Vous êtes sur la page 1sur 16

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (SEED 1013) EKONOMI MALAYSIA

TUGASAN KUMPULAN 3
(B)
NAMA PENSYARAH : PN. NURUL FAIZAH BINTI HALIM
DISEDIAKAN OLEH :
MD FAKRUDDIN BIN BARHANUDDIN SITI ZULAIKHO BINTI RUSMAN ZAINUR ATIEKAH BINTI ZAINUDIN NUR AZZY BINTI KAMARUDIN NURUL NAJWA BINTI ISMAIL ZUHAIDA BINTI ZULKIFLI MOHD ALIAS HAFIS BIN CHE IBRAHIM TENGKU ZAREEQ SYAZIN BIN TUAN MOHD ZAMI SYED PUTRA AMIRUL HAKIM BIN SYED AMRA 203572 203604 203726 203946 204190 204243 204258 204322 204345

SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN BAB 4. 1. Industri ringan adalah asas kepada pembentukkan industri yang lebih berat, bincangkan kenyataan ini dalam konteks peringkat-peringkat perindustrian di Malaysia.

2. Oleh sebab perindustrian merupakan penggerak kepada pembangunan ekonomi, maka kemajuan sektor perindustrian perlu dipertingkatkan. Bincangkan

pernyataan ini dan kaitan sektor ini dengan kepentingan sektor pertanian di Malaysia.

3. Sebutkan strategi-strategi perindustrian yang ada di Malaysia dan bincangkan satu daripadanya.

4. Apakah masalah-masalah yang telah timbul akibat daripada dasar dan pengembangan sektor perindustrian

5. Apakah kelemahan-kelemahan yang mungkin dihadapi seandainya kerajaan meneruskan dasar perindustrian lampau? Apakah rasional pengenalan dan pelaksanaan PIP dalam keadaan ekonomi yang masih meleset?

6. Dibandingkan dengan sesetengah negara lain, sumbangan sektor pembinaan kepada ekonomi Malaysia adalah lebih rendah. Mengapakah keadaan ini berlaku dan apakah cara yang boleh digunakan untuk memajukannya.

Soalan 1 Industri sememangnya adalah penggerak kepada ekonomi negara. Kebiasaannya industri akan dikaitkan dengan daya pengeluaran dan keupayaan dalam penyerapan tenaga buruh. Sebelum munculnya industri berat, akan wujudnya industri ringan. Ini kerana industri ringan dikatakan asas kepada pembentukkan industri yang lebih berat. Namun begitu, dalam kontek perindustrian di Malaysia, terdapat peringkat-peringkat berlakunya proses industri ini. Pada tahun 1947 iaitu semasa pemerintahan British, ekonomi terhadap pengeluaran hanya bergantung terhadap bahan-bahan mentah seperti getah, bijih timah dan penanaman padi. Bahanbahan mentah ini kemudiannya akan dieksport dan hasil pengeluaran atau keuntungan akan digunakan untuk kepentingan British. Namun pada zaman pemerintahan British, bidang perindustrian adalah terlalu kecil. Menurut bancian hanya 6.7% penduduk di Semenanjung yang terlibat dalam bidang perindustrian. Menjelang tahun 1950 sehingga 1960, aktiviti yang menggalakkan penggantian import bagi sektor industri mula diketengahkan dan digunapakai. Pada era ini, ekonomi Malaysia hanya bergantung kepada getah dan bijih timah. Oleh itu, keseluruhan industri pada waktu itu hanya mengeluarkan barangan seperti kasut yang menggunakan getah, sabun yang menggunakan kelapa sawit, minuman, pakaian dan barangan-barangan lain yang diperbuat oleh getah. Industri yang menggalakkan gantian import digunapakai pada masa ini adalah kerana sesuai dengan manifesto Kerajaan Perikatan dan pilihan raya yang dibuat pada tahun 1955 di mana mereka berjanji untuk memberi galakan kepada pemodal tempatan disamping dapat menarik pemodal asing. Pada akhir 1960, teknologi yang digunakan masih belum maju, oleh itu barangan yang dihasilkan hanya melibatkan barang-barang pengguna.

