Vous êtes sur la page 1sur 15

HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

PENGENALAN Dalam subjek Pengajaran Matematik di Tingkatan Empat ini, tugasan yang diberikan mengkehendakkan kajian dan tinjauan dibuat terhadap topik Penaakulan Statistik. Tugas yang utama ialah melayari laman sesawang atau mana-mana bahan rujukan untuk mencari dua artikel yang berkaitan dengan tajuk penaakulan statistik. Selepas itu, artikel-artikel tersebut perlu dibaca, difahami dan dirumuskan untuk menjelaskan makna penaakulan statistik, menjelaskan bagaimana kemahiran penaakulan statistik dalam kalangan pelajar tingkatan empat dapat ditingkatkan dan membina aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan kemahiran penaakulan statistik. Sebelum meneruskan penerangan tentang kemahiran statistik, kita perlu mengenali matematik dan kemahiran yang perlu dikuasai dalam matematik terlebih dahulu supaya pemahaman yang mendalam terhadap mata pelajaran ini dapat ditingkatkan. Matematik memang terkenal sebagai mata pelajaran yang tidak menarik, sukar dan membosankan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain seperti bahasa, sastera, latihan fizikal dan juga sains. Keabstrakan yang miliki oleh bidang dan ilmu matematik membuatkan ramai yang tidak dapat menguasainya dengan baik. Namun begitu, peranan guru sangat penting dalam menarik perhatian pelajar dalam menyampaikan ilmu matematik. Pada umumnya, semua orang menerima tanpa ragu-ragu bahawa Matematik adalah satu bidang pengajian yang sangat wajib dimasukkan dalam kurikulum. Sudah berabad lamanya, mata pelajaran Matematik mendapat kedudukan yang utama dalam kebanyakan bidang pengajian baik pada peringkat sekolah mahupun peringkat yang lebih tinggi. Pengajaran pengetahuan matematik selalu dihubungkaitkan dengan pengajaran konsep matematik. Satu konsep matematik boleh ditakrifkan sebagai corak asas yang menghubungkaitkan set-set objek atau tindakan-tindakan antara satu sama lain dan pengajaran konsep-konsep matematik merupakan satu usaha yang kompleks. Matematik dapat dilihat dari pelbagai perspektif. Seseorang itu boleh mentakrifkan matematik sebagai permaisuri bagi sains atau sebagai suatu bentuk bahasa, mempunyai suatu struktur mantik yang tertentu sebagai suatu bidang ilmu untuk memahami nombor dan ruang, sebagai suatu siri kaedah untuk mendapat rumusan tertentu atau sebagai satu aktiviti intelek yang memberangsangkan minda.

HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

Kurikulum Matematik KBSM merupakan satu kontinum daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Kandungan kurikulum ini diolah mengikut tiga bidang yang saling berkait iaitu Nombor, Bentuk dan Ruang dan Perkaitan. Olahan ini dipilih kerana dalam situasi umum seseorang itu memerlukan pengetahuan dan kemahiran berhubung dengan membilang dan mengira, mengenali bentuk dan ukuran serta perkaitan antara nombor dengan bentuk. Kurikulum Matematik Sekolah Menengah bertujuan untuk membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi. Bagi mencapai matlamat di atas, seseorang harus mempunyai keupayaan untuk membuat penilaian dan pertimbangan secara logik. Dalam kehidupan seharian, kita sering melihat atau terlibat di dalam situasi-situasi seperti pertikaian, perbahasan, perdebatan dan sebagainya. Di dalam situasi-situasi ini, kita akan mempertikaikan sama ada apa yang kita katakan adalah benar atau pihak lain yang benar. Terdapat pelbagai cara atau metodologi yang digunakan bagi menangani masalah ini dan salah satu cara yang boleh digunakan adalah melalui penaakulan matematik atau mantik (mathematical or logical reasoning). Penaakulan matematik atau mantik merupakan satu aspek yang sangat penting dalam bidang matematik. Salah satu contoh yang sangat sesuai untuk membincangkan tentang matematik sebagai bahasa adalah melalui penaakulan matematik kerana dalam penaakulan matematik, ia melibatkan ayat, pernyataan dan simbol-simbol matematik dan bukan nombornombor. Tujuan membina penaakulan matematik yang berasaskan pada logik ini adalah untuk membimbing minda kita ke arah berfikiran secara sistematik dan menghasilkan jawapan yang tepat dalam membuat sesuatu keputusan. Dalam kehidupan seharian, pengetahuan dalam penaakulan matematik amat penting untuk membolehkan kita berfikiran secara kritikal dalam membuat keputusan atau kesimpulan yang tepat. Penaakulan matematik adalah satu bidang dalam matematik tentang prosedur atau prinsip yang digunakan untuk membezakan antara pernyataan yang benar dan pernyataan yang palsu. Ia juga dikenali sebagai penaakulan mantik, di mana ia merupakan satu cara yang sangat ketat untuk menentukan kebenaran sesuatu pernyataan atau penghujahan.

HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

Memang tidak dapat dinafikan bahawa semua orang yang ingin menjadi seorang ahli matematik atau saintis haruslah mampu untuk berfikiran secara logik. Kedua-dua bidang sains dan matematik adalah berasaskan kepada kemampuan seseorang untuk membina penghujahan yang logik supaya dapat diterima umum. Sama ada penghujahan yang dilakukan adalah adalah benar atau palsu, semua itu bergantung pada bidang yang melibatkan penaakulan matematik. Dalam penaakulan matematik, ia boleh melibatkan pernyataan dan proses yang mudah atau ia juga boleh menjadi lebih sukar dan rumit bergantung pada pernyataan dan hujah yang terlibat. Dengan cara penaakulan matematik, pernyataan-pernyataan akan dibuktikan menggunakan prinsip atau theorem matematik yang tertentu untuk menentukan kesahihan pernyataan tersebut. Tujuan ayat-ayat atau pernyataan ditukarkan kepada bentuk simbol matematik adalah untuk memudahkan proses pembuktian kebenaran pernyataan tersebut. Oleh yang demikian, kemahiran penaakulan matematik perlu ditingkatkan bagi melancarkan pembelajaran ilmu matematik di peringkat yang lebih tinggi.

HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

RUMUSAN ARTIKEL : PENAAKULAN STATISTIK

Penaakulan merupakan satu proses menggunakan fakta, pengetahuan dan strategi penyelesaian masalah untuk menghasilkan kesimpulan bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Terdapat beberapa jenis penaakulan seperti penaakulan deduktif, induktif, abduktif, analogikal, common-sense dan penaakulan non-monotonic. Penaakulan deduktif ialah satu kemahiran untuk menghasilkan maklumat baru daripada maklumat yang telah diketahui, manakala penaakulan induktif pula menghasilkan rumus baru daripada set fakta yang terhad untuk membuat suatu generalisasi. Pembentukan pengitlakan yang dipercayai dalam penaakulan induktif adalah merujuk kepada semua kes untuk jenis yang tertentu. Penaakulan abduktif pula merupakan salah satu bentuk penaakulan deduktif yang menghasilkan rumus daripada maklumat yang telah diketahui tetapi rumus yang diperolehi itu tidak semestinya benar. Ia masih perlu dikaji dengan mendalam sebelum ianya dapat digunakan secara meluas. Bagi rumus yang dihasilkan berdasarkan pemahaman umum

