Vous êtes sur la page 1sur 20

AKTIVITI-AKTIVITI BAGI LITERASI BAHASA MELAYU 1.0 MELAKSANAKAN AKTIVITI PRABACAAN 1.

1 Melaksanakan Aktiviti Pengamatan Penglihatan Tajuk Alatan/Bahan : Saya nampak... :Barang-barang di dalam kelas sahaja :

Prosedur Pelaksanaan

1) Seorang murid dipanggil ke hadapan dan diminta untuk memerhatikan barang-barang yang terdapat di dalam kelas. 2) Kemudian murid tersebut diminta untuk memilih satu barang di dalam hati. 3) Murid diminta untuk mengatakan, Saya nampak... diikuti dengan penerangan mengenai barang yang telah dipilih tadi.

Contohnya, Saya nampak sesuatu yang berwarna pink dan di atasnya ada puteri.

Beg yang diperhati murid

4) Murid-murid lain kemudiannya diminta untuk meneka apa yang telah disebut oleh rakan mereka tadi. 5) Murid yang dapat meneka dengan betul akan diberi ganjaran. 6) Aktiviti ini terus berjalan dengan memberi peluang kepada murid lain pula untuk memerhati dan memilih barang.

RUQAIYAH HANI BINTI FIRUZ DALILI

PISMP 2.14

1.2 Melaksanakan Aktiviti Pengamatan Pendengaran Tajuk Alatan/Bahan : Bom : Tiada :

Prosedur Pelaksanaan

1) Murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan. 2) Setiap kumpulan diberikan kebebasan untuk memilih nama kumpulan masing-masing. Guru boleh menetapkan tema bagi pemilihan nama, misalnya, tema haiwan. Contoh nama-nama kumpulan ialah Cicak, Katak, Harimau dan Kucing. 3) Guru mengajarkan murid-murid lagu yang akan digunakan dalam permainan ini. Cicak Bom Cicak Bom Cicak Bom to Harimau Bom Contoh Lagu 4) Kumpulan pertama, contohnya, Cicak akan menyanyikan lagu seperti yang di atas dan telah ditujukan kepada kumpulan Harimau. Kumpulan Harimau akan menyanyikan lagu yang sama dengan nama kumpulan ditukarkan. Contohnya, Harimau Bom Harimau Bom Harimau Bom to Katak Bom 5) Kumpulan Katak juga perlu menyahut lagu itu menggunakan cara yang sama seperti kumpulan yang sebelum ini. 6) Murid-murid bebas memilih kumpulan mana untuk dibom. 7) Kumpulan yang terleka, terlambat atau tersalah jawab akan dianggap kalah.

RUQAIYAH HANI BINTI FIRUZ DALILI

PISMP 2.14

1.3 Melaksanakan Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata Tajuk Alatan/Bahan : Baling Tin : Tin-tin minuman, Bola Kertas :

Prosedur Pelaksanaan

1) Guru membahagikan murid-murid kepada dua kumpulan. 2) Satu kumpulan akan bertindak sebagai Jaga dan satu lagi bertindak sebagai Pembina. 3) Mula-mula, tin-tin mesti disusun seperti dalam rajah di bawah.

4) Kumpulan yang bertindak sebagai Pembina akan diberi peluang untuk menjatuhkan tin-tin tersebut. Sekiranya kumpulan itu gagal, maka, mereka akan bertukar tugas dengan kumpulan yang Jaga. Satu jarak mesti ditetapkan bagi setiap kumpulan untuk menjatuhkan tin. 5) Permainan bermula apabila kumpulan Pembina berjaya menjatuhkan tin. 6) Kumpulan Jaga mesti memastikan kumpulan Pembina tidak berjaya menyusun tin-tin itu semula dengan membalingkan bola kertas kepada ahli kumpulan lawan. Sesiapa ahli kumpulan Pembina yang terkena bola tersebut akan dianggap mati. 7) Kumpulan Pembina pula mesti mengelak dari terkena bola. Kumpulan yang berjaya menyusun akan memperolehi satu mata.

