Vous êtes sur la page 1sur 24

TOPIK 2

ARCA

TOPIK 2

ARCA

Arca berasal daripada perkataan Yunani tua sculpere yang bermaksud mengukir, menebuk, memotong, melarik dan sebagainya (Gaunt 1966: 1).

Sejarah arca bermula dari penemuan patung kecil Cycladic di sebuah pulau di Laut Aegean lebih kurang 4,500 tahun yang lalu. Adalah dipercayai bahawa arca figura yang banyak ditemui di serata dunia ada kaitan yang amat rapat dengan sistem kepercayaan pada masa itu. Arca Laocoon (50 Sebelum Masihi) menunjukkan satu situasi dramatik: tiga lelaki dibelit ular. Gambaran ini menunjukkan sindiran masyarakat pada masa itu. Pada masa Renaison, arcawan banyak berkarya bertemakan figura manusia kerana faktor kemanusiaan paling mudah dijadikan sebagai sindiran dan teladan. Pada tahun 1501 1504 Michelangelo membuat arca manusia bertopik David menggunakan marmar. Menjelang abad kedua puluh, arca tidak berkonsepkan figura seratus peratus. Ia telah mengalami perubahan dan akhirnya berubah kepada konsep abstrak. Arcawan British bernama Henry Moore dan Alberto Giacometti telah menukarkan konsep figura yang dipiuhkan atau distailisasikan untuk lebih membawa makna dalaman. Perkembangan seni arca di Malaysia asalnya berkaitan dengan magis yang digunakan oleh kaum asli bagi tujuan keagamaan dan perubatan. Patung-patung yang dihasilkan oleh Kaum Jah Hut dan Mah Meri mempunyai ciri-ciri seperti yang diterangkan tadi. Perkembangan arca yang bersifat konseptual dan distailisasikan bermula sekitar tahun 1960-an daripada pengarca yang mendapat pendidikan Barat. Pengarca Malaysia terdiri daripada Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal dan Lim Kian Seng.

OBJEKTIF
Pada akhir topik ini pelajar akan dapat: 1. 2. 3. 4. mengetahui arca sebagai objek tiga dimensi yang mementingkan jisim dan ruang; memahami bahawa arca dihasilkan melalui pelbagai teknik dan kaedah; mengenal pengarca luar negeri dan pengarca Malaysia; dan menghasilkan satu arca mini daripada sembilan jenis arca yang dipelajari.

OUM

15

ARCA

TOPIK 2

Rajah 2.1: Arca pentingkan bentuk dan ruang

Aktiviti 2.1
Mengapakah arca kurang mendapat perhatian dari segi pengkaryaan dan penggunaan? Bagaimanakah situasi ini boleh diubah dan seterusnya arca menjadi pilihan utama di dalam hiasan dan pengkaryaan?

ARCA TAMBAHAN LAND ASEMBLAJ

INSTALASI

LUAKAN

JENIS-JENIS ARCA
STABIL TIMBULAN

MOBAIL

BINAAN

Rajah 2.2: Jenis-jenis arca

16

OUM

TOPIK 2

ARCA

2.1

KATEGORI ARCA

Arca pada asal-usul pengkaryaan bersifat realis iaitu menampilkan objek patung manusia dan binatang sebagai suatu representasi mesej. Ia ada kaitan dengan kepercayaan dan keagamaan. Menjelang abad ke dua puluh, apabila seni menemui dimensi baru, arca berubah kepada ciri abstrak dan membuka era baru dalam peradaban arca. Kontemporari ini arca lebih menampilkan bentuk abstrak kerana interpretasinya yang berbagai dan mempunyai konotasi yang luas. Bagi tujuan untuk menjadikan arca lebih bermakna ia diolah dalam pelbagai gunaan dan akhirnya muncullah arca estetik dan arca berfungsi.

