Vous êtes sur la page 1sur 30

PENTADBIRAN ALAM SEKITAR

PENCEMARAN AIR

PENGENALAN
Pencemaran berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974- apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekeliling yang melepaskan dan mengeluarkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan membahayakan kesihatan, orang awam atau kehidupan lain seperti hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.

THE WONDERS OF HYDROLOGICAL CYCLE

PROSES KITARAN AIR

Kitaran air tiada titik permulaan, tetapi tempat permulaan yang agak baik iaitu lautan.

Matahari menggerakkan kitaran air, memanaskan air dalam lautan, yang tersejat sebagai wap ke dalam udara.
Arus udara yang naik akan membawa wap-wap ke atas atmosfera, di mana suhu sejuk akan menyebabkan wap-wap terpeluwap menjadi awan.

Arus udara memindahkan awan-awan mengelilingi bumi, dan titisan-titisan awan akan berlaga, berkembang besar, dan kemudian jatuh keluar dari awan sebagai kerpasan. Sebahagian kerpasan jatuh sebagai salji dan kemudian berlonggok sebagai kemuncak ais dan glasier.

Salji di iklim lebih panas akan cair apabila musim bunga tiba, dan air yang tercair itu mengalir di atas permukaan bumi sebagai air larian cairan salji.

Hampir semua kerpasan akan jatuh semula ke lautan atau daratan, dan akibat tarikan graviti, ia akan mengalir di permukaan bumi sebagai air larian permukaan. Tetapi bukan semua daripada air larian ini akan mengalir ke dalam sungai kerana sebahagian besar daripadanya akan menyerap ke dalam tanah sebagai infiltrasi.

Sebahagian daripada air ini akan berada berdekatan dengan permukaan bumi, dan akan menyerap ke dalam sumber-sumber air permukaan serta lautan sebagai 'luahan air tanah. Terdapat juga air yang akan mengalir ke luar sebagai 'mata air' daripada celah-celah permukaan bumi.

Air permukaan yang cetek pula diserap oleh akar-akar tumbuhan dan akan disingkirkan dari permukaan daun melalui proses transpirasi tumbuhan.
Sedikit sebanyak daripada air ini akan diserap semakin mendalam ke dalam tanah dan akan mengisi 'Akuifer' (batuan sub-permukaan) yang dapat menyimpan air dalam kuantiti yang berbeza mengikut kawasan (kedalaman) untuk jangka masa yang lama.

Tetapi melalui tindakan masa, air ini akan sentiasa bergerak untuk kembali semula ke dalam lautan.

KUALITI AIR
Kualiti air merangkumi aspek kimia, fizikal dan kandungan biologi. Kualiti air yang baik adalah mengikut prasyarat yang berikut:

Fizikal
Air yg bersih & tidak keruh. Tidak berwarna apa pun. Tidak berbau apa pun. Suhu antara 10-25C (sejuk). Tdk meninggalkan endapan.

Kimia
Tidak mengandungi bahan kimia yang beracun. Tidak mengandungi zat-zat kimia yang berlebihan. Cukup sodium. PH air antara 6.5 - 9.2

Biologi
Tidak mengandungi kuman-kuman penyakit spt kolera, bakteria, disentri dll. Baik & boleh diminum.

Indeks Kualiti Air (IKA) adalah standard yang digunakan oleh agensi alam sekitar seperti Jabatan Alam Sekitar Malaysia untuk mengukur kebersihan dan kualiti bekalan air yang boleh digunakan untuk kegunaan domestik, akuakultur dan pengairan. IKA telah diwujudkan bagi memudahkan rekod dan analisis kualiti air serta menetapkan standard kebangsaan. Harton (1965) telah mengemukakan satu model, di mana setiap parameter kualiti air yang dianggap penting akan diberi pemberat mengikut kepentingannya. Nilai yang diperoleh nanti akan digabungkan secara aritmetik untuk mendapatkan satu nilai purata.

