Vous êtes sur la page 1sur 2

Yang Berbahagia Datin-Datin Pengerusi PUSPANITA

Agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Yang Berusaha Encik Zulkifli Mohd Arop, Penolong Pengusaha Taman Negara Pahang

Yang Berusaha Puan Marsineh Jarmin, Setiausaha PUSPANITA NRE

Ahli Jawatankuasa Induk Program Kembara Alam PUSPANITA Siri 2/2010

Puan-puan ahli PUSPANITA yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Selamat pagi dan salam 1 Malaysia,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya untuk melancarkan Program Sukaneka PUSPANITA Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Terima kasih juga kepada pihak Taman Negara Pahang dan semua Biro Jawatankuasa Kerja Program. Juga kepada individu yang memberi kerjasama dan sokongan yang berterusan secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program ini. Sesungguhnya kehadiran Yang Berbahagia Datin-Datin dan semua ahli pada pagi ini melambangkan sokongan padu kepada aklitivi PUSPANITA NRE.

2. Saya berasa amat berbangga dan mengucapkan syabas kepada Ahli Jawatankuasa PUSPANITA NRE kerana pada tahun ini kita telah berjaya mengadakan dua siri Program Kembara Alam dan Sukaneka. Jika puan-puan masih ingat pada 24-25 April 2010 yang lalu iaitu PUSPANITA NRE telah mengadakan Program Kembara Alam ke Cameron Highlands di mana kita telah berjaya melakukan gotong-royong membersih kawasan sekitar laluan di antara Gunung Lumut dan Menara Telekomunikasi TM di puncak Gunung Brincang dan menanam pokok di tempat letak kereta di kaki Gunung Lumut.

Yang Berbahagia Datin-Datin dan puan-puan yang saya hormati,

3. Sepertimana yang kita semua tahu, NRE sedang dalam usaha untuk menggalakkan rakyat untuk mencintai alam sekitar. Dalam hubungan ini, salah satu strategi berkesan ialah meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Pendidikan dan kesedaran terhadap pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penyertaan di kalangan masyarakat. Ini perlu dipupuk seawal mungkin kerana ianya menjadi penentu ke arah amalan hidup gaya mesra alam. Hasrat kerajaan untuk menangani pelbagai isu alam sekitar tidak akan berjaya tanpa penglibatan dan sokongan semua lapisan masyarakat. Oleh itu, aktiviti PUSPANITA NRE harus selari dengan visi serta aspirasi NRE untuk sentiasa menggalakkan aktiviti bertemakan alam sekitar dijalankan. Ini dapat menjadi contoh kepada anak-anak terutamanya yang masih dibangku sekolah untuk mencintai alam sekitar seterusnya melahirkan generasi masa depan yang mesra alam.

4. Saya harap aktiviti-aktiviti yang diadakan sempena Program Kembara Alam NRE siri kedua ini dapat menyuntik perasaan cintakan alam sekitar dalam jiwa dan sanubari semua ahli PUSPANITA. Disamping itu penganjuran Sukaneka dan aktiviti-aktiviti kembara yang akan kita sama-sama jayakan dapat melahirkan semangat muhibbah diantara warga PUSPANITA di bawah NRE.

Akhir kata, dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim saya dengan sukacitanya merasmikan Program Sukaneka PUSPANITA NRE.

Vous aimerez peut-être aussi