Vous êtes sur la page 1sur 9

6.

AHMAD BOESTAMAM

Rajah 5.0 : Ahmad Boestaman

6.1

BIODATA DAN LATAR BELAKANG TOKOH Dalam sejarah politik tanah air, nama Ahmad Boestamam begitu dikenali

sebagai salah seorang daripada pejuang gerakan nasionalisme terutamanya sejak tahun 1930-an sehingga 1970-an. Nama sebenar beliau adalah Abdullah Thani bin Raja Kecil namun lebih dikenali dengan nama Ahmad Boestamam. Beliau juga pernah menggunakan nama pena Ruhi Hayat dan Jiwalara. Beliau dilahirkan pada 30 November 1920 di kampung Behrang Ulu, Tanjung Malim Perak dan meninggal dunia pada 19 Januari 1983. Bapanya Raja Kecil merupakan seorang perantau dari Tanah Datar Minangkabau. Beliau mempunyai dua orang kakak iaitu Rasunin dan Ramlah16.

16

Rustam A. Sani (1998). Ayahku, Ahmad Boestamam. Diperolehi pada Februari 15, 2010 halaman 2

36

6.2

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN TOKOH


Pada usia enam tahun, Beliau memasuki Sekolah Melayu Behrang Ulu,

sebuah sekolah Melayu dan kemudiannya, dan pada tahun 1933 menyambung pelajaran di sekolah Inggeris iaitu Sekolah Anderson, Ipoh sehingga darjah tujuh. Ketika di sekolah Anderson beliau gagal dalam peperiksaan Junior Cambridge tetapi berkat kegigihan dan usaha yang tidak mengenal erti putus asa, beliau menebus kegagalan itu dengan lulus QT (Ujian Kelayakan) diikuti OSC (Sijil Persekolahan Seberang Laut) dan Highest School Certificate (HSC) secara belajar sendiri antara tahun 1963-1967 di dalam penjara sewaktu ditahan oleh British di bawah akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Seterusnya beliau mempelajari ilmu undangundang bagi memperolehi Ijazah Barrister at Law di Licolns Inn London, tetapi usaha ini patah di tengah jalan. Sebaliknya beliau lulus dan memperolehi diploma kewartawanan di Premier Journalist School di Kota Inggeris itu pada tahun 1969. Penglibatannya dalam dunia penulisan dan kewartawanan mematikan cita-cita asalnya untuk menjadi pegawai polis. Beliau mula bergiat di bidang ini sejak tahun 1940an. Sebenarnya, Ahmad Boestamam mula berjinak dalam alam penulisan ketika berusia 15 tahun semasa menuntut di Sekolah Anderson dengan menulis rencana untuk akhbarSaudara yang diterbitkan di Pulau Pinang.

6.3

KERJAYA TOKOH
Seperti kebanyakan para aktivis politik yang sezaman dengannya, Ahmad

Boestamam adalah seorang wartawan akhbar yang sangat prolifik. Pekerjaannya itu juga menjadikan beliau bertembung dan bergaul dengan tokoh-tokoh wartawan Melayu lain seperti Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Haji Yaacob dan Ishak Haji Muhammad. Kegiatan Ahmad Boestamam dalam bidang kewartawanan ini telah menyebabkan beliau terlibat dalam arus kerancakan nasionalisme Melayu yang sedang memuncak pada tahun 1930-an. Beliau telah turut sama memberi pendapat dan cadangannya bagi memperbaiki kelemahan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu daripada tekanan kerajaan British dan saingan kaum pendatang. Walaupun tulisannya tidak setajam rakan-rakannya yang lain, tetapi beliau telah melahirkan

37

pendapatnya dalam nada dan pendapat yang sama dengan mereka 17 . Persamaan harapannya untuk memajukan orang Melayu sudah cukup untuk membolehkan beliau terlibat secara langsung dalam kegiatan nasionalisme orang Melayu.