Kualiti air bersih ditentukan berdasarkan 6 parameter utama yang berdasarkan kepada garis panduan Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) :

1) Permintaan Oksigen Biokimia (BOD)


BOD merupakan petunjuk untuk mengukur jumlah kandungan oksigen yang digunakan oleh bakteria bagi proses biologi untuk melupuskan atau menguraikan bahan organik dalam air. Digunakan untuk mengetahui biodegradabledalam badan air. kandungan bahan organik

JAS telah menetapkan had piawaian untuk kelas III adalah mestilah kurang daripada 6 mg/1 (<6). Nilai BOD yang melebihi 5 mg/1 boleh menyebabkan ekosistem akuatik terancam (Talha, 1986).

2) Permintaan Oksigen Kimia (COD)


COD merupakan jumlah oksigen yang diperlukan untuk tindakbalas kimia dengan mengoksidakan bahan organik secara kimia untuk menghasilkan karbon dioksida dan air (Hammer, 1996). Nilai COD adalah untuk menunjukkan kekuatan tahap pencemaran air yang tinggi kerana mengandungi bahan organik yang tinggi. Nilai ujian COD biasanya lebih tinggi daripada nilai BOD kerana hampir semua bahan organik diuraikan manakala dalam BOD hanya sebahagian daripada bahan organik sahaja diuraikan. JAS telah menetapkan had piawai kualiti air Kelas III bagi COD ialah tidak melebihi paras 50mg/l.

3) Oksigen Terlarut (DO)


DO merujuk kepada kandungan oksigen yang terdapat dalam sesuatu jasad air bagi membantu proses pengoksidaan bahan organik dalam air. Jumlah oksigen dalam air bergantung kepada tekanan, kemasinan dan suhu air sungai tersebut. Smith (1990)

Kadar kehilangan oksigen dalam air adalah disebabkan oleh suhu air yang tinggi serta peningkatan kandungan bahan organik dan tindakan aerobik mikroorganisma yang menggunakan DO bagi menguraikan bahan-bahan organik.
Semakin tinggi kadar DO dalam air (mg/1), semakin baik kualiti air tersebut.

4) Pepejal Terampai (SS)


Sebagai petunjuk penting kepada pencemaran air sungai kesan dari sisa kumbahan perumahan dan industri, hakisan tanah dan aktiviti pengorekan dan pengambilan pasir sungai. Pepejal terampai terbahagi kepada 2 jenis zarah organik dan zarah bukan organik. Zarah organik terdiri daripada alga, protozoa dan bakteria. Manakala zarah bukan organik pula seperti tanah liat dan kelodak. Pencemaran parameter ini dapat dikesan kewujudannya melalui perubahan pada warna air iaitu bertukar menjadi keruh dan berbau busuk. JAS menetapkan tahap bersih bagi kandungan SS dalam badan air kelas III (merawat air minuman) adalah kurang 150 mg/l Pepejal terampai biologi boleh menjadi penyebab berlakunya wabak oleh bakteria dan juga penghasilan toksik oleh alga.

5) Ammonikal Nitrogen
Punca pencemaran terutamanya daripada manusia dan haiwan dapat dikesan dengan menggunakan parameter ammonia nitrogen. Pertumbuhan alga disebabkan kehadiran nitrogen yang berlebihan dan akan merosakkan kualiti air.

Kandungan ammonia nitrogen yang tinggi di dalam air menunjukkan sungai tersebut mengalami pencemaran yang disebabkan oleh bahan sisa penternakan, pertanian dan kumbahan domestik.

6) Nilai pH
pH adalah ukuran hidrogen dalam air. Air semulajadi biasanya mempunyai nilai pH antara 5.0 - 8.5.

Suhu air dipengaruhi oleh cuaca sesuatu tempat, beriklim panas atau sejuk.
Nilai pH lebih daripada 9.0 atau kurang daripada 5.0 adalah tidak sesuai bagi hidupan akuatik dan akan menjejaskan persekitaran hidupan akuatik. Selain itu, air yang berasid boleh menyebabkan hakisan pada batu, logam dan sebagainya. Punca terjadinya suhu yang tinggi ialah seperti pencemaran dari industri pencucian pakaian dan penyejukan jana kuasa.