KATEGORI ARCA
ARCA ESTETIK Bahan peragaan/tatapan Sebagai hiasan dalam/luar bangunan Punyai makna yang mendalam dan pengetahuan yang intelektual ARCA BERFUNGSI Boleh diguna pakai sebagai alat permainan, tempat permainan kanak dan lanskap Sebagai alat ritual, penyembahan dan keagamaan Keperluan domestik

Rajah 2.3: Kategori arca

Latihan 2.1
Arca karya Syed Ahmad Jamal yang bertajuk Pertumbuhan yang terdapat di Laman Asean Kuala Lumpur merupakan arca stabil yang terkenal. Berdasarkan Rajah 2.3 apakah kategori arca yang boleh dipadankan dengan karya tersebut? Beri huraian anda.

OUM

17

ARCA

TOPIK 2

TANAH LIAT Ada kaitan dengan tembikar (tanah dibakar) Asal kajian sebelum batu digunakan untuk arca

MEDIA PENGHASILAN ARCA


-

GANGSA Gabungan tembaga, zink dan timah Gunakan alatan leburan yang bersuhu tinggi Gunakan acuan untuk membentuk arca

LOGAM KAYU - Media paling tua Melalui proses ukiran dan sapu minyak pada kayu - Banyak dipraktikkan oleh masyarakat pribumi Malaysia BATU - Jenis batu lembut spt. pualam atau alabaster, batu kapur dan batu sabun. - Batu keras spt. granit, marmar dan batu pasir - Sering kali batu digabung dengan logam
Rajah 2.4: Media penghasilan arca

Mula diguna kurun ke 20. Proses oksiasetilena digunakan

Rajah 2.5: Arca logam dan permata

Rajah 2.6: Arca kayu

Latihan 2.2
Berpandukan Rajah 2.4 di atas, apakah media dan objek lain yang pernah digunakan oleh pengarca?

18

OUM

TOPIK 2

ARCA

Latihan 2.3
Jika anda seorang pengarca, apakah ciri-ciri persembahan yang menepati penghasilan arca yang baik?

2.2
Bil. 1.

ALAT DAN MEDIA DALAM PEMBUATAN ARCA


Jenis Bentuk/3D Arca timbul Bahan/Alat Kepingan kayu, plaster of Paris, batu, kayu, plastik, kertas lumat, papier mashe, tanah liat, Pahat, penukul, alat pengukir, pengikis, kikir pari, kertas pasir dan lain-lain. Contoh Still Life With Musical Instruments oleh Jaques Lipchitz (891-1973)

2.

Asemblaj

Kayu, logam, batu, simen, bongkah- Bicycle Wheel oleh bongkah, spare-part kenderaan, Marcel Duchamp bahan kutipan, besi, roda dan (1887 1968), Perancis. sebagainya. Besi, dawai, kertas, kepingan logam, kad bod tali temali, Horizontal Spines oleh Alexander Calder, 1942.

3.

Mobail

4.

Stabail

Simen, kepingan logam, plastik, spare- Homage New York: parts kenderaan, besi, logam, papan A Self Construction and dan sebagainya. Self Destroying Work of Art oleh Jean Tinguely (1925-1991).

Latihan 2.4
Mengapakah arca Bicycle Wheel karya Marcel Duchamp dikategorikan sebagai arca asemblaj?

OUM

19

ARCA

TOPIK 2

2.3
Bil. 1.

TEKNIK PENGHASILAN
Jenis Bentuk/ 3D Arca timbul Teknik Penghasilan dan Peralatan yang Berkaitan Bentuk tiga dimensi tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia bolah di buat secara: Acuan Tampalan Asemblaj Binaan

2.

Asemblaj

Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantum dan menjadi satu kesatuan objek dan menjadi satu konsep bermakna. Teknik hasilan; Kimpalan Binaan Cantuman skru/paku Gam

3.

Mobail

Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik yang digunakan; Kimpalan Gam Skru Ikatan

4.

