Vous êtes sur la page 1sur 26

Abdul Ghani Sani

Calon Ph.D. sambilan. Berdaftar pada 19 Jun 2003.


Monday, March 12, 2007

7. Tugasan Kata Tugas dalam Tatabahasa Dewan


------1. PENGENALAN KATA TUGAS (TATABAHASA DEWAN) EDISI BAHARU BAB 9 (237) Morfologi Bidang ilmu yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Sintaksis Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Kita juga dapat memahami bidang sintaksis sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

Kata Tugas

Pendahuluan Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat, baik predikat frasa nama, predikat frasa kerja, mahupun predikat frasa adjektif. Kata-kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain. Berdasarkan tugas-tugas yang disebutkan di atas, maka kata tugas dapat dijeniskan kepada jenis-jenis yang berikut: kata hubung kata seru kata tanya kata kata kata kata kata kata kata kata kata kata kata kata kata perintah pangkal ayat Bantu penguat penegas nafi pemeri sendi nama pembenar arah bilangan penekan pembenda

Kelompok Dasar Kata Tugas Untuk memudahkan penghuraian, bolehlah dikelompokkan 16 jenis kata tugas ini ke dalam 4 kelompok, berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, sebagai yang berikut: i. kata penyambung ayat ii. kata praklausa iii. kata prafrasa iv. kata pascakata

Tiap-tiap kelompok mengandungi jenis-jenis kata tugas tertentu seperti yang berikut: Kata penyambung ayat, yang terdiri daripada satu jenis kata tugas, iaitu kata hubung. Kata hubung terdiri daripada 2 jenis: kata hubung gabungan kata hubung pancangan a. keterangan b. komplemen c. relatif Kata praklausa 1. 2. 3. 4. 5. kata kata kata kata kata seru tanya perintah pembenar pangkal ayat

Kata prafrasa 1. kata Bantu 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. kata kata kata kata kata kata kata penguat penegas nafi pemeri sendi nama arah bilangan

Kata pascakata 1. kata penekan 2. kata pembenda Kata Penyambung Ayat Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi

satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk gabungan dihubungkan dengan kata hubung gabungan, manakala ayat majmuk pancangan dihubungkan dengan kata hubung pancangan. Keterangan lebih lanjut tentang ayat majmuk dan jenis-jenisnya terdapat dalam Bab18. Kata hubung gabungan Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbantuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan. Berikut diberi beberapa contoh kata hubung gabungan: dan lalu atau malahan tetapi sambil serta kemudian Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain. tetamu itu bangun lalu turun ke Serambi mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak Bukan Ali sahaja yang pemurah malahan anaknya juga dermawan. Ahmad lulus ujian itu tetapi adiknya gagal. Ia berkata-kata sambil merenung wajah temannya. walita itu memeluk anaknya serta membelai rambutnya Sampah itu dipungutnya kemudian dicampakkannya ke dalam tong sampah. Dia mengambil surat itu lalu menyerahkannya kepada Ahmad. Ahli politik itu berpidato sambil menepuk-nepuk dadanya.

Kata hubung pancangan Kata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa-klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: i. kata hubung pancangan relatif ii. kata hubung pancangan komplemen iii. kata hubung pancangan keterangan i. Kata hubung pancangan relatif Kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah kata yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung jenis ini ialah yang. Beberapa contoh ayat yang mempunyai kata relatif adalah seperti yang berikut: 11. Pemuda yang kena tangkap itu telah diberi amaran. 12. Budak yang sedang membaca itu adik saya. 13. Buku yang dibeli Ahmad itu buku sejarah. 14. Mereka menonton drama yang disukai ramai. 15. 16. 17. 18. 19. 20. Saya membeli baju yang berwarna hijau. Ali memanggil kanak-kanak yang sedang bermain itu. Ibu menghalau kucing yang mencuri ikan tadi. Alia menangis mendengar cerita yang sedih itu. Mak Minah yang berjaja kain itu jiran saya. Bangunan yang sedang dibina itu kepunyaan syarikat kami.

ii. Kata hubung pancangan komplemen Kata hubung pancangan komplemen, ringkasnya kata komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua contoh kata complement yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 21. Guru itu menyatakan bahawa murisnya sangat rajin. 22. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar. 23. Ibu itu memberitahu bahawa anaknya akan pulang esok.

24. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar. 25. Sungguh mustahil untuk banduan itu melepaskan diri. 26. Kami tidak menyedari bahawa mereka bukan ahli persatuan. 27. Pegawai-pegawai itu beranggapan bahawa mutu kerja perlu ditingkatkan. 28. Kita harus sentiasa ingat bahawa hidup di dunia ini sementara sahaja. iii. Kata hubung pancangan keterangan Kata hubung pancangan keterangan, ringkasnya kata keterangan, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Beberapa contoh kata keterangan adalah seperti yang berikut: kerana agar meskipun sekiranya semoga supaya kalau andaikata kendatipun hingga jika(lau) semasa sementara setelah sewaktu ketika tatkala untuk walaupun sungguhpun apabila Contoh penggunaannya dalam ayat: 29. Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja. 30. Pertunjukkan itu akan ditangguhkan sekirannya tiada sambutan. 31. Kalau musuh menyerang kami akan melawan.

32. Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya. 33. Sementara menanti padi masak petani itu menanam jagung. 34. Pencuri memasuki rumah itu ketika penghuninya sedang nyenyak tidur. 35. Walaupun kurang sihat, dia tetap menghadiri majlis usrah itu. 36. Pertahanan negara perlu diperkuat agar keamanan sentiasa terjamin. 37. Orang tua itu berdoa semoga keluarganya sentiasa sihat. 38. Kami akan merayu andai kata permohonan itu ditolak. 39. Pekerja-pekerja itu akan mogok jikalau perundingan gagal. 40. Penonton bersurai setelah permainan selesai. 41. Tatkala hujan turun mereka masih di sawah. 42. Sungguhpun letih pemain handal itu terus bermain juga. 43. Meskipun hari sudah lewat Ali belum pulang juga. 44. Murid itu belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam peperiksaan. 45. Usah kita bercakap kasar terhadapnya, kendatipun ia seorang yang sombong. 46. Semasa kami tiba mereka tiada di rumah. 47. Sewaktu polis membuat pemeriksaan barang itu tiada padanya. 48. Nira dapat dikumpul untuk dibuat manisan atau tuak. 49. Apabila senja tiba kelawar berterbangan keluar mencari makanan. Beberapa contoh penggunaan Kata Hubung hingga dan kerana dalam ayat konkordens dalam teks Hikayat Abdullah 1. a akan dia pada siang malam; ***hingga*** sampailah kepada waktu perja 2. gajar akan Tuan Thomsen itu, ***hingga*** sampai beberapa lamanya, ada 3. di batu itu, Wallahu a`lam. ***Hingga*** sampailah tinggal batu itu k 4. h yang tersangkut dalam hati ***hingga*** sampai sekarang ini. Maka ba 5. aku pulang balik ke Melaka, ***hingga*** sampailah kepada suatu tahun 1. kepada tuan paderi Thomsen, ***kerana*** adalah halku pada ketika itu 2. anjutkan akan perkataan ini, ***kerana*** bukannya hajatku

mengarang y 3. ang yang ada beranak banyak; ***kerana*** demikianlah diperbuat oleh o 4. ayar pergi berniaga ke Siak, ***kerana*** perniagaan terbuka dalam neg 5. b dipanggilnya demikian itu, ***kerana*** tiga belas tahun umur nenekk 6. main barang ke mana sukaku; ***kerana*** adalah pada masa itu kesukaa 8. entur akan dia, ia mengikut, ***kerana*** ia lagi lembut. Maka apabila 9. araku Muhammad Latif itulah, ***kerana*** ia lah yang banyak memukul d 10. alah bolah didakwa akan dia, ***kerana*** ia mengajar baik. Sebag 11. ga-bunga dan gambar- gambar, ***kerana*** pada masa itu aku biasakan t 12. uratnya, iaitu bahasa Hindu, ***kerana*** adalah adat dalam bahasa neg 13. rang tua-tua kampung sahaja; ***kerana*** adalah pada tiap-tiap kampun 14. gkau biasakan menulis malam, ***kerana*** nanti lekas rosak mata; dan 15. takut barangkali ada salah, ***kerana*** belum pernah- pernah aku mem 16. an bahawa aku memuji diriku. ***Kerana*** berfikirlah tuan-tuan, maka 17. atut belajarkan bahasa Arab, ***kerana*** ia itu yang berguna kepada a 18. ang-orang yang tersebut itu, ***kerana*** lebihlah pengetahuan dan pen 19. u tiadalah terbilang adanya, ***kerana*** tiada mengetahui hukumnya, a 20. "Apakah gunanya dipelajari, ***kerana*** ia itu bahasa kita; lagipun 21. ka mereka itu demikian, oleh ***kerana*** kukuhnya kota itu, serta den 22. escaya banyaklah orang mati; ***kerana*** ada beberapa banyak jin syai 23. oleh Inggeris akan kota itu, ***kerana*** teguhnya. Dan lagi oleh

