Vous êtes sur la page 1sur 11

Tarikh

16/2/2012 (khamis)

Praktikal 3 :

Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan

Mengkaji sel haiwan (sel pipi) dan sel tumbuhan (sel epidermis bawang)

Objektif

Untuk menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan Menggunakan teknik pewarnaan yang betul.

Hipotesis sel haiwan

Struktur sel haiwan yang kelihatan di bawah mikroskop cahaya ialah membran plasma, sitoplasma dan nukleus.

Hipotesis sel tumbuhan : Struktur sel tumbuhan yang kelihatan di bawah mikroskop cahaya ialah dinding sel, membran plasma, nukleus, sitoplasma dan vakuol

Teori : Sel merupakan unit asas bagi setiap hidupan di dunia ini. Secara amnya, sel terdiri daripada membran plasma, sitoplasma dan nukleus. Dalam hierarki organisasi biologi, sel adalah koleksi yang paling ringkas yang boleh hidup. Kebanyakan organisma kompleks terutama haiwan dan tumbuhan adalah multisel; badan mereka mempunyai sel-sel khusus yang bekerjasama untuk meneruskan kehidupan. Sel mula-mula digambarkan pada tahun 1665 oleh seorang ahli sains Inggeris Robert Hooke yang telah meneliti hirisan nipis gabus melalui mikroskop ringkas. Sel tidak boleh dilihat dengan menggunakan mata kasar. Hal ini kerana sel adalah sangat kecil dan

hanya mampu dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya mahupun mikroskop elektron. Dengan menggunakan mikroskop elektron, pemerhatian akan menjadi lebih jelas dan teliti berbanding dengan mikroskop cahaya. Terdapat 2 jenis sel yang sering dikaji iaitu sel haiwan dan sel tumbuhan. Keduadua sel ini mempunyai persamaan dan perbezaannya. Sel tumbuhan biasanya lebih besar berbanding dengan sel haiwan. Sel tumbuhan juga mempunyai bentuk yang tetap kerana kehadiran lapisan selulosa yang kuat, iaitu dinding sel di bahagian luar membran plasma. Di dalam sitoplasma sel, terdapat beberapa jenis organel. Organel ialah struktur halus sel yang melakukan suatu fungsi yang khusus. Contoh organel sel ialah nuklues, mitokondrian, kloroplas, vakuol, ribosom, jasad Golgi dan jalinan endoplasma. Sesetengah organel sel seperti ribosom dan jasad Golgi hanya kelihatan apabila dilihat menerusi mikroskop elektron. Sel haiwan mempunyai protoplasma yang diliputi oleh membran plasma. Protoplasma terdiri daripada dua bahagian iaitu nuklues dan sitoplasma. Sel haiwan tidak mempunyai bentuk yang tetap seperti sel tumbuhan kerana tiada dinding sel. organel di dalam sel perlu menjalankan fungsi masing-masing dengan sempurna supaya sel dapat berfungsi pada tahap optimum Setiap

Bahan dan radas : Mikroskop Slaid mikroskop Slip kaca Penitis Forcep Pisau Pencungkil gigi Metilena biru

Larutan iodin Bawang

Pemboleh ubah Manipulasi

: : : : Jenis sel yang digunakan Struktur sel Jenis reagen yang digunakan untuk sel

Bergerak balas Malar

Prosedur

(a) Memerhati sel pipi.

1. 2.

Mulut dikumur terlebih dahulu dengan air. Lapisan tipis sel-sel bahagian dalam pipi dikikis dengan menggunakan pencungkil gigi dengan perlahan-lahan.

3. 4. 5.

Kikisan sel tadi dititiskan dengan satu titisan larutan metilena biru di atas slaid. Slip kaca diturunkan perlahan-lahan menutupi slid tersebut. Specimen diperhatikan di bawah lensa objektif kekuatan tinggi dan kemudian diikuti dengan lensa objektif kekuatan tinggi.

6.

