dapat mengelakkan sebaran penyakit kerana mampu membakar kuman yang terdapat dalam sisa.

Walaubagaimanapun, teknologi ini memerlukan kos yang tinggi. Sebagai contohnya pusat

pembakaran mini (incinerator) di Langkawi memerlukan kos sebanayak RM 5.7 juta di samping masalah kesan pembakaran ke atas manusia dan alam sekitar (www.ikim.gov.my).

(a)

(b)

Rajah 1.1 (a) (b) : Model ringkas insinerator dan kaedah kambusan atau landfill Sumber : http://pkukmweb.ukm.my
1.2

Latar Belakang Kajian Dunia sekarang menghadapi masalah pencemaran persekitaran yang rumit. Tidak terkecuali Malaysia yang kini merupakan negara membangun juga mengalami masalah pencemaran persekitaran khususnya masalah sampah atau sisa pepejal. Bahan buangan pepejal domestik merupakan masalah utama yang dihadapi oleh majlis perbandaran di kawasan jajahannya. Kadar penghasilan sampah bagi setiap individu di bandar adalah sekurang-kurangnya 1.5 kilogram setiap hari berbanding kawasan luar bandar sebanyak 0.8 kilogram. Berdasarkan statistik ini, bandar-bandar besar di dalam negara menghasilkan sekurag-kurangnya 18 000 tan
2

metrik sampah sehari. Menurut kenyataan Dato Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, Pihak Kerajaan Tempatan (PBT) di Selangor membelanjakan hampir 40 peratus sumber kewangan PBT untuk memungut dan melupuskan sampah (Zaini Ujang, 2009). Jumlah sampah ini akan meningkat dari semasa ke semasa bergantung kepada jumlah penggunaan masyarakat di samping sikap mesyarakat itu sendiri. Situasi ini diburukkan lagi dengan bilangan tempat pelupusan sampah yang terhad berbanding dengan jumlah sampah yang semakin meningkat. Salah satu jalan penyelesaian yang diambil oleh pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah program kitar semula. Namun, program ini tidak mencapai matlamat yang diinginkan. 1.3 Objektif kajian Terdapat pelbagai cabaran dalam program kitar semula di Tanjong Malim. Kebanyakan program yang dijalankan hanya pada peringkat institusi pendidikan dan kadang-kadang melibatkan kawasan kediaman yang berdekatan. Program ini masih belum dijalankan secara besar-besaran yang melibatkan banyak pihak berganding bahu bagi menjayakan program kitar semula ini. Objektif kajian ini adalah untuk
(i) (ii)

Mengetahui amalan kitar semula di kalangan penduduk. Mengetahui kaitan antara gaya hidup dan amalan kitar semula. Mengenal pasti punca kurangkan kadar keterlibatan masyarakat dalam program kitar semula.

(iii)

(iv)

Mencadangkan langkah-langkah yang dapat diambil untuk meningkatkan kadar keterlibatan masyarakat dalam program kitar semula.

1.4 Pernyataan masalah (Persoalan kajian)


3

Masalah jumlah sampah yang semakin bertambah muncul apabila jumlah penduduk yang semakin meningkat di samping penawaran pelbagai jenis produk di pasaran yang kebanyakannya menggunakan pelbagai bahan seperti plastik dan kertas sebagai medium pembalut kepada bahan tersebut. Situasi ini diburukkan lagi dengan sikap mesyarakat yang sambil lewa dan tidak prihatin dengan alam sekitar. Kebanyakan sisa pepejal yang dihasilkan di Malaysia diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Salah satu langkah yang diambil oleh PBT untuk mengurangkan jumlah sampah di samping menjimatkan ekonomi adalah kitar semula. Walaupun pelbagai program kitar semula dijalankan, namun kebanyakan program yang dijalankan tidak mencapai matlamat yang diharapkan. Justeru, kajian ini dijalankan bagi melihat kelemahan yang timbul di samping cuba mencari jalan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kitar semula. Kitar semula penting kerana kebanyakan pusat pengumpulan sampah di Malaysia telah dipenuhi dan terdapat sesetengahnya telah ditutup. 1.5 Kepentingan Kajian Kajian ini penting untuk mengetahui amalan kitar semula di kalangan penduduk di Tanjong Malim. Walaupun terdapat banyak masalah yang timbul akibat daripada pengurusan sampah yang tidak efisyen, namun pihak masyarakat setempat seakan tidak mengambil peduli mengenai masalah ini. Kebanyakan masyarakat juga mengambil sikap tidak endah dan hanya menyerahkan masalah sampah dan pengurusannya kepada pihak kerajaan tempatan untuk menguruskannya. Walaupun program kitar semula ini telah 18 tahun dilancarkan iaitu pada tahun 1993, namun matlamat sebenar program ini masih belum tercapai. Program ini dilancarkan oleh
4

