Vous êtes sur la page 1sur 30

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO KES: 9/4-2781/06 ANTARA JAFERI BIN DAUD & 1 ORANG PERAYU LWN HGC HI-GLORY

(M) SDN BHD AWARD NO: 1558 TAHUN 2011 DI HADAPAN TEMPAT TARIKH RUJUKAN TARIKH SEBUTAN : : : : DATO' HAJI SULAIMAN BIN ISMAIL PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG 28 OGOS 2006. 19 MAC 2007, 21 MEI 2007, 21 JUN 2007, 18 MAC 2008, 1 OKTOBER 2009 & 19 JANUARI 2010. 19 FEBRUARI 2009 & 25 OGOS 2010. YB. Raveen Tharan dari Tetuan Raveen & Associates bagi Pihak-Pihak Menuntut Cik Neo Siew Leng, dari Tetuan Lim Kian Hoon bagi Pihak Responden
Rujukan :

TARIKH PERBICARAAN PERWAKILAN

: :

Ini adalah suatu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20 (3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 berkenaan dengan pembuangan kerja Jaferi bin Daud (dirujuk sebagai Pihak Menuntut Pertama) Puan Che Ani Abdul Rahman (Pihak Menuntut Kedua) oleh HGC Hi-Glory (M) Sdn Bhd ( dirujuk sebagai Responden) pada 26hb Ogos 2005. 1

AWARD Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) pada 28 hb Ogos 2006 yang timbul dari pembuangan kerja Encik Jaferi bin Daud (dirujuk sebagai "Pihak Menuntut Pertama") dan Puan Che Ani Abdul Rahman (Dirujuk sebagai "Pihak Menuntut Kedua") pada 26 hb Ogos 2005 oleh HGC Hi-Glory (M) Sdn Bhd (Dirujuk sebagai "Responden").

Kes ini telah diterima pada 30 hb November 2006 dan sebutan kali pertama telah diadakan pada 19hb Mac 2007 di hadapan Y.A. Tuan Mohd Amin Firdaus bin Abdullah. Perbicaraan kes ini telah dijalankan di hadapan Y.A. Tuan Mohd Amin Firdaus bin Abdullah pada 19 hb Februari 2009, sebelum beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi. Keduadua pihak tiada bantahan untuk saya meneruskan perbicaraan untuk keterangan saksi ketiga Responden dan keterangan kedua-dua Pihak Menuntut.

Perbicaraan sambungan telah dimulakan pada 25 hb Ogos 2010 dan selesai perbicaraan pada hari yang sama. Peguambela Pihak-pihak

Menuntut iaitu Tetuan Raveen & Associates yang sepatutnya memfailkan


2

Hujahan Bertulis Pihak-pihak Menuntut ke Mahkamah pada 27 hb September 2010 telah memfailkannya ke Mahkamah pada 24 hb November 2010. Manakala peguamcara Responden, Tetuan Lim Kiam Hoon memfailkan Hujahan Bertulis pada 8hb November 2010. Jawapan kepada Hujahan

Bertulis Syarikat telah difailkan oleh Tetuan Raveen & Associates pada 22 hb November 2010.

Latar Belakang Fakta Kes

Pihak

Menuntut

Pertama

memulakan

pekerjaan

dengan

Responden sebagai Printing Operator dan telah disahkan jawatan pada 1 hb Januari 2003 dengan gaji permulaan sebanyak RM900.00 sebulan serta elaun-elaun sebanyak RM35.00 sehari. (Rujuk COB1 muka surat 13). Surat Pengesahan Jawatan telah dikeluarkan oleh Responden pada 2 hb Mei 2004. Jawatan terakhir yang dipegang oleh Pihak Menuntut Pertama adalah sebagai Penyelia sebelum ditamatkan perkhidmatan pertama oleh

Responden pada 23hb Mei 2005.

Pihak Menuntut Pertama menyatakan

dalam Pernyataan Kes perenggan 4 -7 bahawa pada 23 hb Mei 2005 semasa melapor kerja lebih kurang jam 8.30 malam beliau dipanggil masuk ke pejabat dan diarah meninggalkan Syarikat Responden serta-merta pada hari tersebut tanpa sebarang notis penamatan kerja oleh Pihak Responden. Pihak Menuntut Pertama juga menyatakan bahawa beliau tidak diberi
3

sebarang notis atau surat tunjuk sebab mahupun notis penggantungan kerja oleh Responden dan tiada Siasatan Dalaman dijalankan. Pihak Menuntut Pertama telah membuat laporan polis bertarikh 24 hb Mei 2005 (Rujuk CLB1 muka surat 2). Pada 29 hb Mei 2005, Pihak Menuntut Pertama menulis surat pemberhentian kerja kepada Responden (Rujuk CLB1 muka surat 8-9). Menurut Responden, notis penamatan perkhidmatan Pihak Menuntut