seba 24. nya. Maka apalah boleh buat? ***Kerana*** dengan taksirnya sendiri ia 25. gaimanakah perbuatannya itu, ***kerana*** seumur hidup orang Melaka be 26. masa kepada suatu masa. $$54 ***Kerana*** kebesaran dan kemuliaan duni 27. nakan oleh bangsa lain-lain, ***kerana*** pada sangkanya demikianlah k 28. mendengar perkataannya itu, ***kerana*** berlainan tabiatnya itu dari 29. a dengan bijaksananya. ***Kerana*** kecuali kebanyakan kulihat o 30. at yang akan dikirimkan itu; ***kerana*** ini pekerjaan mahu lekas, ti 31. angan rupanya dan pakaiannya ***kerana*** namanya begitu masyhur. Maka 32. itu takjublah sangat hariku, ***kerana*** kusangkakan bagaimanakah rup 33. ada ia pun dibunuh hukumnya. ***Kerana*** sekali-kali tiada diluluskan 34. sebab mendengar khabar itu, ***kerana*** lagi se-Jumaat sahaja semua 35. sahaya hendak bercakap tuan, ***kerana*** takut ada orang Holanda puny 36. rapakah mati sahaya tak tahu ***kerana*** gelap sangat." Maka adapun t 37. k disuruhnya baca surat itu, ***kerana*** ia mengetahui bahasa Jawa. M 38. hendak dipukulnya akan dia, ***kerana*** pada ketika itu aku ada meng 39. `Mari kita singgah di Jambi; ***kerana*** angin $$88 ini terlalu kenca 40. Sekarang bagaimana bicaramu? ***Kerana*** kita tiada boleh menyampaika 41. ayarkan bersungguh- sungguh? ***Kerana*** ini ketika bukannya musim an 42. rik nafas sebentar-sebentar; ***kerana*** pada hari itu ia hendak memu

43. ar, engkau pergi naik lekas, ***kerana*** pukul empat dia mahu belayar 44. esar kepada Tuan Lord Minto, ***kerana*** ia sudah mengaku, mengatakan 45. udiannya yang tiada berguna. ***Kerana*** telah diketahuinya tabiat ma 46. annya dari sebab mati, tuan, ***kerana*** ia lagi budak-budak, belum b 47. dak belajar bahasa Inggeris, ***kerana*** belum lagi ada tempat belaja 48. tau bertutur Inggeris betul, ***kerana*** tiada yang belajar. Sya 49. halnya paderi Inggeris itu, ***kerana*** belum pernah aku melihat dan 50. bersalahan noktahnya sahaja. ***Kerana*** $$96 dalam surat-surat Melay 51. Sudah terang lagi bersuluh. ***Kerana*** kecuali sepuluh kulihat bany 52. ya, "Apa buat belajar, tuan, ***kerana*** sahaya sendiri punya bahasa, 53. kalian itu tiada kuendahkan, ***kerana*** kuketahui ia itu orang bodoh 54. lidahnya, lagi lambat dapat, ***kerana*** ia susah menyebut perkataann 55. ah dipakai tanda itu ***kerana*** demikianlah hukumnya dalam h 56. ian. Maka tiadalah aku mahu, ***kerana*** bersalahan dengan pelajarank 57. penanggalan akan darah itu, ***kerana*** penanggalan itu konon takut 58. angkali tersangkut perutnya. ***Kerana*** ada ceritanya, datang penang 59. barang tempat atau tempayan, ***kerana*** ia itu gunanya merendamkan p 60. a perkara yang tersebut itu. ***Kerana*** asalnya pekerjaan itu semuan 61. a kehilangan tongkat adanya. ***Kerana*** adalah telah beberapa lamany 62. ma hukumnya menduakan Allah. ***Kerana*** sekali-kali tiada yang lain

63. atau di $$116 Tanah Keling. ***Kerana*** kuketahui yang demikian itu 64. ebutkan nama-nama kitab itu, ***kerana*** melanjutkan pekerjaan adanya 65. anya. Tiadalah berdaya lagi, ***kerana*** tiada lulus kehendaknya. Dan 66. erlebih bapaku membelanjakan ***kerana*** bersuka hatinya anaknya seor 67. ukannya seperti dahulu lagi, ***kerana*** pulang pula kepada adat yang 68. sekaliannya itu kutegurkan, ***kerana*** menurut jalan bahasa Inggeri 69. engerti salinan Holanda itu, ***kerana*** bukannya aturan bahasa Melay 70. t yang patut ada ditiadakan. ***Kerana*** masing-masing kecualinya gur 71. Apakah kelak fikiran orang? ***Kerana*** kitab itu tempat orang Maseh 72. Maka dalam fahamku demikian, ***kerana*** belum pernah aku mendengar d 73. mengambil negeri Melaka itu. ***Kerana*** pada sangka mereka itu boleh 74. a yang ada dalam Melaka itu. ***Kerana*** mereka itu menempelak aku se 75. nda alangkah banyak gunanya? ***Kerana*** banyak Holanda itu hendak be 76. endak belajar bahasa Melayu, ***kerana*** selama-lamanya negeri ini na 77. mana patut sampai ia datang. ***Kerana*** pada masa itu ia pergi ke Ac 78. endak dilantikkan Bendahara, ***kerana*** keduanya itu sama putera mar 79. u bernama Pancuran Larangan, ***kerana*** ia itu tempat segala gundik 80. sekalian tiada berani naik, ***kerana*** banyak puakanya. Kerana seha 81. hentilah daripada berteriak, ***kerana*** sakit kena sengat lipan itu 82. binatang dihisapnya darahnya ***kerana*** ia segera hendak

