Vous êtes sur la page 1sur 22

SOALAN TUGASAN Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai suatu keadaan terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau

gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Jika dilihat dari konteks keselamatan kerja ia boleh didefinisikan sebagai ilmu dan penerapan teknologi untuk meningkatkan keselamatan yang berkaitan dengan alat kerja, proses kerja, tempat kerja dan kawasan lingkungannya. Jawab persoalan berikut berasaskan penyataan yang dinyatakan di atas merujuk kepada bengkel Kemahiran Hidup di sekolah anda. 1. Huraikan punca-punca kemalangan dalam kerja-kerja mekanikal. Anda juga dikehendaki menjelaskan contoh proses kerja mekanikal yang boleh menyebabkan kemalangan berlaku. (10 markah) 2. Huraikan langkah-langkah keselamatan yang boleh di ambil oleh pihak pengurusan sekolah anda untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan. (5 markah) 3. Program pencegahan kemalangan diperkenalkan untuk mencegah kemalangan berlaku di bengkel kemahiran hidup. Huraikan perlaksanaan pencegahan kemalangan yang dilaksanakan di sekolah anda. Huraian perlu menyentuh langkah-langkah pencegahan dan tindakan pencegahan. (10 markah) 4. Jelaskan tindakan yang perlu anda ambil jika berlaku kemalangan semasa menjalankan kerja amali di bengkel kemahiran hidup. (10 markah) (Jumlah : 35 markah) 1

PENGENALAN Bengkel Kemahiran Hidup adalah tempat melakukan aktiviti kemahiran yang pelbagai. Aktiviti pembelajaran dan amalan kerja praktis memerlukan organisasi dan peraturan keselamatan yang menyeluruh. Organisasi bengkel dan peraturan keselamatan diwujudkan agar: 1. Proses pembelajaran berjalan dengan lancar melalui interaksi antara guru dengan murid. 2. Kerja-kerja praktis membuat aktiviti, proses dan projek dapat dilaksanakan dengan teratur dan sistematik. 3. Keadaan bengkel sentiasa bersih, kemas, serta selamat digunakan. 4. Perkakas, peralatan dengan dan bahan-bahan disusun dengan teratur agar mudah untuk diambil. Sesebuah bengkel yang bersih, kemas dan teratur dapat diwujudkan melalui kerjasama murid-murid di bawah penyeliaan guru. Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai suatu keadaan di mana keadaan di sekeliling terpelihara dan terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Keselamatan kerja pula ditakrifkan sebagai ilmu dan penerapan teknologi untuk meningkatkan keselamatan yang berkaitan dengan alat kerja, proses kerja, tempat kerja dan kawasan lingkungannya. Setiap pelajar perlu mematuhi peraturan-peraturan bengkel untuk mengelakkan kemalangan, kecederaan dan kerosakan alatan tangan. Peraturan keselamatan bengkel terdiri daripada aspek keselamatan yang perlu diutamakan merangkumi : 1. Keselamatan diri 2. Keselamatan alatan dan bahan 3. Keselamatan tempat kerja

PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL

Keselamatan diri

Keselamatan alatan dan bahan

Keselamatan tempat kerja

Berita mengenai kemalangan di tempat kerja sering kita dengari sama ada melalui media atau apa yang kita lihat sendiri. Sama ada berita kemalangan yang dilaporkan sudah kerap kali berlaku atau berulang atau kemalangan itu berlaku di tempat yang sama atau di tempat lain. Kejadian seperti ini memberi gambaran, bagaimana kita sering tidak mengambil peduli apa yang telah berlaku dan kesan daripadanya berlaku kemalangan yang dianggap sebagai lumrah kehidupan pada masa sekarang.

Punca-punca kemalangan dalam kerja-kerja mekanikal boleh berlaku akibat daripada : PUNCA KEMALANGAN DALAM KERJAPUNCA KEMALANGAN DALAM KERJAKERJA MEKANIKAL KERJA MEKANIKAL

1. Kecuaian atau kelalaian pekerja 1. Kecuaian atau kelalaian pekerja

2. Keadaan peralatan atau perkakasan 2. Keadaan peralatan atau perkakasan

3. Keadaan benda kerja dan kawasan 3. Keadaan benda kerja dan kawasan kerja kerja

1.