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk meminimumkan masalah sampah yang semakin bertambah. Program ini dilakukan secara besar-besaran merangkumi semua negeri di Malaysia. Program kitar semula yang seterusnya dijalankan pada tahun 2000 dan secara purata hasilnya tetap sama. Dalam hal ini, sikap masyarakat merupakan faktor utama kegagalan program kitar semula. Hal ini demikian kerana masyarakat Malaysia tidak menjadikan kitar semula sebagai sebahagian daripada hidup atau tabiat mereka (Mohd Hairy Ibrahim et al., 2006). 1.6 Skop dan batasan kajian Kajian yang dilakukan merangkumi penduduk di Tanjong Malim, Perak. Keluasan Tanjong Malim adalah 949.86 kilometer persegi dan mempunyai jumlah penduduk seramai 60 791 orang. Kajian ini terbatas di kawasan Pekan Tanjong Malim, Universiti Pendidikan Sultan Idris, dan Behrang 2020 yang dijadikan sampel kepada kawasan di daerah Tanjong malim. Pemilihan kawasan ini merujuk kepada kawasan tumpuan ramai iaitu pekan, institusi pendidikan dan juga kawasan perumahan yang dibangunkan secara terancang. Pemilihan kawasan yang pelbagai mewakili gaya hidup, situasi dan sikap masyarakat yang pelbagai. Selain itu, tahap pendidikan responden juga dititik beratkan yang mana responden akan terdiri daripada pelbagai tahap pendidikan seperti sekolah rendah, menengah, universiti dan juga penduduk sekitar kawasan tersebut.

BAB 2 ULASAN LITERATUR

2.1Pengenalan Bab ini akan menyentuh tentang kajian lepas mengenai definisi, komposisi bahan kitar semula, kitar semula di Malaysia dan kajian lain yang berkaitan dengan kitar semula. Hasil daripada kajian lepas ini akan diolah dan dianalisis untuk digunakan dalam kajian bagi mendapatkan hasil kajian mengenai amalan kitar semula. Bab ini juga dapat memberikan panduan kepada pengkaji tentang kajian yang sepatutnya dilakukan bagi mendapatkan hasil kajian yang baik. Selain itu, kajian literatur juga dapat membantu dengan membandingkan hasil kajian lepas dan dapat mengambil contoh-contoh yang terbaik di samping cuba untuk memperbaiki kekurangan yang terdapat dalam kajian lepas dan diaplikasikan dalam kajian yang dilakukan. 2.2 Definisi kitar semula Kitar semula merupakan proses memperoleh atau menjadikan sebahagian atau semua bahan daripada sampah untuk digunakan semula (http://www.kpkt.gov.my). Menurut Tapas K. Das (2005), kitar semula adalah proses industri secara kimia, mekanik dan biologi yang digunakan untuk menukarkan bahan buangan kepada recyclates, feedstock dan tenaga yang boleh digunakan semula. Selain itu, kitar semula juga dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu preconsumer dan postconsumer. Proses kitar semula preconsumer melibatkan bahan mentah, produk dan produk sampingan yang masih bole digunakan dengan melakukan proses asal pembuatannya. Kitar semula barang-barang postconsumer pula merujuk kepada barangan sasaran akhir yang akan mencapai penggunaan akhir dan telah diasingkan daripada sisa pepejal bandaran untuk tujuan kitar semula (Masters G.M, 1998). Walaupun kitar semula mempunyai pelbagai definisi, namun secara amnya, kebanyakan definisi tersebut akan