Sumber

Barangan Barangan pengguna perantaraan

Barangan pelaburan

Jumlah 27 industri

1959-1963 Penggantian import Industri eksport Permintaan domestik 1963-1968 Penggantian import Industri eksport Permintaan domestik 49.95 12.68 37.37 48.09 14.09 37.86 50.50 11.52 37.95 48.92 12.23 38.85 47.59 -1.47 53.64 39.59 6.22 54.12 43.40 -6.78 63.40 40.68 -1.29 60.53

Berdasar jadual pada tahun antara 1959 sehingga 1963, hampir 41% industri telah menyumbang kepada keseluruhan pertumbuhan output industri. Akan tetapi dalam industri eksport adalah negatif. Ini berlaku kerana pada masa ini, aktiviti keutamaan lebih menumpukan kepada import barangan industri dari luar ke dalam negara. Ini jelas menunjukkan bahawa peranan barang-barang pengguna adalah lebih tinggi daripada peranan barang-barang perantaraan pelaburan. Namun pada tahun 1963 sehingga tahun 1968 pula, peranan barangbarang pelaburan menjadi lebih tinggi berbanding barang-barang pengguna dalam pertumbuhan output industri. Ini menunjukkan bahawa industri eksport dalam pertumbuhan output industri semakin berkembang di mana dari -1.29% kepada 12.2% berlaku peningkatan sebanyak 13.49%. Pada tahun 1970, industri-industri semakin giat dilaksanakan sehingga memperkenalkan Akta Galakan Pelaburan 1968 di mana menggalakkan industri intensif buruh dan industri berorientasikan eksport. Di tambah pula dengan penubuhan Lembaga Kemajuan Perindustrian Persekutuan (FIDA). Pada akhir tahun 1972, perindustrian di Malaysia telah berjaya mendapat permintaan pasaran tempatan dan dunia. Perluasan eksport semakin berkembang dan berlakunya lebih banyak penyerapan buruh per unit output dan modal berbanding dengan industri import dan domestik. Sebagai contohnya adalah industri kimia, logam, jentera-jentera dan alat-alat pengangkutan Era 1980 an adalah titik bermulanya peningkatan dari segi sektor perindustrian secara menyeluruh. Maka kerajaan telah menggalakkan kegiatan industri berat yang di mana melibatkan pelaburan yang besar, tempoh perancangan yang lebih panjang dan penerimaan modal dalam

jangka panjang. Keutamaan lebih diberikan kepada industri barang import, perantaraan dan industri yang berasaskan eksport. Berlakunya peningkatan juga dari segi teknologi yang semakin maju. Sebagai contoh, Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) telah ditubuhkan pada tahun 1980. HICOM telah melancarkan beberapa projek seperti penubuhan kilang simen, loji keluli, enjin dan projek kereta nasional Malaysia iaitu Proton. Tahun 1990 sehingga tahun 2002 pula kembali mewujudkan penciptaan rantaian antara Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan industri besar yang terdiri dari subindustri pakaian serta barangan elektrik dan elektronik pengguna. Industri besar yang dimaksudkan di sini adalah yang melibatkan kewangan, pemasaran, teknologi, latihan dan pengurusan. Pada tahun ini juga, dikatakan PROTON telah mewujudkan 60 pembekal IKS. Selain dari itu juga melibatkan industri perabot yang terdiri dari tiga sektor utama iaitu automatif, elektrik dan elektronik. Sebagai contoh Konsep Payung telah berjaya menghasilkan usahawan berjaya sehingga melahirkan 19 pengeluar perabot Bumiputera di Malaysia yang telah mencipta pelbagai komponen kereta yang terdiri dari bateri, radio, cermin kereta, tayar dan lain-lain sehinggalah ke era terkini yang lebih menumpukan kepada industri perkhidmatan yang melibatkan industri perlancongan.