PUNCA-PUNCA KEMALANGAN DALAM KERJA-KERJA MEKANIKAL Seringkali kita melihat dan mendengar kemalangan yang berlaku dalam bidang

kerja mekanikal adalah berkait dengan penggunaan jentera atau alat pengendaliannya. Antara punca kemalangan utama yang berlaku adalah akibat daripada kecuaian atau kalalaian pengendalinya sendiri. Di dalam bengkel Kemahiran Hidup di sekolah adakalanya berlaku kemalangan yang berpunca daripada kecuaian pelajar itu sendiri. Apa yang terjadi adalah pelajar itu sendiri yang tidak mahu mematuhi arahan yang telah ditetapkan apabila berada di dalam bengkel. Antara masalah lain yang timbul adalah sikap pelajar yang degil menggunakan peralatan mesin atau perkakas yang lain dengan cara yang salah atau menggunakan peralatan di dalam bengkel sambil bergurau senda bersama pelajar yang lain. Dari segi pemilihan alatan juga hendaklah di ambil kira, iaitu jenis dan saiz alatan penting dalam penggunaannya serta alatan berada dalam keadaan baik. Contohnya, menggunakan gergaji yang salah dalam proses memotong kayu atau mengetuk paku dengan playar atau gandin kayu. Keadaan ini akan menyebabkan berlaku kemalangan kecil seperti luka atau cedera. 4

Selain daripada itu juga, seseorang yang tergesa-gesa melakukan sesuatu kerja tanpa mendengar arahan atau membaca arahan dan amaran menyebabkan sesuatu yang tidak diingini akan berlaku sekiranya kita tidak memperdulikan arahan atau amaran tersebut. Contohnya, semasa kerja-kerja elektrik, pelajar haruslah memasang mentol yang telah diberi dan mendengar arahan terlebih dahulu, sekiranya tidak mengikut arahan tersebut sudah pastilah berlaku litar pintas atau kejutan elektrik. Kekemasan diri juga penting dalam mengendalikan sesuatu di dalam bengkel Kemahiran Hidup. Keadaan diri yang tidak kemas seperti berambut panjang, pakaian yang terlalu longgar atau besar, memakai barang perhiasan dan sebagainya akan mendatangkan kecelakaan pada diri sendiri. Kadang kala ada juga pelajar yang memakai kasut selipar semasa menjalankan kerja amali, jika sesuatu alatan yang berat terjatuh, ini akan mengakibatkan kecederaan. Seterusnya punca kemalangan dalam kerja-kerja mekanikal akibat kecuaian pelajar itu sendiri adalah tidak menggunakan peralatan perlindungan dengan cara yang betul. Contohnya, tidak menggunakan pelindung muka atau cermin keselamatan (gogel) apabila melakukan kerja yang boleh membahayakan mata dan tidak memakai sarung tangan semasa kerja-kerja pertanian yang melibatkan baja atau racun. Punca-punca kemalangan dalam kerja mekanikal yang lain adalah dari segi peralatan dan perkakasan dalam bengkel Kemahiran Hidup. Akibat daripada kelalaian guru atau pelajar, ada sesetengah peralatan yang ada dalam bengkel Kemahiran Hidup tidak diperiksa dengan baik. Contoh situasi yang boleh menyebabkan kemalangan akibat daripada alatan atau perkakasan yang tidak diperiksa ialah mata pahat yang tumpul, kikir yang sudah hilang hulunya (pemegang), mata gerudi yang longgar, gergaji yang tumpul dan bebagai-bagai lagi. Ini semua boleh mengundang kemalangan terutama pelajar yang masih kurang pengetahuan dalam bidang yang baru dipelajarinya. Selain daripada itu juga ada segelintir pelajar yang mengambil sikap tidak peduli dan tidak mahu bertanggungjawab apabila ada sesuatu alatan yang didapati rosak atau tidak boleh digunakan. Mereka tidak melaporkan sebarang kerosakan pada guru, malahan alat tersebut terus digunakan . Ini akan mengakibatkan alatan yang rosak itu akan terus digunakan oleh pelajar yang lain. Sepatutnya sebarang kerosakan atau kehilangan alatan atau bahan perlulah dilaporkan pada guru untuk direkodkan dan diselenggarakan. 5