mengaitkan kitar semula dengan proses penghasilan bahan baru daripada bahan terbuang dan juga penggunaan semula bahan bagi tujuan yang berbeza. 2.3 Komposisi bahan yang boleh dikitar dan diguna semula Secara amnya, terma boleh dikitar semula merujuk kepada sifat atau ciri-ciri barang-barang yang boleh ditukar daripada satu barang kepada barang yang lain melalui proses, program, dan boleh dikumpul, diproses dan seterusnya menghasilkan bahan mentah atau produk (Muhamad Awang et. al, 1999). Menurut Tapas K. Das (2005), kitar semula bukan sekadar strategi pengurusan bahan buangan semata-mata, tetapi juga merupakan strategi penting untuk mengurangkan kesan alam sekitar akibat proses perindustrian. Secara amnya, komposisi bahan kitar semula dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.1 di sebelah.

Barang-barang yang boleh dikitar semula

Kertas

Kaca

Tekstil

Plastik
7

Konkrit dan runtuhan bangunan

Tayar

Loga m

Sisa Kumbahan Tidak mengandungi Ferum

Mengandungi Ferum

Rajah 2.1 : Komposisi bahan yang boleh dikitar semula Dipetik dan diubahsuai daripada Mc Daugall F. et al, 2001 2.4 Kitar semula di Malaysia Masalah sampah menjadi satu masalah yang besar dan serius apabila masyarakat dunia mula menjalankan proses pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai bidang. Pelbagai jenis pembalut yang dihasilkan seperti kaca, plastik dan aluminium di samping jumlah penduduk dunia yang semakin bertambah juga menyumbang kepada jumlah sampah yang bertambah. Situasi ini juga dikaitkan dengan kuasa membeli rakyat Malaysia yang semakin bertambah dan seterusnya menyumbang kepada pertambahan dalam jumlah sampah yang dihasilkan. Bagi mengatasi masalah ini, salah satu langkah yang diambil adalah program kitar semula. Program kitar semula biasanya dilakukan secara bersama dengan program penggunaan semula dan pengurangan yang lebih dikenali sebagai 3R (Reduce, Reuse. Recycle). Kitar semula merupakan aliran baru yang muncul bermula dengan penghijauan masyarakat pada tahun 1970-an dan mula dilupakan semula tahun 1990-an. Menurut Kamus Dewan (1996), sampah merujuk kepada benda-benda yang dibuang atau kotoran. Kerajaan Malaysia mula memberi tumpuan kepada masalah sisa pepejal yang semakin bertambah pada tahun 1985 (Nasir Nayan et al. 2006). Kempen kitar semula di Malaysia pula mula dilancarkan sejak tahun
8

1993 dan dilancarkan pada kali kedua iaitu pada tahun 2000. Hal ini demikian kerana kurangnya sambutan daripada masyarakat Malaysia tentang pentingnya kitar semula (http://www.mpkapar.com). Program kitar semula pada tahun 2000 ini dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan diadakan di Mid Valley. Program ini juga telah disertai oleh pelbagai pihak. Alternatif lain yang diambil oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah dengan mewujudkan Hari Kitar Semula Kebangsaan iaitu pada 11 November pada setiap tahun. Sehingga tahun 2009, terdapat sebanyak 165 buah syarikat kitar semula di Malaysia. Selain itu, terdapat sebanyak 2 470 buah tong kitar semula disediakan di samping 599 buah pusat pengumpulan bahan kitar semula (http://www.sisa.my). Kadar kitar semula di Malaysia masih lagi rendah iaitu berada pada tahap lima peratus. Tahap ini agak rendah dan jauh ketinggalan berbanding negara jiran seperti Singapura yang kadar kitar semulanya sebanyak 56 peratus, Filipina pada kadar 12 peratus dan Thailand sekurang-kurangnya 50 peratus pada tahun 2008 (http://www.topnews.in/ malaysia-bemoanslow-recycling-rate-2129412). Walaubagaimanapun, terdapat juga negara yang mempunyai kadar ekonomi yang rendah seperti India yang tahap kitar semulanya adalah sebanyak 15 peratus. Kebanyakan negara membangun mengitar sekurang-kurangnya 50 peratus daripada hasil bahan buangan pejalnya (http://risopaper.com/about.html). Menurut Zaini Ujang (2009), program kitar semula di Malaysia tidak menunjukkan hasil yang diharapkan. Beliau berpendapat kegagalan ini berpunca daripada tiga faktor iaitu dasar yang tidak proaktif untuk menjadikan kitar semula sebagai alternatif, kemudahan yang tidak mencukupi dan kesedaran awam yang rendah. Sehingga kini, proses kitar semula hanya banyak dijalankan oleh pihak swasta dengan harga yang amat murah. Keadaan ini tidak banyak membantu dalam
9