Soalan 2 Antara kepentingan perindustrian dalam pembangunan negara adalah dapat meningkatkan pendapatan Negara melalui penyumbangan KDNK dan pendapatan eksport. Contohnya, pada tahun 2000 sebanyak 33.4% daripada KDNK negara. Kebanyakan sektor perindustrian, sejumlah besar sumber kewangan dan modal datangnya daripada pemilik sendiri. Kajian menunjukkan bahawa lebih 70% daripada sumber kewangan dalam sektor perindustrian berpunca dari pemilik sendiri. Hal ini jelas membayangkan bahawa sektor perindustrian menjadi sumber pendapatan negara. Sekiranya jumlah modal dan sumber kewangan tersebut tidak di laburkan dan di gunakan dalam industri. Berkemungkinan besar ia akan digunakan untuk perbelanjaan keperluan lain. Penubuhan dan kegiatan industri dari segi ekonomi menggalakkan kadar simpanan penduduk dalam negara dan mengurangkan masalah kenaikan kadar inflasi. Selain itu, sektor perindustrian juga dapat membuka peluang pekerjaan. Sektor perindustrian telah mewujudkan peluang pekerjaan yang sangat luas dari pelbagai aspek seperti pengeluaran, pemprosesan, pemasangan, pembungkusan, pemasaran, dan lain-lain. Misalnya, pada tahun 2001 sebanyak 2.2 juta orang yang terlibat dalam sektor perindustrian. Peluang perkerjaan yang terbuka luas dalam bidang perindustrian bukan sahaja mengundang pekerja tempatan malah ianya juga mula membuka pintu kepada pekerja-pekerja dari luar negara untuk mencari pekerjaan di negara Malaysia. Contohnya, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Hai ini disebabkan oleh sektor perindustrian mampu menggunakan guna tenaga buruh secara insentif dalam teknik pengeluaran berbanding dengan firma-firma besar. Keadaan ini secara langsung dapat membuka peluang perkerjaan yang banyak dalam beberapa fungsi pengeluaran dalam industri. Sektor perindustrian juga dapat memberi sumbangan yang penting kepada pembangunan ekonomi negara melalui menjalinkan hubungan yang baik dengan syarikat-syarikat besar di peringkat antarabangsa. Jika hubungan jalin yang tersusun, ianya akan dapat menjamin penerusan dalam perkembangan dan kejayaan sektor perindustrian negara dari segi meringankan beban kapital, kos pengurusan, pengangkutan mahupun pasaran. Hubungan jalin yang sesuai juga boleh memberi faedah penting dari segi perpindahan teknologi, peningkatan kualiti barangan atau produk, produktiviti, latihan dan kemahiran kepada pengusaha dan pekerjapekerja di negara Malaysia.

Antara sektor perindustrian memainkan peranan penting dalam sektor pertanian di negara Malaysia disebabkan oleh kedua-dua sektor tersebut saling bergantungan antara satu sama lain. Di mana sektor pertanian mengeluarkan sumber bahan mentah dan mengalami proses pembungkusan, pemprosesan, pemasaran di sektor perindustrian. Sebagai contohnya, sektor pertanian menanam pokok kelapa sawit telah di proses kepada sektor perindustrian menjadi sabun, minyak masak dan pelbagai lagi. Keadaan ini boleh menyebabkan kos pengurusan, pemasaran dan meminimumkan kos pengeluaran dan akan memaksimumkan keuntungan kepada kedua-dua sektor tersebut. Keadaan ini juga dapat membuatkan sektor pertanian akan berkembang dengan adanya sektor perindustrian untuk memasarkan dan memkomersilkan produk-produk di peringkat tempatan mahupun antarabangsa dan seterusnya akan meningkatkan pendapatan pengusaha dan negara. Selain itu, sektor perindustrian dapat dipertingkatkan dengan cara memberi ruang atau peluang kepada pengusaha-pengusaha tempatan untuk berkembang dan memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Perkara ini dapat dilaksanakan dengan memberi modal kepada pengusaha-pengusaha sektor ini. Modal yang diberikan hendaklah bersesuaian dan selari dengan perniagaan yang telah atau hendak dijalankan. Ruang niaga yang luas dapat membangunkan atau mempertingkatkan sektor-sektor disekitarnya terutamanya disektor pertanian. Bagi

meningkatkan sektor peindustrian ini, kerajaan perlulah mengawal sektor pertanian dengan baik dan lancar. Pengawalan ini seperti pengawalan harga yang dikenakan ke atas barangan keperluan harian dan barangan isi rumah. Dengan industri yang mempunyai hubungan dengan sektor ini dapat berkembang dengan baik dan mempunyai pasaran yang luas. Sektor perindustrian perlulah mempelbagaikan barangan eksport. Dengan cara ini, negara-negara luar akan dapat menjalankan urusniaga dengan baik dan tidak hanya bergantung kepada sesuatu barangan import sahaja. Dengan ini juga negara mendapat keuntungan yang lumayan dengan adanya cukai yang perlu dibayar oleh negara-negara ketika berurusan dengan Malaysia. Sebagai contohnya disamping kita mengeksport kelapa sawit, kita juga dapat menjalankan pengeksport barang-barang pertanian lain, contohnya durian merah, telur, tebu dan pelbagai lagi. Tanaman tebu mempunyai potensi yang tinggi untuk di eksport ke negara-negara Asia Barat dan Singapura.