Keadaan peralatan dan perkakasan yang akan digunakan oleh seseorang pelajar, perlulah memahami dan mengetahui cara mengguna dan memberhentikan mesin. Mengubah kedudukan sebarang pengadang dan penutup mesin semasa mesin sedang bergerak akan mengundang bahaya. Seseorang yang tidak mengetahui bagaimana caranya mengendali sesuatu mesin akan mengakibat berlakunya kemalangan. Selain itu juga pelbagai alatan yang digunakan tidak disimpan di tempat yang selamat atau dalam erti kata yang lain dibiarkan bersepah. Contohnya paku-paku kecil yang digunakan oleh pelajar dalam kerja kayu dibiar bertaburan. Ini sudah tentulah akan menyebabkan berlakunya kecederaan. Keadaan benda kerja dan kawasan kerja yang tidak sempurna juga adalah punca kemalangan dalam kerja-kerja mekanikal di sekolah. Kemudahan keselamatan yang terdapat di sekeliling adakalanya tidak diambil peduli oleh segelintir pelajar yang ada di dalam bengkel.

2.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN Kenapakah langkah-langkah keselamatan mesti dipatuhi semasa di dalam bengkel

Kemahiran Hidup di sekolah ? Langkah-langkah keselamatan mesti dipatuhi adalah untuk menjaga keselamatan pelajar itu sendiri, menjaga keselamatan rakan sekerja serta melindungi alat atau mesin yang digunakan. Langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil untuk mengelakkan berlakunya kemalangan di bengkel Kemahiran Hidup di antaranya ialah : a. Keselamatan diri Memakai pakaian yang sesuai apron. Memakai kasut yang bertutup dan bertapak getah ketika bekerja. Melipat lengan baju jika memakai baju yang berlengan panjang. Pastikan mengikat rambut yang panjang dan kain tudung yang kemas bagi murid perempuan. Sentiasa patuhi arahan guru, jangan masuk dan keluar bengkel tanpa kebenaran guru. Jangan bermain atau bergurau ketika berada di dalam bengkel. Melaporkan sebarang kecederaan atau kemalangan dengan segera kepada guru untuk mendapatkan rawatan. semasa menjalankan kerja amali seperti

Pakaian yang sesuai semasa berada di dalam bengkel 7

b.

Keselamatan alatan dan bahan Alatan dan bahan di dalam bengkel diletakkan di tempat yang dikhaskan, seperti kayu, logam, paku dan skru. Alatan disusun pada rak atau panel alatan dengan teratur. Bahan mudah terbakar seperti cat,syelek, thinner, turpentin dan spirit di simpan dalam bekas khas yang jauh daripada sumber api serta labelkan nama bahan-bahan ini. Gunakan peralatan dan bahan dengan cermat, bersihkan alatan dan simpan semula di tempat asal selepas digunakan.

c.

Keselamatan tempat kerja atau bengkel Ruang tempat kerja perlu sentiasa bersih, kemas dan teratur. Pastikan alat kawalan dan perlindungan elektrik di bengkel berfungsi dengan baik. Lantai bengkel perlu kering dan tidak ada sebarang kesan minyak. Kerja -kerja membersih dan mengemas bengkel perlu dilakukan setiap kali selepas pembelajaran berakhir. Pastikan tempat kerja mempunyai cahaya yang cukup terang dan peredaran udara yang baik. Sekiranya timbul keadaan yang berbahaya, laporkan kepada guru dengan segera Tutup semua suis sebelum meninggalkan bengkel. Pastikan kotak pertolongan cemas disediakan dalam bengkel. Kotak pertolongan cemas mengandungi bahan-bahan seperti: a. b. c. d. e. f. Ubat kuning atau iodin ubat antiseptik kapas atau kain kasa pembalut atau plaster gunting forsep dan pin

Kotak pertolongan cemas mengandungi bahan-bahan yang diperlukan untuk merawat kecederaan ringan. Ubat-ubat yang tersimpan di dalam kotak pertolongan cemas

mesti dilabelkan dan disimpan di tempat yang mudah dilihat dan mudah diambil apabila berlaku kemalangan atau kecederaan dalam bengkel. Pastikan setiap bengkel dilengkapi dengan alat pemadam api. Alat pemadam api yang biasa diletakkan di bengkel adalah dari jenis ABC yang mengandungi bahan yang sesuai untuk memadam semua jenis punca api samada kayu, kertas, minyak, gas dan elektrik.

Contoh Organisasi Bengkel dan Keselamatan di Sekolah

3.