Kelas Kegunaan Air


KELAS I: Kelas air yang paling bersih dan paling banyak kegunaannya. Air kelas pertama ini adalah air semula jadi dan airnya boleh diminum tanpa perlu dirawat. KELAS II: Bersih tapi memerlukan rawatan biasa untuk diguna seperti air di kelas yang pertama. KELAS III: Air nampak bersih, tidak berbau, tetapi kualitinya tercemar dan orang ramai tidak boleh berenang tetapi boleh berkelah di tebing KELAS IV: Air yang sedikit tercemar dan memerlukan rawatan intensif sekiranya hendak digunakan untuk perairan atau sebagainya. KELAS V: Kelas air yang teruk tercemar. Antara ciri lain air kelas ini ialah berwarna hitam dan berbau busuk.

Kajian Kes (Penang, Malaysia)


KES 1 : KUALITI AIR SUNGAI RAMBAI (LOKASI KG SG RAMBAI). Kualiti Air Sungai Rambai dari aspek parameter DO, COD, BOD, SS dan pH. Didapati daripada pengamatan, air Sungai Rambai kelihatan kotor. Sampah sarap terkumpul di dalam Sungai Rambai mencemarkan keadaan fizikal sungai berkenaan. Nilai pH sampel yang diperoleh adalah 6.8 (29C). Nilai SS adalah rendah pada paras 14 mg/l. Nilai DO adalah tinggi pada paras 4.8 mg/l (tahap yang lebih baik dari Kelas IV, Piawaian Kualiti Air Kebangsaan). Nilai COD pada paras 14 mg/l adalah didapati tinggi jika dibandingkan dengan sungai-sungai lain. Namun begitu paras ini masih rendah jika dibandingkan dengan Kelas IV, Piawaian Kualiti Air Kebangsaan.

Nilai BOD didapati rendah pada paras 2.0 mg/l. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa kualiti Air Sungai Rambai adalah lebih baik dari Kelas IV, Piawaian Kualiti Air Kebangsaan.

Sungai Rambai IKA 67.5

Kajian Kes (Sg. Tsitarum, Indonesia)


Sungai Tsitarum yang terletak di Pulau Jawa, Indonesia merupakan sebuah sungai paling tercemar di dunia. Sungai ini juga merupakan sumber keperluan bagi penduduk tempatan yang disalurkan rumah-rumah dan juga digunakan untuk mengairi sawah padi.

Sg, Tsitarum, Indonesia

RIVER WATER QUALITY

Punca-punca
Aktiviti perindustrian telah banyak dikenal pasti sebagai penyumbang kepada pencemaran sungai. Kebanyakan pengusaha perindustrian bertanggungjawab meningkatkan sisa buangan ke dalam sungai bagi menjimatkan kos. Effluan industri yang mengandungi bahan kimia tak organik seperti asid, garam, kompaun logam toksik seperti plumbum dan merkuri yang larut dalam air menyebabkan air tercemar. Contohnya negeri Selangor menunjukkan negeri paling tinggi berlaku pencemaran akibat industri pembuatan iaitu sebanyak 1769 kes pencemaran yang dilaporkan di JAS. Hujan Asid hujan yang melepas udara yang tercemar secara tidak langsung menyerap bahan pencemar dalam udara semasa turun ke bumi. Gas pencemar utama adalah sulfur dioksida dan nitrogen daripada aktiviti pembakaran akan bertindak balas dengan air hujan untuk menghasilkan asid sulfurik dan asid nitrik seterusnya akan mengalir ke dalam sungai dan laut menyebabkan hidupan akuatik boleh mati.

Industri perlombongan juga mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, air akan tercemar.

Pemprosesan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalurkan ke dalam sungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak akan mencemarkan sumber air.