Soalan 3 Bagi membangunkan perindustrian setiap strategi yang digunakan haruslah memandang dari segala aspek seperti struktur pengeluaran, pasaran dan jenis keluaran yang berasaskan sumber, peningkatan dari segi teknologi, penghijrahan, masalah pengangguran, penswastaan industri dan perbezaan pertumbuhan wilayah. Di Malaysia terdapat tiga kategori strategi iaitu yang pertama adalah perlindungan tarif. Di mana melibatkan berbagai jenis barang seperti barang pengguna, perantaraan dan juga barang yang melibatkan pelaburan. Melalui tarif import pula, pihak kerajaan telah mengehadkan hanya barang-barang tertentu sahaja yang boleh diimport. Ini bertujuan bagi melindungi perusahaan tempatan. Kerajaan juga telah memberi kebenaran dengan pengecualian cukai kastam, eksais terhadap bahan mentah serta cukai kastam terhadap mesin-mesin serta alat kelengkapan supaya industri tempatan akan dapat lebih digalakan. Kategori strategi yang seterusnya adalah panduan dan kemudahan lain. Kemudahan lain ini diperlukan bagi pelabur sentiasa mendapat manfaat dan tidak akan menghadapi sebarang masalah dalam pelaburannya. Oleh itu, dalam kemudahan lain memerlukan panduan. Antara panduannya adalah kemudahan dari segi penyediakan infrastruktur bagi tujuan pembangunan perindustrian, kelonggaran pertukaran wang asing, jaminan perusahaan, mengelakkan dari berlaku perjanjian cukai dua kali dan juga melibatkan panduan dan peraturan-peraturan pelaburan bagi memudahkan para pelabur mendapat manfaat dan mengelakkan berlaku sebarang tindakan yang merugikan. Strategi yang ketiga adalah galakan pelaburan. Tujuan galakan pelaburan adalah untuk mewujudkan strategi melalui menggalakkan pelabur tempatan dan asing bagi melabur dalam perindustrian di Malaysia serta perlindungan ini juga bertujuan bagi memperoleh pengetahuan teknologi, teknik pengurusan dan kemahiran, peluang pekerjaan serta sumbangan industri di dalam ekonomi Malaysia. Dengan mewujudkan perlindungan ini maka syarikat baru yang baru melabur dalam bidang baru akan mendapat pengecualian cukai pendapatan dan pembangunan kepada syarikat. Bagi menyokong galakan pelaburan ini, beberapa sokongan telah diwujudkan seperti Ordinan Taraf Perintis (TP). TP dilancarkan pada tahun 1958. Mana-mana syarikat yang mendapat TP akan mendapat keistimewaan melalui pengecualian iaitu keluaran atau aktiviti yang digalakan. Terdapat juga pengecualian 100% bagi pendapatan berkanunnya selama 5 tahun melibatkan industri yang berteknologi tinggi, pengecualian 100% dari cukai pendapatan bagi

jenis kelulusan keluaran dan galakan dalam skim rantaian industri yang melibatkan industri IKS dalam pengeluaran barangan perantaraan, galakan keluaran dan aktiviti strategi disamping

mempunyai kepentingan nasional yang melibatkan syarikat bertaraf MNC dan meluluskan skim rantaian industri yang bertaraf dunia, dan pengecualian 100% cukai pendapatan berkanun selama 5 tahun kepada syarikat penyelidikan dan pembangunan (R&D) kontrak. Sokongan seterusnya adalah Elaun Cukai Pelaburan (ECP). ECP adalah penyokong TP serta melibatkan modal yang besar dan tempoh pulang modal yang panjang. Tahap pengecualian akan diberikan mengikut jenis keluaran dan aktiviti seperti pemberian elaun 60% berdasarkan modal yang layak. Contohnya kilang, jentera, mesin dan peralatan lain yang diluluskan dalam tempoh 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang pertama. Jenis keluaran dan aktiviti lain adalah yang melibatkan pemberian elaun 80% dari perbelanjaan modal yang layak dalam tempoh 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang pertama bagi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak, pemberian elaun 100% kepada penglibatan skim rantaian industri yang diluluskan dalam tempoh 5 tahun dari perbelanjaan modal yang pertama. Sokongan ketiga adalah Elaun Penyelerasan Perindustrian (EPP). EPP dilancarkan pada 31 Disember 1990. Pemberian EPP adalah melalui sektor perkilangan terpilih seperti sektor berasaskan kayu, tekstil, jentera dan kejuruteraan, pengecapan, acuan, perkakasan dan percetakan. EPP hanya terlibat dalam aktiviti penyelerasan perindustrian tertentu seperti penyusunan semula, pembentukan semula dan percantuman di kalangan sektor berkenaan. Pemberian elaun diberikan sebanyak 60% sehingga 100% berdasarkan aktiviti dijalankan atas perbelanjaan modal yang layak bagi tempoh 5 tahun. Elaun Infrastruktur (EI) juga merupakan salah satu sokongan kepada galakan pelaburan. Pemberian EI hanya kepada mana-mana syarikat yang bermastautin di Malaysia seperti aktiviti perlancongan, hotel, perkilangan di Sabah, Sarawak, Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu. Pemberian elaun 100% berdasarkan modal bagi membangunkan infrastruktur seperti pembinaan semula, penambahan, penambahbaikan termasuk jambatan, jeti, pelabuhan atau jalan raya. Sokongan lain adalah Potongan Dua Kali bagi Penggalakan Eksport. Intensif ini diberikan kepada mana-mana syarikat yang bermastautin serta memerlukan peluang eksport bagi barangan perkilangan, barangan perkhidmatan dan barangan pertanian. Antara contoh yang layak mendapat Potongan Dua Kali adalah seperti iklan di luar negeri, penyelidikan pasaran eksport, penyediaan tender bagi membekalkan barangan ke luar negeri dan lain-lain.