PROGRAM PENCEGAHAN KEMALANGAN DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP Kemalangan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan atau kejadian yang tidak

dijangkakan atau diduga. Peristiwa atau kejadian ini berlaku tanpa disengajakan akibat sebab-sebab yang kita tidak ketahui. Seseorang pekerja yang melakukan pekerjaan yang tidak selamat dan bekerja dalam persekitaran yang tidak selamat boleh menyebabkan sesuatu kemalangan itu berlaku. Di sesebuah sekolah berbagai program pencegahan kemalangan dilaksanakan, terutamanya di bengkel atau makmal. Perlaksanaan ini menjurus kepada bagaimana pihak sekolah dapat membendung berlakunya sesuatu kemalangan samada melibatkan pelajar atau pun tidak. Di antara program pencegahan kemalangan yang boleh dilaksanakan di Bengkel Kemahiran Hidup adalah seperti memberi penerangan secara ringkas kepada pelajar semasa awal waktu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, kedudukan alatan yang tersusun tidak boleh disentuh atau diguna tanpa kebenaran guru pada masa itu. Selain itu, kerjasama pelajar untuk memberitahu guru mengenai sesuatu alatan yang rosak adalah amat diperlukan supaya kerosakan tersebut dapat dibaiki atau digantikan dengan peralatan yang baru. Contohnya, soket elektrik yang rosak kejadian yang tidak diingini. Mengadakan satu taklimat untuk menunjukkan kepada para pelajar bahan-bahan yang merbahaya di dalam bengkel dan perlu disimpan di tempat yang betul merupakan salah satu program pencegahan kemalangan yang boleh dijalankan di sekolah. Contohnya, bahan seperti racun, thinner, spirit dan sebagainya perlu disimpan di tempat selamat dan jauh daripada gas. Kesemua program pencegahan kemalangan yang dinyatakan adalah bertujuan untuk menghindarkan daripada berlakunya kemalangan yang boleh menyebabkan perlu diambil tindakan segera bagi mengelakkan litar pintas, renjatan elektrik atau sebarang

10

kecederaan atau keadaan yang membahayakan kepada pekerja atau pelajar, guru dan kakitangan lain serta kelengkapan dan peralatan itu sendiri.

Langkah-langkah antaranya ialah :

pencegahan

kemalangan

yang

dilaksanakan

di

sekolah

1.1. Menghapuskan Menghapuskan gangguan. gangguan.

5.5. Memakai Memakai pakaian pakaian perlindungan perlindungan

2.2. Menggunakan Menggunakan LANGKAHLANGKAHLANGKAH LANGKAH MENCEGAH MENCEGAH KEMALANGAN DIDI KEMALANGAN BENGKEL KH BENGKEL KH alat-alat yang alat-alat yang selamat. selamat.

4.4. Melatih Melatih pekerja pekerja

3.3. Papan Papan kenyataan yang kenyataan yang mempunyai mempunyai maklumat maklumat arahan arahan keselamatan. keselamatan.

Penyusunan alatan dan bahan yang teratur adalah salah satu langkah mencegah kemalangan di dalam bengkel. Ini boleh menghapuskan gangguan yang boleh menghalang terjadinya sesuatu kemalangan. Lebihan kayu, logam, paku dan skru yang bersepah boleh dielakkan, dengan menyusun atur bahan tersebut supaya tidak ada berlaku kemalangan. Walau bagaimanapun, cara atau budaya kerja yang kita amalkan perlulah sistematik dan berkualiti. Selain daripada itu juga masalah pelajar yang terlalu ramai semasa kerja amali boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. 11

