Vous êtes sur la page 1sur 1

ASAS GRAFIK

Pendahuluan Rekaan grafik banyak dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej. Ia sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan reka bentuk komunikasi visual sama ada dalam bentuk bercetak, persembahan elektronik mahupun digital.

Grafik mungkin memberi maksud seperti berikut? bahan yang mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan, lakaran, contengan, perkataan, simbol dan gambar gambaran bukan fotografi, dua dimensi yang digubah dan dicipta khusus untuk menyampaikan mesej, fakta atau pandangan kepada para pelajar atau kumpulan sasaran tertentu.

Mengetahui sumbangan grafik dalam kehidupan. a. Lebih menarik dapat merangsang minat dan perhatian terhadap sesuatu aspek

b. Mesej dapat disampaikan dengan lebih cepat, jelas dan ringkas spt. Mudah Terbakar, Merbahaya, Jimatkan Airdan lain-lain. c. Membantu meningkatkan daya ingatan teks dan gambar boleh membantu mengingat dengan lebih baik berbanding dengan teks sahaja.

d. Maklumat dapat disampaikan secara tersusun dan mengikut urutan yang telah ditetapkan oleh penyampai. e. Dapat mewakili fakta-fakta dan idea dalam bentuk yang padat dan ringkas. Contoh: penggunaan grafik dalam poster, carta dan graf tidak memerlukan maklumat lisan yang banyak untuk memberi kefahaman kepada pelajar. f. Melahirkan manusia yang lebih kreatif dan inovatif.

Vous aimerez peut-être aussi