Vous êtes sur la page 1sur 15

PRAKTIKAL 5 Tarikh Tajuk Objektif Hipotesis : : : : 23/2/2012 Enzim dan Penghadaman Mengkaji kesan suhu terhadap aktiviti enzim.

Enzim bertindak balas secara optimum pada suhu 370C / Suhu optimum bagi tindak balas enzim adalah pada 370C

Teori

: Setiap tubuh badan manusia mengandungi enzim. Enzim memainkan peranan

penting dalam sistem pencernaan dan penghadaman dalam tubuh badan kita. Enzim merupakan pemangkin organik yang mengawal atau mempercepatkan tindak balas kimia di dalam organisma hidup. Antara enzim yang terdapat dalam tubuh badan manusia adalah amilase, pepsin, renin, tripsin, lipase, peptidase, maltase, sukrase, dan laktase. Enzim- enzim ini memainkan peranan penting dalam sistem penghadaman dalam mempercepatkan proses penghadaman dalam tubuh badan manusia.

Selain itu, enzim merupakan bahan kimia yang mengambil bahagian dalam metabolisme sel yang dikenali sebagai metabolit. Dalam tindak balas kimia yang melibatkan enzim, bahan yang bertindak balas dengan enzim dikenali sebagai substrat.

Rajah riben enzim Asetilkolinesterase

Tindakan enzim adalah spesifik. Setiap enzim hanya akan bertindak balas dengan substrat tertentu sahaja. Sebagai contoh, enzim sukrase dalam badan kita hanya boleh bertindak dengan sukrosa sahaja tetapi tidak boleh bertindak balas dengan laktosa. Tindak balas enzim boleh berbalik. Arah tindak balas bergantung kepada jumlah substrat dan hasil yang ada. Tindak balas penguraian lemak akan berlaku dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri sehingga keseimbangan tercapai antara kedua-dua substrat Tambahan lagi, Enzim diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Sedikit enzim akan memangkinkan satu bilangan besar tindak balas biokimia yang sama. Enzim tidak boleh dimusnahkan selepas tindak balas biokimia selesai. Oleh itu, enzim boleh digunakan berulang kali. Selain itu, suhu optimum bagi tindak balas enzim ialah pada 37oC. enzim tidak aktif pada suhu 0oC dan pH optimum adalah pH 7.

Pemboleh ubah
a) Manipulasi

: : Suhu Perubahan warna terhadap ujian kanji menggunakan iodin isipadu larutan saliva, isipadu larutan kanji, Kepekatan larutan kanji

b) Bergerak Balas : c) Dimalarkan

Radas dan bahan : Bikar Silinder penyukat Termometer Tabung uji

Penitis Penunu Bunsen Kaki tripod Kasa dawai Kiub ais , air suling Air mandian (370C) , 1 % larutan kanji , larutan iodin Prosedur 1. 8 tabung uji dilabelkan sebagai A1, A2, B1,B2, C1,C2,D1,D2
2. 5cm3 larutan kani dimasukkan ke dalam setiap tabung uji A1, B1, C1, D1 3. 3cm3 air suling dimasukkan ke dalam D2 dan 3 cm 3 air liur dimasukkan ke dalam

tabung uji A2, B2 dan C2. 4. Kesemua tabung uji dimasukkan ke dalam rendaman air mengikut gambar rajah berikut.

5. Tabung uji dibiakkan dalam rendaman air selama 5 minit supaya tabung uji mencapai suhu yang sama dengan air rendaman.

6. Tabung uji yang mengandungi air liur dimasukkan ke dalam larutan kanji dan

masa direkod dengan segera. 7. Selepas 20 minit, larutan dalam setiap tabung uji diuji dengan iodin. 8. Pemerhatian dan keputusan direkod.

Kemahiran Manipulatif : 1. Memakai jubah makmal semasa menjalankan eksperimen.


2. Menyalakan api penunu Bunsen dengan berhati-hati.

3. Mengendalikan alat radas dengan cermat dan betul. 4. Membersihkan alat radas selepas digunakan. 5. Meletakkan dan menyusun alat radas yang telah digunakan di tempat asal. 6. Tidak menghidu sebarang bahan kimia. 7. Merekod data dan keputusan eksperimen dengan jujur.

Keputusan

Tabung uji Kandungan

Suhu
5

Ujian Iodine

Inferens

Perubahan warna ke A1 Larutan kanji + air liur 00C biru tua

Kehadiran kanji

Tiada perubahan warna B1 Larutan lanji + air liur 370C

Tiada kanji

Perubahan warna ke C1 Larutan kanji + air liur 1000C biru tua

Kehadiran kanji

Larutan kanji D1 + air suling (bertindak sebagai ujian kawalan) 370C Perubahan warna ke biru tua Kehadiran kanji

Pemerhatian

Gambar 1 menunjukkan tabung uji A1 - Perubahan warna ke biru tua

Gambar 2 menunjukkan B1 - tiada perubahan warna berlaku

Gambar 3 menunjukkan C1 Perubahan warna ke biru tua Perbincangan :