Langkahlangkah untuk mencegah kemalangan seterusnya ialah menggunakan alat-alat yang selamat semasa di bengkel. Apa yang dimaksudkan di sini adalah seseorang guru sebelum melakukan kerja amali, mestilah memeriksa dahulu alatan yang hendak digunakan dan memastikan alatan tersebut dalam keadaan yang baik. Pastikan juga alatan dalam keadaan selamat digunakan dan juga sesuai dengan kerja yang hendak dilakukan. Contohnya gergaji, tukul, playar muncung tirus, gas memasak dan lainlain lagi. Bagi seorang guru perlulah menunjuk cara bagaimana pelajar-pelajar mengendalikan sesuatu alatan tersebut dengan mengikut langkah-langkah yang betul. Seorang pelajar pula hendaklah mengikut arahan guru, terutamanya dalam kerja berkaitan dengan alatan yang berbahaya dan mesin. Contohnya, tangan mestilah tidak berminyak, bergris atau basah semasa memegang alat-alat tangan. Ada sesetengah pelajar suka bermain soket pada plag di bengkel, keadaan ini akan mengundang bahaya jika berlaku kejutan elektrik. Apabila selesai melakukan sesuatu kerja amali bersihkan alatan dan simpan semula alatan ditempat yang dikhaskan. Ini dilakukan untuk mengelakkan berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini seperti tersalah mengambil alat. Kemungkinan berlaku kemalangan kerana pelajar belum mengenali alatan sepenuhnya. Bagi mengelakkan kemalangan berlaku pelajar haruslah melaporkan kepada guru alatan yang rosak, hilang dan berbahaya, supaya tindakan segera diambil. DI LARANG MEROKOK DI KAWASAN INI, KAWASAN LARANGAN, ZON MERBAHAYA, UTAMA KESELAMATAN. Kita sering melihat perkataan seperti ini di kawasan bengkel Kemahiran Hidup di mana-mana sekolah. Walaupun pelajar tahu mengenai perkara seperti ini namun ada juga yang kurang memberi perhatian. Papan kenyataan yang mempunyai maklumat amaran keselamatan perlu ada di sekolah-sekolah untuk mencegah kemalangan yang berlaku. Pelajar juga harus didedahkan dengan kenyataan seperti ini terutamanya pelajar yang kurang memberi perhatian. Ini boleh dilakukan seperti membawa pelajar ke kawasan yang ada papan maklumat ini dan menerangkan bagaimana serta kenapa perlu ada papan kenyataan ini, dengan cara ini boleh mengelakkan kemalangan dari berlaku. Melatih pekerja atau pelajar juga adalah salah satu langkah untuk mengelakkan kemalangan berlaku di bengkel Kemahiran Hidup. Seoarang pekerja atau pelajar yang terlatih atau dalam erti kata yang lain ialah mahir sudah mencukupi untuk mengelak kemalangan dari berlaku. 12

Seorang guru Kemahiran Hidup perlu mengambil tahu dan juga melatih pelajarpelajar mengenali keseluruhan isi bengkel dan memahami keperluan yang ada dalam bengkel, dengan cara ini pelajar akan mematuhi arahan dan mengamalkan sikap ambil tahu dan menjaga keadaan bengkel supaya sentiasa selamat. Contohnya pelajar-pelajar akan berbaris dahulu diluar bengkel sehingga menerima arahan guru dan masuk ke dalam bengkel tanpa bermain atau bergurau senda dengan pelajar yang lain. Melatih pelajar seperti ini juga dapat memberi sesuatu pengetahuan kepada mereka kenapa pentingnya mereka memahami keseluruhan peraturan dan juga keselamatan dalam bengkel Kemahiran Hidup. Langkah untuk mengelak berlaku kemalangan seterusnya ialah memakai peralatan perlindungan perlindungan seperti pakaian, kasut, topi keselamatan dan sebagainya. Seseorang pelajar yang menggunakan bengkel perlulah mematuhi arahan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan. Sentiasalah memakai kasut yang bertutup dan bertapak getah, memakai gogal dan sarung tangan semasa menggunakan mesin gerudi, selain daripada itu juga pakaian yang dipakai hendaklah tidak terlalu longgar serta memakai apron. Sekiranya pelajar itu seorang pelajar perempuan yang bertudung, tudung hendaklah dimasukkan ke dalam baju dan pakai baju berlengan pendek atau gulung baju yang berlengan panjang. Bagi pelajar lelaki rambut mestilah pendek dan tali leher hendaklah ditanggalkan atau dimasukkan ke dalam baju supaya kemas.

Pakaian yang sesuai semasa berada di dalam bengkel

13

MEMBERSIH Membersih diri dan aspek fizikal dan mental

MENYUSUN ATUR Melaksanakan sistem penyimpanan alatan dan bahan MENDISIPLIN Senantiasa mempraktikkan peraturan keselamatan

MENILAI Menilai diri sendiri dan tempat kerja

Konsep am dan etika serta budaya kerja murid Kemahiran Hidup Bersepadu Sekiranya semua pelajar dapat mematuhi keselamatan di dalam bengkel dan dapat mendisiplinkan diri seperti mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan bengkel, ia akan dapat mencegah daripada berlakunya kemalangan. Langkah-langkah yang dinyatakan seperti diatas haruslah menjadi satu amalan yang perlu di patuhi. Perlaksanaan seperti ini kebanyakannya telah diamalkan di seluruh sekolah-sekolah serta diamalkan di dalam bengkel Kemahiran Hidup. Pihak sekolah juga menyediakan tindakan pencegahan bagi mengelakkan kemalangan berlaku. Antara tindakan pencegahan yang dilaksanakan ialah :