RUQAIYAH HANI BINTI FIRUZ DALILI

PISMP 2.14

2.0 BENGKEL ASAS MEMBACA : KAEDAH FONETIK 2.1 Latihan Membunyikan Huruf dan Asosiasi Benda dengan Bunyi Huruf. Tajuk : Pegang Saya

Alatan/Bahan : Power Point Presentation, Kad bergambar Prosedur Pelaksanaan :

1) Guru memperkenalkan terlebih dahulu huruf dan bunyinya bersama-sama dengan gambar menggunakan Power Point Presentation.

ayam

bola
Contoh gambar yang digunakan

cicak

2) Murid kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 3) Setiap kumpulan diberikan beberapa kad bergambar yang mengandungi gambar. 4) Guru akan menyebut nama benda tersebut secara rawak dan setiap kumpulan dikehendaki memegang kad bergambar yang disebut, kemudian berlari ke hadapan papan putih untuk menampal kad bergambar yang disebut. 5) Kemudian, semua orang mesti membunyikan bunyi huruf pada gambar tersebut seperti mana yang diajarkan oleh guru sebentar tadi.

RUQAIYAH HANI BINTI FIRUZ DALILI

PISMP 2.14

2.2 Latihan Membatangkan Suku Kata dan Perkataan Tajuk Alatan/Bahan : Tolong saya! : Kertas bergambar, gam, kad manila

Prosedur Pelaksanaan : 1) Guru menyediakan kad-kad bergambar yang mempunyai kepala bahagian-bahagian badan haiwan yang diceraikan. Pada setiap bahagian dipecahkan mengikut suku kata. Gambar boleh diceraikan mengikut tahap kesukaran.

Aras Mudah : Dua Suku Kata

Aras Sukar : Tiga Suku Kata Contoh gambar haiwan yang telah diceraikan 2) Setiap murid akan diberikan helaian kertas yang mengandungi haiwan yang telah diceraikan kepada semua murid. Murid-murid diminta mencantumkan badan-badan haiwan yang diberi di atas kad manila.

3) Guru menunjukkan cantuman sebenar di hadapan papan putih sambil menyebut setiap suku kata tersebut.
RUQAIYAH HANI BINTI FIRUZ DALILI PISMP 2.14 5

2.3 Latihan Membaca Frasa dan Ayat Tajuk : Puzzle

Alatan/Bahan : Puzzle Prosedur Pelaksanaan : 1) Guru memberikan Puzzle yang telah disediakan oleh guru kepada setiap murid. Puzzle itu tidak semestinya sama isi kandungannya.

Contoh Puzzle yang disediakan 2) Murid-murid akan membina Puzzle berdasarkan frasa yang ada pada setiap keping Puzzle itu. 3) Setelah selesai, murid-murid diminta untuk membacakan ayat-ayat yang terdapat pada Puzzle tersebut.

RUQAIYAH HANI BINTI FIRUZ DALILI

PISMP 2.14

2.4 Latihan Menggunakan Bahan Bantu Belajar untuk Melaksanakan Kaedah Fonik Tajuk Alatan/Bahan : Mari Menyanyi : Video lagu Fonik

Prosedur Pelaksanaan : 1) Guru memasang video lagu Fonik untuk diperdengarkan di dalam kelas. 2) Guru meminta murid menyanyi lagu Fonik bersama-sama. 3) Guru memberikan gambar yang berkaitan dengan huruf yang dinyanyikan kepada murid. 4) Murid menyanyi sambil mengangkat gambar yang berkaitan.

Lagu yang dinyanyikan murid (Huruf I-Itik)

Gambar yang berkaitan (Itik)

RUQAIYAH HANI BINTI FIRUZ DALILI

PISMP 2.14

3.0 BENGKEL ASAS MEMBACA : KAEDAH ABJAD

3.1 Menyebut Nama Huruf Abjad a-z; Huruf Besar dan Huruf Kecil Tajuk Alatan/Bahan : Kalau siapa rasa.. : Kad Bergambar

Prosedur Pelaksanaan : 1) Guru memperkenalkan huruf-huruf menggunakan kad-kad gambar sambil menyebut nama huruf.