6.4
6.4.1

SUMBANGAN TOKOH
Penulisan Dan Karya

Ahmad Boestamam tersohor sebagai seorang tokoh nasionalis dan penulis yang disegani, tajam dan peka dengan keadaan di sekelilingnya. Satu lagi sumbangan besar beliau ialah menyusun Testament Politik API. Merdeka dengan darah yang menjadi tema dokumen tersebut begitu sinonim dengan perjuangan hidupnya yang selalu membara. Testament ini menerangkan tentang kebangkitan pergerakan tanpa mengira tenaga pemuda dan pemudi di Malaya dan di seluruh dunia. Sepanjang hidup Ahmad Boestamam, beliau berjaya menghasilkan 33 judul buku dan novel dalam penulisannya. Antara bukunya yang terkenal termasuklah Sorotan Sosialis ( 1981), Lambaian dari Puncak (1983) , Merintis Jalan ke Puncak (1971), Tujuh Tahun Malam Memanjang (1976), Rumah Kaca Digegar Gempa (1969) dan juga Api dan Air Mata (1967). Beliau juga pernah menterjemah beberapa buah buku luar negara seperti Pemberontak di Lembah Nil, Politik Afro Asia, Nasionalisme Melayu karya Prof. William R. Roff dari bukunya The Origine of Malay Nationalism.

6.4.2

Penglibatan Dalam Politik Namanya juga terbilang dalam persada politik Negara dan angkatan politik

seperti PKMM, API, PUTERA, PRM, SOCIALIST FRONT, Parti Marhaen dan Parti Keadilan Masyarakat ( PERKEMAS). Kehadiran beliau dalam persada politik Tanah Melayu telah meletakkan beliau sebagai tokoh pembangkang yang dihormati dan disegani kawan dan lawannya. . Beliau dipenjarakan sebanyak tiga kali iaitu pertama 7 Disembar 1941-17 Februari 1942, kali kedua pada 1948-1955 dan kali ketiga pada 14 Februari 1963- Ogos 1967. Keseluruhan adalah lebih kurang 12 tahun beliau dipenjarakan. Pencapaian tertinggi beliau dalam politik adalah memenangi pilihan
17

Rustam A. Sani (1998). Ayahku, Ahmad Boestamam. Diperolehi pada Februari 15, 2010

38

raya umum dalam tahun 1959 di kawasan Parlimen Setapak menentang sahabat lama beliau iaitu Asiah Ghani dan dilantik menjadi Ahli Parlimen 1959-1964. Jasa dan sumbangan beliau dalam bidang politik pernah mendapat anugerah daripada Yang Dipertuan Negeri Sarawak, Dato Patinggi Abdul Rahman Yaakub pada tahun 1976 yang membawa gelaran Datuk. Beliau bersara daripada arena politik pada tahun 1978.

6.5

PERJUANGAN TOKOH
Perjuangan politik Ahmad Boestamam lebih kepada perjuangan haluan kiri

atau lebih dikenali sebagai pendekatan radikal. Beliau menterjemahkan idea-idea dan pandangan politik melalui pelbagai pendekatan seperti lapangan penulisan dan juga perjuangan politik. Perjuangan beliau dalam usaha membebaskan rakyat Tanah

Melayu daripada belenggu penjajah British dapat dibahagikan kepada dua tahap iaitu melalui penulisan beliau dan juga perjuangan melalui gerakan atau parti iaitu melalui Angkatan Pemuda Insaf (API). Pendekatan, kritikan dan kepimpinannya lebih

terserlah melalui perjuangan politik berhaluan kiri atau lebih dikenali sebagai pemikiran aliran radikalisme18. 6.5.1 Perjuangan Melalui Penulisan Salah satu cara perjuangan Ahmad Boestamam dalam usaha memberikan kesedaran politik dalam kalangan rakyat Melayu adalah melalui penulisan beliau. Kaedah penulisan ini sangat berkesan dalam menyampaikan maklumat yang boleh membakar semangat bangsa Melayu untuk menentang penjajah British. Beliau menegaskan bahawa penggunaan kaedah ini lebih rancak selepas Perang Dunia Kedua. Penglibatan banyak tokoh radikal dalam bidang kewartawanan dan

kesusteraan telah memberikan impak yang baik dalam dasar perjuangan radikal Melayu. Berbekalkan semangat kesedaran untuk membela bangsa Melayu beliau dan beberapa tokoh politik lain telah bertindak untuk merampas pejabat dan mengambil