menjadi ula 83. eri itu, tiada akan menjadi. ***Kerana*** bukannya sedikit-sedikit bel 84. eminta daripada tuan dahulu, ***kerana*** ia pekerjaan besar adanya." 85. nta silakan Tengku ke Selat, ***kerana*** hendak diangkat oleh mereka 86. jalan dari tepi laut sahaja; ***kerana*** takut berjalan di hutan dara 87. a waktu itu terlalulah jinak ***kerana*** belum pernah dikail orang se 88. il dan memakai kolek sahaja, ***kerana*** belum pernah ia melihat oran 89. r Inggeris yang ada di sini. ***Kerana*** segala bangsa sebelah sini s 90. lalu susah di seberang sini, ***kerana*** semuanya tanah lumpur, dan l 91. a, asal boleh segera terang, ***kerana*** semuanya itu lagi hutan bela 92. tong tanah di Kampung Gelam, ***kerana*** kemudian nanti menjadi kampu 93. tiadalah dapat dibaca orang, ***kerana*** sudah bekas haus dimakan air 94. , tetapi tiada dapat dibaca, ***kerana*** oleh tersangat lama, tenggel 95. sempit, tiada boleh selesa, ***kerana*** diapit orang kiri-kanan. Lag 96. mpuan hendak berjalan-jalan, ***kerana*** tempat ini di tengahtengah 97. a, istimewa bangsa Inggeris. ***Kerana*** terlalu banyak bencana yang 98. n kepada orang-orang Melaka, ***kerana*** seumur hidup mereka itu dala 99. n orang memakai senjata itu, ***kerana*** adalah beberapa banyak kebaj 100. yu dengan tiada suka belajar ***kerana*** sementara dia lagi kecil ini 101. fles di rumah Tuan Farquhar, ***kerana*** itu hari ada bicara orang $$ 102. anya diketahui sekalian itu? ***Kerana*** ia itu berguna dalam

dunia y 103. an itu meninggalkan akhtiar, ***kerana*** adalah tersebut dalam bebera 104. oleh belajar dengan mudahnya ***kerana*** dengan bahasanya sendiri. Ak 105. pa, boleh cuma-cuma belajar. ***Kerana*** makin lama kelak makin ramai 106. beri lebih daripada sahaya, ***kerana*** pekerjaan ini berguna kepada 107. ihan barang sedikit jua pun, ***kerana*** kulihat apabila budakbudak 108. gan ayam jantan itulah juga, ***kerana*** itulah yang telah dipandangn 109. pada sebulan sepuluh ringgit ***kerana*** pada masa itu kebanyakan ora 110. bukannya seperti zaman ini, ***kerana*** pada masa itu jikalau ada ba 111. uklah ia dengan dukacitanya, ***kerana*** serinya telah tiada. Adapun 112. h dapat begitu punya untung, ***kerana*** ia itu kepala doktor, ia dat 113. menyamun dan membunuh orang ***kerana*** hampir- hampir semuanya mere

KATA TUGAS (TATABAHASA BAHASA MELAYU) MORFOLOGI DAN SINTAKSIS (AH) 203

KATA TUGAS Pendahuluan Kebanyakan perkataan mempunyai makna. Perkataan-perkataan kata

nama, kata kerja dan kata sifat, semuanya mempunyai makna. Tetapi, ada perkataan tidak mempunyai makna. Perkataan-perkataan itu hanya mempunyai tugas. Oleh yang demikian perkataan-perkataan itu disebut kata tugas. Walaupun kata tugas tidak mempunyai makna, tetapi perkataan-perkataan itu penting kerana tugas-tugas yang dimainkan olehnya dalah mustahak. Jenis-jenis Kata Tugas Kata tugas terdiri daripada 14 jenis iaitu: Kata sendi Kata hubung Kata arah Kata Kata Kata Kata Kata Kata Kata Kata pemeri Bantu penguat penegas nafi tanya perintah pembenar

Kata bilangan Kata seru Kata pengkal ayat Kata Hubung Ada satu lagi jenis kata tugas yang selalu dikelirukan dengan kata sendi. Kata tugas itu ialah kata hubung. Kata sendi dan kata hubung berlainan. Kata sendi digunakan dalam frasa tetapi kata hubung digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan, frasa dengan frasa, klausa dengan klausa, ataupun ayat dengan ayat. Kata hubung dalam bahasa Melayu boleh jadi dalam bentuk akar ataupun terbitan. Kata hubung berbentuk akar ialah: dan

kalau hingga dengan lalu yang jika atau kerana kemudian sambil agar walau serta supaya demi demikian ketika walhal Kata hubung bentuk terbitan ialah: setelah walaupun andaikata semoga kendatipun jikalau sekiranya sungguhpun pada hal semasa meskipun sedangkan sementara sewaktu bagaimanapun sekalipun seketika