TINDAKAN PENCEGAHAN

1.Sistem keselamatan kebakaran

a. Pencegahan kebakaran

b. Perlindungan kebakaran

2. Latihan keselamatan

3. Penyediaan laporan bertulis

4. Rekod keselamatan dan kemalangan 14

Di sesebuah sekolah sistem keselamatan kebakaran merupakan langkah persediaan pencegahan dan perlindungan awal di sesebuah bangunan. Sistem keselamatan ini bertujuan untuk persediaan bagi menghadapi risiko-risiko yang bahaya. Terdapat dua kategori dalam sistem kebakaran ini iaitu pencegahan kebakaran dan perlindungan kebakaran. Kemusnahan dan kehilangan harta benda serta nyawa dalam kebakaran adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Di sekolah beberapa langkah telah diambil semasa berlaku kebakaran. Memberi pendidikan dan latihan awal dalam sesi ceramah atau semasa pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup dapat mencegahnya berlaku kebakaran. Selain daripada itu pelajar-pelajar di sekolah didedahkan dengan jenis pemadam api, bahan yang mudah terbakar dan cara bagaimana menggunakan alat pemadam api sekiranya berlaku kebakaran kecil. Beberapa langkah telah diperkenalkan kepada pelajar-pelajar untuk menghadapi kebakaran kecil. Antara langkah-langkah yang diperkenalkan ialah: Pastikan semua pelajar telah meninggalkan bangunan Pastikan juga pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah dihubungi melalui nombor 994 Pastikan api tidak merebak ke kawasan yang lebih luas Pastikan tiada halangan untuk memadamkan api kebakaran itu Pastikan juga mengetahui cara dan mahir menggunakan alat pemadam api

Alat pemadam api jenis debu kering

Alat pemadam api jenis karbon dioksida

15

Latihan kebakaran hendaklah diadakan di sekolah untuk memastikan semua orang dapat bertindak balas dengan cepat dan peka terhadap peraturan dan prosedur pelan kecemasan setiap bangunan. Ini dapat menjimatkan masa bergerak meninggalkan bangunan yang berlaku kebakaran. Gambar 1 :

Gambar 2 :

Gambar-gambar menunjukkan prosedur yang betul menggunakan alat pemadam api. 1. Tarik pin picu pada bahagian atas alat pemadam api. 2. Arahkan muncung pemancut ke punca api. 3. Tekan pemicit sambil berdiri jarak kira-kira 2.5 meter dari punca api. 4. Alihkan muncung pemancut ke kanan, ke kiri, ke belakang dan ke hadapan punca api sehingga api padam. 5. Pastikan api tidak menyala semula. Pihak sekolah juga menerima bantuan Jabatan Bomba untuk membuat pemantauan bagi memastikan sistem pencegahan kebakaran yang sedia ada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Selain daripada itu ada pihak ataub badan kejuruteraan yang mengkaji dan meneliti pelan-pelan bangunan dan bahanbahan keperluan di dalam bangunan selama, terutamanya di bengkel Kemahiran Hidup.

16

Banyak alatan yang berada dalam bengkel boleh menyebabkan kebakaran . Penyelenggaraan peralatan perlu untuk memastikan berada dalam keadaan selamat. Terdapat perlindungan kebakaran yang diambil dalam melaksanakan tndakan pencegahan. Perlindungan pasif adalah perlindungan kebakaran pada bangunan yang mengambil kira kelengkapan laluan kecemasan, ruang akses perkakasan dan ketahanan struktur bangunan. Perlindungan aktif pula ialah sistem kebombaan yang dipasang pada sesebuah bangunan yang merangkumi cara tindakan mengesan, memberi amaran, mengawal dan memadam kebakaran sama ada secara automatik atau manual. Di sekolah juga disediakan laporan keselamatan untuk menangani tindakan pencegahan seperti menyediakan loporan bertulis sebagai persediaan jika berlaku kemalangan atau kebakaran. Persediaan ini dapat menyelesaian masalah jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Pihak sekolah akan melaporkan segera kepada jabatan pendidikan atau pihak yang berkaitan mengenai sesuatu kemalangan yang berlaku. Selain daripada itu bengkel Kemahiran Hidup di sekolah juga menyediakan buku rekod keselamatan dan kemalangan bertujuan untuk merekodkan sesuatu kejadian. Tujuan menyimpan rekod ialah : 1. membantu untuk membuat laporan yang lengkap dan tepat 2. sebagai panduan keberkesanan langkah pencegahan 3. penilaian keberkesanan program keselamatan 4. menjelaskan keadaan bahaya dan tidak selamat 5. menjadi sumber rujukan bagi analisis yang dijalankan Contoh buku rekod keselamatan dan kemalangan : Tarikh 4.2.07 Nama Arif bin Abu Kelas/ Ting. 6 Maju Kemalangan/Kecederaan Luka pada tapak tangan Tindakan Menyapu ubat akriflarin T/Tangan Guru