Stabail

Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabil. Teknik yang digunakan; Kimpalan Skru Ikatan Acuan Binaan

20

OUM

TOPIK 2

ARCA

2.3.1

Penyediaan Lakaran Idea

Penentuan bentuk arca dan jenis bahan perlu ditentukan lebih awal. Olahan idea perlu berpandukan kepada asas dan prinsip seni reka berdasarkan kepada perkara-perkara berikut; Menentukan subjek dan tema Menentukan alat dan media Membuat tumb-nail-print (membuat lakaran-lakaran kecil) Memilih salah satu lakaran yang terbaik Memperinci lakaran

2.3.2

Proses Membentuk Arca

Setelah penyediaan lakaran ide selesai proses berikut merupakan urutan yang perlu dilakukan; Membuat model kecil/prototaip Membuat kerangka atau struktur Membuat arca yang sebenar Kemasan dan persembahan

2.4
2.4.1

PERSEMBAHAN HASIL KERJA


Ekspresi Diri

Persembahan hasil kerja yang baik mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Bentuk arca menepati tema dan topik. Bahan binaan arca sesuai dengan tujuan hasilan. Pastikan ia kuat, kukuh dan selamat. Kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik. Mengaplikasi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik. Asli, unik dan berketerampilan.

OUM

21

ARCA

TOPIK 2

2.4.2

Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik

Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada lima perkara yang berikut: 1. 2. 3. 4. Kesesuaian topik, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan alat dan bahan. Membuat tumbnail-print bertujuan untuk membuat pilihan yang terbaik. Kaedah mengguna alat perlu betul dan mengikut peraturan. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik sering kali menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir produk. Pilih keserasian bahan penyudah atau bahan kemasan untuk penampilan yang anggun. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.

5.

Rajah 2.7: Arca boleh dinterpretasi dengan pelbagai cara dan disiplin

2.4.3 Apresiasi
Apresiasi arca dilakukan berpandukan empat perkara berikut:

4.Kesesuaian secara keseluruhan

1.Tajuk dan tema yang sesuai

3.Pilihan reka bentuk berasaskan warna dan padanan imej

2.Alat dan bahan yang sesuai

Rajah 2.8: Apresiasi arca

22

OUM

TOPIK 2

ARCA

Latihan 2.5
Dalam proses penghasilan arca, terdapat beberapa aspek yang perlu dilakukan mengikut urutan. Huraikan lima aspek tersebut?

RUMUSAN
1. 2. Dari aspek sejarah kewujudan arca dikaitkan dengan ritual. Setelah berlakunya proses pemodenan, arca tidak semata-mata untuk ritual tetapi ia juga digunakan sebagai hiasan dan gunaan. Arca seterusnya berkembang luas kerana penerimaan masyarakat dan penggunaan pelbagai media mengikut pengaruh aliran atau isme. Sebuah arca yang menarik perlu menekankan unsur seni, prinsip rekaan dan struktur rekaan. Penghasilan sebuah arca perlu mengikut urutan proses.

3.

4.

5.

GLOSARI
Abstrak Asemblaj Konotasi Konseptual Magis Mobail Papier Mashe Representasi Stailisasi Tumbnail-print Umum, kabur, tidak jelas. Gabungan pelbagai objek. Berbagai makna, maksud. Berkaitan konsep. Pemujaan. Arca yang digantung, boleh bergerak. Kertas surat khabar. Penyataan semula. Pengubahsuaian. Lakaran kecil, sketsa kecil sebagai penjanaan idea.

OUM

23

ARCA

TOPIK 2

UJIAN 1
Berdasarkan dua gambar di bawah, jawab soalan-soalan berikut; (a) (b) Kategorikan jenis arca di atas. Berdasarkan kategori arca di atas buat perbandingan dari fungsi, media dan cara persembahan.

Arca 1

Arca 2

UJIAN 2
Lakaran idea adalah salah satu aspek yang penting dalam penghasilan arca. Huraikan lima ciri-ciri yang berkaitan dengan proses lakaran idea.

24

OUM

TOPIK 3

ORIGAMI

TOPIK 3
PENGENALAN

ORIGAMI

Tahukah anda bahawa sehelai kertas jika dilipat boleh menghasilkan binaan dan bentuk? Seni melipat kertas ini dipanggil origami. Ia mungkin bertemakan haiwan, tumbuhan, permainan atau barang permainan. Seni origami berasal dari China kemudiannya diamalkan oleh orang Sepanyol dan orang Jepun. Ia kemudiannya berakar umbi dan diserap menjadi kebudayaan tempatan. Origami boleh menggunakan kertas putih atau kertas berwarna dan terdapat juga mereka yang mewarnakan bentuk akhir yang terhasil. Semua jenis bentuk kertas boleh digunakan untuk tujuan melipat.