itupun sesungguhnya sayugianya mahupun seandainya mudah-mudahan malahan seharusnya sebaiknya moga-moga 1.1 Pendahuluan Mengkaji dan membincangkan berkenaan Tatabahasa Melayu sudah sekian lama dijalankan oleh para sarjana bahasa kita. Bermula dengan Zaba, lahirlah beberapa tokoh penting dalam perkembangan kajian tatabahasa Melayu seperti Asmah Hj. Omar, Abdullah Hassan, Nik Safiah Karim, Siti Hajar Abdul Aziz dan beberapa yang lain untuk menghasilkan beberapa buku tatabahasa sebagai panduan dan perbandingan yang akan menjadi sandaran kepada semua peringkat institusi pendidikan di negara kita. Pada masa kini, sarjana-sarjana bahasa seperti Asmah, Abdullah dan Nik safiah masih hangat memperluaskan bidang kaijan tatabahasa melayu yang lebih tuntas dan mampu dikembangkan berlandaskan rumus-rumus tatabahasa mengikut keperluan kepada bidang pendidikan bahasa. Kajian tatabahasa Melayu sentiasa menjadi tumpuan terutamanya kepada pengguna-pengguna bahasa Melayu di semua peringkat pengajian mahupun di sekolah rengah ataupun hingga ke peringkat universiti. Kajian yang akan dijalankan berhubung dengan Sendi Kata/Kata Hubung yang termasuk dalam penggolongan Kata Tugas. Dalam beberapa buku yang telah dihasilkan oleh ahli bahasa, telah membincangkan berkenaan sendi kata/kata hubung yang hadir dalam ayat, di mana keutamaannya mempunyai fungsi yang amat penting dan hadir untuk menghubungkan frasa dengan frasa ataupun ayat dengan ayat terutamanya dalam kajian sintaksis. Pada dasarnya, kajian ini adalah untuk menghuraikan fungsi sendi kata dalam golongan kata tugas secara tuntas menggunakan beberapa kaedah

seperti deskripsi struktur bersandarkan data korpus bercetak dan digital. Hasil daripada kajian ini akan dapat memperkemaskan lagi kajian-kajian awal yang telah dibuat oleh sarjana-sarjana bahasa tersohor.

1.2 Penyataan Masalah Para sarjana bahasa mempunyai pandangan yang agak sama mengenai penggunaan kata tugas dalam pembentukan ayat. Buku Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. Omar menyatakan bahawa kata partikel (kata tugas) tidak mempunyai makna atau berdiri sendiri tetapi mempunyai fungsi yang amat penting dalam sesuatu ayat. Abdullah Hasan dalam bukunya Tatabahasa Melayu, menyatakan bahawa kata tugas tidak mempunyai makna tetapi mempunyai tugas tertentu mengikut keperluan sesuatu ayat. Ini nyata dibincangkan dalam bukunya dan membahagikan kata tugas kepada 14 kata lain mengikut penggunaannya dalam sesuatu ayat. Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah Karim membahagikan 16 kata tugas yang berfungsi mengikut keperluan ayat tersebut.

1.3 Tujuan Kajian Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mencapai perkara-perkara seperti berikut; mengenal pasti benuk-bentuk sendi kata dalam kata tugas berdasarkan tinjauan korpus bercetak dan digital. mengenal pasti fungsi sendi kata dalam struktur sintaksis. menghasilkan deskripsi sendi kata yang lebih lengkap. melihat implikasi kajian ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di semua peringkat institusi pendidikan. mencadangkan satu modul pengajaran sendi kata yang sesuai berdasarkan standardisasi yang dibuat.

1.4 Kepentingan Kajian Kajian yang dibuat ini diharap memberi sumbangan kepada bidang ilmu bahasa khususnya yang berkaitan dengan penghuraian sendi kata dalam

kata tugas bahasa melayu. Hasil daripada kajian ini diharap dapat memenuhi dan melengkapkan tatabahasa melayu dengan cara mengenal pasti semua sendi kata (kata tugas) dalam bahasa melayu serta menjelaskan fungsi-fungsinya dalam kajian sintaksis. Selain daripada itu, kajian ini akan mencadangkan strategi pengajaran sendi kata (kata tugas) yang lebih efektif seterusnya dapat menyumbang kepada kajian tentang faedah dan prinsip pengajaran dan pembelajaran tatabahasa melayu. Secara khususnya, kajian ini akan dapat memberi menafaat kepada pengguna bahasa melayu secara umumnya. Bagi guru-guru bahasa malayu, kajian ini diharap dapat membantu mereka menjelaskan dan menerangkan fungsi penggunaan sendi kata yang sesuai dan lebih efektif agar mudah difahami oleh pelajar. Bagi penggubal kurikulum pula diharapkan kajian ini mampu memberi panduan yang jelas dan membantu mereka menentukan hala tuju pendidikan bahasa melayu yang berkaitan dengan penggunaan seni kata (kata tugas) tatabahasa melayu secara jitu dan seterusnya memberi menafaat terhadap kepentingannya. Pada keseluruhannya, kajian ini diharap dapat menjadi satu landasan dan panduan untuk kajian-kajian akan datang, sama ada ingin menambah atau meluaskan kajian kepada aspek-aspek nahu yang lain.