Gambar 4 menunjukkan D1 perubahan warna ke biru tua

Berdasarkan eksperimen ini, tindak balas enzim terhadap kanji dapat dilihat. Suhu merupakan pemboleh ubah yang dimanipulasi kali ini untuk mengkaji kesan suhu terhadap aktiviti enzim. Iodin digunakan untuk menguji kehadiran kanji
7

dalam setiap tabung uji. Ujian kanji dijalankan. Enzim yang digunakan dalam eksperimen adalah amilase yang terkandung dalam air liur. Melalui eksperimen ini, tabung uji A1, C1, dan D1 menunjukkan kesan yang positif bagi ujian kanji dengan menggunakan larutan iodin. Perubahan warna berlaku dari perang ke biru tua. Ini menunjukkan tabung uji tersebut masih mengandungi kanji. Manakala bagi tabung uji B1, tiada perubahan warna berlaku pada ujian kanji. Ini menunjukkan tiadanya kandungan kanji. Tabung uji A1 dan A2 telah direndam dalam kiub ais yang bersuhu 0 0C. Pada suhu 00C, enzim tidak aktif. Oleh itu, enzim tidak boleh bertindak balas dengan kanji untuk membentuk glukosa. Keadaan ini telah menyebabkan kanji lambat untuk dipecahkan menjadi glukosa kerana enzim yang bertindak untuk mempercepatkan proses ini tidak aktif. Tabung uji B1 menunjukkan tiada perubahan warna berlaku. Ini kerana tiada kehadiran kanji. Enzim amilase telah bertindak balas dengan kanji untuk membentuk maltosa. Kanji telah dicerna menjadi maltosa. Pada suhu ini iaitu 370C iaitu pada suhu badan normal manusia, enzim amilase yang terkandung dalam air liur bertindak dengan aktif. Oleh sebab itu, kanji telah dicerna sepenuhnya. Dalam tabung uji C1 pula iaitu yang berada dalam suhu 1000C, enzim telah mengalami denaturasi. Oleh itu, enzim tidak bertindak balas dengan larutan kanji. Ini telah menyebabkan perubahan warna berlaku ke biru tua menunjukkan kehadiran kanji.

Manakala dalam tabung uji D1, hanya terdapat larutan kanji dan air suling. Larutan air suling tidak bertindak sebagai enzim. Maka kanji tidak dicernakan. Tabung uji D1 hanya merupakan ujian kawalan bagi eksperimen ini. Oleh itu, tiada perubahan berlaku dalam tabung uji tersebut.

Enzim

tidak

aktif

pada

suhu

rendah.

Peningkatan

suhu

akan

meningkatkan tenaga kinetik bagi molekul-molekul substrat dan enzim. Molekul bergerak lebih pantas dan ini meningkatkan peluang perlanggaran molekul-molekul substrat pada tapak aktif enzim. Kadar tindak balas meningkat dua kali ganda bagi setiap peningkatan suhu sebanyak 10oC sehingga suhu optimum. Suhu optimum merupakan suhu di mana kadar tindak balas adalah maksimum, iaitu kira-kira 3540oC Berdasarkan eksperimen ini, enzim amilase yang terdapat dalam air liur bertindak dengan optimum pada suhu 370C iaitu pada suhu badan. Pencernaan ini berlaku dalam mulut. Enzim ini membantu memecahkan molekul makanan kompleks seperti kanji ke unit yang paling ringkas untuk memudahkan diserap ke dalam tubuh badan kita. Sistem pencernaan adalah amat penting untuk tubuh badan bagi menyerap segala nutrien yang diperlukan dalam tubuh badan. Enzim tidak aktif pada suhu 00C dan mengalami denaturasi pada suhu 1000C.

Langkah berjaga-jaga

1. Untuk mengelakkan kehadiran mikroorganisma, cuci mulut terlebih dahulu

sebelum mengumpul amylase saliva. 2. Semua bahan dan radas diperiksa terlebih dahulu untuk memastikan kelancaran semasa eksperimen dijalankan.
3. Pastikan

amylase saliva yang digunakan dilarutkan dengan air suling pada

kadar isipadu yang sama untuk memastikan kepekatan amylase saliva adalah sama untuk setiap tabung uji. Ini adalah kerana kepekatan enzim mempengaruhi kadar tindak balas enzim. 4. Berhati-hati semasa mengendalikan air panas untuk mengelakkan kecederaan.

Kesimpulan Suhu optimum bagi tindak balas enzim adalah 370C. Hipotesis diterima.

Rujukan Buku :
10

1. Gan Wan Yeat (2006) Exploring Biology Form 4. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2. Lee Ai Noi (2009) New Vision 3G SPM Biology. Shah Alam: Marshall Cavendish (Malaysia) Sdn. Bhd

Internet

1. Tiada nama pengarang. Enzim. Dilayari pada 25 Februari 2012. Di URL

http://ms.wikipedia.org/wiki/Enzim
2. Aini Ulfa. Praktikal 5 Sce 3101. Dilayari pada 25 Februari 2012. Di

URLhttp://www.scribd.com/doc/52801794/Praktikal-5-sce-3101
3. Mirza.

Praktikal

Enzim.

Dilayari

pada

25

Februari

2012.

Di

URL

http://www.scribd.com/doc/78459923/praktikal-enzim
4. Tiada Nama Pengarang. Amylase. Dilayari pada 25 Februari 2012. Di URL

http://en.wikipedia.org/wiki/Amylase
5. Tiada Nama Pengarang. The Action of Amylase on Starch. Dilayari pada 25

Februari 2012. Di URL http://www.biotopics.co.uk/nutrition/amylex.html


6. Tiada Nama Pengarang. Salivary Amylase and Starch Digestion. Dilayari pada

25 Februari 2012. Di URL http://www.woodrow.org/teachers/ci/1988/starch.html

11

PRAKTIKA L 3

12

PRAKTIKA L 4

13

PRAKTIKA L 5

14

15

Vous aimerez peut-être aussi