Pertama telah dikeluarkan oleh Pihak Responden pada 30 hb Mei 2005 tanpa tandatangan Pihak Menuntut Pertama atas 3 pertuduhan seperti berikut (rujuk COB1 muka surat 20):i) Pergaduhan dan berlawan dalam kilang ii) Tidak menjalankan tugas & tanggungjawab penuh sebagai seorang Supervisor. iii) Tidak hadir bekerja 48 jam berturut-turut mulai 24 hb Mei 2005, 25hb Mei 2005 dan 26hb Mei 2005 tanpa beritahu dan tanpa memberi sebarang notis.

Pihak Responden juga telah memberi 3 surat amaran kepada Pihak Menuntut Pertama pada 23 hb Mei 2005 (Rujuk COB1 muka surat 1618).

Lantaran itu, satu Memorandum Persetujuan Seksyen 20 Akta


4

Perhubungan Perusahaan 1967 telah ditandatangani di antara Pihak Menuntut Pertama dan Ketua Jabatan Pentadbiran pada 23 hb Ogos 2005 untuk Pihak Menuntut Pertama bekerja semula di Responden pada 24 hb Ogos 2005 jam 8.30 pagi dengan bayaran gaji tertunggak Pihak Menuntut Pertama untuk bulan Jun, Julai & Ogos (Rujuk COB1 muka surat 23). Pihak Menuntut Pertama melapor diri di Responden pada 24 hb Ogos 2005 jam 8.30 pagi dan telah ditukar dari Jabatan Percetakan ke Jabatan Quality Control pada 24hb Ogos 2005. (Rujuk COB1 muka surat 24-25 & 28) dan selepas

tarikh 24hb Ogos 2005, Pihak Menuntut Pertama tidak hadir kerja sehingga tarikh pembuangan kerja. Alasan Pihak Menuntut Pertama tidak hadir kerja kerana tidak berpuas hati ditempatkan di lobi kilang.

Manakala pihak Responden telah menulis dua pucuk surat kepada Pihak Menuntut Pertama pada 29 hb Ogos 2005 dan 11hb September 2005. (Rujuk COB2 muka surat 67 & 68). Surat-surat bantahan daripada pekerja-pekerja tidak bersetuju Pihak Menuntut Pertama diambil bekerja semula di Jabatan Quality Control seperti dalam (Rujuk COB1 muka surat 3241). Pihak Responden telah mengeluarkan surat penamatan perkhidmatan Pihak Menuntut Pertama yang tidak bertarikh (Rujuk COB1 muka surat 31).

Pihak Menuntut Kedua memulakan pekerjaan dengan Responden sebagai Quality Control Trainee pada 1 hb Oktober 2003 dengan gaji permulaan sebanyak RM410.00 sebulan dan elaun-elaun sebanyak RM35.00 sehari. (Rujuk COB1 muka surat 42-51) Surat Perlantikan Kontrak Pihak Menuntut Kedua dikeluarkan oleh Responden pada 1 hb Oktober 2003. Surat Pengesahan Jawatan tidak dikeluarkan oleh Responden. Dalam Pernyataan Kes Pihak Menuntut Kedua menyatakan bahawa beliau bekerja di Jabatan Percetakan sebagai Line Leader dan seramai 20 pekerja melapor diri kepada beliau.

Pada 25hb Mei 2005 pihak Responden telah menyuruh Pihak Menuntut Kedua meninggalkan premis kilang dengan serta-merta tanpa sebarang alasan atau tanpa sebarang surat diberikan kepada beliau dan menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut Kedua pada hari tersebut.

Lantaran itu, pada 31hb Mei 2005, Pihak Menuntut Kedua telah membuat laporan polis (Rujuk CLB1 muka surat 3) dan selepas itu Pihak Menuntut Kedua tidak hadir bekerja mulai dari 30 hb Mei 2005 hingga 2hb Jun 2005 tanpa memohon cuti.

Justeru itu, satu Memorandum Persetujuan Seksyen 20 Akta


6

Perhubungan Perusahaan 1967 telah ditandatangani di antara Pihak Menuntut Kedua dan Ketua Jabatan Pentadbiran pada 23 hb Ogos 2005 untuk Pihak Menuntut Kedua bekerja semula di Syarikat Responden pada 25 hb Ogos 2005 jam 8.30 pagi dengan bayaran gaji tertunggak Pihak Menuntut Kedua. (Rujuk COB1 muka surat 64).

