Vous êtes sur la page 1sur 2

Bahasa Melayu Tahun 4 Tema : Sentiasa Berhemat Kita Selamat Tajuk : Tragedi

Nama : _________________________ Kelas: _____________ Tarikh : _____________ Baca dan fahami petikan di bawah.
Kebakaran di Kampung Bahagia

TELUK INTAN, Rabu Suatu kebakaran besar telah berlaku di Kampung Bahagia dekat sini awal pagi tadi. Kebakaran ini berlaku pada kira-kira jam 7.30 pagi dan disedari oleh seorang guru sekolah yang ternampak api menjulang keluar dari salah sebuah rumah di situ. Empat buah rumah musnah manakala tiga lagi rosak teruk akibat kebakaran itu. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Dua buah jentera bomba berkejar ke tempat kejadian. Anggota bomba mengambil masa setengah jam untuk memadamkan api. Hasil siasatan awal mendapati kebakaran itu berpunca daripada tong gas yang meletup di salah sebuah rumah berkenaan. Banyak harta benda tidak dapat diselamatkan kerana kebanyakan penduduk telah keluar bekerja. Setakat ini, kerugian belum dapat dianggarkan. Kebanyakan penduduk di situ bekerja sebagai anggota perkhidmatan awam dan petani. Salah seorang penduduk, Abu Bakar, 27 tahun, menyatakan dia terdengar letupan semasa sedang menikmati sarapan dan cepat-cepat keluar dari rumah dan terkejut apabila ternampak api menjulang keluar dari tingkap rumah salah seorang jirannya. Beliau menjerit meminta tolong manakala salah seorang jirannya menelefon bomba. Api merebak dengan cepat kerana kebanyakan rumah diperbuat daripada kayu. Mangsa-mangsa kebakaran ini ditempatkan di dewan orang ramai dan sesetengahnya menumpang di rumah saudara-mara. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat mengagihkan-agihkan bantuan berupa wang ringgit, pakaian dan makanan kepada mangsa. Jawatankuasa Kampung pula giat menjalankan kutipan derma kepada mangsa untuk membina rumah mereka semula.

Bahasa Melayu Tahun 4 Tema : Sentiasa Berhemat Kita Selamat Tajuk : Tragedi

Jawab soalan berikut berdasarkan petikan yang telah dibaca. 1. Di manakah kejadian tersebut berlaku? Kejadian tersebut berlaku di Teluk Intan. 2. Pada pukul berapakah kejadian tersebut berlaku? Kejadian tersebut berlaku pada pukul 7.30 pagi. 3. Apakah punca kebakaran tersebut berlaku? Kebakaran itu berpunca daripada tong gas yang meletup di salah sebuah rumah berkenaan. 4. Di manakah mangsa-mangsa kebakaran ditempatkan? Mangsa-mangsa kebakaran ini ditempatkan di dewan orang ramai dan sesetengahnya menumpang di rumah saudara-mara. 5. Apakah yang dilakukan oleh Jawatankuasa Kampung? Jawatankuasa Kampung giat menjalankan kutipan derma kepada mangsa untuk membina rumah mereka semula.

Vous aimerez peut-être aussi