Vous êtes sur la page 1sur 29

AIDS Pembunuh

Penyakit AIDS adalah Acquired Immune Deficiency Syndrome (Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit). Ia disebabkan oleh jangkitan virus yang melemahkan atau melumpuhkan sistem pertahanan badan.
Akibatnya, badan tidak berupaya melawan serangan pelbagai jenis kuman dan kuman lain yang biasanya tidak menyebabkan penyakit di kalangan individu yang sihat.

Kuman penyebab penyakit AIDS dipanggil Human Immuno-deficiency Virus (HIV).


Ia hanya boleh hidup dan membiak di dalam badan manusia. Di luar badan, kuman ini boleh dimusnahkan pada suhu lebih dari 56C dan juga oleh bahan kimia seperti klorin yang terdapat dalam air paip.

Kuman HIV terdapat di dalam semua bendalir badan manusia terutamanya (konsentrasi yang tinggi) dalam darah, air mani dan cairan vagina orang-orang yang telah dijangkiti oleh kuman ini (pembawa kuman HIV).

Struktur Kuman HIV

Gambar kuman HIV yang dilihat menerusi elektron mikroskop yang diperbesarkan 135,000 kali.
RNA

Gambarajah Human Immunodeficiency Virus (HIV).

Reverse Transcriptase p24 p18 gp41 gp120

Berkongsi jarum suntikan dengan orang yang dijangkiti Contoh: Penagih dadah

Dari ibu hamil yang dijangkiti kepada bayi kandungan, semasa kelahiran atau semasa penyusuan ibu

Perhubungan seks dengan mereka yang telah dijangkiti kuman HIV sama ada secara homoseksual, biseksual atau heteroseksual

Penerimaan organ, darah, tisu, sperma dan lain-lain dari penderma yang dijangkiti HIV

Mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti kuman HIV ialah Mereka yang mengamalkan tingkah laku tidak sihat dan tidak selamat seperti perhubungan seks sejenis (homoseksual), seks kedua-dua jantina (biseksual), seks dengan pelacur atau bertukar-tukar pasangan seks. Penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan. Anak kepada ibu yang dijangkiti kuman HIV. Penerima organ, tisu atau darah yang tercemar dengan kuman. Mereka yang melakukan hubungan jenis dengan manamana kumpulan di atas.

PERKEMBANGAN AIDS
MATI
KAPOSI SARCOMA HERPES ZOSTER CANDIDIASIS LYMPHOMAS CRYPTOCOCOSIS
Badan kurus kering Batuk berpanjangan Cirit-birit berterusan Keletihan Demam berpanjangan Bengkak kelenjar limfa

PERINGKAT PESAKIT AIDS

TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT AIDS

PERINGKAT PEMBAWA KUMAN HIV DIJANGKITI KUMAN AIDS

SIHAT (Tanpa sebarang Tanda) 2-10 tahun

PERKEMBANGAN AIDS

Peringkat penyakit AIDS: Tempoh purata peringkat tanpa gejala atau sebagai pembawa HIV boleh mencapai sehingga 10 tahun. Mereka ini telah dijangkiti kuman HIV namun masih kelihatan sihat. Mereka boleh menjangkiti orang lain. Peringkat AIDS atau menjadi pesakit AIDS ialah mereka yang di tahap akhir jangkitan HIV. Di peringkat ini, sistem daya tahan melawan penyakit telah musnah menyebabkan badan tidak berupaya melawan serangan penyakit walaupun ia penyakit ringan dan biasa. Pada peringkat ini juga pembawa akan mempunyai tanda-tanda klinikal.