Menurut Responden, Pihak Menuntut Kedua telah melapor diri untuk bekerja pada 25hb Ogos 2005 dan pada 26 hb Ogos 2005 beliau meninggalkan kerja beliau dan gagal hadir bekerja selepas itu. Menuntut Kedua tidak berpuas hati ditempatkan di lobi. Pihak

Pihak

Responden

telah

mengeluarkan

dua

pucuk

surat

pembuangan kerja kepada Pihak Menuntut Kedua bertarikh 29 hb Ogos 2005 dan 11hb September 2005 (Rujuk COB2 muka surat 69 & 70).

Pihak Menuntut Pertama dan Kedua mendakwa Responden telah menamatkan perkhidmatan mereka tanpa sebarang sebab dan tidak mengikut peruntukan undang-undang. Mereka memohon untuk diambil

bekerja semula dengan Responden ke jawatan asal mereka, gaji , elaun atau bayaran lain yang tertakluk di bawah penggajian mereka daripada tarikh pembuangan kerja sehingga tarikh diambil bekerja semula, kekananan dan
7

lain-lain.

Pihak Responden berhujah bahawa kedua-dua Pihak Menuntut telah meninggalkan pekerjaannya. Oleh yang demikian, persoalan yang

Mahkamah harus putuskan bukanlah mengenai penamatan kerja tanpa alasan yang adil dan munasabah tetapi samada terdapat penamatan kerja oleh Syarikat atau Kedua-dua Pihak Menuntut telah meninggalkan pekerjaan. Persoalan penting yang Mahkamah harus memutuskan adalah : a) Samada beban pembuktian oleh Kedua-dua Pihak Menuntut untuk membuktikan mereka telah meninggalkan pekerjaan atau b) Samada beban pembuktian oleh Kedua-dua Pihak Menuntut bahawa terdapat 'Victimisation' yang membolehkan mereka meninggalkan

pekerjaannya.

OP, Malhotra in the Law of Industrial Disputes, 4 th Edition which stated as follows : "The contract of service comes to an end where the workman abandon's his job.... the word abandonment has been explained to mean "to leave completely & finally; forsake utterly; to relinquish..... abandonment In

when used in relation to an office means "voluntarily relinquishment".

order to constitute "abondonment" therefore, there must be total and complete giving up of duties so as to indicate an intention not to resume the
8

same...., However, the intention maybe inferred from the acts or conduct of the party .. Under the common law, an inference that an employee has abandoned or relinquished service is not easily drawn unless from the lenght of absence and from other surrounding circumstances an inference to that effect can be legitimately drawn and it can be assumed that the employee intented to abandon service."

Undang-undang

Fungsi Mahkamah Perusahaan

di dalam rujukan di bawah

Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 telah dinyatakan dengan jelas oleh Mahkamah Perusahaan di dalam kes MILAN Auto Sdn Bhd v Wong Sen Yen (1995) 4 CLJ 449 seperti berikut :"The function of the Industrial Court in dismissal cases on reference under Section 20 is two folds : first to determine whether the misconduct complained of by the employer has been established and secondly whether the proven misconduct constitutes just cause or excuse for the dismissal."

Mahkamah Perusahaan telah memutuskan dalam kes Wong Yuen Hock v Syarikat Hong Leong Assurance Sdn Bhd (1995) 3 CLJ 344

seperti berikut :"On the authorities, we were of the view that the main and only function of the Industrial Court in dealing with a reference under Section 20 of the Act (unless otherwise lawfully provided by the terms of reference) is to determine whether the misconduct or irregularities complained of by the Management as the grounds of dismissal were in fact committed by the workman, and if so, whether such grounds constitute just cause or excuse for the dismissal."

Mahkamah Perusahaan perlu menganalisa keterangan yang dikemukakan dan memutuskan samada kedua-dua Pihak Menuntut telah meninggalkan kerja (Abondonment of Job) dan melakukan salahlaku atau berlaku penganiayaan (Victimisation). Mahkamah akan meneliti keterangan berdasarkan fakta kes.

Mahkamah Perusahaan telah memutuskan dalam kes Goon Kwee Phoy v J & P Coats (M) Sdn Bhd (1981) 2 MLJ 129 di muka surat 136 seperti berikut :"Where representation are made and are referred to the Industrial Court for enquiry; it is the duty of the Court to determine whether the termination or dismissal is with or without just cause or excuse. If the

10

employer chooses to give a reason for the action taken by him the duty of the Industrial Court will be to enquire whether that excuse or reason has or has not been made out. If it finds as a fact that it has not been proved, then the inevitable conclusion must be that the termination or dismissal was without just cause or excuse. The proper inquiry of the Court is to reason advanced by it and the Court or High Court cannot go into another reason not relied on by the employer or find one for it".

Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas apabila Mahkamah Perusahaan dirujuk mengenai kes pembuangan kerja yang melibatkan salahlaku dua perkara yang perlu diputuskan iaitu :1) Samada salahlaku yang dilaporkan oleh Majikan telah dapat dibuktikan; dan 2) Samada salahlaku yang terbukti menjadikan sebab atau alasan yang adil untuk pembuangan kerja.

Isu Dalam Kes Ini

Mahkamah

dalam

kes

ini

perlu

memutuskan

samada

pembuangan kerja Pihak-Pihak Menuntut oleh Syarikat Responden itu adalah


11

bersebab atau alasan adil.

Beban Pembuktian

Dalam kes Telekom Malaysia Kawasan Utara v Krishnan Kutty Sanguni Nair & Anor (2002) 3 CLJ 314 Mahkamah Rayuan Malaysia telah memutuskan seperti berikut :"Mahkamah Perusahaan tidak perlu dibebankan dengan segala perkara-perkara teknikal berkenaan perbezaan beban bukti atau rukun keterangan atau prosedur yang perlu dipakai dalam Mahkamah UndangUndang. Mahkamah Perusahaan mesti dibenarkan untuk menjalankan

prosidingnya sebagai satu Mahkamah timbangtara dengan membenarkan beberapa kelonggaran bertujuan bagi mencapai satu keputusan asalkan ia mengambil kira keteguhan merit dalam kes dan membuat keputusan menurut ekuiti dan dengan kemurnian. Representasi oleh Menteri kepada Mahkamah Perusahaan tidak boleh ditakrifkan sebagai 'sivil' atau jenayah dengan beban pembuktian yang berbeza bagi setiap klasifikasi. Dengan demikian dalam pendengaran kes tuntutan ketidakadilan pemecatan di mana pekerja dipecat berdasarkan pertuduhan kesalahan jenayah seperti curi harta Syarikat, Mahkamah Perusahaan tidak perlu memenuhi kehendak melangkaui batasan keraguan bahawa kesalahan itu telah dilakukan. Beban pembuktian yang perlu dipakai adalah standard sivil
12

iaitu imbangan kebarangkalian yang fleksibel supaya kadar kebarangkalian yang diperlukan sesuai dengan jenis dan graviti isu yang dibicarakan".

Berdasarkan keputusan kes Mahkamah Rayuan tersebut adalah jelas beban pembuktian dalam kes salah laku seperti di dalam kes ini adalah berdasarkan imbangan kebarangkalian yang fleksibel yang perlu dibuktikan oleh majikan.

Kes Responden

Syarikat Responden telah memanggil 3 orang saksi untuk memberi keterangan seperti berikut :1. Encik Mizanur Rahman Md Solaiman Patwary (COW1) - Supervisor. 2. Encik Lim Heng Leng (COW2) - Eksekutif Dalam Syarikat. 3. Cik Shirley Tan Kooi Hoay - Administration Department Head.

COW1 memberi keterangan dalam Pemeriksaan Utama dan


13

mengatakan bahawa beliau telah bekerja di Syarikat Responden selama 12 tahun 6 bulan. Pada 22 hb Mei 2005 berlaku pergaduhan di antara Pihak Menuntut Pertama dengan COW1. COW1. Pihak Menuntut Pertama menyerang

Dalam keterangan COW1, beliau tidak membuat laporan polis dan beliau juga tidak memperolehi laporan perubatan selepas kejadian tersebut kerana beliau tidak mengalami kecederaan. Pergaduhan itu berlaku berdekatan Production One Gate. COW1 juga mengatakan pada 22 hb Mei 2005 tiada perselisihan faham berlaku di antara mereka. Tiada perbalasan percakapan berlaku di antara mereka cuma Pihak Menuntut Pertama bercakap dalam bahasa Malaysia pada hari tersebut dengan menyebut

perkataan "puki mak lan" terhadap COW1.

Dalam pemeriksaan balas COW1 menyatakan bahawa Pihak Menuntut Pertama hanya menolak bahu dan cubaan untuk menumbuk beliau dengan menyebut perkataan "you mahu fighting kah?". Pada masa tersebut ada seseorang datang dan memegang tangan Pihak Menuntut Pertama.

Dalam

pemeriksaan

semula,

COW1

mengatakan

selepas

kejadian yang berlaku pada Mei 2005, Pihak Menuntut Pertama tidak lagi
14

datang bekerja. Setelah beberapa bulan, Pihak Pengurusan ingin mengambil Pihak Menuntut Pertama bekerja semula. Pihak Pengurusan ada bertanya kepada semua pekerja samada mereka ada apa-apa aduan terhadap Pihak Menuntut Pertama. Ekoran daripada itu, beliau menulis surat bertarikh 26 hb Ogos 2005 kepada Pengarah Urusan Responden (Rujuk COB1 muka surat 37).