1.5 Batasan Kajian Kajian ini dibataskan pada beberapa aspek seperti: a) bahan yang dikaji ialah berdasarkan data korpus daripada akhbar terpilih, bahan klasik dan moden, sama ada yang bercetak ataupun berbentuk digital. b) aspek yang dikaji hanya memfokuskan kepada sendi kata dalam penggolongan kata tugas sahaja dan difokuskan kepada bentuk-bentuk tunggal, terbitan dan gabungan yang terdiri daripada 143 sendi kata semuanya. c) pendekatan yang digunakan bagi melaksanakan kajian sendi kata lebih tertumpu kepada kaedah deskripsi struktur yang menggunakan data korpus sebagai bahan kajian. 1.6 Definisi

1.6.1 Sendi Kata Kajian terhadap sendi kata berkait rapat dengan penggolongan kata tugas yang diwakili oleh kata sendi atau kata hubung, khususnya perkataanperkataan yang menerangkan semua jenis kata kecuali kata nama. Menurut Zaba (2002) dalam buku pelita bahasa, menerangkan bahawa sendi kata adalah perkataan yang berfungsi untuk menerangkan perkataan-perkataan lain selain daripada kata nama. Menurut beliau juga sendi kata juga disebut sebagai kata penghubung atau kata sambung di mana perkataan yang digunakan untuk menghubung atau menyambung perkataan yang setaraf, kata dengan kata/frasa, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat. Zaba membahagikan sendi kata kepada dua iaitu sendi kata penambah dan sendi kata penambat yang mempunyai fungsi yang berlainan. Asmah dalam bukunya Nahu Melayu Mutakhir menyatakan sendi kata sebagai kata partikal dan kata penghubung iaitu kata yang tidak dapat berdiri sendiri sebagai ayat minimal tanpa bantuan perkataan lain. Beliau menyatakan bahawa kata partikal mempunyai sifat yang terikat, seperti halnya dengan morfem terikat. Bezanya partikal dengan morfem terikat ialah partikel merupakan unsur frasa dan oleh kerana itu bertaraf kata, sedangkan morfem terikat adalah unsur kata dan dari itu bertaraf morfem. Partikal merupakan kata struktural, yakni kata yang hanya dapat berfungsi dan mempunyai makna dalam struktur tertentu. Partikal boleh merupakan partikal tunggal atau partikal majmuk. Partikal tunggal adalah partikal yang terdiri daripada satu perkataan sahaja, sedangkan partikal majmuk adalah partikal yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih, misalnya daripada, kepada, sama ada, bagaimana, sungguhpun, dan sebagainya. Buku Tatabahasa Dinamika dan Tatabahasa Bahasa Melayu (morfologi dan sintaksis) yang ditulis oleh Abdullah menerangkan bahawa semua perkataan mempunyai makna seperti kata nama, kata kerja san kata sifat, tetapi ada perkataan yang tidak mempunyai makna. Walaupun ini tidak mempunyai makna tetapi perkataan-perkataan ini penting kerana tugas-tugas yang dimainkannya adalah mustahak. Perkataan-perkataan itu hanya mempunyai tugas dalam pembentukan sesuatu ayat. Beliau

menyatakan terdapat 144 kata sendi yang terdiri daripada kata akar, kata terbitan, dan kata majmuk. Dalam buku Tatabahasa Dewan edisi baharu oleh Nik Safiah dan rakanrakannya mengatakan bahawa kehadiran kata sendi daripada golongan kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat, baik predikat frasa nama, predikat frasa kerja, mahupun predikat frasa adjektif. Kata-kata ini ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu.

2.0 LITERATUR BERKAITAN 2.1 Tatabahasa Deskriptif dan Tatabahasa Melayu Siti Hajar dalam bukunya tatabahasa Bahasa Malayu (perkataan), mengatakan tatabahasa termasuk dalam bidang linguistik deskriptif, iaitu bidang yang menghuraikan bahasa mengikut cara-cara saintifik. Bidang yang termasuk dalam kajian ini ialah fonologi, morfologi dan sintaksis. Kesemua bidang ini dikaji secara saintifik dan kemudian dibuat peraturanperaturan tertentu yang merupakan peraturan khusus atau undangundang bahasa itu. Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa secara am. Bidang ini disebut juga sebagai fonetik. Terdapat perbezaan antara bidang fonetik dan fonologi. Bidang fonetik menumpukan kajian pada aspekaspek bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Tetapi bidang fonologi mengkaji system-sistem bunyi pertuturan tertentu bagi sesuatu bahasa. Dengan perkataan lain, fonetik melibatkan pengumpulan keteranganketerangan tentang bunyi-bunyi bahasa dari segi sifat-sifat fisiologi dan fizikal, semantara fonologi menggunakan kriteria-kriteria linguistik untuk pembahagian dan penjenisan bahan-bahan yang diambil dalam bidang fonetik. Bidang fonologi berfungsi untuk merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan dengan teliti segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk mendapatkan peraturan dan bunyi yang tertentu. Bidang fonetik tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia, menghalusi variasi-variasinya, serta menghuraikan sistem bunyi semua