OBJEKTIF
Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat; 1. 2. 3. 4. memahami konsep origami dari segi hasilan dan kegunaan; mengetahui teknik untuk menghasilkan origami; membanding beza origami yang dihasilkan dari pelbagai alat dan bahan; dan menghasilkan origami dari satu kajian bertemakan alam sekitar.

3.1

SEJARAH ORIGAMI

Merupakan kesenian melipat kertas yang bermula semenjak mula diperkenalkan pada abad pertama di China iaitu Tsai Lun. Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Pada abad keenam, cara pembuatan kertas dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab dan juga ke Jepun oleh Dokyo. Sejak itu, origami popular di Jepun hingga hari ini dengan penghasilan kertas tempatan iaitu washi. Origami menjadi satu kebudayaan orang Jepun dalam adat keagamaan Shinto. Di Sepanyol, orang Arab Moor menggunakan origami untuk mengkaji tessallation dan bentuk geometri pada kertas. Bentuk haiwan tidak digalakkan oleh kerana Islam melarang pembuatan patung-patung. Daripada orang Arab Moor, orang Arab mengetahui cara-cara pembuatan kertas dan juga origami.

3.2

ORIGAMI DI BARAT

Di Barat, origami mula dikenali pada tahun 1920 apabila kertas ajaib oleh Will Blyte dan Harry Houdini membentuk lipatan kertas untuk buku-buku di pasaran. Buku khusus mengenai origami kemudiannya muncul seperti beria dengan melipat oleh W.D. Murray dan F.J. Rigney, dicetak di Amerika Syarikat pada tahun 1928. Pada tahun 1930 ramai ahli silap mata mula menonjolkan penggunaan wang kertas untuk menghasilkan cincin, haiwan, burung dan objek lain. Seorang rakyat Afrika Selatan, Margaret Campbell mengeluarkan buku Membuat Permainan Kertas di London pada tahun 1937.

OUM

25

ORIGAMI

TOPIK 3

TUMBUHTUMBUHAN

PERHIASAN/ BARANG PERMAINAN

JENIS-JENIS BENTUK ORIGAMI

HAIWAN

PERMAINAN

Rajah 3.1: Jenis-jenis bentuk origami

3.3
(a)

JENIS-JENIS BENTUK ORIGAMI


Haiwan Sebahagian besar origami dibentuk dari jenis ini. Bentuk yang popular terdiri daripada ikan, rama-rama, gajah dan burung. Bentuk lain yang tidak kurang pentingnya terdiri daripada dinosaur, serangga dan singa laut daripada dinosaur, serangga dan singa laut.

Unta
Rajah 3.2: Origami jenis haiwan

Burung

26

OUM

TOPIK 3

ORIGAMI

(b) Barang Permainan Bentuk origami jenis ini yang terkenal terdiri daripada sampan, kereta, bangunan dan perabot kecil (miniature).

Sampan

Kereta dan bangunan


Rajah 3.3: Origami permainan

Songkok

(c)

Tumbuh-tumbuhan Origami yang terkenal dari jenis ini terdiri dari bentuk bunga, daun dan pokok pain. Ia sering digunakan untuk menghiasi kad ucapan. Contoh bunga yang terkenal terdiri daripada bunga dahlia, bunga dandelion dan bunga tulip.

Bunga dandelion

Bunga dahlia
Rajah 3.4: Origami tumbuh-tumbuhan

Hiasan pasu

(d)

Perhiasan Origami jenis perhiasan direka bentuk untuk difungsikan di atas meja, pelengkap meja dan untuk sambutan hari perayaan.

OUM

27

ORIGAMI

TOPIK 3

Hari Krismas

Kotak barang-barang kemas


Rajah 3.5: Origami perhiasan

Latihan 3.1
Mengapakah Will Blyte dan Harry Houdini mencetuskan kertas ajaib pada tahun 1920 di Barat? Nyatakan implikasi daripada tindakan beliau?