COW2 memberi keterangan dalam pemeriksaan utama bahawa Pihak Menuntut Pertama bergaduh dan memukul orang di tempat kerja. Tiga surat amaran telah dikeluarkan oleh COW2 kepada beliau pada 23 hb Mei 2005. COW2 juga mengatakan Pihak Menuntut Pertama enggan Sebelum beliau

menandatangani ketiga-tiga surat amaran tersebut.

mengeluarkan surat amaran terhadap Pihak Menuntut Pertama, beliau ada menyiasat pergaduhan yang berlaku di antara COW1 & Pihak Menuntut Pertama.

COW2 juga memberi keterangan bahawa pada hari kejadian berlaku beliau tidak bekerja (hari Ahad) tetapi COW2 ada datang ke kilang dan pada hari pertama beliau tidak nampak pergaduhan tetapi pada hari kedua beliau nampak pergaduhan di antara COW1 dan Pihak Menuntut Pertama tercetus nak lawan. COW2 nampak Pihak Menuntut Pertama

15

menolak COW1 tetapi COW1 tidak mengalami sebarang kecederaan.

COW2 juga memberi keterangan bahawa jika berlaku kejadian kecil, Pihak Responden akan memberi amaran secara lisan sahaja tetapi sekiranya kejadian serius, Pihak Responden akan tengok kes tersebut.

COW2 memberi keterangan beliau tidak bersetuju Pihak Menuntut Pertama diarah meninggalkan kilang serta-merta pada 23 hb Mei 2005 jam 8.30 malam selepas pergaduhan yang berlaku di antara Pihak Menuntut Pertama dengan COW1. Pihak Menuntut Pertama terus balik tanpa kebenaran Pihak Pengurusan.

COW2 memberi keterangan bahawa ada perbicaraan (inquiry) dijalankan di kawasan Syarikat Responden pada 28 hb Mei 2005. Menuntut Pertama telah dimaklumkan tarikh dan tempat bicara. Pihak Pihak

Responden menghantar surat melalui pos kepada Pihak Menuntut Pertama tetapi Pihak Menuntut Pertama tidak menghadiri perbicaraan tersebut. Oleh itu, pada 30hb Mei 2005, Pihak Syarikat mengeluarkan notis dan mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut Pertama.

COW3 memberi keterangan bahawa pada 24 hb Ogos 2005 jam


16

8.30 pagi Pihak Menuntut Pertama dan Pihak Menuntut Kedua datang bekerja dan Pihak Menuntut Pertama telah ditukarkan ke Jabatan Quality Control manakala Pihak Menuntut Kedua bekerja di Jabatan Percetakan pada masa tersebut. COW3 juga memberi keterangan bahawa Pihak

Menuntut Pertama dengan sukarela bertukar ke Jabatan Quality Control dan Pihak Menuntut Pertama telah menandatangani satu surat pertukaran pada 24hb Ogos 2005. Pihak Menuntut Pertama dan Kedua datang bekerja pada 25hb Ogos 2005. masuk bekerja. Selepas jam 12.30 tengahari kedua-dua mereka tidak Notis tunjuk sebab telah dihantar kepada mereka dan

mereka tidak hadir pada 10hb September 2005 dan 17hb September 2005 untuk tunjuk sebab.

COW3 juga memberi keterangan bahawa ada sebab mengapa Pihak Menuntut Pertama dan Pihak Menuntut Kedua ditempatkan di lobi dan bukannya di bahagian tempat kerja mereka separuh hari pada 25hb Ogos 2005. pada 24 hb Ogos 2005 dan

COW3 juga memberi keterangan bahawa Responden telah mengadakan mesyuarat di bilik perbincangan pada 28 hb Ogos 2005 yang dihadiri oleh Encik Lee Ching Yuan, Encik Chia Chin Loo, Cik WL Loh dan COW3. Pihak Responden mengambil keputusan tidak membenarkan Pihak

17

Menuntut Pertama dan Pihak Menuntut Kedua datang bekerja atas sebab banyak surat bantahan dari pekerja lain yang membantah kepulangan mereka. Selain daripada sebab tidak hadir tanpa sebab dan tidak memohon cuti serta mengambil kad perakam waktu.

Kes Pihak-Pihak Menuntut

CLW memberi keterangan bahawa pada 22 hb Mei 2005 terdapat pertengkaran mulut dengan COW1 di kawasan kilang dalam bilik percetakan. Pertengkaran mereka telah dileraikan oleh Encik Cheah dan COW2. CLW1 tidak bersetuju bahawa beliau telah mengeluarkan kata-kata kesat dan ia hanya pertengkaran mengenai kerja.