Soalan 4 Pembangunan ekonomi dikebanyakkan negara maju adalah berasaskan sektor perindustrian dan sektor ini telah lama dianggap sebagai tenaga penggerak pembangunan yang utama, terutamanya dari segi daya pengeluaran dan keupayaan penyerapan tenaga buruh. Sektor perindustrian telah diberi perhatian yang khususnya dan pelbagai dasar telah diwujudkan bagi memastikan sektor ini bekembang dengan pesatnya selaras dengan keperluan masa kini. Namun begitu, terdapat juga masalah-masalah yang telah timbul akibat daripada dasar dan pengembangan sektor perindustrian tersebut. Akibat daripada dasar dan pengembangan sektor perindustrian itu sendiri telah mewujudkan pelbagai impak dan kekangan terhadap beberapa perkara. Antara masalah tersebut yang telah timbul adalah dapat dilihat dari segi Akta Galakan Pelaburan. Pelabur modal asing telah menyebabkan banyak kesan buruk seperti pelabur-pelabur tempatan mendapat saingan daripada pemodal-pemodal luar yang mempunyai tingkat modal, teknologi dan kemahiran yang lebih tinggi. Hal demikian boleh melemahkan pemodal tempatan. Kebebasan keluar masuk modal dan keuntungan asing yang tidak dilabur semula telah merugikan pembangunan negara. Selain itu, masalah utama akibat daripada dasar dan pengembangan sektor perindustrian ialah kemudahan taraf perintis yang memberikan pelepasan cukai mengikut jumlah modal tetap menimbulkan ketidaksesuaian dengan iklim pelaburan di Malaysia yang kaya dengan sumber tenaga buruh. Insentif ini akan meminimumkan penggunaan tenaga buruh. Hal demikian kerana kemudahan taraf perintis melibatkan penggunaan teknologi seterusnya membawa kepada tidak perlunya tenaga buruh yang banyak. Perkembangan industri yang berasaskan penggantian import juga menimbulkan masalah perlindungan tarif dan kuota import. Walaupun perlindungan ini pada prinsipnya akan hanya dijalankan dalam jangka pendek, tetapi jika perlindungan ini dilanjutkan, berbagai-bagai masalah lain akan timbul, contohnya ketidakcekapan syarikat-syarikat tempatan akan wujud, usaha untuk meminimumkan kos pengeluaran akan berkurangan kerana mereka mengetahui bahawa pasaran adalah terjamin. Ketiadaan unsur-unsur pertandingan kepada keluaran tempatan ini akan merugikan negara dari segi daya eksport negara dalam jangka masa yang panjang. Perkembangan perindustrian juga telah menyebabkan proses perpindahan buruh dari luar bandar ke bandar menjadi pesat. Hal demikian kerana bilangan industri di bandar melebihi industri-industri yang ada di luar bandar, ditambah pula dengan sikap penduduk Malaysia yang suka hidup bersesak di bandar, terutama dalam kalangan lepasan sekolah yang kurang

berpelajaran dan kurang berpengalaman hidup di bandar-bandar. Kewujudan gerakan perpindahan telah menyebabkan kadar pengangguran di bandar lebih tinggi berbanding dengan luar bandar. Di samping itu, penghijrahan penduduk ke bandar juga telah menyebabkan timbulnya masalah setinggan hasil dari kos hidup yang tinggi. Masalah rumah setinggan ini menimbulkan masalah bagi kerajaan dari segi menyediakan kemudahan asas, air, elektrik dan kemudahan kesihatan. Kerajaan terpaksa menyediakan kemudahan tersebut kerana terpaksa memilih jika merobohkan setinggan maka perlu menyediakan penempatan bagi mereka yang menghuni setinggan. Tetapi kawasan yang setinggan yang dihuni tiada potensi dimajukan kerana dibina di bahu-bahu jalan, tapak perlombongan dan lain-lain lagi. Selain itu, perkembangan industri juga menyebabkan pemindahan teknologi berlaku. Apabila pemindahan teknologi berlaku, ia kerap kali sukar untuk disesuaikan dengan suasana negara ini. Hal demikian, pemindahan teknologi juga menambahkan lagi masalah pencemaran alam sekitar yang boleh dikatakan serius.