bahasa yang dituturkan oleh manusia Morfologi ialah satu bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya. Morfologi mengkaji struktur gramatikal perkataan, iaitu kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata. Dengan perkataann lain, morfologi mengkaji selok-belok kata dan fungsi gramatik atau makna perubahan bentuk kata itu. Misalnya, dalam bahasa melayu ada perkataan rumah yang dapat menerbitkan perkataan-perkataan lain seperti ke rumah, perumah, rumah-rumah, rumah tangga dan rumah kongsi. Setiap contoh tersebut mempunyai makna yang berbeza akibat penggabungan morfem dengan morfem terikat atau morfem bebas yang lain. Perbezaan ini wujud apabila terdapat perubahan pada bentuk kata akar atau kata dasarnya. Oleh itu, bidang yang dikaji dalam morfologi ialah morfem dan kata. Morfem ialah unit gramatikal terkecil yang mempunyai makna semantara kata pula ialah unit terkecil yang mempunyai makna dan boleh berdiri sendiri. Sintaksis pula ialah bahagian atau cabang daripada tatabahasa yang membicarakan selok-belok frasa, klausa, ayat dan wacana. Ini bermakna, sintaksis berbeza daripada morfologi yang membicarakan selok-belok morfem dan kata. Perbincangan tentang ayat, klausa, frasa dan hubungan antara ayat-ayat pada peringkat wacana termasuk dalam bidang kajian sintaksis. Sintaksis sebagai sebahagian daripada ilmu linguistic yang berusaha menjelaskan unsur-unsur sesuatu satuan serta hubungan antara unsur-unsur itu sama ada dari segi fungsi atau hubungan makna. Lufti Abas dalam buku Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu menyatakan bahawa Linguistik deskriptif ( studi sinkronik ) adalah satu daripada cabang linguistik yang mempelajari satu bahawa pada satu waktu tertentu dan seterusnya terbahagi menjadi: 1) Fonologi, mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia yang terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonimik. 2) Morfimik iaitu mempelajari morfim-morfim dan cara-cara penyatuan mereka menjadi kata-kata. 3) Sintaksis iaitu mempelajari ayat-ayat dan frasa-frasa, dan cara-cara pembentukan mereka.

Bahasa Melayu mempunyai pengertian yang amat luas. Sarjana-sarjana linguistik komparatif berpendapat bahawa bahasa Melayu berasal daripada Rumpun Bahasa Austronesia atau Melayu-Polynesia. Kebanyakan ahli bahasa dan linguistik memberikan pengertian dan konsep bahasa yang hampir sama antara satu sama yang lain. Pada umumnya, bahasa dapat diertikan sebagai system lambing-lambang yang diujarkan oleh manusia oleh manusia dengan menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat pada mereka. Lambang-lambang yang diujarkan itu mengandungi maknamakna tertentu berdasarkan lingkungkan masyarakat yang menuturkannya. Tatabahasa Bahasa Malayu mula dikaji oleh Marsden, dalam tahun 1812 dan sumbangannya itu telah ditulis dalam bukunya yang berjudul Grammar of the Malay Language. Buku ini dipercayai merupakan penulisan tatabahasa Melayu yang pertama sekali. Sarjana-sarjana lain selepas Marsden yang mengkaji tentang tatabahasa bahasa Melayu ialah Crawford (1852) dan Maxwell (1881). Bebepapa penulisan tentang tatabahasa Melayu yang lebih baru telah dilakukan oleh Winstedt pada tahun 1927, melalui bukunya Malay Grammar yang dianggap lebih comprehensive dalam Tatabahasa Melayu.

2.2 Penghuraian Sendi Kata Zaba (1958) ada membicarakan sendi kata yang merujuk kepada kata penghubung atau kata sambung di mana perkataan-perkataan yang digunakan untuk menghubung atau menyambung perkataan yang setaraf, kata dengan kata/frasa, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat. Asmah pula membicarakan sendi kata sebagai partikel dan kata penghubung. Partkel adalah kata yang tidak dapat berdiri sendiri sebagai ayat minimal tanpa bantuan perkataan lain. Partikel merupakan kata struktural, yakni kata yang hanya dapat berfungsi dan mempunyai makna dalam struktur tertentu. Abdullah hassan telah menyenaraikan sejumlah kata sendi dalam kajian dan dapatan terbarunya yang terdiri daripada 144 semuanya. Daripada itu, beliau membahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu kata akar,

kata terbitan dan kata majmuk. Dalam bukunya tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis, menerangkan kata sendi tidak mempunyai makna tertentu tetapi mempunyai tugas yang penting dan sentiasa hadir di depan perkataan yang diterangkan olehnya.