tentang sesuatu konsep, peristiwa atau situasi yang telah ada pula dikenali sebagai penaakulan analogikal. Penaakulan common-sense adalah penaakulan yang bergantung kepada pertimbangan yang wajar berbanding logik. Rumus dihasilkan adalah berdasarkan kepada pengalaman dengan menggunakan pengetahuan heuristik yang ada. Bagi penaakulan non-monotic pula, pertimbangan dan penilaian yang dibuat adalah berdasarkan maklumat yang tidak statik dan rumus yang dihasilkan berubah-ubah berdasarkan fakta semasa mengenai konsep, situasi atau peristiwa yang diwakilkan seperti harga saham, nilai tukaran asing dan sebagainya. Statistik atau perangkaan pula merupakan satu ilmu sains yang diaplikasikan dalam pembangunan pemikiran manusia melalui penggunaan data empirikal. Statistik merupakan salah satu daripada cabang matematik yang penting. Dalam teori statistik, kerawakan dan ketidakpastian sesuatu data dimodelkan berasaskan teori kebarangkalian. Kemahiran statistik termasuklah kemahiran membuat perancangan, meringkaskan, dan memahami pemerhatian yang tidak menentu. Tujuan penghasilan sesuatu statistik adalah untuk menghasilkan maklumat daripada data yang telah dikumpulkan. Sesetengah orang mengkategorikan statistik sebagai cabang membuat teori dan keputusan kerana diakhir kajian yang dijalankan, satu rumusan atau kesimpulan menyeluruh akan dibuat untuk membentang hasil kajian.
4

HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

Tajuk statistik telah mula dipelajari sejak di peringkat sekolah rendah iaitu di tahun empat. Kemahiran statistik terus menjadi salah satu tajuk yang dimuatkan di dalam huraian sukatan pelajaran matematik sehingga ke tingkatan enam. Ini bermakna kemahiran membuat statistik adalah satu kemahiran yang penting dan dirasakan perlu diperkembangkan secara berperingkat-peringkat dalam kalangan pelajar. Skop kemahiran statistik adalah sangat luas, bermula dengan kemahiran mengenali dan membina piktograf di peringkat tahun empat sehinggalah kepada kemahiran mentafsir data dan maklumat serta membuat kesimpulan yang logik tentang statistik yang dibuat di peringkat sekolah menengah. Pembelajaran statistik merupakan pembelajaran yang penting kerana ianya membolehkan pelajar membuat pemerhatian, mengenal pasti dan mentafsirkan data-data serta maklumat-maklumat yang terdapat di dalam sesebuah statistik. Kemahiran-kemahiran yang dipelajari ini pula akan membantu pelajar untuk menggunakan konsep statistik untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran ini bertepatan dengan objektif pembelajaran matematik yang bertujuan untuk melatih pelajar agar berpemikiran kreatif, kritis dan logik bagi membolehkan mereka mengaplikasikan kemahiran matematik dalam kehidupan harian yang dikelilingi oleh pelbagai masalah harian. Pembelajaran statistik melibatkan beberapa proses penting termasuk proses memahami masalah, merancang jalan penyelesaian, menilai penyelesaian yang dipilih dan mentafsir hasil pembelajaran yang telah dijalankan. Sebagai permulaan, pelajar akan mengenal pasti masalah yang hendak dikaji, memahami masalah tersebut dari segi puncapuncanya dan mengumpul maklumat atau data yang berkenaan. Selepas itu, pelajar akan merancang kaedah penyelesaian yang bersesuaian dan mudah difahami. Sebelum kaedah penyelesaian dijalankan, penilaian akan dibuat terlebih dahulu ke atas kaedah penyelesaian untuk memastikan sama ada ianya dapat menyelesaikan masalah dengan berkesan atau tidak. Setelah penyelesaian dijalankan, pelajar perlu membuat tafsiran tentang hasil pembelajaran, menghasilkan kesimpulan yang logik dan membuat perkatian di antara masalah yang dikaji dengan masalah yang sebenar dalam kehidupan seharian.

HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

Kemahiran penaakulan statistik dapat dipertingkatkan dalam kalangan pelajar jika kaedah pembelajaran yang guru gunakan bersesuaian dengan tahap pemahaman pelajar. Pelajar-pelajar perlu dibimbing untuk mengetahui dan memahami peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi untuk membuat statistik. Terdapat pelbagai jenis peraturuan dan arahan untuk membina statistik, bergantung pada tajuk dan jenis perwakilan data yang digunakan. Ada jenis arahan yang dinyatakan dengan jelas dan pelajar dapat memahaminya tanpa perlu berfikir banyak dan ada juga yang bersifat abstrak dan sukar difahami. Dalam kes sebegini, guru memainkan peranan untuk memberi bimbingan yang sewajarnya dengan menjalankan perbincangan tentang isi penting yang terdapat di dalam setiap arahan atau peraturan agar pelajar dapat menghasilkan statistik yang baik. Selain itu, guru juga perlu memberi tunjuk ajar atau memberi penerangan yang jelas tentang statistik yang akan dibuat. Ini penting untuk membolehkan pelajar bukan setakat menguasai kemahiran statistik sahaja, malah menguasai kemahiran penaakulan statistik sepenuhnya. Kemahiran ini diharapkan dapat melatih pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran statistik bukan sekadar untuk memperolehi markah yang tinggi di dalam peperiksaan, kerja-kerja sekolah atau tugasan yang dijalankan semata-mata tetapi dapat mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran penaakulan statistik di dalam kehidupan seharian dan menjadikannya sebagai satu amalan. Di samping itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai, baik dan berkesan merangsang minda pelajar juga dikatakan dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran penaakulan statistik. Dengan adanya bahan bantu mengajar yang sesuai, minat pelajar untuk mengikuti pelajaran akan meningkat seterusnya minda dan pemikiran mereka juga dapat dirangsangkan. Apabila minat dan minda pelajar berjaya dirangsang, mereka akan berusaha dengan gigih untuk mempelajari sesuatu kemahiran dengan baik. Bahan bantu mengajar yang digunakan selain dapat meningkatkan pemahaman pelajar, ia juga dapat membantu pelajar memperkembangkan daya pemikiran ke arah yang lebih positif dan tinggi kerana pelajar perlu bijak berfikir untuk menggunakan bahan pengajaran yang diberikan. Oleh yang demikian, guru dan pelajar perlu saling bekerjasama dan memainkan peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan untuk memenuhi objektif pembelajaran yang ditetapkan. Ini bermakna, guru perlu merancang aktiviti pengajaran yang baik untuk membolehkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
6

HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Mata Pelajaran Kelas Bilangan Pelajar Tajuk Sub-tajuk Masa

: Matematik : Tingkatan 4A : 40 orang : Statistik III : Sukatan Serakan : 80 minit

Hasil Pembelajaran

Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat;

1. Menyatakan nilai kuartil-kuartil yang terdapat di dalam statistik secara lisan dalam sesi perbincangan yang dijalankan, 2. Mengenal pasti dan mengumpul data yang terserak dengan membina sekurangkurangnya satu statistik bergambar dengan betul, dan 3. Mengenal pasti nilai julat dan median bagi data yang dikumpul dengan menjawab betul 10 soalan yang dikemukakan dalam lembaran aktiviti.

Penerapan Nilai : Yakin pada diri Bekerjasama Kekemasan Bertolak-ansur Prihatin Peka pada isu semasa

Penyerapan Ilmu : Lukisan

HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

KBKK : Membuat analisis Menghubungkait Mengecam Membanding dan membeza

Alat Berfikir : Data terkumpul Soalan-penyoalan

Media Pengajaran : Jadual makanan kegemaran Lembaran statistik Lembaran aktiviti Edaran kertas A4 Pembaris Pen warna Lembaran aktiviti

Pengalaman Sedia ada

Pelajar telah mempelajari mempelajari tajuk statistik di tingkatan dua yang merangkumi kemahiran membina carta pai, mengira sudut dalam carta pai, serta mengenalpasti mod, median dan min sesuatu data.

HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah / Masa Set Induksi (10 minit)

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Media Pengajaran

1. Guru menyoal pelajar tentang makanan kegemaran mereka. 2. Jawapan yang pelajar berikan dicatat oleh seorang pelajar yang dipilih secara rawak di dalam jadual yang ditunjukkan di papan tulis. 3. Guru membimbing pelajar mengira peratusan bagi setiap data yang telah dikumpulkan. 4. Guru merumuskan aktiviti yang telah dijalankan dan mengaitkannya dengan kemahiran yang akan dipelajari hari ini.