menggalakkan kitar semula di kalangan masyarakat. Situasi sebaliknya berlaku di kebanyakan negara maju yang akan menimbang jumlah sampah yang dihasilkan di sesebuah premis. Sebagai contohnya, sampah akan ditimbang di setiap premis dan jika melebihi had yang maksimum, bil akan diberikan. Misalnya, setiap premis hanya dibenarkan membuang sampah maksimum sebanyak dua plastik hitam dalam masa dua hari, tetapi sekiranya premis tersebut membuang sampah sebanyak empat plastik hitam, bil akan dikenakan ke atas dua plastik hitam yang lain. Selain itu, amalan yang dilakukan oleh kebanyakan pihak juga tidak selari dengan kempen kitar semula yang dilancarkan. Contohnya, penggunaan plastik di kedai-kedai runcit di samping botol air plastik yang digunakan ketika mesyuarat diadakan. Jadual 2.1 menunjukkan jumlah sisa buangan pepejal yang dihasilkan oleh penduduk Malaysia pada tahun 2002. Berdasarkan jadual tersebut, peratusan yang ditunjukaan masih lagi tinggi dan keadaan ini menggambarkan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang masih belum sedar mengenai kepentingan kitar semula walaupun pelbagai program kitar semula dijalankan.

Jadual 2.1 : Jumlah sisa buangan pepejal dalam peratus yang dihasilkan oleh masyarakat Malaysia pada tahun 2002. Komposisi sampah Sisa makanan Surat khabar Kepingan plastik Jumlah sampah (%) 54 4 12
10

Kaca Kertas Bahan bukan organik Bahan boleh bakar Bahan tidak boleh bakar Besi Jumlah Sumber : http://www.efka.utm.my 2.5 Kepentingan kitar semula 2.5.1 Terhadap manusia

2 9 6 4 6 3 100

Salah satu kepentingan kitar semula kepada manusia adalah penjimatan dari segi kos perbelanjaan. Situasi ini merujuk kepada kos yang diperlukan bagi menghasilkan produk yang sama daripada sumber asli adalah lebih tinggi berbanding dengan bahan yang dikitar semula. Bagi melakukan penilaian dari segi ekonomi, beberapa bahagian perlu dikaji. Antaranya adalah kos mengumpul, memproses dan harga pasaran barangan kitar semula. Sebagai contohnya, tenaga yang kurang diperlukan bagi menghasilkan kertas daripada bahan kitar semula berbanding menggunakan bahan asal sebanyak 70 peratus (http:// www. scribd. com/ doc/27650094/Recycling). Selain itu, kitar semula juga membolehkan tempat pengumpulan sampah secara kambusan atau landfilling dapat digunakan lebih lama. Seterusnya, kebanyakan kawasan di dalam negara Malaysia tidak sesuai untuk cara pelupusan sampah kambus kerana sebahagian besar kawasan merupakan kawasan tadahan air. Kitar semula juga dapat memelihara alam semula jadi untuk generasi yang akan datang. Keadaan ini hanya dapat berlaku sekiranya lebih banyak bahan dikitar semula berbanding dilupuskan di kawasan pelupusan dan memproses bahan asli untuk dijadikan produk baru (http://www.sisa.my).
11

2.5.2 Terhadap alam sekitar Penggunaan semula bahan terbuang untuk menghasilkan bahan keperluan lain secara tidak langsung akan mengurangkan penggunaan bahan asalnya. Situasi ini merujuk kepada penggunaan sumber yang boleh dioptimumkan seperti botol, logam dan kertas. Sebagai