Contoh Kad Bergambar 2) Guru memberikan setiap murid kad bergambar yang berbeza-beza. 3) Guru menyanyikan lagu dan murid mesti mengikut arahan dalam lagu tersebut.
Kalau siapa rasa dia besar, berdiri. Kalau siapa rasa dia besar, berdiri. Kalau siapa rasa dia besar berdiri, kalau siapa rasa besar, berdiri.

Lagu mengikut rentak, Kalau siapa rasa gumbira.

4) Apabila murid yang memegang huruf besar telah berdiri, murid yang memegang huruf kecil mestilah pergi ke arah murid yang memegang huruf besar sambil kedua-dua belah pihak murid membunyikan huruf masing-masing.

5) Kemudian guru akan mengarahkan murid menyanyikan lagu A,B,C bersama-sama.

RUQAIYAH HANI BINTI FIRUZ DALILI

PISMP 2.14

3.2 Latihan Menyebut Suku Kata V dan KV Tajuk : Dadu Ajaib Alatan/Bahan : Dua dadu bersaiz besar yang disediakan guru Prosedur Pelaksanaan : 1) Guru mesti menyediakan dua buah dadu besar terlebih dahulu. Bagi dadu pertama, setiap muka depannya mesti ditulis dengan huruf vokal. Manakala, dadu yang kedua ditulis dengan suku kata KV.

Contoh dadu 2) Murid akan membaling dadu pertama diikuti dadu yang kedua. 3) Guru akan meminta murid menulis kembali apa yang diperolehi.

4) Murid membaca kembali apa telah ditulisnya mengikut suku kata.

RUQAIYAH HANI BINTI FIRUZ DALILI

PISMP 2.14

3.3 Latihan Mengeja Suku Kata, Perkataan dan Frasa Tajuk : Kotak Ajaib Alatan/Bahan : Kotak, Kad bergambar, Lagu Prosedur Pelaksanaan : 1) Guru menyediakan kad-kad bergambar yang ditulis di atasnya suku kata.

ka tak be sar
Contoh Kad Bersuku Kata 2) Kad-kad tersebut dimasukkan ke dalam kotak yang mempunyai dua bahagian. Satu bahagian diletakkan kad yang membentuk perkataan kata nama, satu bahagian lagi bagi kad yang membentuk kata adjektif. 3) Guru memasang lagu dan murid-murid saling memberikan kotak dan apabila guru memberhentikan lagu, murid yang terakhir memegang kotak mesti mengambil dua kad dari bahagian pertama dan menampalnya di depan. Murid yang kedua terkena pula akan mengambil dua kad di bahagian kedua dan menampalnya. 4) Guru mengajar bagaimana mengeja suku kata yang akhirnya membentuk perkataan. Kemudian guru menyuruh murid membaca kedua-dua perkataan dari kata nama dan kata adjektif bagi membentuk frasa.

RUQAIYAH HANI BINTI FIRUZ DALILI

PISMP 2.14

10

3.4 Latihan Membaca Ayat Tajuk : Telefon Buruk Alatan/Bahan : Kad ayat, kertas lukisan Prosedur Pelaksanaan : 1) Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. 2) Guru menyediakan tiga stesen ayat. 3) Murid dikehendaki beratur mengikut kumpulan. Ahli kumpulan yang pertama akan pergi ke stesen yang pertama bagi membaca dan menghafal ayat di situ. Seterusnya, ahli kumpulan pertama akan membisikkan ayat yang pertama kepada ahli kumpulan yang kedua. Ahli kumpualn kedua akan mengingat ayat pertama dan seterusnya pergi ke stesen kedua bagi membaca dan mengingat ayat kedua. 4) Permainan diteruskan lagi oleh ahli kumpulan ketiga dengan cara yang sama seperti murid yang sebelumnya. 5) Murid yang terakhir akan menulis semula ketiga-tiga ayat tersebut dan melukiskan gambar yang berkaitan. 6) Setiap kumpulan menampal kertas lukisan di hadapan dan semua murid membaca bersama-sama ayat-ayat yang telah ditulis.