Jadual makanan kegemaran

Langkah 1 (15 minit)

1. Guru membimbing pelajar membina graf perwakilan data dengan menggunakan data yang telah dikumpul di atas. 2. Seterusnya, pelajar dibimbing untuk mengenal pasti dan menyatakan nilai kuartil-kuartil yang terdapat di dalam graf untuk menentukan nilai julat antara kuartil. 3. Rumus pengiraan nilai julat antara kuartil ditunjukkan pada papan tulis. 4. Guru menunjukkan langkah pengiraan yang betul. 5. Aktiviti diteruskan dengan menggunakan contohcontoh statistik yang lain untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang konsep kuartil pertama dan kuartil ketiga serta pengiraan julat antara kuartil.

Lembaran statistik

HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

Langkah 2 (25 minit)

1. Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. 2. Guru mengedarkan lembaran aktiviti kepada setiap kumpulan dan beberapa bahan bantu mengajar yang diperlukan seperti kertas kosong, pembaris panjang ukuran meter dan pen warna. 3. Setiap kumpulan diminta memilih satu masalah yang hendak dikaji daripada pilihan yang diberikan di dalam lembaran aktiviti. 4. Pelajar diminta mengumpul data berdasarkan masalah yang dipilih dalam kalangan rakan sekelas secara berkumpulan. 5. Data yang dikumpulkan perlu dianalisa untuk menghasilkan graf atau perwakilan data yang sesuai. 6. Setiap kumpulan juga perlu menentukan nilai julat antara kuartil, julat dan median bagi data yang mereka telah kumpul. 7. Guru memantau langkah kerja setiap kumpulan untuk memastikan semua ahli kumpulan bekerjasama dan melakukan aktiviti dengan betul. 8. Setiap kumpulan diminta mempersembahkan data dan graf atau perwakilan data masing-masing di hadapan rakan-rakan yang lain. 9. Guru memberi maklum balas terhadap jawapan dan persembahan setiap kumpulan.

Lembaran aktiviti

Edaran kertas A4

Pembaris

Pen warna

10

HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

Langkah 3 (20 minit)

1. Guru mengedarkan lembaran aktiviti kepada setiap pelajar. 2. Arahan aktiviti dibaca bersama-sama. 3. Pelajar diminta mencari julat antara kuartil dan median bagi setiap data atau graf yang diberikan. 4. Guru memantau perbincangan dan pretasi pelajar dan memberikan bimbingan kepada individu yang belum menguasai kemahiran sepenuhnya. 5. Secara rawak, beberapa orang pelajar diminta menunjukkan cara pengiraan dan jawapan di papan tulis. 6. Guru memberi maklum balas.

Lembaran aktiviti

Penutup (10 minit)

1. Guru menunjukkan satu contoh statistik dan meminta pelajar mencari julat, min, mod dan median. 2. Jawapan yang diperolehi dibincang dan dinyatakan secara lisan.

Lembaran statistik

REFLEKSI

Proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang berjalan dengan baik terutamanya bagi aktiviti perbincangan dan sesi bersoal jawab. Pelajar memberikan kerjasama yang memberangsangkan dengan menyatakan jawapan dan pandangan yang baik terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Walaupun terdapat beberapa orang pelajar yang agak kurang yakin dengan kebolehan dan kemahiran diri tetapi guru cepat-cepat memberi dorongan dan galakan kepada mereka untuk lebih berani menyuarakan pendapat dan jawapan masing-masing. Bimbingan yang diberikan sepanjang proses pembelajaran dapat membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan dengan baik.