Soalan 5 Walaupun penekanan kerajaan dalam PIP 1 telah membawa Malaysia ke arah negara perindustrian yang teguh namun, Malaysia terpaksa menghadapi kekangan-kekangan persaingan dengan negara maju yang lain atas faktor kelemahan-kelemahan yang ada pada Malaysia. Keadaan ini berlaku kerana tahap kemajuan teknologi di Malaysia yang rendah dan firma tempatan juga tidak mampu untuk mempunyai teknologi yang lebih canggih. Oleh hal demikian, komponen-komponen teknologi yang canggih akan dibawa masuk ke Malaysia oleh syarikatsyarikat multinasional dan keadaan ini akan menyebabkan Malaysia kurang kesungguhan untuk membuat teknologi sendiri. Ini terbukti, apabila kurangnya peruntukan kerajaan terhadap penyelidikan dan pembangunan berkaitan teknologi industri yang hanya memperuntukkan 0.5% daripada KNK 2-3% berbanding dengan negara industri yang maju. Selain itu, Malaysia juga menghadapi kekurangan jurutera dan tenaga teknik yang tinggi yang menjadi penghalang kepada Malaysia untuk meneruskan rancangan PIP 1. Di sini kita dapat lihat betapa kurangnya keupayaan untuk menyerap dan menyesuaikan teknologi kepada keadaan tempatan kerana teknologi yang dipindahkan selama ini sebahagian besarnya hanya terdiri daripada teknologi pengeluaran seperti pemasangan. Seterusnya menjadikan Malaysia tidak boleh menghasilkan barang sendiri daripada teknologi sendiri dan akan sentiasa bergantung kepada teknologi asing. Contohnya, Malaysia mengimport enjin kereta Campro daripada Jepun dan dipasang di Malaysia. Akhir sekali, terdapat terlalu banyak objektif pembangunan perindustrian yang ingin dicapai oleh kerajaan dalam waktu yang sama seperti dalam bidang ekonomi, sosial, dan politik. Contohnya pembangunan wilayah, penyertaan bumiputera, penyusunan semula ekuiti, dan pertumbuhan menyebabkan kadangkala ia berhalangan di antara satu sama lain dan mengurangkan pilihan-pilihan dasar yang ada bagi pelaksanaan strategi perindustrian. Oleh itu, sektor industri hanya menyumbang sedikit iaitu kira-kira 20% sahaja daripada pertumbuhan output dalam sektor pertumbuhan yang menyumbang 60% kepada KDNK negara. Jika dibincangkan mengenai rasional pengenalan dan pelaksanaan PIP dalam ekonomi yang masih meleset. Pelan Induk Perindustrian (PIP) diperkenalkan bagi menangani masalah yang dihadapi seperti membasmi kemiskinan, menyusun semula masyarakat serta menangani masalah pertumbuhan ekonomi negara yang semakin meleset. Oleh itu, wujudnya pelaksanaan