RUQAIYAH HANI BINTI FIRUZ DALILI

PISMP 2.14

11

3.5 Menggunakan Bahan Bantu Belajar yang Sesuai Tajuk : Masak-masak Alatan/Bahan : Doh, Oven, Rice pelbagai warna Prosedur Pelaksanaan : 1) Guru menyediakan doh. 2) Murid-murid diminta membina huruf menggunakan doh yang diberikan. 3) Murid-murid diberi kebebasan untuk menghias doh masing-masing menggunakan rice yang berwarna. 4) Guru memasakkan doh mereka.

Contoh Doh yang sudah berbentuk

RUQAIYAH HANI BINTI FIRUZ DALILI

PISMP 2.14

12

4.0 BENGKEL ASAS MEMBACA : KAEDAH PANDANG DAN SEBUT 4.1 Latihan Menyebut Perkataan Tajuk : Maaf! Alatan/Bahan : Kad-kad Bergambar dan Berperkataan Prosedur Pelaksanaan : 1) Guru menyediakan 36 keping kad-kad kecil yang bergambar dan juga kad-kad kecil yang berperkataan.

kucing
Contoh kad-kad kecil bergambar dan berperkataan

arnab

2) Guru menunjukkan gambar-gambar bersama dengan perkataan dan kemudian mengajar cara menyebutnya.

kucing
kepada murid-murid secara sama rata.
RUQAIYAH HANI BINTI FIRUZ DALILI PISMP 2.14

arnab

Contoh gambar dan perkataan 3) Guru memberikan kad-kad kecil yang bergambar dan berperkataan

13

4) Murid-murid diarahkan untuk memeriksa kad masing-masing. Sekiranya ada pasangan yang padan, letakkan di hadapan. Contohnya, gambar kucing berpadanan dengan perkataan kucing. 5) Permainan dimulakan oleh seorang murid dengan bertanya kepada murid lain, sama ada dia mempunyai perkataan atau gambar yang dimahukan. Cara meminta ialah dengan mengatakan, Awak ada perkataan Kucing? ataupun Awak ada gambar Kucing?. 6) Sekiranya ada, pemain yang diminta kadnya mesti memberikan. Murid yang meminta mesti mengucapkan terima kasih ataupun kadnya ditarik semula. Sekiranya kad yang diminta tiada, murid yang telah diminta kadnya akan mengatakan, Maaf, tiada. Maka, murid lain akan mengambil giliran untuk meneruskan permainan. 7) Permainan ini walaubagaimanapun, hanya sesuai dimainkan dalam kelas yang mempunyai bilangan murid yang sedikit seperti di dalam kelas Pemulihan.

RUQAIYAH HANI BINTI FIRUZ DALILI

PISMP 2.14

14

4.2 Latihan Mencerakinkan Perkataan Menjadi Suku Kata Tajuk : Sharing is caring! Alatan/Bahan : Kad berperkataan, lembaran kerja Prosedur Pelaksanaan : 1) Guru mengajarkan beberapa perkataan dan menunjukkan cara mencerakinkannya menjadi suku kata.

kucing siput

ku + cing si + put

Contoh Perkataan yang diajarkan 2) Guru menyiapkan lembaran kerja yang seperti di bawah.

Kucing Siput Arnab


+
Contoh soalan bergambar 3) Setiap murid diberikan lembaran kerja yang sama. Murid diminta untuk menggunting bagi memisahkan perkataan menjadi suku kata. Kemudian mereka diminta untuk menampalkan suku kata yang telah digunting ke atas lembaran kerja yang diberikan. Kemudian mereka diarahkan untuk mewarnakan lukisan tersebut.

Tikus

Jawapan

RUQAIYAH HANI BINTI FIRUZ DALILI

PISMP 2.14

15

4.3 Latihan Membina dan Menyebut Semula Perkataan yang Sama Tajuk : Teng teng Alatan/Bahan : Kapur, lantai, batu kecil Prosedur Pelaksanaan : 1) Guru melukiskan petak-petak yang dipanggil Teng Teng di atas lantai menggunakan kapur berserta suku kata.