11

HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan pasti ada kelebihan dan kelemahannya. Kelemahan yang dihadapi perlu dikaji dengan teliti untuk membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih berkesan pada masa akan datang. Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini, berikut adalah antara cadangancadangan untuk memperbaiki aktiviti yang dijalankan. Bagi sesi perbincangan dalam langkah 1, guru boleh mengadakan perbincangan tentang nilai julat antara kuartil tetapi tidak menunjukkan rumus pengiraannya. Pelajar diberi peluang untuk mencari rumus pengiraan itu sendiri untuk membolehkan mereka memahami konsep julat antara kuartil dengan lebih baik. Pelajar perlu membuat pemerhatian yang lebih teliti terhadap data-data yang ditunjukkan dan ini akan dapat meningkatkan kemahiran penaakulan statistik dalam kalangan mereka. Aktiviti berkumpulan yang dijalankan boleh digantikan dengan aktiviti berpasangan untuk membolehkan pelajar memainkan peranan yang lebih dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Ini juga akan mengelakkan daripada berlakunya penyisihan dalam kalangan kumpulan. Pelajar juga akan menjadi lebih aktif dalam aktiviti berpasangan kerana tidak ada ahli lain yang diharapkan untuk membuat semua kerja melainkan diri sendiri. Galakan pelajar membuat perbincangan dengan rakan semasa menyelesaikan soalan yang diberikan dalam lembaran aktiviti supaya pelajar dapat berkongsi pengetahuan dan pendapat. Aktiviti seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan persahabatan dalam kalangan pelajar.

12

HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

KESIMPULAN

Pembelajaran ilmu matematik bukanlah bergantung pada pembelajaran konsep dan penghafalan rumus semata-mata. Banyak kemahiran lain yang lebih rumit yang perlu dikuasai oleh individu jika ingin menjadi pakar dalam bidang matematik. Menguasai kemahiran-kemahiran asas seperti mengenal, menulis dan mengira angka mungkin boleh dikuasai dengan mudah oleh pelajar, namun untuk mempunyai daya pemikiran matematik yang tinggi ianya bukanlah suatu tugas yang mudah. Bagi mencapai semua itu, guru dan pelajar perlu saling memainkan peranan penting. Guru perlu bijak memilih kaedah pembelajaran yang berkesan dan merancang aktiviti pengajaran yang berkualiti manakala pelajar pula perlu mempunyai inisiatif yang tinggi untuk berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Kerjasama yang jitu dari kedua-dua belah pihak akan dapat menjamin mutu pengajaran dan pembelajaran matematik, seterusnya membentuk kemahiran penaakulan matematik dan statistik yang menjadi prioriti bidang ini. Dengan adanya usaha yang gigih dan ketekunan yang tinggi, kejayaan pasti dapat dicapai walau sesukar mana pun sesuatu cabaran yang dihadapi.

13

HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

BIBLIOGRAFI

1. http://www.amazon.com/Elements-Statistical-Reasoning/dp/0471192775 2. http://www.amstat.org/publications/jse/vlon3/garfield.html 3. http://www.creative-wisdom.com/teaching/WBI/reasoning.shtml 4. http://www.eprints.usm.my/PLG_500__PENAAKULAN_STATISTIK_DALAM_PENDIDIKAN.pdf 5. http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP?SUKAYAAP0104052006TT P.pdf 6. http://www.ftsm.ukm.my/aab/lecture/TS6543/c3.pdf 7. http://www.irit.fr/`Didier.Dubois/Papers0804/D_CSDA06.pdf 8. http://www.math.temple.edu/`zachhh/ch5.pdf 9. http://www.mathed.utm.my/deriamatematik/index.php/2008/november-2008/241aplikasi-/380-penaakulan-matematik 10. http://www.oli.web.cmu.edu/openlearning/forstudents/freecourses/statistics 11. http://www.pdfio.om/k-1211672.html 12. http://www.pearsonhihered.com/bennett/essets/pdf/chapter5.pdf 13. http://www.phil-cmu.edu/projects/csr/ 14. http://www.wps.aw.com/aw_bbt_srel_3/83/21467/5495695.cw/index.html

14

HBMT4203 TEACHING MATHEMATICS IN FORM FOUR

15

Vous aimerez peut-être aussi