contohnya adalah industri pemprosesan kertas. Melalui kitar semula, bahan-bahan yang terdiri daripada kertas akan diproses untuk menghasilkan bahan-bahan yang berasaskan kertas dan juga menjadi bahan mentah untuk penghasilan bahan yang lain. Keadaan ini seterusnya akan mengurangkan jumlah pokok yang dikorbankan untuk menghasilkan kertas. Banyak kawasan hutan dimusnahkan untuk mendapatkan bahan mentah. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan suhu bumi meningkat. Sekiranya kertas dapat dikitar semula secara maksimum, kita dapat mengurangkan 4 360 tan sampah sehari yang juga bersamaan 78 000 batang pokok (http://pmr.penerangan.gov.my). Selain itu, penghasilan gas metana dan air larut resap semasa proses pereputan sampah yang ditinggalkan khususnya di semasa proses penguraian akan menyebabkan sistem takungan air bawah tanah atau akuifer akan tercemar. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Seterusnya, bab 3 akan membincangkan kaedah kajian yang bakal digunakan oleh pengkaji bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian yang dilakukan. Metodologi juga merangkumi model teoretis yang akan digunakan oleh pengkaji dalam melakukan penyelidikan.

12

3.2 Kawasan kajian Kajian ini dilakukan di kawasan Tanjong Malim yang merupakan salah sebuah bandar yang terdapat di Perak. Tanjong Malim bersempadanan dengan Pahang dan juga Selangor. Daerah Tanjong Malim mula berkembang apabila pelbagai kegiatan ekonomi diperkenalkan. Kegiatan ekonomi ini merujuk kepada industri automobil, perladangan dan perkilangan. Di samping itu, pelbagai institusi juga didirikan seperti Politeknik Sultan Azlan Shah, Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), kilang kereta nasional (PROTON) dan juga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Perkembangan ini juga banyak menyumbang kepada pelbagai sektor ekonomi yang dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat sekitar kerana terdapatnya permintaan yang tinggi daripada pelajar dan pekerja sekitar. Situasi ini dapat diperhatikan apabila pelbagai kemudahan perniagaan disediakan seperti bangunan perniagaan dan pasar raya. Pengkaji memilih kawasan Tanjong Malim kerana ingin melihat amalan kitar semula di pelbagai jenis kawasan berbeza yang terdapat di Tanjong Malim seperti kawasan terancang di Behrang 2020, kawasan perindustrian di Bandar Proton dan pelajar di kawasan UPSI. 3.2.1 Jumlah penduduk Jumlah penduduk di Tanjong Malim adalah seramai 77 190 pada tahun 2006 dan unjurannya adalah sebanyak 140 789 orang pada tahun 2015. Jumlah ini dapat dipecahkan kepada beberapa kawasan seperti dalam rajah di bawah. Institusi UPSI Proton dan vendor Politeknik Penduduk tempatan (64 / km per sumber rsn) Jumlah penduduk 2006 12 000 2 000 2 099 60 791 Unjuran 2015 30 000 34 000 3 600 72 189
13

INSTUN dan lain-lain

300

1 000

Rajah 3.1 : Pecahan kawasan yang terdapat di daerah Tanjong Malim Sumber : www.mdtm.gov.my/ 3.2.2 Keluasan kawasan Bandar Tanjong Malim terletak bersempadanan dengan negeri Selangor. Selain itu, Bandar Tanjong Malim juga merupakan salah satu bandar yang terletak di dalam daerah Batang Padang. Keluasan Bandar Tanjong Malim adalah 949.86 km.

3.2.3 Lokasi

14

Rajah 3.2 : Peta kawasan Tanjong Malim Sumber : www.mdtm.gov.my/ 3.3 Keperluan data Kajian ini tertumpu pada amalan kitar semula di Tanjong Malim. Bagi melengkapkan kajian ini, beberapa data diperlukan. Antara data tersebut adalah data mengenai penyediaan kemudahan kitar semula, amalan kitar semula masyarakat sekitar, penyertaan pihak-pihak tertentu dan pelbagai lagi. Secara amnya, data terbahagi kepada dua iaitu data primer dan sekunder. 3.4 Kaedah pengumpulan data Dalam proses mengumpul data, beberapa data telah dipilih oleh pengkaji mengikut kesesuaian dengan kajian yang ingin dilakukan. Data adalah keterangan yang dijadikan bahan untuk