lat
u lar

i kan

bi

2) Murid dikehendaki membina perkataan Ular, Ulat, Ubi dan Ikan. 3) Murid membaling batu mereka ke dalam kotak yang mengandungi huruf atau suku kata yang ingin digunakan. Kemudian mereka dikehendaki

melompat di atas semua petak tanpa menjejakkan kedua-dua belah kaki. 4) Sekiranya, terjatuh atau tersalah baling ke kotak yang tidak berkaitan, maka, giliran murid tersebut akan tamat. mengambil giliran. Pemain lain pula akan

RUQAIYAH HANI BINTI FIRUZ DALILI

PISMP 2.14

16

4.4 Latihan Membina dan Membaca Ayat Tajuk : Bola Berangkai Alatan/Bahan : Gambar, Bola Prosedur Pelaksanaan : 1) Guru mengarahkan murid-murid membentuk satu bulatan yang besar. 2) Guru menunjukkan gambar kepada salah seorang murid dan memintanya membina satu ayat berkaitan gambar tersebut. Guru memberikan bola kepadanya.

Contoh gambar yang diberikan 3) Murid membina dan membaca ayat yang telah dibina sambil memegang bola. 4) Murid membaling bola kepada kawannya yang lain dan kawannya mesti menyambut bola tersebut dan seterusnya membina satu ayat lagi yang berkaitan dengan ayat sebelumnya. 5) Sekiranya murid gagal menyambut bola atau gagal membina ayat, maka, murid akan didenda.

RUQAIYAH HANI BINTI FIRUZ DALILI

PISMP 2.14

17

4.5 Menggunakan Bahan Bantu Belajar yang Sesuai Tajuk : Sekelip Mata Alatan/Bahan : Barang-barang, Kotak Prosedur Pelaksanaan : 1) Guru meletakkan beberapa barang seperti pen dan jam di dalam kotak. 2) Murid-murid diminta untuk melihat isi kandungan kotak tersebut. 3) Guru menutup kotak tersebut dan meminta murid menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka mengenai barang-barang di dalam kotak. 4) Murid yang banyak sekali dapat menyatakan mengenai barang-barang di dalam kotak itu dianggap pemenang.

RUQAIYAH HANI BINTI FIRUZ DALILI

PISMP 2.14

18

5.0 BENGKEL AKTIVITI PRATULISAN

5.1 Melaksanakan Aktiviti Pergerakan Jari, Tangan dan Mata Tajuk : Bermain di Tepi Pantai Alatan/Bahan : Tiada Prosedur Pelaksanaan : 1) Guru membawa murid-murid ke tepi pantai. Pastikan keselamatan murid terjaga. Hadkan kawasan bermain murid. 2) Guru mengarahkan murid-murid melukis apa sahaja yang dikehendaki di atas pasir menggunakan jari. 3) Guru mengajarkan murid untuk membina sesuatu daripada pasir tersebut. Contohnya Istana Pasir.

5.2 Melaksanakan Aktiviti Membuat Corak, Menyambung Titik, Memadankan Bentuk dan Lain-lain Tajuk : Menyambung titik dan mewarna Alatan/Bahan : Lembaran Kerja Prosedur Pelaksanaan : 1) Guru memberikan lembaran kerja kepada murid. 2) Setelah murid menyambung titik, murid diarahkan untuk mewarnakan gambar tersebut.

RUQAIYAH HANI BINTI FIRUZ DALILI

PISMP 2.14

19

5.3 Melaksanakan Aktiviti Membentuk Huruf Tajuk : Main-main Alatan/Bahan : Tiada Prosedur Pelaksanaan : 1) Guru menunjukkan cara membentuk huruf-huruf, contohnya huruf A di papan putih. 2) Guru menyuruh murid-murid berbaris panjang. 3) Guru membisikkan huruf ke telinga murid yang berada di belakang sekali. Murid akan melukiskan huruf tersebut di atas badan rakannya dan begitu juga rakannya. 4) Murid yang berada di depan sekali akan berlari ke papan putih dan menulis kembali huruf yang dituliskan di belah belakang badannya. Murid itu kemudian akan beratur di barisan yang paling akhir pula. 5) Permainan ini akan terus berlangsung dengan mengulangi langkah tiga dan empat.

RUQAIYAH HANI BINTI FIRUZ DALILI

PISMP 2.14

20

Vous aimerez peut-être aussi