CLW1 memberi keterangan bahawa beliau tidak menerima tiga surat amaran dan surat tunjuk sebab daripada Pihak Responden.

CLW1 memberi keterangan bahawa beliau ada datang bekerja pada 23hb Mei 2005 dan satu MOU telah ditandatangani (Rujuk COB1 muka surat 23). Selepas MOU ditandatangani, CLW1 datang bekerja pada 24 hb Ogos 2005 jam 8.30 pagi. Pada hari tersebut, CLW1 bersetuju ditukarkan ke Jabatan Quality Control dengan bayaran gaji yang sama.

18

CLW1 tidak ingat samada beliau datang bekerja pada 25 hb Ogos 2005 dan beliau tidak meletak jawatan. CLW1 memberi keterangan bahawa beliau tidak hadir bekerja adalah kerana tidak puas hati ditempatkan di lobi kilang dan MOU mengatakan CLW1 kembali bekerja ke jawatan asal.

CLW2 memberi keterangan bahawa COW2 yang menaikkan jawatan beliau kepada Line Leader secara lisan. CLW2 tidak hadir bekerja tanpa permohonan cuti mulai 30hb Mei 2005 hingga 2hb Jun 2005.

CLW2 memberi keterangan bahawa pada 25 hb Ogos 2005, beliau hadir bekerja jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Beliau ada memberitahu COW2 bahawa beliau balik jam 12.00 tengahari kerana beliau tidak mahu duduk di lobi dan CLW2 tidak balik bekerja semula ke kilang hingga sekarang.

CLW2 juga memberi keterangan bahawa beliau terpaksa pulang kerana diletakkan di lobi tetapi tidak dibenarkan masuk ke Jabatan Percetakan tempat kerja lamanya.

CLW2 juga memberi keterangan bahawa beliau tidak menerima


19

notis tunjuk sebab bertarikh 7hb Julai 2005 dan 10hb Julai 2005 serta panggilan telefon daripada Pihak Responden.

Penilaian Keterangan dan Undang-undang

Dalam kes ini Y.B. Menteri Sumber Manusia Malaysia telah merujuk kes ini kepada Mahkamah Perusahaan melalui surat yang bertarikh 28hb Ogos 2006. Di dalam rujukan tersebut Y.B. Menteri telah merujuk

kepada pembuangan kerja kedua-dua Pihak Menuntut oleh HGC Hi Glory (M) Sdn Bhd pada 26hb Ogos 2006.

Walaubagaimanapun Mahkamah setelah mendengar keterangan kedua-dua pihak selepas meneliti kes ini mendapati bahawa Pihak Menuntut Pertama telah dibuang kerja untuk kali pertamanya pada 30 hb Mei 2005 (Rujuk Lampiran 20 COB1) kerana terlibat 1) Dalam pergaduhan dan berlawan dalam kilang 2) Tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab penuh sebagai

Supervisor. 3) Tidak hadir kerja 48 jam berturut-turut mulai 24 Mei, 25 Mei dan 26 Mei 2005 tanpa beritahu dan tanpa memberi sebarang notis kepada Majikan.
20

Pihak Menuntut Pertama telah merujuk pembuangan kerja ini kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Kedah/Perlis dan suatu

Memorandum Persetujuan di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 telah dicapai melalui Fail JPP(KP) Sek 20 (143/2005).

Pihak Majikan dan Pihak Menuntut Pertama telah bersetuju untuk menerima semula beliau bekerja di kilang tersebut dan Majikan telah menawarkan kembali Pihak Menuntut Pertama bekerja dengan jawatan asalnya dengan gaji yang sama tanpa kehilangan apa-apa faedah dan kekananan.

Pihak Menuntut Pertama dikehendaki melapor diri di kilang pada 24 Ogos 2005 jam 8.30 pagi.

Majikan juga setuju untuk membayar gaji tertunggak

kepada

beliau sebanyak RM2,850.00. Pihak Menuntut Pertama telah melapor diri di kilang Majikan pada 24 Ogos 2005 dan telah bersetuju melalui surat bertarikh 24 Ogos 2005 (Rujuk Lampiran 28 COB1) untuk bertukar daripada Jabatan Percetakan kepada Jabatan Quality Control. Pihak Menuntut Pertama telah ditempatkan di lobi Syarikat pada 24 Ogos 2005 dan 25 Ogos 2005.
21

Melalui surat bertarikh 27 Ogos 2005 (Rujuk Lampiran 29 COB1) pihak Majikan telah membuat keputusan tidak membenarkan beliau balik bekerja kerana beliau tidak hadir bekerja pada 27 Ogos 2005 dan kerana Majikan telah menerima kebanyakan surat bantahan daripada pekerjapekerja.