3.4
3.4.1

ALAT DAN MEDIA


Kertas Origami

Kertas segi empat yang telah sedia ada dalam pelbagai saiz dan warna boleh didapati dengan mudah di kedai menjual alatan seni visual. Selalunya kertas seperti ini berwarna pada satu bahagian sahaja manakala bahagian belakangnya pula berwarna putih. Saiz kertas yang sesuai untuk origami ialah 15 sentimeter. Dari saiz tersebut bentuk kecil atau besar boleh dihasilkan mengikut bentuk yang dikehendaki. Asas origami ialah kertas putih atau kertas berwarna. Selain itu origami yang telah siap juga boleh diwarnakan pada peringkat akhir. Media lain yang sering digunakan terdiri daripada fabrik, kepingan logam, plastik, kertas tisu, kertas keras, gam dan straw juga boleh digunakan sebagai bahan sokongan. Alatan yang digunakan terdiri daripada gunting, pisau, gam dan pembaris keluli. Prosedur untuk Pemilihan Kertas 1. Kesemua jenis kertas sesuai untuk melipat tetapi kejayaan melipat ialah menyesuaikan kertas yang betul untuk corak yang sesuai. Elakkan daripada menggunakan kertas yang sukar mendapat lipatan yang tepat seperti surat khabar, tisu atau kertas tuala melainkan jika ianya telah ditetapkan. Penampilan kertas origami selalunya mahal dan warnanya agak terang walaupun mempunyai warna atau corak yang berbeza di kedua-dua belah yang sangat bergua bagi sesetengah projek.

2.

3.

28

OUM

TOPIK 3

ORIGAMI

4.

Kertas taip, kertas tulis, kertas fotostat dan kertas komputer merupakan kertas yang sesuai untuk origami. Kertas-kertas khas boleh didapati daripada sumber: Outlet yang membekalkan peralatan kepada pelukis Supplier yang membekalkan peralatan kepada grafik Dalam kes rekaan yang memerlukan aspek penegasan seperti Easter Egg Basket, gunakan kertas artis yang tebal yang boleh menyerap lembapan tanpa melengkung seperti kertas Ingres atau kertas water colour yang sebenar. Di dalam origami terdapat teknik lipatan basah dibuat untuk mendapatkan kesan di mana apabila kertas kering nanti lipatan ini terhasil. Dalam hal yang lazim, kertas jenis water colour digunakan. Dalam situasi yang lain, kelainan bentuk origami mempengaruhi jenis kertas, lapisan kertas dan teknik yang diaplikasikan.

5.

6.

7.

8.

Latihan 3.2
Dengan menggunakan pengurusan grafik, senaraikan jenis-jenis origami yang sesuai diajar kepada murid-murid KBSR?

OUM

29

ORIGAMI

TOPIK 3

1. KERTAS WASHI
Berkualiti tinggi daripada Jepun Buatan tangan dengan teknik yang istimewa Corak elegan seperti fabrik broked Lebih mengekalkan keindahan model yang telah siap

2. KERTAS KERAJANG
Dihasilkan dengan menggabungkan kertas lain Kadangkala bercorak timbulan dan licin Permukaannya berkilau dan berkilat

3. KERTAS SEPASANG

JENIS-JENIS KERTAS

Gabungan dua kertas yang berlainan untuk kesan menarik Spray adhesive untuk melekat pasangan kertas Origami dibentuk

4. KERTAS BUNGKUSAN
Berwarna pada permukaannya dan putih di bahagian belakangnya Pelbagai corak, rekaan dan tekstur. Sesuai untuk origami yang berbagai warna. Sering disebut kertas pembungkus hadiah

Rajah 3.6: Jenis-jenis kertas untuk origami

3.4.2

Gunting

Penggunaan gunting tidak digalakkan ketika membentuk origami. Adalah perlu untuk mengendalikan gunting dengan baik agar kertas yang digunting dapat menghasilkan kesan guntingan yang baik dan lurus.

3.4.3

Pisau Kraf

Penggunaan pisau kraf lebih sesuai untuk memotong kertas mengikut bentuk yang dikehendaki. Sebelum mula memotong kertas, pastikan kad yang tipis diletakkan di dalam kertas supaya pisau yang digunakan tidak merosakkan permukaan kertas.