18

Tan Sri A.Samat Ismail ( 2004 ). Memoir Ahmad Boestaman, Merdeka dengan Darah dalam Api .Penerbit UKM

39

alih pejabat Percetakan Perak Shimbun dalam bulan Ogos tahun 1945 19. Ia dilakukan tanpa mengeluarkan model. Peristiwa ini berlaku sewaktu peralihan pemerintahan Jepun, MPAJA dan British. Kesempatan ini telah dipergunakan oleh mereka untuk mengambil alih pejabat percetakkan dan kemudahan yang terdapat di situ. Pengambilalihan ini telah memudahkan mereka menerbitkan akhbar sendiri. Berikutan dengan itu pada bulan Ogos tahun 1945 di Ipoh, Perak telah diterbitkan sebuah akhbar golongan radikal Melayu di Perak. Penubuhan secara rasmi akhbar Suara Rakyat ini diadakan pada Ogos 1945. Dengan adanya akhbar Suara Rakyat ini segala perasaan ketidakpuasan hati telah diluahkan tanpa rasa takut. Sebagai seorang penulis dan pengarang, Ahmad Boestamam telah mengutarakan pelbagai idea dan pendapat tentang kemunduran dan perlunya bangsa Melayu bangkit untuk membela bangsa sendiri. Bidang kewartawanan yang diceburi sejak awal lagi membantu mematangkan perjuangan radikalisme beliau. Idea dan pemikiran beliau amat bernas dan dapat menyentuh hati para pembaca. Ketajaman dan kelantangan idea ini diluahkan dalam bentuk penulisan. Ketajaman idea-idea beliau telah membuatkan beliau sentiasa diawasi oleh pihak British. Akhbar Suara Rakyat dipergunakan sebaik mungkin demi untuk menyedarkan orang Melayu. Mereka mengkritik tindakan-tindakan British yang difikirkan kejam dan tidak demokratik. Ketajaman dan ketegasan penulisan Ahmad Boestamam pada masa itu dapat dilihat dalam tulisan ini: kami membidas, kami membidas tanpa kulit. Kalau kamu mengkritik, kami mengkritik kami mengkritik sehebat-hebatnya. Kata-kata kejam, tidak demokratik dan seumpamanya menjadi permainan kami hari-hari. Perkembangan akhbar Suara Rakyat sangat menggalakkan dan mendapat sambutan yang baik. Perkembangan ini mendorong mereka menerbitkan akhbar berbahasa Inggeris demi untuk menarik minat bangsa asing dan golongan elit Melayu untuk membacanya. Justeru itu, akhbar Voice of The People telah diterbitkan pada bulan Oktober 1945. Ia merupakan terjemahan akhbar Suara Rakyat. Isi dan kupasannya adalah sama, pedas dan menyengat. Perkara ini dilakukan demi untuk

19

Tan Sri A.Samat Ismail ( 2004 ). Memoir Ahmad Boestaman, Merdeka dengan Darah dalam Api .Penerbit UKM