15

menguji sesuatu hipotesis (Ahmad Mahdzan Ayob, 2007). Antara teknik yang dipilih oleh pengkaji adalah seperti : 3.4.1 Data Primer Data primer merujuk kepada data yang diperolehi melalui tinjauan, soal-selidik dan juga temu bual. Melalui kaedah ini, banyak maklumat yang akan diperolehi oleh pengkaji. Hal ini demikian kerana pelbagai persoalan yang ingin diketahui oleh pengkaji dapat diutarakan dalam jumlah yang banyak di samping pelbagai maklumat yang berkaitan dapat diperolehi dalam jumlah yang banyak. Bagi tujuan kajian ini, pengkaji telah memilih beberapa teknik atau kaedah iaitu soal selidik dan temu bual. Penyelidik akan cuba mengumpul seberapa banyak maklumat yang boleh berkaitan dengan tajuk kajian.

i. Soal selidik Melalui soal selidik, pengkaji dapat mengetahui pelbagai maklumat mengenai amalan kitar semula di kalangan masyarakat. Selain itu, pendapat responden juga diambil kira yang mana beberapa soalan yang memerlukan pendapat responden juga diutarakan di samping responden bebas menyatakan pendapat masing-masing. Data-data yang diperolehi akan diproses dan dianalisis menggunakan komputer. Data yang diperolehi diproses dengan menggunakan program microsoft excell untuk menghasilkan graf. Hasil analisis akan diterjemahkan dalam bentuk graf berserta dengan keterangan untuk menjelaskan setiap maklumat yang diperolehi. Selain itu, teknik jadual juga digunakan untuk menjelaskan hasil analisis. Banyak kelebihan yang diperolehi oleh pengkaji dengan menggunakan teknik soal selidik. Antara kelebihannya adalah penyelidik dapat membuat
16

perbandingan antara seorang responden dengan responden yang lain dan juga antara kumpulan responden dengan yang lain. Kerja pengumpulan data lebih cepat dan mutu data yang tinggi juga dapat dikumpul. Selain itu, data yang diperolehi mudah diproses dengan bantuan komputer (Ahmad Mahdzan Ayob, 2007). ii. Temu bual Kaedah ini dipilih oleh pengkaji kerana pelbagai soalan yang berkaitan dengan kajian dapat diutarakan. Hal ini demikian kerana tidak semua soalan yang berkaitan dengan kajian dapat dinyatakan dalam soal selidik. Terdapat juga soalan-soalan sukar yang perlu ditanya secara terus melalui temu bual kerana jawapan yang bakal diperolehi akan lebih lengkap berbanding jawapan yang diperoleh melalui penulisan. Selain itu, pengkaji dapat bertanya secara terus sekiranya terdapat kemusykilan terhadap jawapan yang diberikan. Soalan yang diberikan juga tidak terhad tetapi bergantung pada masa dan keadaan responden. Selain itu, maklumat yang diberikan oleh responden boleh dipercayai kerana boleh disahkan secara terus oleh pengkaji melalui pemerhatian. Kawalan yang lebih rapi ke atas sampel yang ditinjau boleh dilakukan kerana sampel yang diambil mudah ditemui. Walaupun responden tidak dapat hadir pada kali pertama, pengkaji boleh membuat temu janji sekali lagi pada hari kedua dan seterusnya. 3.4.2 Data sekunder Data sekunder adalah data yang diperolehi melalui sumber bercetak, sama ada yang pernah diterbitkan (rasmi) atau tidak diterbitkan (tidak rasmi) (Ahmad Mahdzan Ayob, 2007). Data sekender ini meliputi jurnal, buku, penulisan ilmiah, keratan akhbar, risalah dan juga sumber internet yang memerlukan pembacaan yang banyak.
17