PIP 1 dan 2 dari tahun 1986 sehinggalah ke tahun 2005. Ini bertujuan untuk menangani masalah dengan mewujudkan strategi yang berguna. Ternyata pelaksanaan PIP adalah berguna dan wajar digunapakai dalam ekonomi yang meleset. Ini kerana pelaksanaan PIP adalah untuk menghadapi masalah dalam sektor pertanian. Pada tahun antara 1986 sehingga 1996, sektor pertanian tidak lagi menjadi sektor yang mampu menampung ekonomi Malaysia. Oleh itu, PIP diperkenalkan bagi menangani masalah yang dihadapi oleh sektor pertanian. Bagi menangani masalah ini, tumpuan lebih diberikan kepada sektor perindustrian kelompok. PIP 2 telah cuba untuk meningkatkan persaingan kepada pembangunan kelompok dengan cara memperluaskan rangkaian perindustrian dan peningkatan produktiviti. Sebagai contoh, kelapa sawit, getah dan barangan utama yang lain diberi penekanan dengan memperluaskan pasaran yang melibatkan aktiviti eksport ke luar negara. Seterusnya adalah dapat mengembangkan aktiviti eksport yang berorientasikan global. Orientasi global yang dimaksudkan adalah dengan menumpukan ke arah pasaran beroreintasikan global serta menjadi pengilang yang berskala dunia. Malaysia sememangnya agak lewat dalam pengembangan barangan dan perkhidmatan pembuatan untuk eksport. Ini berlaku disebabkan pengkhususan yang tidak begitu ketat terhadap eksport barangan utama yang dalam bentuk asalnya tidak banyak melalui proses pemprosesan. Oleh itu rasional PIP diperkenalkan adalah untuk menangani masalah ini iaitu mempelbagaikan pasaran eksport termasuk mencari pasaranpasaran baru di negara luar. Sebagai contoh hubungan Malaysia-Thailand adalah untuk saling berhubung dan saling bertukar produk pasaran di mana Malaysia menghantar produk-produk dari Malaysia ke Thailand seperti telefon bimbit, pakaian batik dan lain-lain.

Soalan 6 Pembinaan merujuk kepada semua aktiviti berhubung dengan bangunan dan pembaikan struktur dan kemudahan yang tetap. Sektor pembinaan berkait-rapat dengan sektor-sektor lain. Sektor pembinaan merupakan salah satu pemangkin ekonomi negara. Namun begitu,terdapat banyak maslah yang berlaku didalam industri pembinaan ini. Sumbangan sektor pembinaan di Malaysia masih berada di paras yang rendah. Sumbangannya kepada KDNK sejak tahun 1960 hingga tahun 2000 masih sama dan tidak menunjukkan banyak perubahan. Sumbangan masih berada dalam lingkungan 5%. Sumbangan sektor pembinaan adalah rendah kerana penggunaan bahan yang tidak berkualiti dan tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetap kan.Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kelewatan kerja-kerja pembinaan ditapak yang telah melambatkan proses

pembinaan untuk siap lebih cepat. Salah satu daripada faktor tersebuat ialah penggunaan bahan yang tidak berkualiti dan tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Seseorang kontraktor memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Mereka bertanggungjawab dalam memilih bahan yang akan digunakan semasa proses pembinaan. Pemilihan bahan-bahan oleh pihak kontraktor biasanya bergantung pada harga faktor bahan binaan tersebut. Penggunaan bahan yang mengikut spesifikasi adalah penting kerana ia menjamin keselamatan dan kekukuhan sesuatu bangunan. Jika sebaliknya ia akan mengakibatkan masalah kepada pihak pemaju. Pekerja dan pihak pengurus yang kurang berpengalaman merupakan kelemahan dalam pembinaan. Pekerja dan pihak pengurus yang kurang berpengalaman juga menjadi penyebab kenapa kerja-kerja pembinaan siap lewat dan menjejaskan sumbangan sektor pembinaan kepada negara. Pengalaman dan kemahiran dalam sektor pembinaan oleh pekerja dan pihak pengurus sangat penting demi menjamin kelancaran sesebuah projek. Ketiadaan pengalaman dan pengetahuan akan menyukarkan kerja. Pihak pengurus yang kurang berpengalaman juga sukar untuk mendapatkan pekerja yang berpengalaman dan mahir. Ini adalah kerana kebiasaannya pekerja kurang mahir akan memilih untuk bekerja di syarikat yang kukuh. Selain itu, pihak pengurusan juga perlu menjaga kebajikan para pekerja demi memastikan kelancaran sesebuah projek. Pihak pengurusan turut perlu menyediakan kemudahan kepada pekerja dengan menyediakan kemudahan-kemudahan asas seperti tempat tinggal, telefon dan lain-lain lagi.

Tempoh Tanggungan Kecacatan ( DLP ) yang pendek. Bagi memastikan setiap pembinaan mendapat spesifikasi yang ditetapakan Tempoh Tanggungan Kecacatan perlu