17

4.

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL JIKA BERLAKU KEMALANGAN DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan di bengkel Kemahiran Hidup, seseorang guru atau pelajar akan memberi rawatan awal dahulu seperti: pertolongan cemas merawat luka-luka ringan rawatan bagi luka yang besar Menelefon pusat pekhidmatan Memberi rawatan pertolongan cemas sangat perlu kerana ia adalah bantuan segera yang diberi kepada orang yang cedera sebelum diberi rawatan oleh doktor atau jururawat. Memberi rawatan pertolongan cemas di bengkel memerlukan seseorang itu mempunyai kemahiran asas,pengetahuan, latihan dan kepakaran. Guru atau pelajarpelajar yang lain perlu mengetahui serba sedikit mengenai pertolongan cemas. Di sekolah, tempat kerja atau di rumah, bila dikaitkan dengan keselamatan kita mesti terfikir mengenai peti pertolongan cemas. Setiap bengkel Kemahiran Hidup di sekolah perlu ada peti pertolongan cemas yang lengkap. Peti pertolongan cemas ini perlu diletakkan ditempat yang mudah nampak dan senang diambil oleh sesiapa pun. Dalam situasi ini jika berlaku kemalangan, seperti pelajar yang terjatuh di dalam bengkel atau tangan terkena pisau,seseorang guru itu perlulah merawat dengan mengambil iodine bersama dengan antiseptic untuk di beri rawatan.

Peti Pertolongan Cemas (First Aid Kit) Proses pertolongan cemas ini bermula antara seseorang yang cedera dengan

orang yang memberi rawatan. Kadangkala kita perlu memberi bantuan apabila seseorang pelajar itu mengalami luka dan berlaku kehilangan darah yang banyak. Oleh itu guru haruslah berhati-hati dalam menmberi bantuan kecemasan kepada pelajar. Kemungkinan

18

luka yang dialami daripada objek seperti kaca memberi kesan yang mendalam kepada pelajar dan boleh menyebabkan pelajar tadi pengsan. Rawatan yang diberikan kepada pelajar yang mengalami luka-luka kecil ialah : 1. cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air panas 2. jika luka tersebut kotor, bersih dengan menggunakan air yang mengalir 3. keringkan luka tadi dengan menggunakan tisu atau tuala yang steril 4. tutup sementara luka dengan mengguna pembalut kasa. Bersihkan sekeliling luka dengan sabun dan air. Buang pad kapas daripada luka dan selalulah menggunakan pad kapas yang bru setiap kali mengesat luka. 5. lap luka hingga kering dan kemudian balut dengan pembalut atau plaster

Bersihkan luka dengan antiseptik

Sapukan luka dengan akriflarin

Balutkan luka dengan kain kasa atau plaster dengan cermat

Langkah-langkah merawat kecederaan ringan Dalam bengkel Kemahiran Hidup juga ada kalanya berlaku kecederaan yang serius, dimana kecederaan itu serius ini kemungkinannya pendarahanyang teruk. Jadi perlulah seorang guru atau pelajar yang lain memberi bantuan segera. Rawatan yang diberikan ialah : 1. Tanggalkan pakaian untuk mendedahkan luka., ini bertujuan untuk melihat jika ada objek lain seperti kaca yang terlekat pada badan. 2. Tuamkan ke atas luka dengan tapak tangan dan lakukan dengan pembalut yang bersih supaya tidak dijangkiti kuman. 3. Baringkan mangsa, keadaan ini akan mengurangkan pengaliran darah ke bahagian yang tercedera dan mengurangkan renjatan 19