40

mewujudkan kesinambungan perjuangan kepada lapisan elit dan berpelajaran dalam masyarakat Melayu. Idea dan pemikiran yang diutarakan melalui akhbar Suara Rakyat dan Voice of The People telah membuka mata masyarakat Melayu. Lantaran itu mereka telah memikirkan bahawa perlunya wujud sebuah parti politik Melayu yang benar-benar dapat memasuki gelanggang politik Tanah Melayu. Sesungguhnya promosi melalui akhbar Suara Rakyat ini telah membuka mata masyarakat Melayu, bertapa pentingnya penubuhan sebuah parti Melayu untuk menyuarakan segala tuntutan20. 6.5.2 Perjuangan Melalui Politik Penglibatan beliau dalam bidang politik dan perjuangan menuntut kemerdekaan telah membuatkan beliau menjadi perhatian British. Nama beliau juga tersenarai dalam kategori perancang utama gerakan radikal menentang British. Propaganda yang dimainkan oleh Suara Rakyat telah berjaya mendapat sambutan daripada masyarakat Melayu di seluruh negara. Malah mereka mengalualukan kehadiran Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) serta menubuhkan cawangan-cawangan di seluruh Tanah Melayu. Anak-anak muda Perak telah memulakan langkah tersebut. Selepas Tanah Melayu dikosongkan oleh Jepun, penguasaan PKM telah menyebabkan Ahmad Boestamam dan beberapa tokoh lain menubuhkan PKMM. PKMM merupakan parti politik pertama yang memperlihatkan penglibatan beliau secara langsung pada tahun 1945. Ahmad Boestamam sanggup menubuhkan parti-parti politik demi untuk menjayakan cita-cita politiknya. Kemudian pada tahun 1946 beliau menubuhkan Angkatan Pemuda Insaf ( API). Dalam parti API ini kepimpinan beliau lebih terserlah21. API ditubuhkan di Ipoh pada bulan Februari 1946 di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Pertubuhan badan politik API ini dilihat paling ekstrim yang dianggotai oleh barisan pemuda yang bersemangat tinggi. Pergerakkan politik ini membara persis api yang sedang marak dan membakar semangat para pemuda da pemudi Melayu. Lantaran itu, ia mengambil nama API yang membawa maksud Angkatan
20 21

Ishak Saat (2007). Sejarah Politik Melayu Pelbagai Aliran. Shah Alam: Karisma Publication.

Rustam A. Sani (1998). Ayahku, Ahmad Boestamam. Diperolehi pada Februari 15, 2010

41

Pemuda Insaf. Walaupun API pada asalnya merupakan sayap pemuda PKMM dan AWAS sebagai sayap wanita namun keradikalan yang ditunjukan oleh API menyebabkan ia dipisahkan dan menjadi pergerakkan politik yang tersendiri. API ditonjolkan sebagai sebuah badan politik Melayu yang paling radikal, dan berbekalkan semangat anti penjajahh seperti tercatat dalam buku Ahmad Boestamam iaitu Testament Politik Api. Penulisan beliau dalam karya ini boleh membakar semangat anggota API. Ia ditafsirkan sebagai sebuah buku politik yang menghasut dan mampu membakar semangat pemuda Melayu. Selain itu, penggunaan slogan sering kali dapat membakar semangant anakanak muda. Dalam perjuangan Ahmad Boestamam dalam API, ia menggunakan slogan Merdeka Dengan Darah. Melalui slogan sahaja kita dapat memastikan aliran perjuangan mereka yang ternyata lebih kepada haluan kiri. Ternyata penggunaan slogan yang tegas dan keras ini didahului oleh golongan yang lebih radikal. Bagi PKMM pula ia menggunakan slogan Merdeka yang dilihat mampu untuk menakutkan pihak penjajah pada masa itu. Slogan-slogan ini mempunyai makna yang tersendiri dan mampu menakutkan membakar semangat anak-anak muda pada masa itu. Selain penggunaan slogan, perjuangan Ahmad Boestamam dalam API turut mencipta beberapa buah lagu berunsurkan patriotik. Lagu-lagu seperti Darah Rakyat dan Dari Barat ke Timur menyelitkan seni kata yang mampu menaikkan semangat patriotik bangsa Melayu yang menghayatinya. Jika diperhatikan daripada seni kata lagu Darah Rakyat , terdapat suatu kelainan daripada lagu-lagu patriotik yang lain. Lagu ini dipenuhi dengan lagu alunan irama pembakar semangat kerana melaluinya ia dapat mengingatkan kisah perjuangan sebelum terpenjara. Bagi mereka yang mendengarnya semangat mereka seolah-olah sedang membara. Lagu patriotik API ini sering berkumandang dalam setiap aktiviti API seperti majlis perjumpaan dan juga setiap kali latihan API dijalankan. Ia juga sering didengarkan dalam setiap perayaan API, bertujuan untuk menanamkan semangat anti British.