Tanda dan gejala *Hilang berat badan secara mendadak *Cirit-birit berpanjangan *Bengkak kelenjar *Keletihan teruk *Keputihan di mulut dan tenggorok *Batuk berpanjangan dan sesak nafas *Kulit melepuh Jangkitan *Pneumocystis Carini pneumonia *Cytomegalovirus *Candidiasis *Tibi *Toxoplasmosis *Herpes simplex dan Herpes Zoster Penyakit barah *Kaposi Sarcoma *Lymphoma

BENGKAK KELENJAR LIMFA

KAPOSI SARCOMA

CANDIDIASIS

ORAL HAIRY LEUKOPLAKIA

HERPES ZOSTER (KAYAP) DI MATA

HERPES ZOSTER (KAYAP) DI PINGGANG

Ujian darah ini adalah untuk mengesan antibodi terhadap kuman HIV. Antibodi ini adalah bahan yang dihasilkan oleh badan seseorang yang dijangkiti kuman HIV. Pengesanan awal jangkitan HIV boleh membantu pengidap menjaga tahap kesihatan mereka dan mencegah dari menjangkitkan virus HIV kepada orang lain tanpa sedar.

KEPUTUSAN POSITIF, bermakna wujud antibodi HIV dalam darah anda. Dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor dengan segera. KEPUTUSAN NEGATIF, tidak bermakna anda bebas dari jangkitan HIV. Anda mungkin berada dalam waktu jendela (window period), iaitu 45-60 hari dari tarikh kuman HIV masuk ke dalam tubuh, iaitu satu jangkamasa di mana antibodi HIV seseorang belum dihasilkan walaupun telah dijangkiti HIV.

Ujian ini boleh diperolehi di kebanyakan hospital dan klinik kerajaan serta swasta. Ia ringkas dan tidak sakit. Semua keputusan ujian dirahsiakan.

Peringatan:

Dapatkan nasihat dari kakitangan kesihatan untuk mendapatkan kaunseling terlebih dahulu sebelum dan selepas mengambil ujian darah.

Ujian Antibodi HIV Selain dari ujian antibodi HIV, seseorang pembawa HIV perlu menjalankan beberapa lagi ujian makmal. Ini termasuklah ujian CD4 dan viral load. Ujian CD4 Dilakukan bagi mengetahui tahap jangkitan HIV dan bila rawatan anti-retrovirus (HAART) boleh dimulakan. Ia mengukur jumlah sel CD4 sihat dalam darah. Individu yang sihat mempunyai bilangan CD4 antara 600-1200 sel/mm3 darah. Jika bilangan CD4 menurun sehingga 200 sel/mm3 rawatan anti-retrovirus (HAART) akan dimulakan.

Ujian Viral load Ujian ini mengukur jumlah virus dalam darah. Paras yang tinggi menunjukkan tahap pembiakan virus yang tinggi.

Perkhidmatan kaunseling Perkhidmatan kaunseling pra-ujian, selepas ujian serta sokongan boleh didapati di kemudahan-kemudahan kesihatan. Kaunseling boleh dijalankan dalam bentuk kaunseling secara bersemuka atau secara berkumpulan (support group). Anda juga boleh mendapatkan maklumat atau khidmat kaunseling melalui talian khidmat bantuan.

Rawatan Sehingga kini masih TIADA rawatan bagi AIDS. Semua pesakit AIDS akhirnya akan mati disebabkan penyakit ini. (Tanpa rawatan pesakit AIDS boleh maut dalam masa dua tahun) Vaksin Masih tiada vaksin yang sesuai dan masih lagi di peringkat percubaan.

Rawatan Anti-Retrovirus (HAART) Kombinasi ubat anti-retrovirus bila digunakan dapat menekan pembiakan virus HIV di bawah paras 50 copies/ml (iaitu di bawah paras yang boleh dikesan oleh ujian HIV. Kombinasi yang disyorkan oleh Kementerian adalah:2 Jenis Nucleoside Reversed Transcriptase Inhibitor (NRTI) + 1 Protease Inhibitor (PI) atau Non-Nucleoside Reversed Transcriptase Inhibitor (NNRTI). Rawatan akan disyorkan kepada pesakit yang: 1) Mempunyai tanda-tanda AIDS 2) Paras CD4 kurang daripada 350 sel/ml 3) Viral load melebihi 30,000 copies/ml Dan patuh kepada jadual rawatan.