Melalui surat majikan seterusnya (tanpa tarikh) (seperti Lampiran 31 COB1) pihak Majikan telah menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut Pertama dengan membayar gaji sebanyak RM348.33.

Pihak Menuntut Kedua adalah isteri kepada Pihak Menuntut Pertama. Beliau juga telah diarahkan untuk meninggalkan pejabat Majikan pada 25 Mei 2005 tanpa sebarang surat pemecatan.

Pihak Menuntut Kedua yang pada mulanya bertugas sebagai operator telah diarahkan untuk menjalankan tugas 'line leader', tetapi beliau telah diarahkan untuk menjalankan tugas operator sejak 25 Mei 2005.

Pihak Menuntut Kedua juga menandatangani Memorandum Persetujuan dengan pihak Majikan seperti Lampiran 64 COB1.
22

Beliau telah bersetuju untuk melapor diri di kilang pada 25 Ogos 2005 dan telah diberi jawatan asalnya tanpa kehilangan gaji dan apa-apa faedah dan kekananan.

Pihak Syarikat juga bersetuju untuk membayar balik gaji tertunggak sebanyak RM1,410.00.

Pihak Menuntut Kedua telah melapor diri pada 25 Ogos 2005 tetapi telah dilayan seperti orang asing dan ditempatkan di lobi Kilang. Beliau telah meninggalkan tempat kerja tersebut kerana tidak mendapat kembali kerja asalnya dan layanan Majikan yang tidak mengikut Memorandum Persetujuan tersebut.

Adalah menjadi prinsip undang-undang yang termaklum beban bagi pembuangan kerja konstruktif ujian yang perlu digunakan ialah ujian kontraktual bagi menentukan samada tingkah laku Majikan itu menunjukkan bahawa beliau mempunyai niat untuk tidak mahu meneruskan lagi kontrak perkhidmatan dengan Pihak Menuntut. Ini dirumuskan oleh Mahkamah

Rayuan dalam Kes Anwar Abdul Rahim v Bayer (M) Sdn Bhd (1998) 2 CLJ 197 di muka surat 205 seperti berikut :
23

"It has been repeatedly held by our Courts that the proper approach in deciding whether constructive dismissal has taken place is not to ask oneself whether the employer's conduct was unfair or unreasonable but whether the conduct of the employer was such that the employer was guilty of a breach going to the root of the contract or whether he has evinced an intention no longer to be bound by the contract."

Dalam kes ini Mahkamah perlu melihat Surat Amaran tidak hadir kerja bertarikh 27 Ogos 2005 (Lampiran 29 COB1) dan Surat Penamatan kerja seperti Lampiran 31 COB1.

Apakah tindakan Syarikat mengeluarkan surat-surat tersebut kepada Pihak-Pihak Menuntut adalah satu pelanggaran terma asasi perjanjian perkhidmatan diantara pihak Syarikat dan Pihak-Pihak Menuntut.

Berdasarkan keterangan kedua-dua Pihak Menuntut mereka telah melapor diri pada 24 Ogos 2005 seperti terma Memorandum Persetujuan bertarikh 23hb Ogos 2005 dan telah ditempatkan di lobi Syarikat tanpa diberi kembali jawatan asal mereka.

24

Menurut keterangan Cik Shirley Tan Kooi Hooy (COW3) Soalan 17 "Syarikat mengadakan mesyuarat di bilik perbincangan pada 28 Ogos 2005 dan Encik Lee Ching Yuan, Encik Chia Chin Loo, Cik W.L.Loh dan saya hadir. Syarikat mengambil keputusan tidak membenarkan Encik Jaferi dan Puan Che Ani datang bekerja juga atas sebab banyak surat bantahan dari pekerja lain yang membantah keputusan mereka selain daripada sebab tidak hadir tanpa sebab dan tanpa minta cuti dan mengambil 'punch card'.

Berdasarkan kepada duluan kehakiman dalam kes Wong Chee Hong v Cathay Organisation (Malaysia) Sdn Bhd (1988) 1 CLJ 45 (1988) CLJ (Rep) 298, [1988] 1 MLJ 92 ujian yang perlu digunakan ialah ujian kontraktual yang boleh dilihat melalui tingkah laku Majikan yang

membayangkan hasratnya untuk menamatkan kontrak pekerjaan dengan Pihak-Pihak Menuntut.

Dalam kes ini jelaslah pihak Responden telah mencabuli dan memecahkan terma-terma asas perjanjian dengan Pihak-Pihak Menuntut.