42

6.5.3 Perjuangan Selepas Penangkapan Angkatan Pemuda Insaf yang diterajui oleh Ahmad Boestamam merupakan sayap kanan PKMM tetapi telah bertindak memisahkan sayap pemuda dari PKMM kerana inginkan sebuah pertubuhan yang lebih radikal kerana pada anggapan mereka di bawah kepimpinan Dr. Burhanuddin tidak mungkin PKMM menjadi lebih radikal dan dapat menggugat kedudukan penjajah British mahupun UMNO. Pengistyhiran darurat pada 16 Jun 1948 serentak dengan penguatkuasaan Akta Darurat 1948 menyebabkan banyak tokoh radikal Melayu telah ditangkap termasuklah Ahmad Boestamam. Pada tahun 1955 semua tokoh yang ditangkap dibebaskan. Bagi Ahmad Boestamam, selepas beliau dibebaskan pada 1955 ia meneruskan perjuangannya. Selepas dibebaskan pada tahun 1955 beliau telah menubuhkan Parti Rakyat Malaya(PRM). Beliau telah menjadi pemimpin pembangkang Melayu dengan menggunakan ideologi sosialisme-marhaenisme ciptaan Sukarno. Dengan kerjasama dengan Parti Buruh Malaya, beliau berjaya membentuk Socialis Front ( SF ) yang akhirnya menjadi salah satu parti pembangkang yang terkenal selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Penubuhan PRM merupakan kesinambungan perjuangan Ahmad Boestamam. Menurut Ramlah Adam (1994 ) Ahmad Boestamam merupakan

seorang pejuang berhaluan kiri yang sangat berani. Keberanian ini digambarkan dalam petikan ini : namun semua hanya semantara sahaja. Kelincahanya berpolitik datang semula. Beliau hanya dapat bertahan lima tahun sahaja. Sifat jinaknya itu akhirnya hilang ditelan semangat berpolitiknya yang kuat. Sekali beliau radikal, tidak mungkin menjadi kanan. Itulah Ahmad Boestamam22. Itulah ungkapan kata-kata yang diberikan kepada beliau apabila beliau bertindak menubuhkan Parti Rakyat Malaya ( PRM), di Kuala Lumpur selepas keluar dari kem tahanan politik British pada tahun 1955. Melalui peristiwa ini dapat disimpulkan bahawa Parti Rakyat Malaya ( PRM) yang ditubuhkan adalah kesinambungan perjuangan tokoh-tokoh KMM dan juga PKMM yang berhasrat untuk terus berhadapan dengan pihak penjajah British. Mereka merupakan pejuang yang menjiwai semangat kebangsaan Melayu dalam kalangan mereka ini.

22

Rustam A. Sani (1998). Ayahku, Ahmad Boestamam. Diperolehi pada Februari 15, 2010

43

Lantaran kemerdekaan yang belum tercapai menyebabkan mereka terpanggil untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.

6.6

PEMERGIAN

Rajah 5.1 : Rustam dan Boestamam

Ahmad mengakhiri sisa-sisa hidupnya dengan menjadi penulis bebas di akhbar-akhbar sebagai perintang waktu dan sedikit pendapatan untuk menyara kehidupannya. Dua tahun selepas menunaikan fardu haji, beliau meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1983 kerana penyakit barah paru-paru.

44

Vous aimerez peut-être aussi