3.5 Kerangka persampelan Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan biasa dan persampelan kebarangkalian yang mana sampel dipilih secara rawak mudah dengan menggunakan borang kaji selidik. Responsden terdiri daripada pelajar UPSI yang menuntut dalam pelbagai semester dan kos, penduduk di kawasan Behrang 2020 dan Pekan Tanjong Malim. Namun, responden akan dipilih dalam jumlah jantina yang seimbang di samping jumlah responden mengikut kawasan juga seimbang. Jumlah responden adalah sebanyak 30 yang mana terdiri daripada 10 orang pelajar UPSI, 10 orang penduduk di Behrang 2020 dan 10 orang peniaga dan pembeli di Pekan Tanjong Malim. Kaedah persampelan secara rawak dipilih oleh pengkaji kerana mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan mempunyai kos yang rendah. 3.6 Pembentukan borang soal selidik Borang soal selidik yang dibina dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian A merangkumi latar belakang responden. Bahagian B pula mengandungi pelbagai soalan yang berkaitan dengan kitar semula manakala bahagian C mengandungi soalan berbentuk subjektif yang mempunyai soalan berkaitan dengan pendapat responden. Soalan yang dibina di bahagian B menggunakan kaeadah Skala Likert 5 poin. Kriteria Skala Likert bermula daripada 1 yang mewakili sangat tidak setuju, 2 mewakili tidak setuju, 3 merujuk kepada tidak pasti dan 4 adalah setuju dan 5 mewakili sangat setuju. 3.7 Kajian rintis Kajian rintis ini dilakukan sebelum borang soal selidik diedarkan. Hal ini demikian kerana soal selidik berkenaan perlu diuji terlebih dahulu supaya sesuai dengan kajian dan responden. Soalan-soalan yang tidak sesuai dengan kajian perlu diperbaiki atau dibuang daripada borang
18

soal selidik. Dalam pembinaan item soalan, mana-mana soalan yang lemah akan dibuang. Berdasarkan kajian ini, seramai 10 orang responden telah dipilih secara rawak yang terdiri daripada pelajar UPSI. 3.8 Teknik analisis data Teknik analisis data adalah penting untuk memproses dan menganalisis data yang telah diperolehi. Menurut Ahmad Mahdzan Ayob (2007), analisis bererti melakukan prosedur statistik terhadap data dan menjalankan ujian hipotesis yang telah diusulkan dalam metodologi. Analisis bertujuan untuk melaksanakan objektif penyelidikan. Bagi menganalisis amalan kitar semula di Tanjong Malim, pengkaji menggunakan teknik kuantitatif. Data kuantitatif yang diperolehi daripada soal selidik akan dianalisis menggunakan perisisan SPSS. Data yang diperolehi akan juga dianalisis dan akan dipersembahkan dalam bentuk graf dengan penggunakan perisisan Microsoft Window Excell. Penerangan akan diberikan pada setiap graf yang berkaitan. 3.9 Anggaran kos Pengkaji telah menganggarkan beberapa perkara yang dilakukan dan memerlukan kos. Walau bagaimanapun, kos ini bergantung kepada keperluan data dan juga cara pengendalian data. Dalam proses kajian ini, pengkaji memerlukan data primer dan juga data sekunder yang akan diperolehi daripada pelbagai sumber. Antara anggaran kos yang digunakan oleh pengkaji adalah seperti berikut : i) ii) Kos perjalanan untuk ke kawasan kitar semula Kos perjalanan untuk ke kawasan kajian
19

iii)

Kos percetakan

3.10 Rangka jadual kerja Penyelidikan akan bermula selepas tamat ujian semester sebelumnya. Selepas akhir semester, pengkaji akan berbincang dengan penyelia masing-masing berkenaan tajuk penyelidikan yang akan dijalankan pada semester yang akan datang. Rangka jadual kerja berfungsi sebagai panduan kepada pengkaji supaya dapat memberikan penumpuan masa yang seimbang untuk semua aktiviti dan lebih menepati masa yang telah dirangka.

20

Rangka jadual kerja penyelidikan

Minggu pembelajaran Bil Perkara Mengemaskini maklumat, objektif dan metodologi kajian Merangka soal selidik Pra ujian (pilot survey) Kerja lapangan (menjalankan soal selidik) Ujian literatur Menganalisis data Menulis draf laporan penyelidikan Pengubahsuaian dan pembetulan Laporan akhir penyelidikan M1 X M2 X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13 M14

1 2 3 4 5 6 7 8 9

21

3.11 Kesimpulan Kesimpulannya, metodologi yang dipilih adalah kaedah rawak mudah yang menggunakan kaedah soal selidik bagi mendapatkan data daripada responden. Selain itu, pelbagai maklumat berkaitan dengan kajian juga dipaparkan dengan lebih jelas seperti maklumat mengenai kawasan kajian, peta kawasan kajian, responden yang terlibat, kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data dan pelbagai lagi maklumat berkaitan yang diperlukan untuk melancarkan kajian yang dilakukan oleh pengkaji.

22

Vous aimerez peut-être aussi