3.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Reka Bentuk Kajian Dalam kajian ini, kaedah deskriptif struktur digunakan dengan memberi tumpuan pada hubungan konstituen terdekat. Bahan-bahan kajian berdasarkan kepada data-data korpus yang diperoleh daripada bahanbahan bercetak terpilih sahaja. Bahan-bahan bercetak yang dipilih merupakan beberapa karya klasik dan moden yang ditulis oleh tokoh-tokoh tersohor tanahair. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa tajuk dalam akhbar berita harian tahun 2002 yang akan buat berdasarkan keperluan kajian. Data-data yang diambil adalah data asal yang disalin daripada teks sebenar selepas dimasukan ke dalam data komputer untuk dianalisis mengikut pola-pola penggunaan sendi kata. Kaedah deskriptif struktur digunakan untuk melihat penggunaan sebenar pelbagai bentuk sendi kata dalam bahasa melayu berdasarkan bahan korpus bercetak sahaja. Ini termasuklah daripada teks klasik, teks moden dan beberapa tajuk dalam Berita Harian terbitan tahun 2002. Reka bentuk kajian adalah seperti berikut: Data korpus karya-karya bercetak Data korpus berkomputer dalam bentukdigital

Analisis fungsi Rumusan pola-pola sendi kata

3.2 Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan data korpus yang dianalisis daripada bahanbahan bercetak dan sebahagian besarnya akan menggunakan data korpus berkomputer yang diperoleh daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahanbahan bercetak yang digunakan adalah seperti berikut: a. dua buah teks klasik, iaitu Hikayat Abdullah dan Sejarah Melayu. b. dua buah teks moden, iaitu Novel Salina dan Ranjau Sepanjang Jalan. c buku-buku tatabahasa yang ditulis oleh Zaba (1958), Asmah Hj. Omar (1986), Abdullah Hassan (1994) (2002), Nik Safiah Karim dan rakanrakan (1989) (2003). d. Akhbar tempatan, iaitu Berita Harian (sukan) 3.3 Prosedur Pengumpulan Data Prosedur pengumpulan data berkaitan kajian sendi kata adalah seperti berikut: Mengkaji buku-buku tatabahasa lama dan baru untuk memahami konsep dan penghuraian sendi kata. Menjalankan kajian rintis penggunaan sendi kata dalam buku Hikayat Abdullah Mengkaji data korpus bercetak dan berkomputer (digital) 3.4 Prosedur Penganalisisan Data Data-data korpus yang dikumpul daripada bahan-bahan teks klasik, teks moden dan akhbar Berita Harian (sukan) dianalisis melalui proses-proses berikut: Mendapatkan konstruksi sendi kata dalam bahan bercetak dan baris-baris konkordans. Mengamati fungsi setiap sendi kata berdasarkan konteks menggunakan kaedah KWIC (Key Word In Context) dan kolokasi. Mengklasifikasi data korpus berdasarkan fungsi dalam konteks. Menghasilkan rumus.

Senarai Rujukan Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika (Berdasarkan Tatabahasa Dewan). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdullah Hassan. (2004).Tatabahasa Bahasa Melayu (Morfologi dan Sintaksis). Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Asmah Hj. Omar. (1993). Nahu Melayu Mutakhir edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Hj. Omar. (1968). Morfologi-Sintaksis Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa Indonesia Satu Perbandingan Pola. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Hj. Omar. (1986). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Liaw Yock Fang, Abdullah Hassan. (1994). Nahu Melayu Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd Lufti Abas. 1975. Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa. (1989). Tatabahasa Dewan Jilid 2 : Perkataan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2003). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Posted by Prof. Emeritus Abdullah Hassan, MA (Mal), Ph.D. (Edin) at 5:09 PM

0 comments:

Post a Comment

Newer PostOlder PostHome Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Archive

2008 (2)

o o o o o o o 7. 6. 5. 4. 3. 2. 1.

2007 (27) December (1) November (4) October (1) September (1) August (5) July (8) March (7) Tugasan Kata Tugas dalam Tatabahasa Dewan Respons 7 Julai 2005 Menyediakan proposal Membaca mengenai sintaksis 6 Jun 2004 Maklum balasa calon pada 4 Jun 2004 Catatan mulai 19 jun 2003 -- 26 Mac 2004 REKOD PENYELIAAN PELAJAR

About Me

Prof. Emeritus Abdullah Hassan, MA (Mal), Ph.D. (Edin) Memperjuagkan bahasa Melayu supaya menjadi wahana memandaikan bangsa. View my complete profile

Vous aimerez peut-être aussi