Sg Buriganga di Bangladesh

Sg. Citarum di Indonesia

Penerokaan juga menyumbang ke arah pencemaran air. Ini adalah kerana, penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan. Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku.

Kesan- kesan
Air sungai yang tercemar akibat pembalakan dan pembinaan menyebabkan air sungai menjadi keruh, berbau berubah pH dan kepekatan oksigen terlarut yang rendah dan akan menyebabkan hidupan akuatik seperti alga, tumbuhan akuatik, dan ikan akan mati. Pencemaran minyak menghalang kemasukan udara & cahaya matahari ke dalam air menyebabkan hidupan akuatik tidak dapat bernafas sekali gus menyebabkan keseimbangan sistem ekologi sungai terganggu. Contoh; pencemaran minyak hitam di Sg Pahang-beribu-ribu ikan sangkar mati akibat kekurangan oksigen. Sisa kilang yang dibuang ke dalam sungai akan air sungai menjadi racun dengan logam berat. Ini akan membahayakan kesihatan orang awam jika air tersebut diminun atau digunakan untuk mandi. Sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai akan menggalakkan pertumbuhan virus, bakteria dan protozoa yang menyebabkan penyakit bawaan air seperti tau, dan demam kepialu.

Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan kilang untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi apabila berlaku hujan atau liji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan mengalir ke dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai. Di samping itu, sisa yang mengalir ke dalam sistem bawah tanah menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar. Keadaan ini akan mencemarkan hidupan dan keadaan air sungai. Sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai atau laut menyebabkan sungai atau laut berbau busuk akibat bakteria-bakteria yang terhasil. Ini akan mewujudkan keadaan yang tidak selesa kepada orang awam. Banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke sungai. Banjir akan mudah berlaku sekaligus menyebabkan persekitaran kotor. Ini akan memberi kesan kepada ekosistem hidupan, sumber makanan dan kos penyelenggaraan meningkat.

Langkah-langkah
Penguatkuasaan Undang-undang & Akta Alam Sekitar Yg Lebih Agresif JAS merupakan jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang memainkan peranan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang menyekat pencemaran dari punca tetap.
Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memasang Sistem Penapis Sisa Makanan untuk menghalang sisa makanan, minyak dan gris disalurkan terus memasuki sungai dengan melaksanakan program Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai.

Sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau keduaduanya sekali. Denda tambahan juga pada kadar tidak lebih daripada RM 1000.00 boleh dikenakan bagi tiap-tiap hari kesalahan yang diteruskan selepas suatu notis yang menghendakinya menghentikan perbuatan tersebut disampaikan kepadanya.

Program Kesedaran Dan Pendidikan


Kementerian pelajaran bersama-sama Jabatan Alam Sekitar(JAS) telah menganjurkan kempen untuk melindungi alam sekitar di mana ia adalah sesuatu yang sihat dan amat berfaedah kepada masyarakat. Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sama ada golongan pengilang ataupun pengguna supaya mereka sentiasa sedar akan tanggungjawab masing-masing dalam masyarakat.

Strategi Pembangunan Mampan


i. Pemasangan Perangkap Sampah Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan. Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.

ii. Penyelenggaraan sistem Perparitan Berkala


penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai. iii. Perlaksanaan Instrumen Ekonomi Alam Sekitar Sektor swasta menggunakan teknologi yang mesra alam dan melaksanakan peminimuman pembuangan sisa buangan dalam proses pembuatan dan kawalan pencemaran sungai, pelaksanaan rancangan penempatan semula industri haram yang banyak beroperasi di sepanjang sungai Pelaksanaan konsep pembangunan yang menekankan sungai sebagai suatu elemen landskap bahagian hadapan bagi kawasan kediaman untuk menggalakkan masyarakat menjaga dan memelihara sungai dan tidak menjadikan sungai sebagai saluran pembuangan sampah.

WATER FACTS

Vous aimerez peut-être aussi