Tugas Mahkamah ini bagi menentukan samada ada terdapat pembuangan kerja dan sekiranya ada, adalah ia suatu yang adil dan beralasan seperti diputuskan oleh Mahkamah Rayuan
25

dalam kes Quah

Swee Khoon v Sime Darby Bhd (2001) 1 CLJ 9 (2000) 2 MLJ 600.

Dapatan

Berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi dalam perbicaraan di Mahkamah, eksibit-eksibit yang dikemukakan dan hujahan kedua-dua pihak serta panduan di bawah seksyen 30(5) Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Mahkamah berpendapat bahawa kedua-dua Pihak Menuntut telah berjaya membuktikan kesnya berdasarkan tahap perimbangan

kebarangkalian.

Tindakan pihak Majikan jelas menunjukkan bahawa mereka ingin menamatkan perkhidmatan kedua-dua Pihak Menuntut kerana menerima banyak surat bantahan daripada pekerja-pekerjanya jika kedua-dua Pihak Menuntut diambil bekerja semula. Inilah niat yang sebenar pihak Majikan didalam menamatkan perkhidmatan kedua-dua Pihak Menuntut.

Tindakan pihak Majikan dengan meletakkan kedua-dua Pihak Menuntut di lobi Syarikat tanpa memberi semula kerja asal mereka pada 24 Ogos 2005 adalah jelas menunjukkan niat pihak Syarikat terhadap kedua-dua Pihak Menuntut.

26

Pihak Menuntut Pertama telah dipaksa menandatangani surat persetujuan pertukaran Jabatan daripada Jabatan Percetakan kepada Jabatan Quality Control adalah satu sandiwara pihak Majikan untuk memaksa Pihak Menuntut Pertama meninggalkan pekerjaannya.

Pihak Syarikat sedia maklum bahawa ramai pekerja-pekerja tidak suka dan membantah Pihak Menuntut Pertama bekerja semula dan inilah salah satu cara Majikan untuk menghalau atau menjadikan Pihak Menuntut Pertama meninggalkan pekerjaannya.

Berdasarkan fakta di atas, Mahkamah berpendapat pembuangan kerja Pihak Menuntut Pertama dan Kedua adalah sesuatu yang tidak adil dan tidak beralasan (without just cause or excuse).

Remedi

Kedudukan undang-undang berkenaan bidang kuasa Mahkamah dan faktor yang perlu diambil kira dalam menggantikan pengembalian kerja semula dengan perintah yang lain telah diputuskan di dalam kes Hong Leong Bank v Phung Tze Thiam (2008) 2 MLJ 785 seperti di muka surat
27

795. " The law on whether to grant reinstatement has been authoritatively stated by the Supreme Court in Kumpulan Peransang Selangor Bhd v Zaid bin Hj Mohd Noh (1997) 1 MLJ 789, in that case the Supreme Court expounded the principles, relating to the remedy of reinstatement and declared that the following factors are required to be taken into account when considering whether to order reinstatement. They are : i) The past record of employee, ii) The nature of his alleged lapses iii) The conduct of the workman iv) Nature of relations between the employer and the employee v) The nature of the duties performed by the employee vi) The nature of Industrial establishment.

Berdasarkan kepada kedudukan Pihak-Pihak Menuntut di dalam Syarikat sebelum dibuang kerja dan bantahan daripada pekerja-pekerja, Mahkamah berpendapat perintah pengembalian semula kerja adalah tidak bersesuaian dalam kes ini.

Oleh

itu,

Mahkamah

memutuskan

untuk

mengawardkan

28

pampasan ganti rugi sebagai galang ganti kepada pengembalian semula kerja.

Oleh itu Mahkamah memutuskan Award kepada Pihak-Pihak Menuntut adalah seperti berikut :

Pihak Menuntut Pertama : a) Bayaran gaji tertunggak RM950.00 x 24 = RM22,800.00 b) Pampasan Galang Ganti Lantikan Semula RM950.00 x 2 = RM1,900.00 Jumlah keseluruhan = RM24,700.00

Pihak Menuntut Kedua : a) Bayaran gaji tertunggak RM470.00 x 24 = RM11,280.00 b) Pampasan Galang Ganti Lantikan Semula RM470.00 x 2 = RM940.00 Jumlah keseluruhan = RM12,220.00

29

Bayaran hendaklah dibuat kepada kedua-dua Pihak Menuntut dalam tempoh 30 hari dari tarikh Award dikeluarkan setelah ditolak potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Cukai Pendapatan dan Caruman Statutori yang lain jika ada.

DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 24hb OKTOBER 2011.

(DATO' HAJI SULAIMAN BIN ISMAIL) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG

30

Vous aimerez peut-être aussi