Vous êtes sur la page 1sur 3

Edisi Jun 2010

ANTARA ADAB DAN BIADAB


YA RASULLULLAH, bukan kah engkau sudah mengajar kami? Ketika belajar di sekolah dahulu, kami diajar dalam subjek tasawwuf (akhlak), adab dan kini ia dinamakan Pendidikan Akhlak. Kami didedahkan dengan sifat yang mulia, tutur kata yang baik,niat yang benar agar menjadi penghayatan dalam hidup kami. guruguru kami tidak pula lokek memberikan nasihat walaupun diulang-ulang setiap hari. Perkataan akhlak yang mulia, hormat menghormati, sayangi saudara seislam dan manusia(umumnya). Selalulah ingatan itu menjadi panduan hingga kini. sebab kami tahu, bila perkataan yang buruk, sekali terlacur kata... tidak mungkin dapat ditarik balik. Ada satu pepatah bidalan: Lisan itu ibarat harimau. jika harimau itu dilepaskan maka tentu akan menerkam anda. tetapi jika anda ikat, harimau itu akan menjaga anda. guru mengajarkan kami bahawa Rasulullah adalah contoh yang terbaik dalam segenap perilakunya, perkataannya, diamnya malahan seluruh kehidupannya menceritakan keindahan akhlaknya yang agung. satu hadis yang menunjukkan ketinggian adab sopan didalam Islam: Ertinya: Dari Abu Hurairah radiyaLlahu anhu bahawa Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam bersabda Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudiannya, maka hendaklah ia muliakan tetamunya.(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim). Di dalam hadis ini Rasulullah menerangkan antara sifat yang menjadi adab sopan orang-orang yang beriman ialah berkata baik atau diam. Mengenai berkata baik atau diam Imam Syafie menerangkan : Makna hadis ini bahawa apabila seorang hendak berkata hendaklah ia berfikir . Bila ternyata tiada bahaya atasnya, berkatalah. Tetapi bila ternyata sebaliknya, diamlah.

Abu al Qasim al Qushairi berkata: Diam yang tepat pada waktunya adalah sifat orang-orang besar dan berkata pada waktunya adalah perkara yamg sangat mulia Lihatlah orang yang tidak berhati-hati dalam berkata lebih banyak mendatangkan sesal dan mungkin pula menyebabkan dosa. berapa banyak perkelahian, permusuhan yang timbul hanya kerana disebabkan perkataan. Berapa banyak pembunuhan, rumah tangga yang goyah kerana disebabkan lisan? Kadangkala ada perkataan mereka yang cerdik berkata kata dengan, tinggi ilmunya tetapi diselitkan dengan penghinaan, kuliah ilmu yang disertakan dengan kata kata yang merendah-rendahkan. Hingga sepatutnya majlis ilmu yang sepatutnya menjadi cahaya, menambahkan pengetahuan, menjadikan manusia semakin takut pada Allah, dihadiri juga oleh para malaikat hanya menyebabkan keras hati dan kesediahn kerana ruginya masa yang berlalu. Lalu ilmu itu juga dimuntahkan oleh hati. Bukankah setiap apa yang diperkatakan,

dituliskan tidak terlepas dari pandangan Allah? Terima kasih wahai guru, menelusur ilmu itu memang perlu kepada adab. Sudah ditunjukkan oleh Rasulullah bagaimana adab berbicara, sudah dicermati oleh mereka yang terdahulu hidup di kurun yang terbaik agar selalu menjaga apa yang ada di antara dua rongga mulut. Seorang ahli hikmah berkata: Jagalah lidahmu wahai manusia agar ia tidak menyegatmu, kerana ia adalah ular. Berapa ramai orang yang sudah berada di kubur-kuburan kerana akibat korban lidahnya. Sedangkan orang-orang yang berani pun takut berjumpa dengannya. Wahai diri, engkau juga mungkin selalu lupa. Lalu perhatikan kata-kata As Sirri as Saqathi : Siapa yang tidak mampu mendidik dirinya nescaya dia tidak akan mampu mendidik orang lain. Biarlah ilmu menjadikan engkau semakin takut kepada Allah, menjadikan engkau selalu berawasawas dalam berkata-kata. Lisan itu mudah sahaja menerkam dirimu semula akibat kelalaianmu menjaganya. Ya Allah... ampunkan dosaku kerana kelalaianku.......

Dipetik dari: ILU VIS ke 10

LA M edisi

Vous aimerez peut-être aussi