dipanjangka tarikhnya iaitu dari 24 bulan sehingga 5 tahun atau 10 tahun. Tarikh ini penting supaya pihak pemaju dalam bidang pembinaan dapat menyediakan bangunan yang bermutu. Apabila bangunan yang bermutu dihasilkan maka tidak akan timbul masalah yang wujud di kemudian hari. Sektor pembinaan di Malaysia kebanyakkan mengalami masalah selepas sesuatu projek itu siap. Apabila berlaku kerosakkan hal ini akan menyebabkan masalah dalam pertambahan perbelanjaan untuk menguruskan kerosakkan tersebut. Kebanyakkan perbelanjaan akan menjadi lebih tinggi dari kos yang sebenar kerana membaiki kerosakkan tersebut. Jadi (DLP ) yang semakin lama tempoh masanya dapat membentuk supaya pemaju lebih berhati-hati. Segala masalah yang wujud akan dapat diatasi sekiranya perkara ini terus diberikan perhatian yang serius. Terdapat beberapa perkara yang dapat dilaksanakan untuk memajukan sektor pembinaan ialah meningkatkan R&D.Apabila R&D dijalankan kita dapat meningkatkan kualiti sesebuah pembinaan itu dari aspek bahan kaedah-kaedah pembinaan dan sebagainya. Teknologi yang baik dapat dilihat apabila struktur binaan telah siap dan ia tidak mendatangkan masalah yang besar kepada manusia. Tempat pembinaan itu selamat untuk dihuni dan merekaakan merasa selamat apabila berada di tempat tersebut. Peningkatan dalam R&D juga akan menyebabkan kaedah-kaedah pembinaan menjadi semakin mudah dan cepat dan selamat.masa telah dapat dijimatkan. Selain itu, penggunaan bahan gentian akan membawa banyak manfaat kerana tidak perlu bergantung kepada sumber alam dan kelestarian alam dapat terus dijamin. Apabila usaha ini dilakukan pihak pemaju dapat menjimatkan masa tetapi menyediakan suatu persekitaran yang

memberi manfaat kepada alam sekitar serterusnya selamat kepada pihak pengguna.

Meningkatkan tenaga mahir dalam kalangan pekerja.Tenaga mahir penting kerana mereka akan menggerakkan sesuatu pembangunan. Latihan yang berterusan secara komprehensif akan dapat menghasilkan minat dalam diri individiu bagi meningkatkan kemahiran mereka. Kewujudan institusi CIDB antara langkah kerajaan untuk meningatkan kualiti buruh di pasaran kerja tempatan mahupun di peringkat antarabangsa. Mereka dilatih untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan apabila mereka memasuki bidang perkerjaan. Segala kemahiran yang ada dapat digunakan bagi menghasilkan kerja yang bermutu. Mereka juga didedahkan dengan perkembangan-perkembangan semasa dalam bidang pembinaan dan juga

dengan inovasi-inovasi yang terkini supaya dapat bersaing dalam pasaran kerja . Semakin tinggi tahap pendidikan seseorang itu, semakin meningkat kemahiran mereka. Menjalankan perpindahan teknologi dengan negara luar. Pembinaan projek mega

memerlukan pelbagai kepakaran yang ada. Apabila kita dapat berkongsi kepakaran dengan negara luar kita akan menjadi lebih berdaya saing. Perpindahan teknologi dengan negara luar akan lebih membuka mata kita untuk sentiasa mencari pembaharuan dan dapat menghasilkan teknik yang tersendiriyang sesuai dengan keadaan fizikal negara kita. Kita akan menjadi lebih terbuka sekiranya mendapat lebih pendedahan mengenai sesuatu bidang ilmu. Bagi menguasai ilmu perpindahan teknologi merupakan langkah yang bijak kerana setiap manusia mempunyai pandangan dan kaedah yang berbeza. Antara contoh yang dapat dilihat pembinaan terowong SMART. Terowong ini dapat digunakan dalam dua keadaan iaitu ketika berlaku kesesakan lalu lintas terowong ini sebagai alternatif. Selain itu, ketika kejadian banjir terowong ini akan ditutup daripada kenderaan menggunakan terowong tersebut. Disamping itu, mempercekapkan pengurusan masa.Masa merupakan element yang penting dalam sesuatu pekerjaan. Apabila menjalankan sesuatu projek pembinaan pihak dan membenarkan air untuk keluar ke laut melalui

pengguna berharap mereka akan mendapat apa yang mereka hajati itu pada masa yang tepat dan dalam keadaan yang sempurna. Pengurusan yang cekap menggambarkan kreadibiliti seseorang dalam menjalankan tugasanya . Apabila pengurusan masa ditingkatkan masalah sampingan

yang akan wujud setelah sesuatu projek siap dapat diatasi dengan mudah kerana mereka telah bersedia dengan sebarang ketidaktentuan yang akan berlaku. Ketidaktentuan ini selalunya terjadi daripada bencana alam. Bencana alam tidak dapat kita ramalkan bila akan berlaku sesuatu hanya boleh mengurangkan kesan yang akan terjadi akibat daripada gejala tersebut.

Vous aimerez peut-être aussi