30

OUM

TOPIK 3

ORIGAMI

3.5

PROSES DAN TEKNIK PEMBUATAN

Kemahiran asas membuat origami ialah melipat kertas. Kertas yang sering digunakan terdiri daripada empat segi tepat atau empat segi memanjang.

6. Segi empat tepat siap 5. Potong sepanjang garisan lipatan dan buka segi tiga tersebut 1. Lipat dua kertas sehingga membentuk garisan

MEMBENTUK KERTAS SEGI EMPAT YANG MUDAH DAN CEPAT


4. Lipat bahagian belakang kertas membentuk segi tiga dan tekan sehingga meninggalkan kesan 2. Potong kertas tersebut dengan berhati-hati pada lipatan kertas tersebut dengan menggunakan pisau

3. Lipat pada bahagian sudut kertas untuk membentuk segi tiga

Rajah 3.7: Melipat kertas segi empat mudah dan cepat

Latihan 3.3
Mengapakah penting bagi kita untuk membuat pilihan kertas untuk tujuan membuat origami. Cadangkan kertas-kertas yang menarik untuk boleh ditampilkan di dalam menghasilkan origami?

OUM

31

ORIGAMI

TOPIK 3

Rajah 3.8: Tips-tips untuk melipat kertas

Latihan 3.4
Apakah tips-tips yang anda boleh fikirkan untuk mendapatkan bentukbentuk origami yang kemas dan tepat?

3.6

SIMBOL DAN KAEDAH

Origami melibatkan pemahaman yang berbeza mengenai simbol dan lipatan. Kesemua urutan di dalam penghasilan origami akan menggunakan pelbagai jenis simbol dan lipatan. Makna-makna simbol mungkin amat menonjol tetapi sesetengah lipatan agak unik dan memerlukan penerangan sebelum dihasilkan. Simbol dan kaedah yang ditampilkan dalam penerangan ini diharapkan dapat membantu kepada anda untuk menghasilkan origami mudah.

32

OUM

TOPIK 3

ORIGAMI

Simbol

Arahan

Kaedah

OUM

33

ORIGAMI

TOPIK 3

Simbol

Arahan

Kaedah

34

OUM

TOPIK 3

ORIGAMI

Contoh Origami 1

KAPAL TERBANG

Latihan 3.5
Berdasarkan contoh origami 1, hasilkan origami seperti yang ditunjukkan di dalam urutan membuat mengikut gambarajah.

OUM

35

ORIGAMI

TOPIK 3

Contoh Origami 2

Siput babi

36

OUM

TOPIK 3

ORIGAMI

Contoh Origami 3

TOPI KON

OUM

37

ORIGAMI

TOPIK 3

RUMUSAN
1. Origami merupakan seni membentuk dan melipat yang berasaskan kertas, plastik dan kain. Untuk menghasilkan origami yang baik, tip-tip dalam melipat dan membentuk kertas perlu diikuti dan diperhalusi. Kelainan kualiti kertas, warna kertas dan cara melipat kertas mempengaruhi terhadap hasil origami. Peragakan dengan mengambil kira keperluan dan kepentingan. Origami yang berasaskan kain lebih sesuai untuk penampilan di meja makan dan barangan hantaran perkahwinan manakala origami kertas lebih kepada hiasan.

2.

3.

4.

GLOSARI
Adhesive Dandelion Berunsur pelakat. Sejenis tumbuhan kecil dan liar yang berbunga kuning cerah. Segak dan ekslusif. Kertas cat air mengambil sempena pelukis cat air Ingres. Karya kecil catan, origami, model dan lain-lain. Pamer, tonjolkan. Kepingan batu yang pipih dan berbagai warna.

Elegan Kertas Ingres

Miniature Peraga Tessellation

UJIAN 1
Origami dibuat berasaskan kertas yang sesuai mengikut spesifikasi tertentu. Jika kain digunakan sebagai origami, apakah ciri-ciri utama yang membolehkan origami berjaya dibuat dengan baik dan berkesan?

UJIAN 2
Huraikan kesan-kesan positif yang anda boleh perolehi daripada kegiatan menghasilkan origami.

38

OUM