4. Balut luka dengan sempurna dan jangan terlalu ketat. 5. Sokong atau ampu dengan baik anggota yang tercedera seperti dilakukan pada tulang yang patah. Dengan memberi rawatan seperti ini berkemungkinan dapat meringankan kesakitan pelajar tersebut. Tindakan seperti ini perlulah dilakukan dengan segera sebelum mendapat rawatan daripada doktor. Apa yang penting di sini guru perlulah memain peranan yang penting dan prihatin dengan kemalangan yang berlaku. Selain dari itu juga seorang pelajar yang mengalami kecederaan haruslah memberi kerjasama dengan guru agar luka atau kesakitan yang dialami dapat dirawat dengan segera. Sekiranya berlaku kecederaan seperti luka dari terbakar, akan mengakibatkan melecur. Guru haruslah merawat kesan selaran atau melecur untuk menghalang renjatan, mengelakkan jangkitan dan melegakan kesakitan. Pesakit mungkin akan mengalami akan mengalami loya dan muntah dengan denyutan nadi menjadi cepat tetapi lemah. Apabila seorang pelajar itu melecur apa yang perlu dielakkan ialah ; Jangan sentuh bahagian yang cedera Jangan pecahkan apa-apa kesan melecur yang mengelembung Jangan sapu losyen, atau krim ke tempat yang cedera

Guru juga hendaklah memberi rawatan sementara apabila pelajar itu melecur dengan ; 1. Perlulah menghentikan kesan terbakar dengan penyejukkan pantas untuk menghalang kerosakan yang lebih teruk. Curahkan air sejuk dengan banyak pada bahagian yang terlibat 2. Untuk kesan melecur di tangan,cuci dibawah air yang mengalir. 3. Lindungi bahagian yang terbakar. Sekiranya dibiarkan ia akan dijangkiti kuman. 4. Dapatkan bantuan yang sepatutnya secepat mungkin kecuali terbakar di permukaan yang sangat kecil. Seorang guru itu tidak boleh meninggalkan pelajar begitu sahaja kerana ia akan menambahkan kesakitan tanpa sokongan moral. Guru haruslah meminta bantuan segera, sekiranya kemalangan itu mengakibatkan kecederaan yang serius terutamanya kesan daripada terbakar. Walaupun diberi rawatan, perlulah membawa pelajar tadi untuk 20

mendapat rawatan daripada doktor. Seseorang pelajar haruslah mendapat rawatan yang lengkap daripada pihak hospital supaya dapat mengetahui sejauh mana kecederaannya sama ada serius atau tidak. Tindakan seterusnya yang perlu diambil apabila berlaku kemalangan dalam bengkel Kemahiran Hidup ialah memberitahu pihak sekolah seperti Guru Besar atau Pengetua. Makluman ini perlu diberitahu untuk menjauhi sesuatu yang tidak diingini apabila ada ibubapa yang datang ke sekolah mendakwa ada kes yang cuba disembunyikan. Ibubapa juga perlu dimaklumkan jika berlaku kemalangan. Sekiranya pelajar tersebut di bawa ke hospital, pihak sekolah haruslah memaklumkan kejadian ini dengan segera, supaya tidak timbul salah faham antara guru dan ibubapa. Telefon pusat perkhidmatan kecemasan atau Jabatan Bomba, jika berlaku kebakaran yang serius. Ini adalah penting bagi mengelakkan kebakaran ke tempat yang meluas dan merebak ke tempat lain. Guru juga haruslah mengawal pelajar agar tidak mengambil tindakan terburu-buru hingga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.

21

KESIMPULAN Berdasarkan huraian-huraian di atas, jelas kepada kita bahawa terdapat pelbagai punca yang menyebabkan terjadinya kemalangan dalam kerja-kerja mekanikal. Bagi mengelakkan tejadinya kemalangan di dalam bengkel Kemahiran Hidup, langkah-langkah pencegahan perlu diambil, kerana beringat sebelum kena. Pelaksanaan program-program pencegahan juga perlulah mendapat kerjasama pelbagai pihak supaya program yang dirancang dapat dijalankan dengan baik dan mendapat manfaat daripadanya, terutama pelajar-pelajar sekolah. Apa yang penting ialah di sekolah, guru-guru KH perlu memainkan peranan dan sentiasa memantau pergerakan murid serta memperingati mereka tentang peraturanperaturan keselamatan di dalam bengkel supaya tidak terjadi kemalangan yang tidak diingini.

22

Vous aimerez peut-être aussi