Sel pipi dan setiap bahagian sel dilukis dan dilabel : nukleus, jalinan kromatin, l membran plasma dan sitoplasma.

(b) Memerhati sel epidermis bawang

1. 2.

Lapisan luar bawang dikupas menggunakan forcep. Lapisan tersebut dipotong menjadi bahagian kecil dan kemudian dititiskan dengan setitis larutan iodin di atas satu slaid.

3. 4.

Slip kaca diturunkan perlahan-lahan menutupi slid tersebut. Specimen diperhatikan di bawah lensa mikroskop cahaya kuasa rendah dan kemudian diikuti dengan kuasa tinggi.

5.

Struktur sel epidermal bawang dan setiap bahagian sel dilukis dan dilabelkan : nukleus, jalinan kromatin, membran plasma, sel dinding, sitoplasma dan vakuol.

Kemahiran Manipulatif : 1. Memakai jubah makmal semasa menjalankan eksperimen. 2. Menggunakan pisau yang tajam untuk mengupas bawang dengan berhati-hati. 3. Mengendalikan alat radas dengan cermat dan betul. 4. Membersihkan alat radas selepas digunakan. 5. Meletakkan dan menyusun alat radas yang telah digunakan di tempat asal. 6. Merekod data dan keputusan eksperimen dengan jujur.

Keputusan : Sel haiwan (sel pipi)

Sel tumbuhan

Perbincangan

Eksperimen yang telah dijalankan adalah untuk membuat pemerhatian terhadap contoh sel haiwan iaitu sel pipi dan contoh sel tumbuhan iaitu sel bawang. Pemerhatian bagi kedua-dua sel adalah dengan menggunakan mikroskop cahaya. Semasa menyediakan slaid bagi setiap sel, kami menggunakan pencungkil gigi dan meletakkan slip kaca secara perlahan-lahan bagi mengelak kehadiran gelembung udara yang akan mengganggu pemerhatian di bawah mikroskop. Eksperimen pertama iaitu membuat pemerhatian terhadap sel haiwan iaitu sel pipi. Berdasarkan pemerhatian, terdapat 3 struktur yang dapat dilihat dan dikesan iaitu nukleus, membran plasma dan sitoplasma. Sel haiwan (sel pipi) tidak mempunyai bentuk yang tetap. Hal in kerana sel haiwan tidak mempunyai dinding sel untuk memberi bentuk kepada sel ini. Metilena biru digunakan bagi melakukan proses staining iaitu bagi menjelaskan organel untuk mudah dilihat dan dikesan dengan menggunakan mikroskop. Metilena biru yang telah diletakkan pada sel pipi ini mewarnakan sitoplasma dan nukleus menjadi biru dan memudahkan organel ini dikesan. Setiap struktur ataupun organel dalam sel haiwan memainkan peranan yang penting. Nukleus merupakan pusat kawalan bagi setiap aktiviti yang berlaku dalam sel. Membran plasma pula berfungsi untuk mengawal pergerakan bahan masuk dan keluar dari sel. Selain itu, sitoplasma merupakan medium bagi tindak balas kimia sel. Berdasarkan eksperimen mengkaji sel tumbuhan pula, sel epidermis bawang telah digunakan. Struktur yang boleh dilihat di bawah mikroskop cahaya ialah dinding sel, membran plasma, nuklues, vakuol dan sitoplasma. Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap. Hal ini kerana sel tumbuhan mempunyai dinding sel yang kuat yang terdiri daripada selulosa. Vakuol dapat dilihat dengan jelas. Larutan iodin mewarnakan bahagian nukleus sel menjadi perang. Sel bawang tidak mempunyai kloroplas dan dengan itu larutan iodine tidak menjadi biru hitam kerana tidak terdapat kanji pada sel bawang. Sel bawang tidak mempunyai kloroplas seperti sel tumbuhan yang umum kerana bawang ialah tumbuhan tuber dan tidak mendapat cahaya matahari. Jadi kehadiran kloroplas adalah tidak perlu untuk mengekalkannya terus hidup seperti