Rawatan profilaktik Rawatan ini akan diberi untuk mencegah jangkitan-jangkitan oportunistik seperti Pneumocystis Carini Pneumonia (PCP).

Lain-lain perkhidmatan Rujukan sokongan (Kesihatan & Bukan kesihatan)


Semasa dalam rawatan susulan pesakit juga akan dirujuk kepada agensi kerajaan atau bukan kerajaan yang berkenaan untuk mendapatkan perkhidmatan sokongan.

HIV TIDAK BERJANGKIT SEKIRANYA ANDA

Berpelukan/Ciuman/ Bersalaman

Berkongsi Kemudahan Awam

Berenang di Kolam Renang

Menderma Darah

HIV TIDAK BERJANGKIT SEKIRANYA ANDA

Berkongsi Tandas

Tinggal/ Bekerja Bersamasama Pesakit AIDS

Bersukan

Makan Bersama

TIDAK BERJANGKIT MELALUI.

HIV TIDAK BOLEH BERJANGKIT


MELALUI GIGITAN SERANGGA

Sekiranya anda dijangkiti


Ingat:

Jumpa doktor Berhenti dari melakukan aktiviti- Mengikut Akta Penyakit Berjangkit 1988, seksyen aktiviti yang dapat menjagkiti 12(2) adalah menjadi satu kuman HIV kepada orang lain kesalahan bagi seseorang Jauhilah amalan seks yang tidak yang mengetahui dirinya dijangkiti oleh penyakit selamat berjangkit menyebarkan Jangan menderma darah, tisu jangkitannya kepada orang lain. atau organ Jangan berkongsi jarum suntikan

Setia kepada seorang pasangan sahaja: Kemungkinan anda dijangkiti AIDS bertambah jika anda mempunyai pasangan seks lebih daripada satu Penggunaan kondom serta krim pembunuh sperma semasa hubungan seks hanya dapat mengurangkan risiko jangkitan Jauhi diri anda dari mendapat darah yang tercemar: Jangan menagih dadah dan berkongsi jarum yang sama Jangan berkongsi pisau cukur, berus gigi ataupun alat-alat lian yang dapat melukakan kulit Untuk acupuncture, tatoo atau bertindik telinga, pilihlah tempat yang menggunakan alat-alat yang telah disterilasasi atau disposable

Kaum wanita sepatutnya mengelakkan diri dari mengandung jika mereka terdedah kepada kuman HIV. Ini adalah untuk mengelakkan bayi dari dilahirkan dengan jangkitan HIV.

Cegah

AIDS
sekarang

Majoriti dari pengidap AIDS dan pembawa kuman HIV adalah dari golongan belia berumur di antara 2040 tahun. Mereka merupakan tonggak harapan negara dalam mencapai hasrat WAWASAN 2020. Semua darah yang didermakan oleh orang ramai akan diuji terhadap penyakit AIDS, Hepatitis B dan Sifilis. 1 Disember adalah Hari AIDS SEDUNIA. AIDS menyerang tanpa mengira umur, bangsa dan pangkat. Jika anda mengamalkan aktiviti yang berisiko, anda mungkin dijangkiti kuman HIV.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab anda perlu:

Menjauhkan diri anda dari terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh merebakkan AIDS. Anda perlu menasihati dan mempengaruhi sahabat, saudara mara anda dan orang lain yang mengamalkan aktiviti yang boleh merebakkan AIDS. Bekerjasama dengan kelab PROSTAR Malaysia, Sarawak AIDS Concern Society dan pelbagai lagi. Bantu dan sokonglah pembawa kuman HIV dan pesakit AIDS. Jangan sisihkan mereka.

AIDS BERKAITAN DENGAN TINGKAH LAKU Bijak Berwaspada Hargai Kesucian Diri Jauhi Dadah Dan Maksiat

MEMBANTERAS AIDS ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA

Hargailah Kehidupan Anda