Vous êtes sur la page 1sur 3

Salutasi Salam Sejahtere dan Salam 1 Malaysia Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada

Y.Bhg.Dato'..kerana sudi datang untuk merasmikan program SPEKKTRA pada hari ini. Untuk pengetahuan Y.Bhg Dato program ini dianjurkan oleh LPPKN dengan berganding bahu dengan Myindian.com. Saya bagi pihak My Indian.com turut berterima kasih kepada Pengarah LPPKN.. kerana telah memberi peluang kepada My Indians untuk turut serta dalam program SPEKKTRA untuk membantu masyarakat kita dalam mencapai matlamat GTP seperti yang dirancang oleh pihak kerajaan dibawah kepimpinan Perdana Menteri kita YAB. Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Di sini saya ingin ambil kesempatan untuk menyampaikan ribuan penghargaan kepada Y.Bhg Dato, tuan-tuan dan puanpuan sekalian. daripada Datin Vasanthi, Pengarah Myindian yang telah mengatur program ini untuk dimanfaati oleh semua lapisan masyarakat . Saya juga ingin mengambil maklum bahawa Datin tidak dapat bersama kami pada hari berikutan urusan rasmi keluar negara Y.Bhg Dato, Tuan-tuan dan Puan-puan Sekalian Program ini adalah antara program yang kelima daripada 10 program yang telah dirancang oleh pihak My Indian.com. Program ini merupakan program lanjutan daripada sebelum ini yang diadakan, di (Port Dickson, Negeri Sembilan), (Kg Lindungan, Selangor), (Bahau, Negeri Sembilan) (Rantau, Negeri Sembilan). Sambutam yang diberikan oleh penduduk dikawasan tersebut sangkat memberangsangkan dan cukup membanggakan pihak kami.

Hadiri Sekalian, Program pada hari ini turut dihadiri oleh pihak Bomba, PDRM, Score A, Bank CIMB dan juga Amanah Iktihar. Para hadiran sekalian hari ini ada akan memperolehi pelbagai maklumat penting yang sangat berguna dalam kehidupan harian kita contahnya seperti cara menjaga KESELAMATAN anggar mengelak daripada sebarang kemalangan dirumah kita terutamanya. Disamping itu pihak PDRM akan memberi sedikit input berkaitan jenayah. Kami juga turut mengambil kita tentang pelajar-pelajar yang turut hadir pada program ini, untuk itu pihak score A akan berkongsi bagaimana anak-anak dapat memperolehi keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan. Bagi mereka yang ingin memerlukan bantuan kewangan dalam memulakan pernigaan baru turut bersama kami pada hari ini adalah Amanah Iktihar Malaysia serta Bank CIMB dalam bantu anda dalam memberi nasihat berkaitan pinjaman kewangan dan sebagainya Saya berharap kepada semua yang hadir pada hari ini akan mendapat manfaat daripada program yang dijalankan ini beserta dengan input yang akan sampaikan oleh pelbagai pihak wakil badan kerajaan dan bukan kerajaan. Untuk perhatian tuan-tuan dan puan-puan memandangkan klinik yang terdekat adalah terletak ............................................ jika sesiapa disini menghadapi masalah pengangkutan diminta untuk berjumpa di kaunter pendaftaran yang disediakan supaya Pn.Sumathi boleh uruskan pengangkutan anda. Sekali lagi kami ingin mengucapkan LPPKN atas bas dan khidmat pelanggan yang di beri untuk masyarakat dikawasan ini. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada hari saya ingin merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Y.Bhg Dato.. Pihak LPPKN, pihak PDRM, BOMBA, Bank CIMB, Amanah Iktihar Malaysia dan Score kerana turut serta dengan pihak

MyIndian dalam menjayakan program pada hari ini. Tidak terlupa juga kepada semua yang hadir pada hari ini dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Sekian terima kasih. Salam 1 Malaysia.

Vous aimerez peut-être aussi