tumbuhan lain.Struktur umum sel tumbuhan adalah mempunyai kloroplas yang bertindak untuk memerangkap cahaya matahari untuk proses fotosintesis. Selain itu, vakuol berfungsi sebagai tempat menyimpan air dan bahan mineral terlarut. Melaui pemerhatian yang telah dijalankan, sel haiwan dan sel tumbuhan mempunyai persamaan dan perbezaan. Sel tumbuhan adalah lebih besar berbanding dengan sel haiwan. Dengan menggunakan mikroskop cahaya untuk membuat pemerhatian, tidak semua organel yang wujud dalam sel dapat dilihat. Pemerhatian yang lebih jelas dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop elektron. Larutan iodin adalah pewarna umum yang digunakan bagi sel tumbuhan manakala metilena biru adalah pewarna umum yang digunakan oleh sel manusia dan haiwan.

Kesimpulan : Sel haiwan tidak mempunyai bentuk tetap. Membran plasma, sitoplasma dan nukleus dalam sel haiwan dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya. Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap. Membran plasma, sitoplasma, nukleus, kloroplas dan vakuol dalam sel tumbuhan dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Soalan

1.

Namakan jenis sel yang dijumpai di bahagian dalam pipi anda. Sel epithelial.

2.

Mengapakah epidermis dalam daun bawang tidak mengandungi kloroplas? Sel epidermis pada daun bawang tidak mempunyai kloroplas kerana bawang tidak menjalankan proses fotosintesis. Bawang berfungsi sebagai penyimpan makanan dengan itu kloroplas tidak diperlukan oleh bawang. Bawang merupakan tumbuhan tuber.

3.

Nyatakan persamaan dan perbezaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan. Persamaan bagi kedua dua sel ini adalah mempunyai nukleus, sitoplasma, membrane plasma, jasad Golgi, mitokondria, jalinan endoplasma. Perbezaan

Sel haiwan bentuk sel tidak tetap tidak ada tiada tiada, jika ada, saiznya kecil dalam bentuk glikogen ada

Perbezaan bentuk dinding sel kloroplas vakuol granul simpanan sentriol

Sel tumbuhan bentuk sel tetap ada ada ada, bersaiz besar dalam bentuk kanji tiada

4.

Mengapakah nukleus dikenali sebagai pusat kawalan bagi sel?

Nukleus dipanggil sebagai pusat kawalan kepada sel kerana di dalam nukleus terdapat kromatin yang membentuk kromosom apabila sel tidak membahagi. Kromatin yang mengandungi DNA akan mengawal aktiviti dalam sel kerana di dalam DNA terdapat genetik kod. 5. Apakah itu tisu? Apakah perkataan yang merujuk kepada gabungan tisu melakukan satu tugas yang tertentu? Tisu ialah sekumpulan sel yang telah mengalami pengkhususan yang sama dan dengan itu mempunyai struktur yang serupa serta tersusun bersama-sama untuk melaksanakan satu fungsi khusus. Sekumpulan tisu yang melakukan sesuatu kerja bersama bermaksud sekumpulan tisu yang boleh menjalankan fungsi yang khusus dengan lebih cekap berbanding dengan satu sel sahaja.

Rujukan Buku

1. Lee Soon Ching, Liew Shee Leong, Choong Ngok Mang. (2004). Success in Biology for STPM Volume 2. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd Internet. 1. Definisi sel. Dicapai pada 22/2/2012 http://ms.wikipedia.org/wiki/Sel_(biologi) 2. Perbezaan sel. Dicapai pada 22/2/2012 http://www.cikgusains.abib2u.com/tag/sel-haiwan/ 3. Eksperimen menggunakan mikroskop cahaya. Dicapai pada 22/2/2012 http://www.scribd.com/doc/15801873/Experiment-Biology-of-Cell-LightMicroscope

Vous aimerez peut-être aussi